The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eramaslina.samj, 2023-06-07 02:49:22

MODUL MENTOR MENTEE TAHUN 2023

MODUL MENTOR MENTEE TAHUN 2023

1 Disediakan Oleh: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING. SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM MODUL MENTOR MENTEE TAHUN 2023 Modul ini disediakan untuk edaran dalaman dan rujukan kepada semua guru/ mentor sahaja.


2 PENGENALAN Program Mentor Mentee merupakan salah satu pengisian Program Amalan Guru Penyayang di mana semua guru mempunyai sikap kepedulian(concern) terhadap setiap perkara melibatkan anak muridnya (every child matters). Program Mentor Mentee melibatkan proses interaksi antara guru (Mentor) dan murid (Mentee) yang melibatkan aktiviti bimbingan, sokongan, memberi nasihat, mengasah bakat murid dan kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah, mengatasi tekanan dan berusaha menjadikan menteenya menjadi individu yang berfungsi dan berguna kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. OBJEKTIF 1 • Mewujudkan semangat kekeluargaan. 2 • Meningkatkan kesedaran untuk belajar dan memperbaiki kelemahan diri. 3 • Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah. 4 • Menyubur budaya sihat untuk meningkatkan pencapaian sahsiah unggul. 5 • Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai.


3 PELAKSANAAN PERANAN MENTOR & MENTEE 1 •Dilaksanakan kepada semua murid SAM Jeram. 2 • Program Mentor Mentee adalah aktiviti rasmi. 3 •Dilaksanakan selama 30 minit, 1 kali sebulan mengikut jadual yang ditetapkan. 4 • Semua guru adalah MENTOR. Setiap kelas mempunyai sekurang-kurang 2 orang Mentor. 5 • Mentor dikehendaki menghantar laporan aktiviti setiap kali selesai perjumpaan/ aktiviti. 1 • MENTOR perlu mengendalikan aktiviti berdasarkan MODUL yang disediakan.. 2 • Mentor bertanggungjawab mengambil tahu kebajikan mentee sepanjang perjumpaan/ tahun. 3 • Mentee Mestilah memberi kerjasama penuh kepada Mentor. 4 • Mentee boleh merujuk Mentor untuk perkongsian pandangan, sokongan, bantuan dan pandangan.5


4 SENARAI MENTOR MENTEE TAHUN 2023 TING KELAS MENTOR 1 MENTOR 2 1 1 IBNU SINA Pn. Saniah Binti Mohd Yunan Pn. Zainon Binti Osman @ Husin 1 IBNU KHALDUN Pn. Maslinda Binti Mohd Noh En. Ahmad Shauqi Bin Senin 1 IBNU RUSYD En. Normisyidi Bin Md Said En. Mohd Akdi Bin Yaakob 1 IBNU TAIMIYAH Pn. Siti Aminah Binti Mohamad Said Pn. Syahida Binti Abdul Rahman 1 IBNU BATUTAH En. Azli Najmi Bin Zulkefli Pn. Siti Norbaya Binti Ma Hussin 2 2 IBNU SINA Pn. Faridah Binti Mohamad Pn. Umikalsom Binti Abdul Rahman 2 IBNU KHALDUN Pn. Halimah Binti Ismail En. Zulkifli Bin Jamil 2 IBNU RUSYD Pn. Nur Hamizan Binti Yusof Pn. Faradila Binti Badri 2 IBNU TAIMIYAH Pn Noor Faeza Binti Mahfodz En. Abdul Rahim Bin Razali 2 IBNU BATUTAH Pn. Suzaini Binti Awang @ Sudin En. Mohd Manar Bin Hj Bajuri @ Mohamad 3 3 IBNU SINA En. Saiful Azli Bin Yunus Pn. Anis Arieza Binti Che Aziz 3 IBNU KHALDUN Pn. Rubinah Binti Jonit Pn. Siti Fauziah Binti Hairuddin 3 IBNU RUSYD En. Haron Bin Abd Ghani En. Mat Saman Bin Md Nasir 3 IBNU TAIMIYAH Pn. Nurulakma Binti Mohamed Aziz Pn. Ita Azirah Binti Ismail 3 IBNU BATUTAH En. Muhammad Izzat Naim Bin Abdul Latif Pn. Norhazliyana Binti Ya’akob 4 4 IBNU SINA Pn. Noratiqah Binti Hussin Pn. Ummu Hani Binti Zaharuddin Pn. Hjh Siti Nor Liza Binti Pardei 4 IBNU KHALDUN Pn. Nurhana Binti Abdul Salim Pn. Nik Noor Fajaridayu Binti Nik Sinluddin Pn. Mazrauza binti Basiran 4 IBNU RUSYD Pn. Fatin Solihah Binti Zainuddn Pn. Siti Hajar Binti Baharuddin Tn. Hj. Badros Bin Abd Basir 4 IBNU TAIMIYAH Pn. Nurherliana Binti Hamdzani En. Mohd Shahwaluddin Bin Arifin Pn. Nor Haniza Binti Salleh 5. 5 IBNU SINA En. Amin Bin Saleh Pn. Hasniza Binti Badron Pn. Rosnida Binti Kasim Pn. Suziana Binti Mohd Ariffin 5 IBNU KHALDUN Pn. Syazila Binti Ramli Pn. Kausar binti Mohd Niza Pn. Rosnita Binti Tegoh Pn. Nur Amani Binti Hairuni 5 IBNU RUSYD Pn. Norfaezah Binti Abu Lani Pn. Norasma Binti Abd Karim Pn. Siti Hajar Binti Kaida 5 IBNU TAIMIYAH En. Shafizan Bin Othman Pn. Hafizah Binti Saidin Pn. Sabariah Binti Hussien 6 6 MUMTAZIN Pn. Habsah Binti Ahmad Pn. Roseaini Binti Jumat Pn. Norhayati Binti Sitor Tn. Hj.Zohan Bin Ahmad 6 MUTAFAWWIQIN Pn Fairozah Binti Mohamad @ Harun Pn. Nurizah Binti Mat Salleh Pn. Norhayati Binti Sitor Tn. Hj.Zohan Bin Ahmad Tertakluk kepada perubahan semasa.


