AMANAT SETIAUSAHA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH (SPANS) 20 JANUARI 2023 HOTEL RAIA KOTA KINABALU NORDIN LOSSIN
Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum wahrahmatullahi wabarakatuh Warga SPANS yang saya muliakan, saya ingin merakamkan rasa syukur atas lantikan sebagai Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, bagi meneruskan amanah dan tanggungjawab menggalas tugas di SPANS. Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tinggi kepada semua pihak yang telah memberi ucapan tahniah kepada saya atas pelantikan ini, In sha Allah, tanggungjawab ini akan saya laksanakan dengan sebaik mungkin, berkat sokongan dan kerjasama semua warga SPANS. Warga SPANS yang dinamik, sebagai penjawat awam, sebelum kita berganding bahu bersama-sama mencipta sejarah baharu di SPANS, senjata ampuh yang perlu kita sematkan dalam jiwa nurani kita untuk belayar di bahtera SPANS ialah mempertingkatkan serta memperkukuhkan penghayatan terhadap ajaran agama.
Dalam Surah Yassin, Ayat 12, ۡحَصۡيَٰنُه َوُكَّل َشۡيٍء َأ ۚۡم َرُه َٰث َوَءا ۡلَمۡوَتٰى َوَنۡكُتُب َما َقَّدُموْا ٱ ۡح ِي ُن ا َنۡحُن َّن ِإ ِفٓي ِإَماٖم ُّمِبيٖن “Sesungguhnya kami akan hidupkan orang-orang yang telah mati dan kami tuliskan apa-apa yang mereka kerjakan, tiap sesuatu kami tuliskan dalam kitab yang terang” Justeru, perlu kita hayati dan benar-benar rasa takut bahawa segala perbuatan yang kita lakukan sama ada membantu SPANS atau mensabotaj SPANS, akan diperhitungkan di akhirat nanti. Saya juga menyeru kepada Warga SPANS yang beragama Islam agar memperbaiki bacaan Al-Quran dengan belajar Ilmu-Tajwid agar bacaan dalam solat akan menjadi berkualiti. Sehubungan itu, sentiasa menjaga waktu solat Zuhur dan Asar secara berjemaah semasa berada di pejabat.
Warga SPANS yang disayangi, untuk menjadikan SPANS sebuah organisasi yang boleh terus kekal relevan ketika ini, saya berbesar hati mengajak semua warga SPANS untuk bersama-sama mencipta sejarah baharu berlandaskan empat fokus utama, iaitu : i) Pertama : Menjadikan SPANS Inspirasi ! ii) Kedua : Penjajaran baharu Landskap SPANS iii) Ketiga : SPANS yang kalis masa hadapan iv) Keempat : Warga SPANS Pemangkin Transformasi Warga SPANS yang dikasihi, apabila jiwa kita sentiasa ingat kepada Tuhan, kita akan sentiasa tenang dan bekerja dengan jujur dan amanah walaupun mempunyai tanggungjawab yang berat.
Fokus Utama : Menjadikan SPANS Inspirasi Tuan-puan, asas utama dalam melahirkan seorang pekerja yang berkualiti ialah faktor sikap. Sikap ini berbentuk infiniti. Tidak nampak dan bukan berbentuk benda. Ianya lahir dari penghayatan terhadap ajaran agama, dibenarkan oleh hati dan diamalkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian. Jika elemen atau cip ini berada dalam jiwa tuan-puan, kehadiran, mutu kerja, kebersihan serta pergaulan tuan puan akan lebih terserlah dan membuatkan orang lain kagum dan menghormati tuan-puan. Asas kedua dalam fokus utama ini ialah niat tuan-puan sejak turun dari rumah setiap hari. Kerja sebagai satu ibadah. Mana mungkin jika kita beribadah kita jadi dalang, jadi tali barut, jadi tukang lapor, jadi tukang ugut, jadi keldai perkhidmatan awam. Jika niat kita sudah menyimpang dari ibadah, kita sebenarnya sudah mementingkan diri sendiri, mementingkan saudara-mara, mementingkan empayar kekeluargaan dan ini berkait rapat dengan iman yang sudah jauh menyimpang dari landasan agama. Ingatlah bahawa, keadaan yang berlaku ini menjadi malapetaka buruk dalam perkhidmatan awam.
