PUTERI SALJI DENGAN TUJUH ORANG KERDIL
Pada suatu masa dahulu, seorang puteri bernama Puteri Salji tinggal di sebuah istana yang di kelilingi taman bunga yang indah dan haiwan-haiwan yang jinak.
Ibu tirinya, Permaisuri, berasa cemburu terhadap Puteri Salji kerana semakin dewasa, puteri itu menjadi semakin jelita pula. Permaisuri bencikan sesiapa sahaja yang lebih cantik daripadanya.
Setiap hari, Permaisuri akan bertanya kepada cermin saktinya. Permaisuri ingin tahu orang yang paling cantik di negeri itu .
Setiap kali ditanya, cermin itu akan menjawab Permaisuri adalah yang paling cantik.
Pada suatu hari, Permaisuri bertanya soalan biasa kepada cermin. Namun, alangkah terkejutnya dia apabila cermin sakti menjawab yang Puteri Saljilah yang paling cantik.
Permaisuri berasa marah dan merancang untuk membunuh Puteri Salji. Puteri mendapat tahu tentang rancangan Permaisuri dan berasa takut. Puteri Salji terus melarikan diri ke dalam hutan.
Suasana dalam hutan sungguh gelap dan menakutkan. Disebabkan terlalu letih dan takut, Puteri Salji mencari tempat yang sesuai untuk bermalam.
Pada keesokan harinya, apabila terjaga dari tidur, Puteri Salji mendapati sekumpulan haiwan kecil yang jinak dan tujuh orang kerdil berada di sekelilingnya.
Orang-orang kerdil itu menjemputnya ke pondok mereka yang terletak jauh di dalam hutan.
Puteri Salji berasa sangat gembira dapat tinggal bersama orang-orang kerdil itu. Setiap hari, Puteri Salji mengemas dan memasak untuk orang-orang kerdil itu semasa mereka pergi bekerja di lombong.
Setiap pagi sebelum pergi bekerja, orang kerdil itu akan berpesan kepada Puteri Salji supaya berhati-hati dengan sesiapa yang tidak dikenalinya dan tidak keluar kemanamana. Orangorang kerdil itu bimbang Permaisuri yang kejam itu akan datang ke pondok itu.
Pada suatu hari, Permaisuri mendapat tahu Puteri Salji tinggal bersama orang-orang kerdil di hutan itu. Permaisuri menyamar sebagai seorang perempuan tua dan membawa sebakul buah epal yang beracun ke pondok orang-orang kerdil itu.
Permaisuri memberi epal beracun itu kepada Puteri Salji. Puteri Salji menyangka Permaisuri itu ialah seorang nenek yang baik hati.
Puteri Salji sangat gembira menerima epal itu. Puteri Salji mengigit epal beracun itu dan terus rebah.
Permaisuri yang kejam itu berasa puas hati dan ketawa terkekekkekek. Permaisuri menyangka Puteri Salji sudah meninggal dunia.
Ketujuh-tujuh orang kerdil itu berasa sangat sedih. Mereka cuba mengejutkannya tetapi Puteri Salji tidak bergerak lagi. “Puteri kesayangan kita sudah meninggal dunia,” kata mereka sambil menangis.
Ketujuh-tujuh orang kerdil itu meletakkan Puteri Salji ke dalam keranda kaca supaya semua dapat melihat kecantikannya.
Pada suatu hari, seorang Putera Raja melintasi hutan itu. Putera Raja itu ternampak Puteri Salji dan tertarik hati dengan kejelitaannya.
Putera Raja membuka keranda kaca itu dan kehadiran Putera Raja itu telah menghapuskan sihir Permaisuri terhadap Puteri Salji. Puteri Salji pun sedar semula.
Ketujuh-tujuh orang kerdil itu menari dan menyanyi dengan gembira. Akhirnya, Puteri Salji berkahwin dengan Putera Raja. Mereka hidup bahagia selamalamanya.
TAMAT