5 MODUL MENTOR MENTEE TAHUN 2023 BIL KANDUNGAN MODUL 1. SEHARIAN DALAM KEHIDUPAN SAYA 2. WE SHARE WE CARE 3. INDAHNYA DUNIAKU 4. KEMAHIRAN ASERTIF 5. PENGURUSAN DIRI 6. SAYA NAK JADI… 7. PENYELESAIAN MASALAH 8. PENGURUSAN STRESS 9. KU SYUKURI 10. PENILAIAN PROGRAM PERANAN MENTOR 1. Baca dan fahami modul yang disediakan. 2. Sediakan bahan mengikut modul bagi kegunaan kumpulan Mentee masing-masing 3. Gunakan kreativiti mentor masing-masing untuk melaksanakan modul yang diberikan. 4. Ambil kehadiran mentee & mentor perlu menghantar laporan ringkas selepas selesai aktiviti beserta 1 keping gambar melalui Google Form yang akan diberikan. 5. Sebarang kemusykilan boleh dirujuk kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling. 6. Maklumat terkini akan disampaikan dari semasa ke semasa. #KeperibadianInsaniahAnakSelangor #KIASKukenaldiriku #KIASKubermaruah


6 AKTIVITI 1 NAMA AKTIVITI SEHARIAN DALAM KEHIDUPAN SAYA BIDANG PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL MURID OBJEKTIF Di akhir aktiviti pelajar dapat: 1. Membuka minda dan fikiran tentang pentingnya pembahagian masa mengikut kepentingan 2. Menetapkan jadual harian yang wajib dengan mengutamakan tugasan yang segara dan penting. 3. Menguruskan kehidupan harian dengan baik dan sistematik MASA 30 Minit KAEDAH PELAKSANAAN Bersemuka BAHAN/ KEPERLUAN Lampiran Borang Prengurusan Masa, Pen LANGKAH-LANGKAH 1. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Al Fatihah. 2. Mentor mengedarkan borang lampiran pengurusan masa kepada semua mentee. 3. Mentor memberi penerangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan. 4. Mentee dikehendaki mengisi borang yang telah diedarkan. 5. Setelah selesai mengisi, setiap mentee diminta untuk berbincang berkenaan pengurusan masa dari sudut akademik dalam aktiviti seharian mereka. 6. Mentor membuat rumusan berkaitan kepentingan pengurusan diri dan masa mengikut kepenting-kepentingan FALSAFAH Setiap pelajar harus tahu menyusun atur jadual mengikut kepentingan agar masa tidak terbuang begitu sahaja.