Setelah hampir 59 tahun SPANS ditubuhkan (1963), peranan dan sumbangan SPANS kepada semua agensi adalah amat besar. SPANS sentiasa berperanan sebagai nadi kepada perkhidmatan awam. Mohon beri tepukan kepada SPANS. Saya amat mengharapkan kita sama-sama dapat merealisasikan SPANS sebagai sebuah suruhanjaya yang dinamik serta bersifat pemudah cara dan bertindak mengurangkan parameter birokrasi. Supaya suruhanjaya ini menjadi terus kekal relevan, Warga SPANS hendaklah mempunyai daya ketahanan tinggi, anjal, tangkas dan berinovasi. Sifat-sifat ini wajiblah dilengkapkan dengan nilai integriti yang tinggi. Kita juga hendaklah menjadi penjawat awam yang berfikiran realistik dan sentiasa bersedia untuk menyelesaikan pelbagai masalah merentas kementerian dan agensi demi perkhidmatan awam. Justeru, amalan ini akan meningkatkan nilai tambah dan produktiviti perkhidmatan awam dan meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada kita.
Tuan-puan warga SPANS yang terbaik, pendekatan S.W.I.F.T iaitu akronim bagi speed, world-class knowledge, inspirational, flexible dan technologybased, pendekatan yang menggesa kita semua untuk mengambil apa-apa tindakan dengan pantas dan tidak berlengah. Selain itu, ianya bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah sentiasa berkesan dan menepati keperluan semasa di samping kita mengambil amalan dan praktis terbaik dari dalam dan luar negara untuk dijadikan panduan. Di peringkat suruhanjaya ini, setiap kakitangan perlu memupuk nilai-nilai positif yang berupaya menjadi inspirasi kepada pihak lain dalam pelaksanaan amanah dan tanggungjawab. Perkhidmatan juga perlu disampaikan dalam bentuk dinamik dan tidak rigid serta memanfaatkan perkembangan teknologi.
SPANS memerlukan modal insan yang mempunyai kebolehan berfikir secara realistik dan analitis berdasarkan data dan fakta. Sehubungan itu, SPANS akan lebih berkualiti apabila kakitangannya mempunyai : (1) Kemampuan, keupayaan dan perwatakan; (2) Pengetahuan yang luas dan relevan serta berfikiran strategik; (3) Kemahiran teknologi dan kemahiran analitis; (4) Kemahiran memahami situasi sebenar; (5) Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah; dan (6) Semangat untuk berkhidmat dan sentiasa berusaha untuk menyumbang tenaga kepada negeri dan negara.
Fokus kedua : Penjajaran baharu Landskap SPANS Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, SPANS hendaklah efisien dan efektif. Struktur organisasi SPANS yang sedia ada hendaklah diteliti dan dikaji dari segi saiz, struktur dan fungsi bagi memastikan tiada pertindihan fungsi. Ketua Bahagian hendaklah sentiasa meneliti, mengkaji fungsi sedia ada dan melakukan proses rekayasa (business process re-engineering) bagi memastikan SPANS sentiasa relevan dan memenuhi keperluan semasa dan mendatang. Fungsi yang tidak lagi relevan hendaklah dijumudkan bagi membolehkan kita melaksanakan perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih berkesan berpaksikan objektif penubuhan SPANS. SPANS merupakan tumpuan utama semua agensi untuk mengemukakan pelbagai permohonan. Sehubungan itu, perlu dipastikan segala dasar dan peraturan adalah bertepatan dan relevan sepanjang masa. Semua dasar yang dikeluarkan perlulah berteraskan keperluan sebenar pelanggan atau agensi terlibat dan berbentuk konsesus.
Bagi memastikan dasar dan peraturan sentiasa relevan, input atau maklumat juga perlu diperolehi daripada pelbagai pihak. Sesi libat urus perlu dijalankan bagi mendapatkan input atau data yang lebih berkualiti. Bagi menggalakkan percambahan idea dan menjana inovasi baharu, SPANS perlu membentuk satu budaya kerja berprestasi tinggi dan budaya pengurusan tepat (high performance work culture and precision management culture). Penggunaan teknologi merupakan salah satu medium untuk kita mencipta inovasi-inovasi baharu yang lebih efisien. Sehubungan itu, warga SPANS tidak lagi boleh kekal dengan pendekatan yang lama, tetapi perlu menghasilkan idea-idea baharu, serta sentiasa cuba melaksanakan kerja dengan cara yang terkini.
