Adat & Pantang Larang kadazandusunkumpulan 7 NATIONHOOD Kenali Dengan lebih mendalam Kaum Kadazandusun Sabah Adat & Pantang Larang Disediakan oleh: WAN NOOR ADDRIANA FIRDAUSS BT. KAMARUNZAMAN ( 299183) FAZIANA BT. ROSLA (299279) KHAVINESH A/L GUNALAN (299531) SARVINKUMAR A/L MANOKARAN (302406) NURUL SURYATI RABIHAH BT. SHAARI (299115) NUR HAZIQAH AFIFAH BT. MD NOR (299657)
KKAANNDDUUNNGGAANN PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAUM KADAZANDUSUN PANTANG-LARANG KELAHIRAN KAUM KADAZANDUSUN ADAT PERKAHWINAN KAUM KADAZANDUSUN ADAT DAN PANTANG-LARANG KEMATIAN KAUM KADAZANDUSUN PENUTUP RUJUKAN 1-4 5-8 9-11 12-19 20 21
Kaum Kadazandusun berasal dari PantaiBarat Sabah. 3 Kaum Kadazandusun mempunyai persamaan bahasa , budaya dan politik dengan kaum ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ oleh kerana itu , mereka dicantumkan menjadi kaum Kadazandusun . 41Etnik Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung , Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, PercayakepadaRitual &Animisme Kadzandusun menyerlahkan keistimewaan mereka melalui bahasa , pakaian tradisional , bahasa , tarian tradisional dan corak masyarakatnya yang berasal dari pelbagai etnik . AspekBahasa Aspek bahasa antara suku etnik dalam Kadazandusun adalah berbeza namun maknanya membawa erti yang sama dan difahami mereka . AlatMuzik Gong , Kulintang , Sompoton PakaianTradisi Mengikut kawasan dan dipengaruhi sosiobudaya tertentu . TarianTradisional Menjadi tarikan untuk memeriahkan majlis namun dipengaruhi sosiobudaya tertentu . MerayakanPerayaan PestaKaamatan Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) disambut masyarakat Kadazandusun pada 30- 31 Mei setiap tahun . Hari Pertama : Melakukan Sukan Tradisional bersama-sama Hari Kedua : Nyanyian , tarian , kraf , kemahiran dan bakat dipersembahkan. Pengenalan Kaum Kadazandusun 1
TarianSayauMoginumdipersembahkan apabilawujudPestaKaamatan.Asalnya ia merupakantarianupacara ritualnamun sekarang ianyamenjaditarianpersembahan bagimenyambuttetamu. Dusun Tatana Runggus Sazau Papau TarianMongigolSumundai adalahbagi mengekspresikanrasa syukurpada Bambarayonyangmelahirkansemangatpadi danmemeliharapadi setiapmasa .Upacara ini jugadilakukanbagimenolakbaladanpindahke RumahPanjangbaru Tarian Tradisional TarianPapar iniberasaldari golongan petani .Rentaktarianinimempunyai pergerakanbertani iaitusemaibenihdan tanampadi serta tuaipadi . 2
Pakaian radisional Dusun Labuk Keseluruhanmenggunakankainhitam materialbaldu.Terkenaldenganmotifbunga sulamaniaitu'BungaGosing' .Ianyamenjadi identitipakaian. Disaratibenang emasdanperakpadakainhitam fabrikmaterialbaldu.Corakrendadijahitpada atas sikutanganyangdipotong terbukakemudiandijahit dengancorakberlainanrenda .Selendangmerahyang dipakaidigelar selendang 'Lolipot' Dusun Tindal Kepercayaan Ritual & Anamisme Bobolian membaca mentera untuk memanggil Koduduo Upacara Momisok Berdamai dengan semangat damai Melarikan roh jahat Ritual Dumamai Ritual Dumamai Ritual Mogimuhau Ritual Mogimuhau Dusun Liwan Blaushitamtakberlenganmilikwanita . Blaushitamberlenganpendekmilik wanitapertengahantahun.Blaus berlenganpanjangmilikgolongantua termasukBobolian. 3
Terdapat 3peringkat.Iaituperingkat sewaktu mengandung, semasakelahirandanselepas kelahiran.Terdapatbeberapa carabagi menjaga semuapihakuntukmemastikan semuanyadalamkeadaanbaikdansempurna daripadaRohJahat. Kelahiran Perkahwinan Terdapatbeberapa carabagiKaum KadazandusunmelakukanUpacara perkahwinan.AdatMonolukudikenali sebagaadatmerisik.AdatMomuhaboidikenali sebagai adatbertunang. 4 Kematian Terdapattiga caramengikutipantanglarang kematian.Iaitusebelumpengebumian, semasapengebumiandanselepas pengebumian.Pelbagai adatperludi ikuti denganbetul .Upacara-upacara jugaperlu dilakukandenganlancarbagi menyempurnakankepercayaankaum Kadazandusun.
