BANGUNAN
BERSEJARAH
DI JOHOR
ISI KANDUNGAN JUMLAH MUKA SURAT
2
BIL BANGUNAN BERSEJARAH 3
1. PENGENALAN DIRI 4
2. PENGHARGAAN 5
3. MUZIUM KOTA TINGGI
4. BANGUNAN SULTAN IBRAHIM 6-8
9-10
z5. ISTANA BUKIT SERENE 11-14
15-17
6. MASJID NEGERI SULTAN ABU BAKAR 18-25
7. MAKAM SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG 26-27
8. HOSPITAL SULTANAH AMINAH 28-30
9. ISTANA BESAR JOHOR
10. MASJID SULTAN IBRAHIM
11. RUMAH LIMAS JOHOR
1
z
PENGENALAN DIRI
NAMA – NUR AFINA BINTI MOHD DIN
KELAS – 6 SUKSES
NAMA SEKOLAH – SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR
PULAI
NAMA GURU – PUAN SALINA BINTI SHARIFF
z
3
MUZIUM KOTA TINGGI
Muzium Kota Tinggi,Johor adalah tempat bersejarah di Johor Bahru.
Muzium ini telah dibuka sejak tahun 2002. pelbagai barangan yang
dipamerkan disini malah boleh mempelajari pelbagai ilmu berkaitan
negara,terutamanya berkaitan negeri Johor sendiri.
z
Untuk pengetahuan anda,muzium ini dibina di kawasan Kota
Tinggi dan bukan di daerah Johor yang lain. Daerah Kota Tinggi
ini merupakan tempat yang menjadi permulaan bagi Johor
mendapatkan takhta pemerintahannya yang dulu sehinggalah
sekarang,maka semua pameran berkaitan zaman kesultanan Johor
Lama diletakkan disini. Muzium ini mempunyai 2 tingkat
Banyak barangan peninggalan lama seperti peralatan senjata dahulu kala,barangan muzik,tembikar lama
dan banyak lagi peninggalan sejarah zama dulu.
4
BANGUNAN SULTAN IBRAHIM
Bangunan Sultan Ismail terletak di Johor
Bahru.Bangunan ini merupakan tempat bersejarah di
Johor. Bangunan ini pernah menjadi pusat
pemerintahan Johor suatu masa dahulu kerana
bangunan ini mempunyai seni bina yang amat menarik
dan menakjubkan. Banyak pelancong melancong di sini
hanya untuk melihat dan bergambar di sisi bangunan
yang menggabungkan konsep bina kolonial, kesultanan
johor dan juga seni bina Islam.konsep seni bina ini telah
disiapkan pada 1940 bagi tujuan menyelaraskan semua
system pentadbiran negeri.
5
ISTANA BUKIT SERENE
Istana Bukit Serene ialah istana kediaman rasmi Sultan
Johor. Almarhum Sultan Iskandar yang mula menjadikan
istana ini sebagai kediaman rasmi baginda dengan
z mengisytiharkan Istana Besar Johor dijadikan muzium diraja
negeri untuk tatapan rakyat jelata. Istana ini terletak di Bukit
Serene, Johor Bahru , dan menghadap Selat Johor.
Istana Bukit Serene mula dibina pada tahun 1933 dan disempurnakan pembinaannya
pada 1939. Istana ini adalah milik kerajaan negeri Johor tetapi diberikan sebagai hadiah
kepada Almarhum Sultan Ibrahim bersempena dengan ulang tahun pemerintahan baginda
sebagai Sultan Johor.
6
Istana Bukit Serene yang berbumbung hijau ini terletak di atas Bukit Serene yang menghadap Teluk
Danga dengan keluasan 121.4 hektar. Ia juga mempunyai menara setinggi 35 meter dan mudah dilihat
dari Teluk Danga yang sekarang ini dikenali sebagai Danga Bay. Istana ini juga menjadi salah satu
daripada mercu tanda tarikan pelancong di Johor Bahru. Kawasan istana ini mempunyai sebuah taman
yang indah dan kerap menjadi tapak majlis keramaian. Kawasan istana dikawal oleh Pasukan Askar
Timbalan Setia Johor ataupun The Johor Military Force.
