KESANTUNAN BERBAHASA BMMB 1144 Penghasilan Produk
NAMA : NURUL FATIHAH BINTI BASARI KELAS : PENGAJIAN MELAYU 2 TUGASAN : PENGHASILAN PRODUK PENSYARAH : ENCIK ZULKAFLY BIN MOHD NOOR
Pengenalan Isu Bahasa Isu Sosial Isu Budaya Cara Menangani Rumusan Rujukan isi kandungan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesantunan bermaksud perihal santun, kesopanan, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti mahupun dalam bahasa lisan atau tulisan manakala berbahasa pula membawa maksud mempunyai bahasa, menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa atau mempunyai budi bahasa yang baik yakni berbudi bahasa. Menurut Siti Hajar Aziz (2009), kesantunan ber bahasa merupakan langkah pengucapan secara halus dan beradab Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan ialah seseorang yang menggunakan bahasa yang sopan, berakhlak mulia dan menonjalkan sikap yang baik kepada pihak lain. pengenalan
Isu Bahasa Isu Sosial Isu Budaya ISU KESANTUNAN BERBAHASA DI MEDIA SOSIAL
isu bahasa Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 Penggunaan Bahasa Kesat
Seperti yang sedia maklum, media sosial ialah bersifat laman peribadi. Pengguna akaun tersebut berhak memuat naik gambar, ucapan ,rakaman video mengenai diri mereka sendiri. Sebagai pengguna yang melihat akaun tersebut hendaklah menitik beratkan unsur-unsur kesopanan dan kesantunan ketika menulis komen kerana perkataan tersebut boleh membawa mesej yang buruk dan menjatuhkan maruah seseorang. 1 2 3 Ketiga-tiga rajah di atas menunjukkan ketidaksantunan masyarakat dalam berbahasa. Kebanyakannya lebih cenderung menggunakan kata kesat dan melanggar hukum dalam kesantunan berbahasa. Terdapat banyak komen yang menggunakan perkataan kesat seperti “sundal” , “butoh” dan “cibai” ”Sundal” Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “sundal” membawa erti tidak elok kelakuannya iaitu perempuan jahat, perempuan lacur dan perempuan jalang. Kebiasaannya 'sundal' digunakan untuk tujuan memalukan seorang wanita yang suka menjual maruah diri, sama ada bersifat terlalu gatal dengan lelaki atau lebih parah suka menyerahkan diri sendiri secara sukarela. Namun begitu, ia tetap menyalahi aspek kesantunan kerana bersifat maki hamun dan kesat. Oleh itu, perkataan ini, sangatlah tidak wajar dilakukan kerana ia melambangkan keperibadian seseorang yang kurang ajar dan biadap. justifikasi
justifikasi 4 5 “Butoh” “Cibai” “Cibai” adalah perkataan kesa yang wujud di dalam perbualan sehari-hari dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkataan ini adalah hasil serapan dari perkataan Hokkien (Cina: 膣屄, ji-bai) yang telah di-Melayukan menjadi Cibai yang bermaksud “faraj” ataupun "puki". Cibai juga turut digunakan untuk merujuk kepada kemaluan perempuan. Perkataan ini amatlah mengundang sensitiviti kaum wanita serta merupakan bahan makian yang berunsur lucah. Oleh hal yang demikian, perkataan ini amatlah dilarang digunakan kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan sesama lawan jantina . Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan “butoh” didefinisikan sebagai kemaluan lelaki. Frasa mahupun perkataan ini amatlah jijik jika diungkapkan di khalayak ramai. Hal ini kerana perkataan ini akan merupakan unsur cercaan dan makian. Sekiranya, perkataan ini ditujukan kepada seseorang ia akan menimbulkan konflik serta mencetuskan pergaduhan. Bahasa yang lucah ini tidak dapat diterima dalam masyarakat Malaysia kerana ia dianggap ketidakluhuran budi pekerti dan budi bahasa. Menurut Noor Fadilah & Asiah (2020), bahasa yang lucah ini perlu dielakkan kerana bahasa ini mempunyai mana yang buruk dan tidak elok sekaligus berlaku pelanggaran adab dan hilang kesantunan berbahasa. Oleh itu, penggunaan dan pemilihan bahasa dalam media sosial seharusnya digunakan dengan berhati-hati kerana ia melambangkan budi bahasa seseorang.