7 LAMPIRAN BORANG PENGURUSAN MASA NAMA : ______________________________________ KELAS : ______________________________________ PENTING SEGERA TIDAK SEGERA PENTING TIDAK PENTING


8 AKTIVITI 2 NAMA AKTIVITI WE SHARE WE CARE BIDANG PENINGKATAN DISIPLIN MURID OBJEKTIF Di akhir aktiviti pelajar dapat: 1. pengetahuan tentang tentang gejala buli di sekolah MASA 30 Minit KAEDAH PELAKSANAAN Bersemuka BAHAN/ KEPERLUAN Nota Mentor & Borang Tindakbalas Murid Terhadap Gejala Buli LANGKAH-LANGKAH 1. Mentor menyatakan dan menerangkan apa itu buli dan jenis buli serta kesan kepadamurid (Rujuk Nota Guru). 2. Murid mengisi lampiran Borang Tindakbalas Gejala Buli untuk memberi tindakbalas adakah mereka pernah di buliatau tidak. 3. Murid digalakkan untuk berjumpa dengan GBK sekiranya ada tanda-tandamurid pernah dibuli. FALSAFAH Gejala buli membawa banyak perkara negatif dan boleh menjerat diri kepada perbuatan jenayah.


9 LAMPIRAN NOTA MENTOR Definisi buli Buli didefinisikan sebagai satu set tangka laku yang dilakukan secara sengaja danmenyebabkan kemudaratan fizikal serta psikologi penerimanya. Tingkah laku buli adalah termasuk bersifat mengejek, penyisihan sosial dan memukul (Smith dan Thompson, 1991). Jenis – jenis buli a. Buli fizikal Instrumen pukul – memukul dan aspek sepak – terajang merupakan pasangan instrument yang paling kerap digunakan oleh pemangsa atau menggunakan objek dengan tujuan mencederakan mangsa. b. Buli psikologi Mengejek atau mencerca dengan tujuan memberikan tekanan psikologi kepada mangsa. Kesan – kesan buli a. Emosi Mangsa seringkali berasa takut dan bimbang ketika berada di sekolah. Ianya akan menyukarkan mereka untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Disebabkan ketakutan , mangsa takut untuk ke sekolah dan akan menyebabkan keciciran. b. Sosial Sosial sering dipinggirkan oleh rakan – rakan sebaya mereka. hal ini kerana mereka berasa rendah diri dan kurang keyakinan pada diri sendiri untuk bersosial dan berkawan dengan yang lain. Langkah – Langkah mengatasi buli a. Pendidikan agama Langkah yang penting dalam membendung masalah buli ini adalah dengan pendidikan agama. agama islam yang sempurna menyediakan peraturan dan panduan yang lengkap untuk manusia menjalani hidup dengan penuh bernilai. b. Penguatkuasaan peraturan Peraturan – peraturan yang telah ditetapkan perlu dikuat kuasakan supaya para pelajar lebih patuh dan akur dengan peraturan yang ditetapkan. c. Peranan media Media massa sama ada elektronik dan cetak seharusnya memainkan peranan yang sepatutnya kerana media merupakan alat yang cukup bekesan dalam mempengaruhi tindakan manusia. Sepatutnya pihak media tidak menayangkan program yang berunsur jenayah dalam masyarakat.


10 BORANG TINDAKBALAS MURID TERHADAP GEJALA BULI BIL PERKARA RESPON MURID 1. Nyatakan dua tindakan yang boleh diambil jika di buli 1. 2. 2. Nyatakan dua kesan buli kepada mangsa / pembuli 1. 2.


11 AKTIVITI 3 NAMA AKTIVITI INDAHNYA DUNIAKU BIDANG PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL OBJEKTIF Di akhir aktiviti pelajar dapat: 1. Memahami faktor penyumbang kepada gejala mengantuk 2. Menjelaskan kaitan persekitaran, gaya hidup dan kesihatan dengan masalah mengantuk. MASA 30 Minit KAEDAH PELAKSANAAN Bersemuka BAHAN/ KEPERLUAN Borang Indahnya Duniaku LANGKAH-LANGKAH 1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai rasa mengantuk 2. Guru meminta murid kongsikan sebab – sebab yang menyebabkan muridmerasa mengantuk di dalam kelas. 3. Guru memilih beberapa Teknik yang boleh dilakukan secara beramai – ramaiuntuk mengelakkan rasa mengantuk FALSAFAH Setiap pelajar mesti mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal aktif


12 LAMPIRAN BORANG INDAHNYA DUNIAKU BIL PERKARA RESPON MURID 1. Nyatakan tiga punca yang menyatakan seorang murid itu mengantuk 1. 2. 3. 2. Nyatakan tiga acara yang anda boleh lakukan apabila mengantuk dalam kelas 1. 2. 3.