Terdapat lima buah bilik di Istana Bukit Serene
tetapi bilik-bilik tersebut tidak mempunyai nama
khusus dan diberi gelaran tidak rasmi atas
kegunaan biasa. Oleh itu, semasa pemeritahan
Sultan Ibrahim Ismail , kamar beradu Sultan
Johor sering dirujuk sebagai bahagian sayap
sultan manakala sayap yang satu lagi digelar
sebagai sayap Tuanku Raja Zarith .
Tiga buah lagi bilik adalah untuk kegunaan paduka anakanda-anakanda Sultan Ibrahim dan
sebuah ruang umum yang khusus untuk kegunaan keluarga diraja. Selain lima buah bilik yang
berada di tingkat atas itu, terapat juga perpustakaan, pejabat sultan dan bilik persidangan di
tingkat bawah.
7
SEJARAH ISTANA BUKIT SERENE
Semasa perang dunia ke- dua , Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita
memindahkan markasnya ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru.
Daripada istana tersebut, Yamashita dapat melihat kedudukan askar
Australia di seberang Selat Johor. Walaupun diberikan nasihat oleh
pegawai-pegawainya bahawa Istana Bukit Serene sasaran mudah untuk
diserang, Tomoyuki Yamashita sendiri yakin pihak British tidak akan
menyerang Istana Bukit Serene yang menjadi pusaka Sultan Johor.
Tekaan Tomoyuki Yamashita tepat sekali pihak British tidak menyerang
Istana Bukit Serene. Tomoyuki Yamashita menggunakan menara Istana
Bukit Serene sebagai tempat pemerhatian untuk meninjau keadaan di
Pulau Singapura.
8
Masjid negeri sultan
abu bakar
Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri
Johor yang terletak di Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Masjid Ainbi uteBlaahkzadribpuakdaar1a9s0m0.i oleh Sultan Ibrahim ibni
Sultan Masjid ini diberi nama
Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama
Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah
menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892
dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.
Masjid yang dibangunkan di atas puncak sebuah bukit pesisir Selat Tebrau ini mempunyai 4 buah
menara yang menyerupai Masjid Putih,Terengganu serta negara-negara Asia Barat terutamanya di
Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah.
Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3000 umat Islam bersolat.
9
Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh
Tuan Haji Muhammad Arif bin Punak di bawah
penguasaan jurutera Yang Berbahagia Datuk Yahya
bin Awaluddin. Masjid ini juga merupa mercu yang
memperbuktikan bahawa jurutera Melayu juga
berkebolehan bina bangunan besar yang indah dan
kukuh seperti di Eropah dan Tanah Arab di hujung
z kurun 19.
Bangunan berempat persegi dan dipengaru oleh ciri-
ciri senibina Islam. Masjid ini berbujur sangkar
dengan 4 buah anjung yang masing-masing
mempunyai menara kubah.
10
MAKAM SULTAN MAHMUD
MANGKAT DIJULANG
Sultan Mahmud Shah keturunan sultan Melaka ditabalkan menjadi sultan
ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara.
Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana
hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud
Shah dikazitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam
negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul
Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699,
Sultan Mahmud Shah mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh
Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau
"Marhum Kota Tinggi".
11
Kisah sultan Mahmud
mangkat dijulang
Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan , iaitu Megat Seri
Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud
z
Shah .
Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, Dang Anum telah bertemu dengan
penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang
Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya
memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Shah hendak bersantap
tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan
Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum
ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.
12
Beberazpa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke
Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi
angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi
anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke
rumahnya dan mendapat khabar buruk daripada Tun
Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati.
Laksamana berasa marah, kecewa dan menangis
apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri
Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam
kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan
supaya isteri kesayangannya dibunuh.
13
Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Shah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk
bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama
berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas
baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat,
laksamana tzerus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila
darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa
lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus
bertitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Beberapa minit
kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula
mati secara tiba-tiba.
14
hospital sultanah
aminah
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru merupakan sebuah institusi perubatan yang
awal dan moden yang wujud di Negeri Johor. Ia juga merupakan salah sebuah
institusi sosial yang terpenting dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan
rawatan terhadap masyarakat. Kesan dari keadaan kesihatan masyarakat yang
semakzin meruncing serta perkembangan bandar Johor Bahru, sebuah hospital yang
moden telah dibina pada 1938.
