NOTA KEMAHIRAN
BAHASA MELAYU
N.A.H
KEMAHIRAN
MENDENGAR
Pengenalan Kemahiran Mendengar
Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan,
soal jawab, laporan berita dan perbincangan.
Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku
pada peringkat penerimaan. Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting
dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah
dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
Definisi Kemahiran Mendengar
Melibatkan usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian penuh atas apa
yang didengar melalui telinga (listening).
Bukannya didengari oleh telinga dan tidak diperhalusi oleh fikiran, bersifat
angin lalu dan tidak berkesan (hearing).
Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat
kemahiran:
i. Menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama seperti:
b – d (badang - padang)
d – t (datang - tatang)
l – r (lali - lari)
k – g (kalah - galah)
ii. Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan
ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung pada pengetahuan,
pengalaman, budaya dan sikap pendengar itu.Untuk memahami bunyi bahasa,
seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman yang berikut:
a) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta dan budaya
bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan.
b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.
c) Pengetahuan tentang sistem bahasa.
Objektif mengajar kemahiran mendengar
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a) memperoleh idea
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang tersirat,
(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau
propaganda,iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-
orangterkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan
Peringkat Proses Mendengar
Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat:- iaitu
i. mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa,
ii. memahami bunyi-bunyi tersebut,
iii. menilai bunyi-bunyi tersebut dan;
iv. bertindak terhadap bunyi-bunyi tersebut.
Konsep Penting Dalam Pendengaran
Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengari, difahami dan
diingati.
Proses pendengaran dipengaruhi oleh aspek fizikal, psikologi dan neurologi.
Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan
berkesan.
Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan
idea utama, hujah dan bukti.
Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap
muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif.
Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap
bentuk dan isi.
Jenis-jenis Kemahiran Mendengar
i) Mendengar Secara Pasif
Kemahiran mendengar pada peringkat paling rendah.
Merujuk kepada kemahiran mendengar tanpa bertindak balas, iaitu
pendengar hanya mendengar tanpa memberikan sebarang respons yang
menunjukkan sama ada dia fahammperkara yang diperkatakan ataupun
tidak.
Pendengar tidak berupaya menyerap keseluruhan ujaran yang didengarinya.
Pendengar juga kerap kehilangan fakta penting dan memberikan tanggapan
yang tidak menepati maksud penutur.
Akibatnya, pendengar jarang-jarang dapat mengingati dan menyatakan
semula perkara yang didengar itu.
ii) Mendengar Secara Aktif
Dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif.
Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur
dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi
perbualan tersebut.
Semasa aktiviti mendengar secara aktif berlaku, seseorang itu boleh
mencelah dengan mengemukakan beberapa soalan tambahan bagi mencari
penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula. Jadi, pelajar
tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka
berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan
dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu.
Menjadi pendengar aktif apabila membuat suatu ringkasan atau rumusan
mengenai hujah atau alasan penting yang dikemukakan oleh seseorang,
menilainya dan menanya soalan bagi mendapat penjelasan mengenai apa
yang diutarakan oleh seorang penutur. Tumpuan perhatian kepada minat,
kebimbangan atau kerisauan, bunyi bising, gangguan dan rupa serta
perawakan penceramah menjadi halangan kepada pendengaran yang
berkesan atau aktif.
Peringkat - Peringkat Kemahiran Mendengar
i) Peringkat Awal
Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
Mengecam makna perkataan, frasa dan ayat.
Melakukan suruhan atau arahan yang diberikan.
Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
Mengingat perkataan mudah dengan tepat.
Memadankan perkataan dan ayat.
ii) Peringkat Pertengahan
Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara terperinci.
Mengenal maklumat khusus.
Mengesan urutan.
Mengenal pasti sebab dan akibat.
Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi.
Mengesan sikap dan perasaan orang yang bercakap.
iii) Peringkat Maju
Mengenal isi-isi penting.
Mengenal peranan dan hubungan dengan orang yang bercakap.
Mengetahui fungsi intonasi dan tekanan.
Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.
Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai bentuk struktur nahu
1 MENDENGAR 2 MENDENGAR SECARA
SECARA PASIF BERTELAU-TELAU
10 WRITE YOUR 3 MENDENGAR TANPA
TEXT HERE TINDAK BALAS
9 MENDENGAR BENTUK 4 MENDENGAR SECARA
SECARA KREATIF KEMAHIRAN MENEBUK-NEBUK
MENDENGAR
8 MENDENGAR DENGAN 5 MENDENGAR
PENGAMATAN SECARA BEREMOSI
7 MENDENGAR 6 MENDENGAR
SECARA KRITIKAL BERHATI-HATI
Faktor- Faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar
i. Faktor fizikal
ii. Faktor jantina
iii. Faktor status ekonomi
iv. Faktor mental
KEMAHIRAN
BERTUTUR
KEMAHIRAN BERTUTUR
Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada
alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator.
Bertutur memerlukan dua proses:
i. Proses mental – pengetahuan bahasa
ii. Proses fizikal - menggunakan organ-organ ujaran mengeluarkan bunyi-bunyi
bahasa
Terdapat dua unsur yang membantu menjadikan komunikasi lebih berkesan, iaitu
Unsur-unsur prosodi - intonasi, nada, tekanan, kepanjangan, jeda
Unsur-unsur paralinguistik pergerakan anggota penggunaan badan, mimik
isyarat muka dan dsb
Konsep Pertuturan
a) Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
b) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi
kemahiran bertutur.
c) Pertuturan berlaku pada peringkat produksi la berlaku setelah si penutur itu
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengamya
Objektif Kemahiran Bertutur
i. Menyebut dengan jelas
ii. Menyampaikan pendapat
iii. Melaporkan peristiwa, menghurai dengan tepat
iv. Memberikan penerangan / alasan
v. Menunjukkan arah
vi Membina soalan untuk mendapatkan maklumat
vi. Bertemu ramah/ temu bual/ berdialog
Aktiviti Kemahiran Bertutur
1. Berkaitan dengan kemahiran mendengar dan menyebut atau mengajuk
bunyo dan suara.
2. Kemahiran yang berhubung dengan arahan dan permintaan terutama yang
berkaitan dengan din dan masyarakat setempat.
3. Pengucapan yang berunsur sosial dan bermoral.
4. Soal jawab dengan tujuan untuk berinteraksi, sosialisasi dan berkomunikasi.
5. Bercerita sebagai cara untuk menyampaikan pengalaman perasaan individu
Laras Bahasa Sebutan Tekanan
Gaya Aspek Mora
Penyampaian Kemahiran (Harakat)
Kefasihan Bertutur Jeda
Kelancaran Intonasi
Tatabahasa Nada
Fungsi Kemahiran Bertutur
Peribadi
Perhubungan
Memberi Arahan
Menyoal
Merujuk
Imajinasi
Menyampaikan Maklumat
Peringkat Kemahiran Bertutur
i) Peringkat Awal
Melafazkan pengucapan bertatasusila
Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
Membuat ayat-ayat daripada gambar
ii) Peringkat Pertengahan
Membuat deskripsi tentang objek atau gambar
Bercenta berdasarkan satu sin gambar atau gambar bersin
Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu penstiwa
Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
Membaca iklan dan peraturan.
iii) Peringkat Maju
Mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan
sebagainya.
Bercerita dengan menggunakan alat pandang dengar atau tanpa
menggunakannya.
Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog
Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
Kaedah Kemahiran Bertutur
1.Kaedah terus
2.Kaedah fonotik
3.Kaedah audio-lingual
4.Kaedah Komunikatif
5. Kelancaran
6. Kefasihan
Teknik Kemahiran Bertutur
1.Latih tubi
2. Bercerita
3.Drama / lakonan
4.Soal Jawab
5.Syarahan / pidato
Perancangan Aktiviti Kemahiran Bertutur
i) Peringkat Persediaan
a) Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau membuat
tunjuk cara serta memberikan contoh.
b) Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti.
Contoh: kad kiu, bahan stensilan dan peralatan-peralatan lain yang mungkin
perlu.
c) Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami
tugasan.
ii) Peringkat Perlaksanaan Aktivit
a) Mund menjalankan tugasan seperti yang diarahkan.
b)Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang
mengambil bahagian
iii) Peringkat Susulan dan Penilaian
Aktiviti susulan dan penilaian perlu untuk mendapatkan maklum balas
tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh mund.
