The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sufisya Fisya, 2019-03-12 01:01:22

kertas kerja SINDROM DOWN 2019

kertas kerja SINDROM DOWN 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUDANG
RASAU, KUANTAN, PAHANG

KERTAS KERJA SAMBUTAN
PERAYAAN HARI SINDROM DOWN

PERINGKAT SEKOLAH 2019

TARIKH : 18 – 21 MAC 2019
HARI : ISNIN - KHAMIS
TEMPAT : SMK GUDANG RASAU

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

BERMASALAH PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN:

Mungkin ramai yang pernah mendengar perkataan sindrom down namun ramai juga yang
cetek pengetahuan mengenai penyakit ini. Sindrom down bukanlah penyakit moden atau penyakit orang kaya
malah adalah tidak tepat sindrom down itu dikatakan sebagai penyakit.

Nama sindrom down telah diambil sempena nama seorang doktor British iaitu Doktor John Langdon
Handon Down. Beliau merupakan orang yang pertama menjelaskan sindrom ini pada tahun 1886.

Di Malaysia, kelahiran bayi sindrom down yang berlaku adalah satu dalam setiap 660 bayi. Secara
perbandingan, kelahiran bayi sindrom down di Amerika Syarikat hanya berlaku satu dalam setiap 1000 bayi.
Hal ini bermakna kelahiran bayi sindrom down di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat.
Sindrom down ini tidak boleh diubat namun ada beberapa kaedah yang dapat membantu mereka dalam
memperkembangkan fizikal ,kogniti, sosial semaksima yang boleh. Oleh itu kanak-kanak yang mempunyai
sindrom down perlu dihantar kesekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas seawal yang mungkin
agar dapat membantu mereka berdikari.

Hari Sindrom Down Sedunia merupakan hari istimewa bagi meraikan mereka yang
menghidapi Sindrom Down di seluruh dunia. Hari tersebut disambut pada 21 Mac setiap
tahun dengan pelbagai penganjuran aktiviti dan acara bagi meningkatkan kesedaran awam
terhadap hak dan kesejahteraan kepada mereka yang mengalami penyakit ini.

2.0 MATLAMAT:

Untuk menonjolkan kepada masyarakat tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh
individu Sindrom Down agar masyarakat menghargai dan prihatin kepada mereka.

3.0 OBJEKTIF:

Memberi kesedaran dikalangan warga SMK Gudang Rasau agar prihatin dan menghargai
individu sindrom down dalam masyarakat.

4.0 SASARAN:
Warga PPKI amnya dan seluruh warga Smk Gudang Rasau

5.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Pengerusi : En Hasbullah bin Abdul Latif (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Pn Zalina bt Zainal Abidin (GPK Pendidikan Khas)

Naib Pengerusi : En Chek Zainon bin Shafie (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi : En Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi (GPK HEM)

Naib Pengerusi : Pn Marina binti Amir (GPK Kokurikulum)

Penyelaras Program : Pn. Syamilah binti Malek

Ajk gimik perasmian : Pn Wan Latifah binti Wan Gati

: Pn Siti Halimah binti Hasim

: Pn Noorhazmiza binti Mustafa

Fotografi : En Mohd Khairul Nizam bin Ismail

: En Mohd Rizam bin Sahak

Dokumentasi : Pn Hafsah binti Hamidon

Brosur : Pn Mahanum binti Mahmud

AJK Pelaksana

Aktiviti 1 (Terapi Seni ) : En Abdul Halim bin Husain

: Pn Zakiyyah binti Abdul Latif

: En Mohd Faizal Helmi bin

Aktiviti 2 (Big Apple Donut) : Pn Norhashikin binti Abdul Ghani

: Pn Nor Atikah binti Kamal

: Pn Norulseha binti Abdul Rahman

Aktiviti 3 (Bangkel Sulaman) : Pn Zalina binti Zainal Abidin

: En Mohd Nasar bin Sukor

: Pn Siti Farhana binti Ahmad Zaidi

Kebersihan dan kawalan murid : Semua Guru dan PPM

6.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH / HARI AKTIVITI

18.03.2019 ( ISNIN) - Menguli doh
8.30 am – 1.00 pm - Menerap doh
- Menggoreng donat
- Menghias donat
- Program Keusahawanan (Menjual hasil kerja)

19.03.2019 (SELASA) - Melukis batik
8.00 am – 1.00 pm - Mencanting batik
- Mewarna batik
- Program Keusahawanan (Menjual hasil kerja)

20.03.2019 (RABU) - Melukis bentuk sulaman
10.00 am – 1.00 pm - Menggunting kain
- Menjahit sulaman
- Membuat bantal
- Program Keusahawanan (Menjual hasil kerja)

- Ucapan aluan daripada GPK Pendidikan Khas

21.03.2019 (KHAMIS) - Ucapan Perasmian penutup daripada Pengetua
7.40 am - Gimik Perasmian
- Sesi Bergambar

7.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan diperolehi daripada sumber berikut:

NO SUMBER KOS (RM)
1. PCG Wajib Pendidikan Khas RM 840.00
RM 840.00
JUMLAH

8.0 PERBELANJAAN

NO PERKARA HARGA SEUNIT BIL (UNIT) JUMLAH

1. Bahan membuat donat dan hiasan RM 150.00

2. Terapi Seni (Mencanting Batik) RM5.00 42 RM 210.00

3. Bangkel Sulaman RM19.00 20 RM 380.00

4. Gimik Penutupan RM 100.00

9.0 PENUTUP

Semoga dengan kertas kerja ini sambutan hari sindrom down berjalan dengan jayanya
dan boleh memberi sokongan kepada pelajar-pelajar sindrom down amnya dan juga ibu bapa
pelajar-pelajar berkenaan.

Disediakan Oleh: Diluluskan Oleh:
……………………………
……………………………………….
(SYAMILAH BINTI MALEK)
Penyelaras Program Sambutan Perayaan
Hari Sindrom Down

Disemak Oleh:

……………………………


Click to View FlipBook Version