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru terletak di kawasan berbukit dan mengadap
ke Selat Tebrau. Keluasan kawasan hospital ini adalah 98.6 ekar. Pada peringkat awal
ia dikenali sebagai General Hospital Johor Bahru.
Kedudukan hospital ini adalah sejauh dua kilometer dari bandar Johor Bahru.
Terletak di Jalan Skudai dan berhampiran Selat Tebrau dan berhadapan dengan
Singapura.
15
z SEJARAH PEMBINAAN AWAL
HOSPITAL SULTANAH AMINAH
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah menggantikan hospital yang terawal dibina
di Daerah Johor Bahru pada tahun 1882. Ini kerana hospital yang pertama di Johor Bahru
telah dibina dalam tahun 1882. Hospital ini telah didirikan dikaki sebuah bukit
berhampiran dengan asrama jururawat yang ada pada masa ini.
Pada peringkat awal, hospital ini hanya mengandungi sebuah wad sahaja. Pembinaan
bangunan hospital yang awal ini adalah daripada batu bata dan kayu, besar, lapang serta
mempunyai siling yang tinggi. Ia juga mempunyai tingkap yang lebar bagi menghasilkan
peredaran udara yang bersih dan lebih baik. Keadaan ini kekal sehingga terbinanya
hospital yang lebih baik pada tahun 1929.
Pada tahun 1929, sebuah wad untuk pegawai-pegawai dinamakan "Officers Wad" dibina di
atas Bukit Sah. Mempunyai 22 bilik dan dikhaskan untuk pegawai-pegawai bangsa Eropah
dan Pengurus-Pengurus Ladang (Estate Managers). Sebuah asrama untuk "Sisters" juga
dibina dengan panggilan "Sisters Mess". Bangunan ini menghadap Selat Tebrau dan masih
digunakan untuk tujuan asalnya sehingga ke hari ini.
16
Bagi Wad Kelas 2, ianya dibina tahun 1938 dan mula
digunakan pada tahun 1939. Mengandungi 2 buah
bangunan 2 tingkat berhampiran dengan bangunan asrama
jururawat. Sebuah bangunan untuk pesakit kelas 2 lelaki
dan sebuah lagi untuk pesakit kelas 2 perempuan.
Pada masa ini, bangunan tersebut tidak lagi digunakan
untuk pesakit kelas 2. Sebuah lagi digunakan sebagai dapur
hospital sementara menunggu siapnya sebuah bangunan
dapur baru yang lengkap dibina. Sebelum ini, bangunan itu
digunakan sebagai Pejabat Kesihatan selama beberapa
tahun sehingga pejabat tersebut berpindah ke pejabat yang
baru di Jalan Abdul Samad pada tahun 1975. Sebuah lagi
bangunan telah digunakan sebagai Wad TB Perempuan di
tingkat atas semenjak tahun 1972 sehingga ke hari ini. Di
tingkat bawah pula dikhaskan untuk penyakit-penyakit
berjangkit jika berlaku wabak penyakit.
17
ISTANA BESAR JOHOR
Istana besar ialah salah satu
istana Sultan Johor. Istana ini terletak
di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Istana
ini menjadi kediaman rasmi Sultan
Johor sehinggalah Istana Bukit
Serene disiapkan dan dijadikan istana
kediaman baginda.
18
Sultan abu bakar telah
merasmikan Majlis Pecah
Tanah Istana Besar Johor pada
tahun 1864, dan istana
tersebut siap dibina pada tahun
1866 oleh Wong Ah Fook.
19
▪ Istana Besar pada awalnya bukan sahaja berperanan
sebagai kediaman Diraja, tetapi juga merupakan
pusat pentadbiran kerajaan negeri. Beberapa istana
lain juga dibina dalam kawasan Istana Besar sebagai
kediaman kerabat, dan juga untuk kegunaan rasmi.