Contoh: mengadakan perbincangan dan kemudian guru memberikan maklum
balas tentang prestasi dan pencapaian murid
Sebagai pengukuhan, guru digalakkan memben kerja rumah uang berkaitan
untuk aktiviti susulan
Dalam pengajaran/pembelajaran, elok dibentuk kumpulan-kumpulan kecil
supaya sebahagian besar daripada murid dapat mengambil bahagian yang
aktif dalam masa yang terhad
Pengajaran kemahiran bertutur harus digabung jalinkan dengan kemahiran-
kemahiran bahasa yang lain untuk melahirkan kesepaduan yang bermakna.
Latih Tubi AKTIVITI Karangan
Sebutan KEMAHIRAN Lisan
Mengenal pasti BERTUTUR Latih Pandang
Idea Sebut
Interaksi Memproses
Sosial Maklumat
Nyanyian
Aktiviti
Kemahiran
Komunikatif
PenggunaanAlat/BahanDalamKemahiranBertutur
Guru, mund dan bilik darjah: gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan
sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran,
misalnhya guru menaik dan menurunkan tangan bagi menunjukkan perbezaan
intonasi dalam pengucapan.
Objek sebenar objek yang biasa digunakan sehari-han boleh dijadikan alat /
bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membolehkan
mund
i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, misalnya bunyi berbagai bagai kenderaan,
pergerakan air dsb dengan menggunakan pita rakaman
Penilaian Kemahiran Bertutur
Teknik Pengujian Kemahiran Bertutur
Bertutur dengan gerak balas terhad
Bertutur mengikut arahan
Bertutur berdasarkan gambar
Membaca kuat
Bertutur secara berpandu Bercerita semula
Membuat penjelasan
Main peranan
Temu bual dan temu duga
Meniru sebutan
Menyebut perkataan pasangan minama
KEMAHIRAN
MEMBACA
KEMAHIRAN MEMBACA
Satu proses yang dinamik dan kompleks yang melibatkan keupayaan
membaca dengan pantas, memahami dan mengingati fakta, kebolehan
membuat interpretasi (mengolah/analisis) secara bijak dan analisis
Dechan (1977) = kejayaan bagi seseorang itu bergantung pada
kejayaannya.
Rumusan Definisi : menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran bertulis dan
memahamkan kandungannya.
Tujuan Membaca Membaca dengan cara berlainan untuk tujuan
(umum) berlainan.
Membaca kerana sebab-sebab autentik.
- label pada botol ubat
- jadual waktu
- peta perjalanan
Membaca sebagai satu proses komunikasi.
1. Tujuan serta-merta senyap
Membolehkan kanak-kanak membaca
Tujuan Membaca tanpa merasa sebarang gangguan.
(khusus) mewujudkan sikap suka membaca.
2. Tujuan lanjut
selepas keluar dari sekolah, murid dapat
mengutip pengetahuan dari buku yang dibaca.
Konsep Kemahiran Membaca
Dua komponen penting dalam kemahiran membaca ialah kemahiran
mengenal / mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa-apa
yang dibaca.
Dalam proses membaca seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan
membayangkan apa-apa yang dibacanya dan dapat mewujudkan
hubungan pembaca-penulis.
Proses Kemahiran Membaca
Proses membaca dapat dirumuskan seperti berikut:
i. Perlakuan membaca terdiri daripada kemahiran mengenal dan memahami
bahan yang dibaca.
ii. Kemudian, perlakuan membaca dapat menghasilkan kefahaman pembaca.
iii. Dalam proses membaca, seseorang itu akan berfikir, mencuba untuk merasai,
dan akan membayangkan maklumat yang dibaca tadi.
iv. Seterusnya, perlakuan membaca memerlukan kebolehan pembaca
mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek yang berkaitan dengan tujuan
membaca, jangkaan, pengetahuan dan pengalaman lalu tentang perkara yang
dibaca bagi menghasilkan sebuah pembacaan yang berkesan dan menerbitkan
pemahaman terhadap bahan yang dibaca.