Penggunaan Bahasa Rojak isu bahasa
justifikasi Bahasa rojak merupakan campuran penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris yang semakin berkembang di kalangan remaja hari ini. Penggunaan bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti penggunaan bahasa Melayu pasar. Namun demikian, bahasa rojak telah menyebabkan kedaulatan bahasa terjejas di mana bahasa ini telah mencemarkan keaslian bahasa Melayu. Menurut Hidayah Shafie (2019), penggunaan bahasa rojak merupakan salah satu bukti bahawa pencemaran bahasa telah berlaku sekaligus merendahkan mutu penguasaan bahasa Melayu yang semakin merosot. Berdasarkan rajah di atas terdapat sesetengah netizen memuat naik 'tweet' yang menggunakan bahasa yang bercampur baur seperti “dia nervous terukkk but she did her best already”. Selain itu, “Pasal English ni no other way than pergi kelas extra” dan sebagainya. Situasi seperti ini acap kali dilakukan oleh masyarakat khususnya remaja kerana mereka seolah-olah ingin menonjolkan kchebatannya dengan menguasai pelbagai bahasa. Secara tidak sedar, mereka telah mengaibkan serta mengabaikan kedaulatan bahasa Melayu dan mengetepikan aspek kesantunan dalam berbahasa. Penggunaan bahasa rojak ini bukan sahaja akan merosakkan kesantunan dalam berbahasa malah akan mendatangkan pelbagai impak negatif seperti melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai bahasa Melayu, menurunkan kedudukan bahasa Melayu, menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat, menimbulkan salah faham, mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot, penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang dan bangsa Melayu akan mengalami dalam berkomunikasi dengan baik. Kesannya, maklumat yang disampaikan akan mengakibatkan kecelaruan serta memberi kesan kepada pengguna bahasa yang masih dalam proses belajar.
Isu Contoh Komen Ketidaksantunan dalam isu di bawah dapat dilihat apabila seorang polis wanita yang mempunyai pangkat menghina pekerja bawahannya. Hal ini telah mencetuskan pelbagai komen negatif yang biadap dan tidak santun dari segi nama gelaran, pengurusan air muka dan ujaran. Pegawai Maki Pekerja Bawahan isu sosial
justifikasi 1 2 3 Pengurusan air muka @ maruah Kata Panggilan Ujaran Situasi di atas, menunjukkan tentang seorang polis wanita yang berkelakuan tidak santun dan biadap dalam berkomunikasi. Polis wanita tersebut juga telah memaki hamun pekerja bawahannya secara terbuka. Perkara ini amatlah berkait rapat dengan gaya kesantunan berbahasa iaitu penjagaan air muka. Sebagai pegawai polis yang disegani dan dihormati oleh masyarakat, wanita tersebut hendaklah menggunakan bahasa yang lebih beradab agar tidak memalukan organisasi pihak polis dan seluruh warga PDRM . Kejadian tersebut telah mendapat pelbagai kecaman negatif daripada para netizen sehingga wujudnya ketidaksntunan dalam berbahasa. Contohnya, netizen menggelar anggota polis tersebut sebagai “Pegawai tahi kucing lah !!”. Kata panggilan yang digunakan ini tidak seduai kerana ia ibarat seperti menyamakan pegawai polis tersebut seperti binatang. Meskipun, polis wanita tersebut melakukan kesalahan, sewajarnya netizen menggunakan ataupun memberikan kritikan membina dan memastikan bahasa yang digunakan sopan dan beradab Seterusnya, ketidaksantunan yang ditonjolkan dalam ujaran yang ditulis oleh netizen iaitu “Lahanat punya attitude” . Jika diteliti kembali , bahasa ini kurang sopan dan tidak sesuai digunakan kerana ia berbaur seperti perkataan kotor, kasar, kesat dan lebih kepada mencarut.
isu sosial ISU Komen Netizen Rajah 1 Rajah 2 Lelaki Tunjal Kepala Wanita
justifikasi 1 2 3 Pengurusan air muka @ maruah Kata Panggilan Situasi di atas, menunjukkan sikap seorang pemandu lelaki yang menunjal kepala wanita dan menengkingnya. Meskipun wanita tersebut melakukan kesalahan tidak sewajarnya lelaki tersebut memperlakukan seperti itu. Hal ini kerana, lelaki tersebut seolah-olah tidak menghormati wanita dan bersikap kasar terhadapnya. Situasi ini telah menimbulkan pelbagai kemarahan yang berbaur kesat, kotor daripada masyarakat. Perkara ini sangatlah bertepatan dengan sikap ketidaksantunan dalam berbahasa malah memiliki hubung kait dengan gaya kesantunan berbahasa. Antaranya dari aspek, pengurusan air muka, kata panggilan dan ujaran yang diutarakan Asbab daripada sifat panas baran lelaki tersebut, pengurusan air muka ataupun maruah ahli keluarganya dicemuh dan dipandang serong oleh masyarakat . Para netizen khususnya, mengecam dan menghina perbuatan tersebut sehingga ahli keluarganya berasa malu akan tindakan yang telah ditonjolkan. Tambahan pula , pengurusan air muka wanita yang menjadi mangsa tersebut turut terjejas apabila diperlekehkan sebegitu rupa oleh pemandu lelaki itu Menerusi rajah 2 , para netizen telah menghamburkan komen negatif yang telah melanggar hukum kesantunan dalam berbahasa iaitu dengan menggunakan kata panggilan kepada lelaki tersebut sebagai “gengster”. Walaupun lelaki itu memperlakukan perbuatan yang salah, namun sebagai masyarakat yang baik tidaklah sepatutnya sesuka hati menggelar seseorang dengan istilah yang tidak santun.