13 AKTIVITI 4 NAMA AKTIVITI KEMAHIRAN ASERTIF BIDANG PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID OBJEKTIF Di akhir aktiviti pelajar dapat: 1. Memahami maksud asertif 2. Mengenalpasti ciri-ciri asertif 3. Meningkatkan tingkah laku asertif MASA 30 Minit KAEDAH PELAKSANAAN Bersemuka BAHAN/ KEPERLUAN Lampiran Rujukan guru LANGKAH-LANGKAH 1. Mentor menerangkan definisi asertif, agresif dan pasif. 2. Mentor menerangkan perbezaan asertif, agresif dan pasif dalam bentukdialog. 3. Mentor membuat rumusan tentang kepentingan bersikap asertif/ tegasdiri. FALSAFAH Tegas diri membantu meningkatkan keyakinan diri dan melahirkan rasa hormat-menghormati


14 DEFINISI/ KONSEP RUJUKAN MENTOR LAMPIRAN PASIF 1. Menghormati hak orang lain dan mengabaikan hak sendiri 2. tidak menyatakan keperluan, perasaan atau pendapat sendiri 3. tidak jujur terhadap emosi dan perasaan sendiri menyebabkan perasaan selalu terpendam. AGRESIF 1. mempertahankan hak sendiri dan mengabaikan hak orang lain 2. mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain 3. tidak mahu mendengar pendapat orang lain 4. membuat keputusan tanpa memikirkan hak orang lain 5. suka memusuhi orang lain ASERTIF 1. mempertahankan hak sendiri di samping menghormati hak orang lain 2. melahirkan kehendak idea dan perasaan 3. berinteraksi dengan yakin. CONTOH DIALOG/ SITUASI DIALOG PASIF Musa : Subjek Matematik Tambahan tu ... habislah. Cikgunya pun lembab. Jom kita lepak. Chua : Boleh ke kita buat macam tu? Mohan: Boleh. Musa, kat mana ’port’ engkau. Musa : Ala ... kau ikut je lah aku. Chua : Nanti kantoi habis kita. Mohan: Apalah kau ni, penakut. Chua : Oklah, aku ikut. Musa : Macam itulah ’member’ DIALOG AGRESIF Musa : Kita berdua jangan jadi ’bangang’ nak belajar matematik bodohtu. Jom kita blah. Chua : Apalah kau ni. Takkan tiap-tiap hari kau nak ponteng. Mohan: Kau Musa, cakap tu biar betul. Musa : Kau berdua ni memang penakut. Nak tunggu.. jadi perempuanlah. Nak tunjuk baik konon. Chua : Kau jangan banyak cakap Musa... nanti kena penumbuk aku. Mohan: Kau ponteng sorang jelah. Jangan nak libatkan kami. DIALOG ASERTIF Musa : Jomlah, berapa kali aku nak ajak kau orang berdua ni. Sekejap lagi cikgu masuk.Nanti susahlah kita. Chua : Kau nak ke mana Musa? Kita kan nak belajar. Mohan: Aku setuju dengan kau, Chua. Aku bukan tak sukakan kau Musa, tapi ponteng tu tak berfaedah. Kau ada masalah dengan cikgu tu ke Musa? Musa : Aku ’boring’ la. Dahlah ’slow’ tak faham langsung. Menyusahkan betul matematik ni. Chua :Kau ni tak sukakan matematik atau tak sukakan cikgu tu? Apa pun kita boleh bincang, Musa. Marilah kita masuk kelas. Petang nanti kita pergilah lepak kat mana-mana, ok.