Tujuan Kemahiran Membaca
Wujudkan interaksi antara penulis dan pembaca
Suatu proses membaca berterusan
Berinteraksi dengan polis
Mendapatkan idea
Persepsi hidup
Jenis Kemahiran Membaca
1. KEMAHIRAN MEMBACA AKTIF
-kemahiran membaca dengan tujuan tertentu
-sebelum membaca, pembaca telah pun mempunyai idea dalam usaha untuk
memperoleh maklumat yang dicari melibatkan aktiviti berikut:
(a)menumpukan perhatian kepada soalan dan mengenal pasti hujah yang
relevan
(b) menggunakan jadual atau senarai kandungan Millions of books, audiobooks,
magazines, documents, sheet music, and more for free bagi mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan cepat.
2. KEMAHIRAN MEMBACA KRITIKAL
-tujuan: memperoleh pemahaman mendalam tentang bahan yang dibaca.
-jenis kemahiran:
(a) membaca perlahan: - merujuk kepada latihan meningkatkan kefasihan atau
kefahaman dan untuk hiburan -tidak mementingkan jumlah bahan yang dibaca.
(b) membaca pantas:
- teknik membaca untuk mendapatkan maklumat dengan cepat daripada bahan
yang dibaca
-skimming merupakan proses membaca pantas untuk memfokuskan mata pada
ayat-ayat dalam teks atau idea-idea pokok sebagai gagasan utama yang
memberikan makna bagi mendapatkan idea keseluruhan teks.
(c) membaca tanpa suara:
-juga dikenali sebagai bacaan senyap atau bacaan dalaman
- dapat membantu pembaca mengurangkan bebanan kognitif di samping
membantu minda mengakses makna untuk pemahaman dan mengingati teks
yang dibaca untuk tujuan santai seperti membaca akhbar, majalah, jurnal dan
novel.
Jenis-jenis dan Peringkat Bacaan
1. BACAAN MEKANIS (bersuara)
Bacaan yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul
Membaca menggunakan intonasi.
Tujuan Bacaan Mekanis
Murid baca dengan pantas mengikut intonasi yang betul dan jelas.
Membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan bersuara.
Murid dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata pelajaran yang
lain.
Pelaksanaan Bacaan Mekanis
Guru memberi murid petikan yang sesuai.
Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan atau rangkai kata
yang susuah dari segi sebutan atau makna.
Guru baca dan murid ikut secara individu / berkumpulan.
2. BACAAN MENTALIS (kefahaman)
Bacaan ini dikenali sebagai bacaan akaliah dan bacaan senyap.
Melibatkan ingatan visual dan aktifkan mata dan ingatan.
Kelajuan bacaan senyap lebih cepat dari bersuara
Bacaan dilakukan selepas murid fasih dalam kecekapan bacaan bersuara
(mekanis).
Tujuan Bacaan Mentalis
Melatih murid-mund-boleh membaca sendiri.
Boleh membaca dan faham apa yang dibaca.
Latih murid-murid bacaan senyap dengan pantas.
Guna kemahiran ini untuk mendapat pengetahuan dan hiburan.
Pelaksanaan Bacaan Mekanis
Baca untuk kefahaman.
Bahan daripada sedikit dan senang/mudah kepada banyak dan sukar.
Guru tentukan bahan dan bantu murid-murid lemah dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Bersoal jawab dan bincang maksud perkataan dan rangkai kata yang susah.
3. BACAAN INTENSIF (mendalam)
Baca teliti dengan menelaah isi dan pandangan terperinci.
Berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat,
latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya.
Tujuan mengembangkan kebolehan meneliti, memaham dan mentafsir
dengan tepat.
Memerlukan bantuan penuh daripada guru.