4 5 Jilake Istilah “jilake” diertikan sebagai celaka. Dalam masyarakat Melayu istilah ini merupakan kata-kata kasar atau kata-kata kotor yang biasa digunakan untuk mengungkapkan kemarahan, kekecewaan, atau kejutan. Kebiasaannya, "jilake" dapat diertikan kata kasar yang sama seperti "sial" atau "anjing" . Penggunaan kata ini umumnya dianggap tidak sopan, kasar, kotor dan biadap serta sangatlah tidak dianjurkan dalam percakapan seharian, terutama dalam situasi formal atau rasmi. Ujaran Seterusnya, ketidaksantunan dalam ujaran yang dipaparkan pada komen kedua netizen. Ujaran tersebut ialah “Bunoh terusss”. Ungkapan seperti ini amatlah tidak patut digunakan kerana ia bersifat mengancam dan boleh mengganggu emosi pelaku. Perkataan “bunuh” merupakan perkataan yang kejam dan berunsur zalim, kasar dan kesat. Melalui perkataan ini juga boleh mengakibatkan pelaku merasakan dirinya tidak berguna serta boleh mengundang kemurungan. Oleh itu, ujaran seperti ini perlulah dielakkan kerana ia melanggar adab kesantunan masyarakat Melayu. justifikasi
iissuu bbuuddaayyaa Penggunaan Bahasa Yang Mengkritik Agama Lain
justifikasi Isu di atas menunjukkan situasi seorang jurulatih yang telah menghina perbuatan agama Islam. Bong Guang Yik telah mengeluarkan kenyataan menerusi akaun TikToknya dengan menyatakan, “Bagi orang Melayu jadi management. Eh diorang sembahyang dah 5 kali sehari mana ada masa nak manage BAM! Lemah pengurusan ini, sistem yang lemah menyebabkan pemain Malaysia semua merosot!” Ujarnya lagi, dia mengharapkan agar kaum Cina dapat menggantikan tampuk pengurusan BAM kerana orang Melayu hanya tahu makan sahaja. Perkara ini amatlah sensitif dan tidak patut dikeluarkan kerana ia merupakan isu sensitif yang boleh mengundang kemarahan kaum lain, terutamanya agama Islam. Sifat pentingkan diri serta ketidaksantunan dalam berbahasa jurulatih ini telah mengakibatkan dirinya dikecam,dicemuh dan dibuang dari organisasi BAM. Tindakan yang dilakukan ini juga berkait rapat dengan gaya kesantunan iaitu melalui pengurusan air muka agama Islam dan agama Cina serta dari aspek ujaran yang dituturkan oleh jurulatih tersebut. Justeru itu, amatlah penting aspek kesantunan dalam bahasa apatah lagi melibatkan isu budaya mahupun kaum. Setiap individu haruslah memiliki sikap saling hormat menghormati agama lain tanpa membenci satu sama lain. Hal ini kerana, kehidupan masyarakat majmuk amatlah mementingkan kesantunan dan kehormatan dalam memahami agama lain agar dapat hidup dalam suasana yang aman dan damai.
Menghina Tradisi Dalam Bahasa Gurauan iissuu bbuuddaayyaa
jjuussttiiffiikkaassii Berdasarkan situasi di atas, seorang lelaki terkenal di Malaysia iaitu Ryzal Ibrahim telah melakukan bahasa gurauan yang menyentuh sensitiviti kaum Iban. Menerusi hantaran video berdurasi lebih tujuh minit itu, Ryzal mengakui tidak menjaga adab dalam bergurau dengan isterinya yang juga sensasi YouTube dan selebriti TV, Maryam Younarae ketika isterinya mengenakan busana tradisional itu. Menurut Ryzal, dia tidak berniat untuk menghina khazanah budaya masyarakat Iban itu Ryzal telah memetik pakaian itu sebagai alas meja, alas TV, langsir dan selebihnya. Ujarnya lagi, itu hanya gurauan semata-mata untuk saya dan Maryam. Namun demikian, tindakan yang dilakukannya itu telah mendapat pelbagai kesan negatif daripada masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa, meskipun sewaktu bergurau mahupun bercanda, janganlah kita memperlekehkan serta merendahkan sesuatu tradisi mahupun budaya kaum lain. Perkara ini merupakan kesantunan yang perlu dititikberatkan oleh setiap lapisan masyarakat agar dapat mengelakkan pergaduhan sesama kita. Kesantunan dalam berbahasa akan menjadikan diri kita insan yang sentiasa bersiap sedia dan berhati-hati dalam menuturkan kata.