Istana Besar merupakan istana yang paling megah di Tanah Melayu pada
masa pembinaannya. Istana Besar mempunyai dua laluan masuk utama
yang mempunyai tangga agung. Di sebelah Selat Johor, laluan menaiki
tangga tersebut digunakan semasa zaman bot merupakan satu-satunya
pengangkutan yang wujud membawa tetamu dari Singapura ke Johor.
Manakala tangga agung yang menghadap dataran dan kebun istana,
membawa tetamu terus ke Bilik Singgahsana.
20
Sultan Abu Bakar telah menerima mengadap ramai
tetamu dari dalam dan luar negeri di Istana Besar
antaranya adalah Prince George Duke, Prince Albert
Victor dan King David Kalakaua.
Bersebelahan bangunan utama Istana Besar terdapat sebuah
dewan. Dezwan tersebut siap dibina pada tahun 1875 dan digunakan
untuk majlis-majlis rasmi seperti Hari Keputeraan DYMM Sultan.
Sebelum ini Dewan tersebut juga menempatkan Perbendaharaan
Negeri dan beberapa jabatan kerajaan yang lain. Di dalam dewan ini
juga digantung papan tanda peringatan, hadiah daripada masyarakat
Cina Johor.
21
Di dalam kawasan Istana Besar juga terdapat
Istana Zaharah dan Balai Zaharah, yang
dinamakan sempena nama Ungku Zaharah, yang
merupakan adinda Sultan Abu Bakar. Istana
tersebut pada mulanya menempatkan kerabat
Sultan Abu Bakar yang berpindah daripada Telok
Blangah ke Johor Bahru. Istana tersebut
kemudiannya menempatkan pejabat-pejabat
jabatan kerajaan, sebelum ianya berpindah
ke Bangunan Sultan Ibrahim pada tahun 1940.
22
Istana-zIstana lain di dalam perkarangan Istana Besar termasuklah
Istana Marbal dan Istana Semayam. Istana Marbal dinamakan sempena
Marlborough House di London. Ianya pada mulanya didiami oleh Dr. G.H.
Garlick, yang merupakan Pengarah Kesihatan pada waktu itu, dan
kemudiannya menjadi istana persemayaman Tunku Abu Bakar, putera
kedua Sultan Ibrahim. Istana Marbal kini menjadi pejabat bagi Pejabat
Kebun Bunga Istana Johor. Istana Semayam pula merupakan kediaman
Sultanah Fatimah, dan kemudiannya menjadi kediaman Sultan Ismail
semasa baginda bergelar Tunku Mahkota. Istana tersebut telah
dirobohkan dan hanya tangga sahaja yang kelihatan sebagai ingatan
istana tersebut.
23
z
Almarhum Sultan Ismail telah mengarahkan agar
istana ini dijadikan muzium diraja negeri
Johor untuk tatapan rakyat jelata. Walau
bagaimanapun, istana ini tetap dijadikan tempat
berlangsungnya upacara rasmi dan istiadat diraja
seperti pemahkotaan sultan dan sultanah Johor,
penganugerahan darjah kebesaran dan tempat
bersemayam Sultan.
24
Istana Besar Johor pada asalnya diwarnakan dinding luarnya dengan
warnazkuning telur dan dihias cantik dengan gabungan seni bina
tempatan dan Barat. Walau bagaimanapun, istana ini turut diberikan
pengubahsuaian setiap kali sultan Johor yang baharu menaiki takhta
dan pada pemerintahan Sultan Iskandar, dinding luar istana ini
diwarnakan dengan warna putih dan berbumbung biru sempena
warna bendera Sultan Johor. Kemudian, sempena kemahkotaan
Sultan Ibrahim pada 2015, baginda telah menutup istana ini daripada
lawatan umum untuk kerja-kerja baikpulih istana. Baginda juga
mengarahkan agar warnanya dikembalikan kepada warna asal dan
semua artifak dan barangan asal diraja ditempatkan semula. Selepas
istiadat kemahkotaan tersebut, istana ini menjadi muzium diraja dan
menempatkan pelbagai artifak berharga milik kesultanan moden
Johor.