Pelaksanaan Bacaan Intensif
Bincang bahan, analisis dan latihan menulis
Guna kamus, rujukan tatabahasa
Aktiviti dipelbagaikan, contoh:
*Kaji imbuhan
*Latihan kamus- maksud ikut konteks
*Baca laju pantas
Bentuk soalan yang berbeza-beza, contoh:
*Objektif, struktur, betul salah dan lain-lain
Kajian mendalam
4. BACAAN EKSTENSIF (meluas)
Bacaan di luar bilik darjah
Guru tidak terlibat aktif
Bahan bacaan yang luas dan banyak tahap - mudah, sederhana, dan sukar
Di sekolah, peranan guru memilih bahan yang sesuai
Murid perlu mendapat kepuasan, keseronokan dan pengetahuan.
Melibatkan membaca secara:
a) Tinjauan
i- Sebelum aktiviti membaca
ii- Teliti apa yang ditelaah : indeks/judul/daftar kata
b) Sekilas
i-Melibatkan mata bergerak cepat : memerhati/ mencari
c) Baca Dangkal
i- Superficial reading
ii- Tidak mendalam hanya faham luaran
Tujuan Bacaan Intensif
Dapat pengetahuan dan hiburan.
Bina daya fikir dan sikap baik.
Tingkat mutu dan kepantaan membaca.
Perlaksanaan Bacaan Ekstensif
Guru sebagai pemudahcara
Kaji kandungan bahan : dapatkan tema dan persoalan pokok
Buat soalan: bina soalan-soalan berkaitan
Baca: baca pantas
Menerang: Simpul isi-isi penting untuk satuan maklumat
Mengkaji semula: Pastikan tidak tertinggal maklumat
Teknik Bacaan
KEMAHIRAN MEMBACA KRITIKAL
BACAAN CEPAT
a) SKIMMING: membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami
idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam membaca sesuatu
petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan
untuk mendapatkan fahaman umum. Dalam membaca sesebuah buku, fokus kita
ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan,
daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan
indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.
b) SCANNING: Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus
sesuatu bahan bacaan. Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu
yang difikirkan kurang penting. Ketika membaca kita akan menggerakkan mata
kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi
tumpuan kepada maklumat yang dicari.
BACAAN PERLAHAN
TEKNIK MEMBACA "KWLH"
pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini
bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput
pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.
KWLH bermaksud:
K (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan
sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan.
W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang
ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.
L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting
daripada tajuk atau topik yang dibaca.
H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan
seterusnya) – catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas
membaca teks/tajuk tersebut.
TEKNIK MEMBACA "SQ4R"
Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami dan
mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan.
Teknik SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review)
· S – menyemak teks yang ingin dibaca – tajuk, pengenalan, setiap perenggan,
· Q – menyoal teks yang dibaca supaya pembaca dapat memahami apa yang
· R – membaca dan mencatat perkara penting yang dibincangkan dalam teks.
· R – menyatakan semula dalam bentuk lisan berdasarkan catatan yang dibuat.
·R – membuat gambaran dengan menyatakan semula idea keseluruhan teks yang
dibincangkan .
KEMAHIRAN MEMBACA AKTIF
TEKNIK MEMBACA "CHATT"
C: Circle (Bulatkan kata kunci)
H: Highlight (Serlah atau garisi idea penting)
A: Asterisk (Tandakan asterik * pada isi sampingan / sokongan
T: Transfer (Pindahkan maklumat dalam borang CHATT)
T: Teacher (Guru memberikan rumusan tentang rekod murid dalam borang CHATT
TEKNIK MEMBACA "QUACK"
Q Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata dan idea
yang kabur dan tidak difahami
U Underline (Garisi) menggaris takrif
A Asterisk (Asterik) meletakkan tanda * pada maklumat atau idea yang penting
atau menarik
C Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi penting.
K Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanya
berhuruf tebal atau condong)
TEKNIK MEMBACA "ACID"
A Agree (Bersetuju)
C Confusing (Mengelirukan)
I Interesting (Menarik)
D Disagree (Tidak bersetuju)
***Teknik QUACK dan ACID boleh digunakan bersama-sama atau secara
berasingan.