15 AKTIVITI 5 NAMA AKTIVITI PENGURUSAN DIRI BIDANG PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID OBJEKTIF Di akhir aktiviti pelajar dapat: 1. Mengurus emosi agar sentiasa stabil. 2. Mengetahui dan menjalankan tanggungjawabnya terhadap diri sendiri. 3. Melahirkan insan yang sayang kepada diri sendiri MASA 30 Minit KAEDAH PELAKSANAAN Bersemuka BAHAN/ KEPERLUAN Kertas a4 LANGKAH-LANGKAH 1. Mentor memilih beberapa orang mentee sebagai model di hadapan. 2. Mentor dan mentee bersoal jawab mengenai penampilan diri. 3. Mentor meminta mentee berada dalam kumpulan 4. Bilangan ahli antara 3 hingga 5 orang. 5. Mentee berbincang tentang penampilan diri yang kemas dan tidak kemas. 6. Hasil perbincangan dicatatkan dan dibentangkan. 7. Mentor memilih beberapa orang untuk menyatakan mengapa perlu mengurus diri dan kelebihan yang ada pada dirinya FALSAFAH 1. Manusia perlu menguruskan diri sendiri agar dapat memberi faedah kepada orang lain. 2. Selain dari mengurus diri, mentee juga perlu bijak mengurus emosi bagi kepentingan dirinya dan lain


16 AKTIVITI 6 NAMA AKTIVITI SAYA NAK JADI……. BIDANG PENDIDIKAN KERJAYA MURID OBJEKTIF Di akhir aktiviti pelajar dapat: 1. Jelas perancangan masa hadapan 2. Menyediakan perancangan hidup bagi memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. 3. Yakin dalam mencapai perancangan hidup MASA 30 Minit KAEDAH PELAKSANAAN Atas talian/ Bersemuka BAHAN/ KEPERLUAN Google Form Modul / Lampiran Pelan Tindakan Hidupku Borang Kehadiran Borang Pelaporan Mentor LANGKAH-LANGKAH 1. Mentor memilih secara rawak beberapa pelajar dan tanyakan tentang cita-cita mereka. Apakah rancangan yang mereka sediakan untuk mencapai cita-cita tersebut. 2. Mentee diminta melengkapkan helaian Pelan Tindakan Hidupku (Lampiran). 3. Mentee diminta membacakan maklumat yang telah ditulis dalam helaian Pelan Tindakan Hidupku. 4. Mentee dan murid berbincang sama ada butiran yang ditulis adalah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai. 5. Mentee diminta menyimpan helaian Pelan Tindakan Hidupku untuk dijadikan panduan membina matlamat hidup. FALSAFAH Impian boleh dicapai dengan perancangan yang betul


17 LAMPIRAN NAMA TINGKATAN Pelan Tindakan Hidupku Matlamat Hidupku Pelan Matlamat Hidup Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang boleh Membantu Usaha Yang Akan Dibuat


18 NOTA MENTOR Pelan Tindakan Hidupku Matlamat Hidupku Saya ingin menjadi doktor Pelan Matlamat Hidup 1. Masuk kelas sains tulen 2. Belajar subjek sains tulen 3. Dapat A semua subjek 4. Masuk matrikulasi atau asasi hayat 5. Menyambung ijazah perubatan Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang boleh Membantu Rakan sebaya Sokongan guru Sokongan ibu bapa Asertif Usaha Yang Akan Dibuat Tuisyen Belajar sendiri Bertanya kepada guru Belajar dalam kumpulan


19 AKTIVITI 7 NAMA AKTIVITI PENYELESAIAN MASALAH BIDANG PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID/ PENINGKATAN DISIPLIN MURID OBJEKTIF Di akhir aktiviti pelajar dapat: 1. mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah. 2. mengetahui cara melepaskan perasaan serta mengatasinya secara positif 3. mengetahui tempat yang betul untuk mengadu. MASA 30 Minit KAEDAH PELAKSANAAN Bersemuka BAHAN/ KEPERLUAN Lampiran Tugasan Penyelesaian masalah LANGKAH-LANGKAH 1. Mentor mengalu-alukan kehadiran mentee dan bertanya khabar 2. Mentor mengedarkan keratan akhbar/ artikel Penyalahgunaan Vape. 3. Mentee membuat kerja kumpulan dengan berkongsi idea cara sesuatu masalah itu dapat diatasi Lampiran kerja diberikan kepada mentee untuk memandu perbincangan. 4. Membincangkan proses yang boleh dijalankan secara sistematik bermula daripada punca masalah hingga kepada penyelesaiannya. 5. Mentee membentangkan hasil kerja. FALSAFAH Bersyukur atas kurniaan Allah SWT.


