SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI SABAH
(SPANS)
MENGENAI KAMI
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
(SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan
nama The North Borneo (Public Service
Commission) Order in Council 1963 telah
ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963
dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri
Sabah mencapai kemerdekaan melalui
penubuhan Malaysia pada 16 September 1963,
maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah
Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah.
SPANS.
Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di
bawah Perkara 36(1) dan Perkara 36(2)
Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang
Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas
berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua
Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi
dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak
melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli
SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan
Pengerusi dan 7 orang Ahli.
Profail Jabatan
Visi:
☇ Perkhidmatan Awam Negeri yang berwibawa
dan serba boleh yang dapat memainkan peranan
dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Misi:
☇ Memilih anggota Perkhidmatan Awam yang terbaik;
☇ Memastikan perkhidmatan mereka teratur; dan
☇ Mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.
Fungsi-Fungsi:
☇ Pelantikan;
☇ Pengesahan Jawatan;
☇ Pemberian Taraf Berpencen;
☇ Kenaikan Pangkat;
☇ Pertukaran; dan
☇ Kawalan Tatatertib
anggota Perkhidmatan
Awam Negeri Sabah.
Objektif:
Memastikan urusan pengambilan,
pelantikan, perkhidmatan dan tindakan
tatatertib Pegawai Awam Negeri dilaksanakan
dengan adil, saksama, tepat, cepat dan efisien.
Nilai-Nilai Bersama:
☇ Profesional dalam menjalankan tugas;
☇ Kerja berpasukan dalam merealisasikan matlamat SPANS; dan
☇ Berintegriti dalam segala urusan dan amalan.
Piagam Pelanggan:
☇ Memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat, mesra dan adil;
☇ Memproses setiap urusan perkhidmatan mengikut peraturan
yang berkuat kuasa; dan
☇ Memastikan semua syor yang dikemukakan ke Urus Setia
Suruhanjaya ini diambil tindakan dengan serta merta dan sekiranya
syor tersebut teratur, Kertas Mesyuarat disediakan dalam tempoh 14 hari
bekerja dan keputusan akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh
tidak melebihi 14 hari bekerja selepas Mesyuarat Penuh SPANS.
Dasar Kualiti
Memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan memberikan perkhidmatan
berikut:-
☇ Perkhidmatan yang cepat dan tepat;
☇ Perkhidmatan yang prihatin dan mesra;
☇ Perkhidmatan yang profesional;
☇ Perkhidmatan yang adil dan saksama; dan
☇ Pengamalan budaya kerja bermuafakat dan akauntabiliti.
Moto
Tiada yang terbaik selagi boleh dibaiki
Pengambilan
° Pengiklanan jawatan kosong; Perkhidmatan
° Pengendalian sesi temu duga ° Pengesahan dalam jawatan
calon Pelantikan (Memilih Skim KWSP);
/ pemohon jawatan ° Pengesahan dalam jawatan
° Mengurus Pelantikan Secara Tetap / (Memilih Skim Pencen);
Sementara / Kontrak; ° Pelanjutan tempoh percubaan; dan
° Penyerapan ke Jawatan Tetap; ° Pemberian taraf berpencen.
° Pembaharuan / Pemendekan Pelantikan Kontrak;
° Perubahan mata gaji dalam Pelantikan Pertama;
° Perubahan gelaran nama jawatan
dalam Pelantikan Pertama; dan
° Pelantikan semula pesara.
Bahagian-bahagian yang terlibat dalam
segala pergerakan SPANS di dalam kerajaan
negeri sabah
Pengukuhan Integriti
° Penentuan kes prima facie;
Kemajuan Kerjaya ° Tindakan tatatertib; Khidmat Pengurusan
Unit Pemangkuan ° Pengisytiharan harta; dan ° Pengurusan sumber manusia;
° Pelantikan memangku jawatan; ° Urus Setia Mesyuarat ° Pentadbiran pejabat;
° Pengurusan kewangan dan aka
° Pelanjutan pelantikan memangku jawatan; jawatankuasa Tatatertib SPANS ° Mengurus majlis / program
° Pemendekan pelantikan memangku jawatan; rasmi SPANS;
° Pengendalian kursus /
° Pelantikan menanggung kerja; latihan SPANS;
° Pelantikan secara pertukaran sementara; dan
° Pertukaran secara pinjaman dan pertukaran jabatan.
Unit Kenaikan Pangkat ° Pelaksanaan Program Inovasi /
° Kenaikan pangkat; Kualiti / Produktiviti; dan
° Kenaikan pangkat secara khas ° Penyediaan laporan tahunan
untuk penyandang (KUP); SPANS.
° Kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL);
° Kenaikan pangkat KPSL istimewa jawatan jumud;
° Pelantikan pegawai sedang berkhidmat; Keurusetiaan
° Opsyen pertukaran jawatan; ° Penyediaan surat penyampaian berpusat;
° Penetapan mata gaji pegawai yang sedang berkhidmat; dan
° Menyelaras Mesyuarat Penuh SPANS;
° Urus Setia sesi temu duga kenaikan pangkat
° Urus Setia mesyuarat penuh SPANS
oleh Ahli- Ahli SPANS (Panel Penemu duga)
HUBUNGI KAMI
Tingkat 3 & 4, Blok B, Wisma MUIS
Peti Surat 10998, Kota Kinabalu
088-255877 088-239345
https://espans.sabah.gov.my/