KEMAHIRAN
MENULIS
KEMAHIRAN MENULIS
DEFINISI KEMAHIRAN MENULIS
TUJUAN MENULIS
PERINGKAT MENULIS JENIS MENULIS
PRAMENULIS MEKANIS TERKAWAL BERSEPANDU
PELAHIRAN SEPARA KAWAL SEPARA
BEBAS BERPANDU
Definisi Kemahiran Menulis
Don Bryne (1979)
Pembentukan simbol dalam bahasa.
Bertujuan menyampaikan,menghubungkan sesuatu mesei,maklumat atau idea
kepada pembaca.
Simbol grafik semasa menulis ialah menggunakan gabungan huruf-huruf
yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap.
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui
dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan betul,
serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Matlamat Kemahiran Menulis
Pengajaran Kemahiran Menulis diajar kepada murid-mund supaya mereka
dapat merakamkan apa yang didengar, dilihat atau dialami.
Dalam masa yang sama mereka juga akan menggunakan kemahiran berfikir
sebaik mungkin.
Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari
Asas Kemahiran Menulis
Kemahiran Mendengar
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Konsep Kemahiran Menulis
Melibatkan murid-murid supaya berfikir ,menaakul,menyusun dan mengolah
idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.
Murid perlu menguasai struktur karangan seperti nahu menulis
panduan,pemerengganan dan menulis kesimpulan.
Aspek Penting Dalam Konsep Penulisan
Menggunakan pelbagai jenis ayat.
Mencatat dan menyusun maklumat.
Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.
Tujuan Menulis
Tujuan a) Membina asas menulis yang kukuh untuk
Serta-merta membolehkan kanak-kanak menulis dengan
baik, cekap dan pantas.
b) Membolehkan kanak-kanak mengeja
perkataan-perkataan dengan pantas dan
menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh
difahami oleh pembaca.
Tujuan a) Meluaskan pengetahuan pengalaman,
Lanjut perhubungan, dan matlamat menerusi
penulisan.
b) Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,
pengalaman, dan perasaan.
c) Menyediakan mereka dengan pengetahuan
supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat
masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan
sendiri dan orang ramai umumnya.
Peringkat Kemahiran Menulis
1. PERINGKAT PRAMENULIS (persediaan)
Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan
aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan
kemas dan betul.
Ketika tempoh ini, latihan otot-otot, tangan, dan jari serta koordinasi tangan
dan mata diber pendedahan kepada murid-murid sejak dari awal lagi.
Perkara yang dititkberatkan sewaktu latihan
Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa
dan sempurna.
Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.
Aktiviti Latihan Pramenulis
Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini
adalah latihan menulis dari kiri ke kanan.
Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus.
Dilakukan secara bebas
2. PERINGKAT MEKANIS
Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-
murid.
Mereka diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian
dengan gambar dan seterusnya menulis ayat pendek.
Perkara yang dititkberatkan sewaktu latihan
Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf-huruf
dengan menggunakan gambar.
Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan
urat-urat daging kanak-kanak.
Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.
Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris kemudian barulah
menggunakan buku yang bergaris.
Aktiviti Latihan Mekanis
Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.
3. PERINGKAT PELAHIRAN
Setelah peringkat asas menulis telah dikuasai oleh murid-murid, mereka
seharusnya digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis.
Aktiviti Latihan Pelahiran
Mengisi silang kata.
Mengisi tempat kosong dalam ayat.
Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.
Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
Jenis Penulisan
1. TERKAWAL
Penulisan. Penulisan terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal
oleh guru. (Salleh Akib, (1975:135).
Tujuan penulisan terkawal ini adalah untuk mengurangkan kesilapan berlaku
dalam kalangan murid-murid.
Tujuan Penulisan Terkawal
Cara ini dapat mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak.
Menjadi asas kepada penulisan bebas. Murid-murid dipimpin dan dilatih
sedikit demi sedikit kea rah penulisan bebas yang menitikberatkan soal-soal
isi dan bahasa.
Supaya murid-murid dapat menggunakan bahasa dengan lancar dan
mengeluarkan isi pemikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitan-
kesulitan berbahasa.
Aktiviti Latihan Terkawal
Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu yang
berkaitan dengan sesuatu tajuk.
Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan.
Menulis surat. Isi surat tersebut ditetapkan oleh guru supaya menyenangkan
murid-murid menulisnya.