Pantang Larang Kelahiran Sewaktu mengandung 5 Kaum Kadazandusun Ibu mengandung perlu dijaga dengan baik dan sentiasa dalam keadaan yang sihat. Bidan merupakan anggota yang penting untuk menjaga ibu mengandung dan kandungannya. Terdapat beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh ibu mengandung. Seseorang yang mengandung tidak boleh memotong sesuatu benda seperti daging. Perbuatan itu membawa unsur yang tidak baik kepada kandungan. Ibu mengandung juga tidak boleh mengikat sesuatu. Mengikut kepercayaan mereka, ia akan menyebabkan tali pusat anaknya akan terbelit atau tersimpul. Ia menyebabkan proses melahirkan tidak berjalan lancar. Ibu mengandung tidak boleh makan buah yang mengandungi air. Misalnya, buah nanas, mangga, tembikai dan sebagainya. Mereka juga tidak boleh mencucuk hidung kerbau atau lembu. Mereka percaya ini akan menyebabkan bibir bayi sumbing. Begitu juga dengan perbuatan menyiat telinga haiwan, ia akan menyebabkan telinga anaknya menjadi tidak sempurna.
Ibu yang baru bersalin akan menempuh waktu berpantang. Kebiasaannya di kalangan kaum Kadazandusun tempoh berpantang adalah selama 7 hari, namun ada juga dari mereka yang berpantang selama 21 hari dan 44 hari. Mereka tidak boleh makan makanan yang bertulang keras & berduri. Ia akan membahayakan dalamannya. Seseorang itu juga tidak boleh makan nasi sejuk atau nasi terbiar. Mengikut kepercayaan mereka, mereka akan masuk angin dan ia akan menyebabkan bentan. Sewaktu Kelahiran 6 Suami juga ada pantanglarangnya dalam proses ini, iaitu suami tidak boleh meninggalkan isterinya atau jauh dari isteri. Mengikut kepercayaan mereka, sekiranya suami tidak ada di rumah, roh-roh jahat senang mengganggu bayi dan ibunya. Bidan akan menjaga ibunya dengan sebaik mungkin. Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah seperti ruang tamu atau di laman rumah. Mereka percaya Roh Gaiyoh akan mengganggunya. Tiada siapa yang dibenarkan mengunjung mereka ketika berpantang. Sesiapa tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah mereka kerana dikhuatiri membawa perkara-perkara jahat.