Perlu sentiasa mencari dan mencuba pendekatan baharu; Ilmu dan pembelajaran yang berkaitan perkongsian maklumat, pembangunan pengetahuan dan pembelajaran perlu ditingkatkan; Pendekatan dan cara bekerja yang menyokong inovasi perlu dibangunkan; dan Peraturan dan proses kerja perlu selalu disemak agar menyokong dan tidak mengekang inovasi. Saya menggesa, warga SPANS : 1. 2. 3. 4. SPANS yang kalis masa hadapan Warga SPANS sekalian, Sebelum ini situasi covid, kini kita akan berhadapan dengan ketidak tentuan masa hadapan. Ini termasuklah ketidakstabilan ekonomi global, penularan wabak pandemik, perubahan demografi, ancaman perubahan iklim dan sebagainya.
Menghadapi keadaan ini, kita hendaklah bersiap siaga dan membuat persediaan rapi dari sekarang melalui platform perkhidmatan yang kukuh, holistik dan kalis masa hadapan. Untuk mencapai matlamat ini, kita juga memerlukan keterangkuman idea dan jalinan kerjasama (a networking government) dari semua pihak termasuklah pihak kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan dan pelbagai organisasi. Justeru, SPANS perlu dipacu agar menghayati konsep collaborative mindset. Konsep ini menekankan kepentingan bekerjasama melalui penjanaan idea dan pelaksanaan tanggungjawab bersepadu dan menyingkirkan silos. Ini akan meningkatkan mutu perkhidmatan SPANS dan menghasilkan impak yang diharapkan.
Saya menyeru Warga SPANS untuk menggunapakai konsep sosial capital bagi memperkukuhkan kerjasama sedia ada dalam meningkatkan barometer social trust dengan pendekatan keakraban saling hubung kait (bonding-linking-bridging) dapat diimplementasi dalam organisasi dan antara organisasi. Negara-negara maju turut mempraktikkan pendekatan ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Social capital sememangnya memberi manfaat yang cukup besar dalam memastikan kejayaan sistem penyampaian. Oleh itu saya menyarankan agar SPANS menjadi role model supaya konsep ini dapat dibudayakan secara holistik.
Warga SPANS Pemangkin Transformasi SPANS wajib bersifat dinamik dan responsif terhadap keperluan pelanggan. Kita perlu berganding bahu di atas nama “Jadilah Inspirasi” ke arah masa depan yang lebih cemerlang. Saya sebutkan ini kepada warga SPANS sebagai pemangkin transformasi. Sekiranya kita lalai dan tidak peduli terhadap kepentingan melaksanakan perubahan atau transformasi, perkhidmatan akan terjejas dan ini bukti kita gagal memikul amanah. Apabila kita komited dan bersama dalam melaksanakan perkara-perkara yang telah saya sebutkan, in sha Allah kita akan menyelesaikan pelbagai isu yang sering dibangkitkan, merangkumi isu-isu mikro pengurusan sumber manusia seperti kelewatan menyampaikan suratsurat kenaikan pangkat dan sebagainya.
Penutup Amanat Peranan serta tanggungjawab kita sebagai penjawat awam di SPANS hendaklah sentiasa disemat kemas di dalam minda dan hati nurani kita semua. Apa jua tindakan hendaklah menggambarkan identiti kita sebagai penjawat awam. Teruskan menjadi penjawat awam yang berintegriti dan professional. Apa sahaja yang kita sumbangkan dan usahakan, lambat laun akan memberi kesan yang baik kepada organisasi, masyarakat dan negara. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Qasas, Ayat 26 َق ِوُّي ا َاْلِمْيُن ْل َجْرَت ا ْأ ِاَّن َخْيَر َمِن اْسَت “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” Setinggi penghargaan kepada Puan Norhaidah Matnoor, Cik Siti Darizah, Puan Nurafiqah Hamzah, Bahagian Khidmat Pengurusan serta semua urus setia yang bertungkus lumus mengatur dan menganjurkan majlis ini. Saya amat hargainya. Jadilah Inspirasi!
PUAN NORHAIDAH MATNOOR CIK SITI DARIZAH OSMAN PUAN NURAFIQAH HAMZAH PUAN NUR AZUREEN BINTI MOHD NASRIE PUAN NUR HAFIZAH BINTI BAHARUDIN PUAN ROHAYAH MURSHIDI ENCIK SYAQEER DINEY BIN DAHRIN CIK ADIRRA NG ENCIK MOHD NURISHSHAM BIN IDRIS BARISAN URUS SETIA