2.TERKAWAL
Murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya
Mereka diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran untuk
memilih perkataan dan disesuaikan dengan pengajaran guru.
Contohnya, guru akan membacakan sebuah karangan pendek yang sedia
ditulis di papan hitam dan kemudian murid-murid diminta menggantikan
beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-perkataaan lain
yang disediakan.
3.BERPANDU
Jenis penulisan berpandu pula ialah jenis penulisan yang diberi kawalan atau
panduan ketika hendak membuat karangan.
Pada peringkat ini, kemungkinan murid-murid akan melakukan kesalahan-
kesalahan yang lebih besar tetapi ada kekecualian bagi mereka yang telah
menerima latihan-latihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya
cara tersebut pada peringkat karangan terkawal dan separa terkawal.
Sebagai contoh, guru membaca sebuah karangan yang sudah disediakan.
Kemudian murid-murid diminta menuliskan semula perenggan-perenggan
tersebut berdasarkan garis panduan atau arahan yang diberi oleh guru
4.SEPARA BERPANDU
Penulisan separa berpandu pula merupakan jenis penulisan yang tidak
dikawal sepenuhnya.
5.BEBAS
Penulisan bebas adalah penulisan yang hanya dapat dijalankan setelah
murid-murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan
baik.
Pada peringkat ini, mereka diberi tajuk-tajuk umum dan diminta untuk terus
menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi
bagaimana hendak menulisnya.
Pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat sekolah menengah, jenis
penulisan sebegini diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk yang
dibahagikan kepada lima bahagian iaitu penulisan berbentuk naratif,
deskriptif, imaginatif, kreatif dan argumentatif.
BENTUK
PENULISAN
SURAT
PAPAN
KIRIMAN KARANGAN KENYATAAN
PENULISAN MAJLIS
RINGKAS RASMI
PENCERITAA
N
Kisah
Laporan
Rencana
HURAIAN Teks
BIASA Gambaran Ucapan
Keluarga Peristiwa Teks
/sahabat Pengacara
Tahniah
Majlis
/takziah KHAYALAN Notis Poskad Mini
Pengumuma Telegram Mesyuarat
Rekaan Pesanan Kertas Kerja
Masa n Arahan
RASMI Depan Peraturan Memo
Permohonan Catatan
Pesanan
Undangan
KREATIF
Puisi
Cerpen
PERBAHASA
N
Pidato
Bahas
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BAHASA
a) Faktor persekitaran
berkait rapat dengan faktor sosioekonomi
Peranan ibu bapa
persekitaran positif
peralatan yang bersesuaian
b) Faktor fizikal sengau
ciri fizikal yang berbeza setiap individu - kurang upaya
sihat tubuh badan - kerosakan organ vokal menyebabkan
(pertuturan)
kecatatan otak
c) Faktor kesihatan
kesihatan mental - emosi,fikiran
sakit berlanjutan sejak kecil
d) Faktor kecerdasan
kecerdasan otak
e) Faktor dwibahasa
pengaruh bahasa ibunda
f) Faktor jantina
kanak-kanak perempuan lebih cepat bercakap berbanding kanak-kanak
lelaki.
SUMBER
1. file:///D:/BAB%201_%20PENGENALAN%20KEMAHIRAN%20MENDENGAR.pdf
2. https://docplayer.info/72012347-Bab-2-kemahiran-mendengar.html
3. https://docplayer.info/65812403-Bab-1-pengenalan-kemahiran-bertutur-
nordin-tahir-ipg-ipoh.html
4. http://cikgunabilazfar.blogspot.com/2016/09/bab-4-teknik-membaca.html
5. http://taufikhidayah11.blogspot.com/2015/02/chatt.html
6. https://www.slideshare.net/suhasah/2teknik-bacaan
7. http://sayabudakpoli.blogspot.com/
8. https://untitledprincess.blogspot.com/2019/08/konsep-kemahiran-
menulis.html
9. https://www.scribd.com/embeds/58978216/content?
start_page=1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf
10. http://karyafarhana.blogspot.com/2013/03/kemahiran-membaca.html
11. https://anyflip.com/ddvgm/kaao