Setelah bayi berumur 8 bulan, kaum Kadazandusun akan memberi nama kepada anaknya Anak tersebut diberi 2 nama iaitu nama sebenar dan nama sementara Penting untuk memberi nama sementara kerana jika seseorang terlupa untuk memberi nama, roh jahat iaitu Ragon Gaiyoh akan memberi nama dan mereka mempunyai hak untuk menuntutnya. Anak pertama dibawa keluar pada hari itu juga Pada hari ke-8, upacara rasmi pemberian nama sebenar diadakan di beranda rumah Keluarga,jiran dan orang kenamaan kampung dijemput hadir untuk membincangkan dan menamakan anak. Selepas bersalin Upacara memberi nama 7
Antara barang yang perlu dibawa: Sebuah bakul yang bertutup dan bertali disondong, diisi pelbagai alat Sebilah pisau kecil digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh Serangkai rumput yang dianggap sebagai ibu segala semangat dalam perubatan tradisi Sebuah tangguk. Upacara Turun Tanah Upacara Mintuhun dan Minuhun Sebelum tapak kaki bayi memijak tanah, mereka akan mencontengtapak kaki bayi dengan arang kuali dan garis lurus di atas dahinya.Rumput rampai yang melekat pada tapak kaki dikumpul dandicampur dengan air mandian. 8
Masyarakat Kadazan Dusun mempunyai adat istiadat perkahwinan mereka tersendiri. Masyarakat Kadazan Dusun akan mengikut kuat pada adat dan upacara dalam aspek kehidupan masyarakat mereka termasuklah perkahwinan. Adat perkahwinan pasangan tradisional merupakan satu rahmah dan restu daripada ibu bapa pasangan mereka kerana mereka yang bertanggungjawab untuk memilih teman untuk anak-anak mereka. Pasangan ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menguruskan upacara dan perbelanjaan perkahwinan selepas memilih teman untuk anak mereka. CONTOH UPACARA PERKAHWINAN MERISIK BERKAHWIN Masyarakat Kadazan Dusun juga memastikan pasangan yang ingin berkahwin tidak mempunyai hubungan persaudaraan iaitu susur-galur keturunan. Hanya pasangan yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan sahaja dibenarkan untuk berkahwin. isu perkahwinan yang mempunyai hubungan persaudaraan dianggap sebagai mintaromyang boleh memberikan impak-impak negatif kepada pasangan, ibu bapa, keluarga danjuga masyarakat di tempat tersebut seperti malapetaka atau bencana. Pasangan Kadazan Dusun yang tidak mengikut amalan dan peraturan ini akan dihalaudaripada keluarga, kampung, dan membayar sogit iaitu denda yang mahal. Hal ini menunjukkan masyarakat Kadazan Dusun mengamalkan kepercayaan animism dalam elemen perkahwinan mereka. TAKE NOTE!! 9 Kaum Kadazandusun BERTUNANG
Adat momuhabai juga dikenali sebagai adat menunang. Adat ini berlaku selepas proses merisik berjaya. Dalam adat ini, kedua-dua pihak pasangan keluarga akan membincangkan tentang nopung(berian) dan belanja dapur perkahwinan. Selepas memutuskan perkahwinan, ibu bapa lelaki akan memberikan nopung ini kepada ibu bapa Perempuan dan proses pertunangan diteruskan. Nopung bermaksud hantaran yang boleh mengandungi sebuah gong, bagatan, sebidang tanah, rantai leher, seekor kerbau dan lain-lain lagi. pengantin lelaki dan keluarga mereka perlu bersedia untuk memberi nopung yand diminta oleh pengantin Perempuan. Pengantin lelaki tidak dapat berkahwin jika gagal memuaskan permintaan itu. Masyarakat Kadazan Dusun melihat perkara nopung ini penting bagi etnik mereka. Hal ini untuk menilai kemampuan lelaki untuk mengambil Perempuan itu sebagai jodoh mereka. Selain itu, mereka juga menganggap Perempuan yang berkahwin yang tidak menerima nopung daripada pengantin lelaki sebagai Perempuan yang kurang baik dan kurang hormat terhadap keturunan mereka. Nopung juga penting untuk memastikan Perempuan mendapat perlindungan daripada suami dan mengekalkan kedudukan mereka dengan lelaki dalam perkahwinan. Nopung juga penting untuk untuk keluarga ibu bapa pengantin Perempuan yang ditinggalkan rumah