CARA MENGATASI ketidaksantunan berbahasa CARA MENGATASI ketidaksantunan berbahasa Peranan Ibu Bapa Peranan Institusi Pendidikan Peranan Kerajaan Peranan Media Massa
peranan ibu bapa peranan ibu bapa 1 2 3 4 Ibu bapa perlulah menerapkan nilai kesantunan berbahasa di dalam diri anak-anak dengan mendidik mereka menggunakan bahasa yang sopan, penuh dengan nilai murni dan berbudi bahasa yang tinggi. Misalnya mendidik anak-anak dengan didikan agama seperti menghantar ke sekolah agama. Selain itu, mendidik anak-anak dengan menunjukkan contoh yang baik. Sebagai contoh, ibu bapa menasihati anak dengan menggunakan gaya pertuturan yang sopan dan mengelakkan perkataan yang kurang santun di depan anak-anak. Menerapkan budaya penggunaan bahasa Melayu yang betul terhadap anak-anak sejak peringkat awal. Tamsilnya, ibu bapa dan anak-anak saling berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu standard sepenuhnya di rumah. Akhir sekali, dengan memperkasakan usaha mengatasi masalah pencemaran bahasa anakanak. Contohnya, ibu bapa menyediakan pelbagai bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di rumah di samping menekankan aspekaspek penggungan bahasa yang betul mengikut konsep kesantunan berbahasa
peranan institusi pendidikan Pihak sekolah mengambil pendekatan dengan menasihati dan mengambil tindakan tegas kepada murid yang menggunakan bahasa kurang sopan dan biadap. Pihak sekolah perlulah memantapkan unit bimbingan kaunseling untuk memberikan sepenuh perhatian kepada murid yang bermasalah terutamanya murid yang suka mengeluarkan perkataan kurang santun yang boleh mengganggu emosi dan mental muridmurid lain. Pihak sekolah haruslah menjalankan aktiviti mahupun program bahasa yang lebih terperinci mengenai adab dan budi pekerti serta mengajak murid menolak budaya mencarut dan perbuatan kurang santun. Guru di sekolah hendaklah mempamerkan kesantunan berbahasa ataupun suri teladan kerana mereka merupakan orang kedua yang sering bersama dengan anak-anak muda. Misalnya, guru-guru tidak menggunakan perkataan yang kurang santun di sekolah meski sewaktu memarahi murid.
peranan kerajaan Mengadakan kempen-kempen kesantunan berbahasa bagi meningatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan dan keunikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Menjalankan penguatkuasaan undangundang mengenai penggunaan bahasa yang kurang santun, biadap, menyentuh sensitiviti di samping tindakan tegas akan dikenakan kepada pelaku tersebut. Menyekat akaun-akaun media sosial yang menggunakan bahasa-bahasa kesat atau menunjukkan kelakukan yang kurang sopan kepada khalayak ramai serta menyekat filem-filem atau drama yang yang tidak mematuhi nilai-nilai budaya dan kesantunan berbahasa
peranan media massa Setiap iklan atau drama Melayu yang disiarkan hendaklah ditapis terlebih dahulu serta memiliki aspek kesantunan berbahasa yang tinggi. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi orang yang melihatnya serta akan diikuti oleh mereka . Cerita-cerita yang berunsurkan kurang santun dan lucah dari segi perlakuan atau percakapan hendaklah dihalang daripada disiarkan kepada orang ramai. Media cetak seperti surat khabar dan majalah hendaklah mengeluarkan bahan-bahan sahih dan penuh dengan budi bahasa atau rujukan kepada orang ramai tentang kesantunan dalam berbahasa.
rumusan Kesimpulannya, setiap pihak haruslah berganding bahu bagi membanteras ketidaksantunan berbahasa dalam perilaku diri sendiri mahupun masyarakat sekeliling. Justeru, berusaha meningkatkan kesantunan berbahasa secara berperingkat sehinggalah mencapai tahap maksima. Persis pepatah Melayu, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kesantunan dalam berbahasa bukan sahaja melambangkan peribadi semata-mata malah mencerminkan imej sesuatu budaya. Keberkesanan dalam berbudi bahasa akan berjaya membentuk serta membina sebuah negara yang harmoni, aman dan dipandang tinggi oleh negara luar.
Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hidayah Shafie. (2019). Pengaruh Bahasa Rojak di Media Baharu terhadap Bahasa Kebangsaan. Jurnal the national languages, 141-153. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Noor Fadilah, & Asiah. (2020). Kesantunan Berbahasa dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaya Sabah. Jurnal bahasa kebangsaan, 133-152. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu Il. Oxford Fajar Sdin. Bhd. rujukan
sekian terima kasih