25
MASJID SULTAN IBRAHIM
Di Muar terdapat masjid yang bernama Masjid Sultan
Ibrahim.Masjid Jamek Sultan Ibrahim ini siap
didirikan sekitar tahun 1927 Masihi dan telah
dirasmikan pada 28 Februari 1930 Masihi oleh
Tengku Mahkota Ismail (Sultan Ismail) yang menjadi
Pemangku Sultan Johor ketika itu. Ia didirikan bagi
menggantikan bangunan kayu yang telah dibina pada
tahun 1880-an.Masjid ini terletak di Jalan Petri,
Tanjung Emas, Muar yang berlatar belakang Sungai
Muar. Pada masa dahulu kebanyakan penempatan
didirikan berhampiran dengan aliran air yang
menjadi laluan utama sebelum pembinaan jalan
darat. Oleh itu, pembinaan masjid berdekatan sungai
adalah penting.
26
z BINAAN MASJID SULTAN IBRAHIM
Sebagai sebuah masjid yang didirikan pada zaman kolonial, rupa bentuk bangunannya
dipengaruhi oleh seni bina Inggeris klasik. Kubah yang menjadi mercu tanda masjid ini
berbentuk dom yang kelihatan unik dan menarik. Ia menyerlahkan gaya bangunan
Eropah, namun masih bersendikan kemasukan nilai-nilai Islam pada sebuah masjid.
Selain itu, ciri-ciri tempatan dapat dilihat pada penggunaan bumbung perabung lima
serta anjung yang berpintu di setiap penjuru bangunan masjid.
Keunikan turut dapat dilihat pada menaranya yang menonjolkan gabungan pengaruh
seni bina Barat dan Timur. Penggunaan tiang-tiang roman klasik adalah jenis doric dan
balustat digunakan pada serambi menara. Masjid ini didirikan hasil gabungan tenaga
kerja Inggeris dan Cina, manakala pelukis pelannya pula rakyat tempatan berbangsa
Melayu bernama Sulaiman Alias.
27
z RUMAH LIMAS JOHOR
Seni bina rumah limas tergolong dalam budaya kebendaan. Sebenarnya, seni
bina rumah limas banyak menerima pengaruh luar. Antaranya penjajahan
Belanda dan British di Tanah Melayu, pengaruh kemasukan agama Islam serta
pengaruh daripada seni bina rumah Indonesia. Hal ini demikian dapat dilihat
melalui transformasi rumah bumbung panjang iaitu rumah tradisional Melayu
Johor kepada rumah limas. Masyarakat Melayu tradisional Melayu Johor telah
mengadaptasi seni bina luar ke dalam seni bina rumah limas. Contohnya
melalui pembinaan tangga yang mempunyai maksud tertentu. Pengaruh ini
bukan sahaja diserap oleh masyarakat Melayu Johor namun masyarakat Melayu
amnya. Seni bina rumah masyarakat Melayu Johor ini mempunyai nilai estetika
yang perlu dikekalkan dan diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi.
28
STRUKTUR BINAAN RUMAH LIMAS
Rumah limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina
sederhana tinggi. Dalamnya terdapat unsur rumah Melayu tradisi
terutama ciri hiasan kelarai dan alas tiang rumah. Cara untuk mengenal
paszti rumah limas Johor mengikut Ensiklopedia Malaysiana ialah
melalui bumbung rumahnya iaitu mempunyai perabung panjang dan
bersambung dengan empat buah perabung limas. Pada puncak
bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjak langit. Rumah ini
mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di hujung
serambi ialah ruang anjung. Rumah ini dibuat daripada kayu cengal,
keranji, perak dan meranti.
29
Garis beszar rumah Limas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian
depan, bahagian tengah dan bahagian belakang. Pada bahagian depan
rumah terdapat tangga dengan anak tangga berjumlah ganjil. Bahagian
dalamnya pula berupa pelataran yang luas. Ruangan ini dijadikan pusat
berkumpul pada majlis-majlis seperti kenduri dan majlis Marhaban.
Ruang tamu sekaligus akan dijadikan ‘ruang pamer’ untuk menunjukkan
kemakmuran pemilik rumah. Pada bahagian ruangan dinding akan
dihiasi dengan ukiran bermotif flora yang dicat dengan warna
keemasan. Ruang bahagian belakang digunakan sebagai dapur.
30
sekian terima
Kasih
daripada saya
z nur afina
binti
mohd din