dari segi ekonomi keluarga. Pihak keluarga Perempuan mennggunakan nopung untuk mendapatkan hasil dan meneruskan kehidupan mereka. ADAT MONOLUKU Adat monoluku juga dikenali sebagai adat merisik. Adat ini berlaku sebelum memilih teman untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Adat ini berlaku untuk mengelakkan perkahwinan yang mempunyai hubungan persaudaraan dan untuk mengenalpasti Perempuan yang ingin berkahwin itu tidak terlibat dalam proses merisik atau pertunangan dengan lelaki lain. Bagi adat ini, pihak ibu bapa lelaki akan menghantar wakil dewasa Perempuan yang terdiri daripada dua atau tiga orang ke rumah ibu bapa perempuan untuk merisik dan menyiasat supaya Perempuan itu tidak dalam proses merisik dan mempunyai hubungan cinta dengan lelaki lain. Adat ini berlaku berlaku banyak kali sampai mendapat Keputusan yang benar daripada ibu bapa Perempuan. ADAT MOMUHABOI 10
Perkahwinan anak perempuan dalam etnik Kadazandusun melibatkan upacara adat yang besar-besaran sebagai penghargaan terhadap jasa-jasanya dalam membantu keluarga. Upacara mongoi panau, dijelaskan oleh Henry (2014), merupakan rombongan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki dengan berjalan kaki. Pentingnya perkahwinan anak perempuan tercermin dalam kewajipan membantu keluarga dan peranannya sebagai sumber harta melalui pemberian nopung. Pantang larang seperti tidak memakan buah-buahan masam dan sayur-sayuran kategori sejuk ditegaskan, karena etnik Kadazandusun menitikberatkan makanan yang sihat untuk kedua mempelai. Upacara mongoi panau menjadi fokus utama, di mana kelangsungan majlis dapat ditangguh jika ada kematian di kampung sebelum perkahwinan. Jika kematian berlaku semasa majlis, bobolian dipanggil untuk membebaskan dari bencana. Pada saat upacara, pemilihan wakil yang berbudi pekerti baik menjadi kriteria utama, dan rombongan akan diuji melalui minuman tradisional, tapai. Berdasarkan pengalaman, ada kebijaksanaan mengenali budi pekerti seseorang melalui tingkah laku saat makan dan minum. Upacara bertolak ke rumah pengantin lelaki dimulai dengan polintuhun, menghalau roh-roh jahat. Puisi tondiadi dilantunkan sebagai pendinding dan peringatan kepada pengantin perempuan. Kepergian pengantin perempuan membawa perasaan kehilangan tidak hanya kepada keluarga tetapi juga kepada rakan-rakan yang telah berbagi masa remaja bersama. Kedekatan ini tercermin dalam upacara dan cara mereka memanggil satu sama lain. MONGOI PANAU (KAHWIN) 11
ADAT, PANTANGLARANG KEMATIAN Dalam budaya kadazandusun, kematian dianggap sebagai perpindahan ke alam roh atau kehidupan selepas mati. Upacara kematian mencakup berbagai elemen keagaaman dan budaya, seperti doa, upacara, adat dan penghormatan terhadap orang yang meninggal. Kepercayaan kepada kekuatan spiritual dan hubungan dengan roh juga merupakan aspek pentng dalam memahami pandangan mereka terhadap kematian. Adat dan pantang-larang mereka terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu sebelum pengebumian, semasa pengebumian dan selepas pengebumian. Kematian adalah perpisahan roh dari jasad. Kematian merujuk kepada keadaan di mana seseorang kehilangan kehidupannya atau berakhirnya fungsi-fungsi biologis dalam tubuh manusia. Ini adalah suatu realiti yang tidak dapat dihindari dalam kehidupan manusia. Setiap kaum mempunyai adat kematian tersendiri, begitu jugalah dengan kaum kadazandusun. KA U M KA D A Z A N D U S U N artikel sosial & kebudayaan 12