20 LAMPIRAN CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN VAPE a) ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ b) ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ c) ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________


21 AKTIVITI 8 NAMA AKTIVITI PENGURUSAN STRESS BIDANG PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL OBJEKTIF Di akhir aktiviti pelajar dapat: 1. memahami maksud stres 2. mengenal pasti tanda-tanda stres 3. meningkatkan kemahiran mengurus stres MASA 30 Minit KAEDAH PELAKSANAAN Bersemuka BAHAN/ KEPERLUAN Google Form Modul / Lampiran Pelan Tindakan Hidupku Borang Kehadiran Borang Pelaporan Mentor LANGKAH-LANGKAH 1. Mentor bersoal jawab dengan mentee tentang stress 2. Mentor menerangkan maksud stress 3. Mentor meminta mentee memberikan tanda-tanda stres yang diketahui. 4. Mentor dan mentee membincangkan keburukan stress 5. Mentor berkongsi langkah-langkah yang boleh dilakukan ketikamengalami stres: i. Aturan pernafasan ketika stres ii. Urutan bahu, iii. Mendengar lagu iv. Berzikir, v. membasuh muka 6. Mentor dan mentee mempraktikkan aktiviti aturan pernafasan danurutan bahu FALSAFAH Mencegah Lebih Baik Dari Merawat


22 LAMPIRAN


23 AKTIVITI 9 NAMA AKTIVITI KU SYUKURI OBJEKTIF Di akhir aktiviti pelajar dapat: 1. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. 2. Menyedari dan bermuhasabah terdapat pelbagai nikmat yang telah diberikan oleh Allah. 3. Mengetahui cara-cara untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah. MASA 30 Minit KAEDAH PELAKSANAAN Atas talian/ Bersemuka BAHAN/ KEPERLUAN Google Form Modul / Lampiran Gratitude Journal Borang Kehadiran Borang Pelaporan Mentor LANGKAH-LANGKAH 1. Mentor bercerita tentang konsep REZEKI. 2. Mentor meminta Mentee menyebutkan apakah nikmat yang telah diberikan kepadanya. Contoh: Nikmat akal, keluarga, rezeki dsb). 3. Mentee diberikan 10 minit untuk melengkapkan Lampiran Gratitude Journal. (Mentor boleh tunjukkan lampiran gambar borang dalam Group untuk dilengkapkan). 4. Mentee diminta untuk berkongsi Gratitude Journal mereka. 5. Mentee diminta menyimpan helaian Gratitude Journal untuk dijadikan panduan apabila menghadapi masa-masa sukar. FALSAFAH Bersyukur atas kurniaan Allah SWT.


24 MORNING GRATITUDE (Senaraikan nikmat yang anda syukuri sebaik sahaja anda bangun dari tidur) 1. 2. 3. 4. 5. PELAJARAN DARI PENGALAMAN (Senaraikan cabaran yang pernah anda tempuhi dan apakah iktibar yang anda perolehi) 1. Saya belajar darinya ORANG-ORANG YANG SAYA SYUKURI BERSAMA SAYA (Senaraikan orang-orang yang berada disekeliling anda yang anda rasakan memberi anda sokongan dan bantuan dikala anda kesusahan) 1. 2. 3. 4. 5. MOMEN MANIS (Nyatakan satu momen manis yang anda kenang dan sukar dilupakan) LAMPIRAN NAMA TINGKATAN Gratitude Journal


25 AKTIVITI 10 NAMA AKTIVITI PENILAIAN AKTIVITI BIDANG - OBJEKTIF Di akhir aktiviti pelajar dapat: 1. Jelas perancangan masa hadapan 2. Menyediakan perancangan hidup bagi memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. 3. Yakin dalam mencapai perancangan hidup MASA 30 Minit KAEDAH PELAKSANAAN Atas talian/ Bersemuka BAHAN/ KEPERLUAN Google Form Modul / Lampiran Pelan Tindakan Hidupku Borang Kehadiran Borang Pelaporan Mentor LANGKAH-LANGKAH 1. Mentor memilih secara rawak beberapa pelajar dan tanyakan tentang cita-cita mereka. Apakah rancangan yang mereka sediakan untuk mencapai cita-cita tersebut. 2. Mentee diminta melengkapkan helaian Pelan Tindakan Hidupku (Lampiran). 3. Mentee diminta membacakan maklumat yang telah ditulis dalam helaian Pelan Tindakan Hidupku. 4. Mentee dan murid berbincang sama ada butiran yang ditulis adalah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai. 5. Mentee diminta menyimpan helaian Pelan Tindakan Hidupku untuk dijadikan panduan membina matlamat hidup. FALSAFAH Impian boleh dicapai dengan perancangan yang betul


26


Click to View FlipBook Version