ebelum pengebumian dalam budaya kadazandusun, mungkin terdapat rangkaian upacara yang melibatkan keluarga dan komuniti. Ini termasuk persiapan jenazah, doa-doa, dan perayaan khusus. Upacara ini bertujuan untuk menghormati perpindahan roh ke alam roh. KOPOGIADAN SEBELUMPengebumian SEBELUM S Kopogiadan merupakan salah satu upacara kematian bagi kaum Kadazandusun ini. Ia membawa maksud berkabung sebelum pengebumian. Dalam upacara ini, ahli keluarga akan menangis bermula dari tejadinya kematian sehingga upacara pembersihan selesai. Mayat akan diletakkan di dalam rumah dari hari pertama ‘dia’ meninggal dunia sehingga hari ketiga. Keadaan di dalam penuh kehibaan. Isteri dan anak-anak akan duduk di tepi keranda, sekiranya si mati ialah suami. Begitu sebaliknya. Ahli keluarga akan sering berpegang tangan dengan si mati. Ini dianggap sebagai tanda perpisahan dengan si mati. Jika si mati itu suami, jadi pasangan dan anak diikuti menantu serta cucu-cucunya menggenggam tangan si mati sebagai tanda perpisahan. 13
Sebaik sahaja ada berlaku kematian dalam kalangan masyarakat Kadazandusun, berita kematian akan diberitahu kepada setiap penduduk kampung. Berita itu akan disampaikan dengan berbagai cara seperti, memberitahu secara manual, memukul gong yang dipanggil ‘Tontong Sanang’ dan juga memukul guna buluh atau ‘ Mengarasapong’ iaitu memukul bekas tempat si mati diletakkan sambil menangis, meraung. Penyampaian berita kematian kepada setiap penduduk kampung mempunyai beberapa tujuan. Tujuan yang pertama adalah supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh ahli keluarga si mati sahaja. Setiap masyarakat juga harus meratapi kesedihan atas pemergian si mati itu juga. Berita kematian itu juga diwar-warkan supaya sebarang pekerjaan tidak dilakukan sewaktu ada kematian. Masyarakat Kadazandusun sangat percaya bahawa sekiranya sebarang pekerjaan seperti menanam padi masih dilakukan walaupun ada kematian, pekerjaan itu hanyalah sia-sia. Sebarang hasil tidak akan diperolehi. Oleh itu, berita kematian akan diwar-warkan supaya apa-apa pekerjaan tidak terus dilakukan. ADAT MEMBERITAHU Pekerjaan tidak akan diteruskan 14
ADAT BERJAGA-JAGA Ali keluarga akan memandikan mayat dan memakaikan pakaian yang kemas. Si mati akan dijaga dengan sebaik-baiknya dari sebarang perkara buruk yang akan berlaku. Mereka mahu mengelakkan apa-apa haiwan melangkahi mayat, terutamanya kucing hitam. Mengikut kepercayaan kaum Kadazandusun, jika kucing hitam melangkahi simati, mayat akan bangkit lalu mengamuk. Ini menyebabkan orang sekeliling akan dibunuh oleh mayat itu sendiri. SERANGAN PENDATAAN Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazandusun, serangan ini dilakukan oleh seekor burung besar yang dikenali juga sebagai ‘bugang’ yang akan menerbangkan si mati. Burung ini adalah burung keramat bagi masyarakat ini. Sebenarnya, jin atau iblis yang menyerupai burung itu. Roh si mati akan diterbangkan ke gunung Kinabalu. Dalam kepercayaan kuno masyarakat ini, gunung Kinabalu mempunyai 7 peringkat. Setiap roh yang dibawa ke gunung tersebut akan melalui proses penyucian sehingga ke puncak gunung. Di puncak itulah tempat kehakiman roh, di mana kebaikan dan keburukan yang dilakukan semasa hidup dihitung . Jika si mati banyak melakukan kesalahan semasa hidup, si mati akan dihidupkan semula sama ada menjadi haiwan, hantu atau penunggu di gunung itu. Untuk mengelakkan serangan itu, mereka akan menyangkut pakaian di sekeliling mayat, jadi burung akan menyangka pakaian itu adalah tubuh manusia. KEADAAN DI DALAM RUMAH Keadaan di rumah perlu senyap kecuali bunyi pukulan dan tangisan. Sebarang percakapan kesat atau keadaan tegang sangat dilarangkan. Pukulan gong dan gendang akan dipalu secara perlahan-lahan. Ia dikenali sebagai surabaya. Pukulan itu akan dilakukan 3 kali sehari. Pukulan itu dilakukan semasa matahari terbit, matahari terbenam dan juga pada waktu tengah malam. 15
emasa pengebumian, melibatkan proses di tempat perkuburan. Terdapat beberapa upacara yang dilakukan mengikut kepercayaan mereka demi kebaikan mereka. Pengebumian biasanya dijalankan bermula hari ketiga atau keempat. S USUNGAN SI MATI KE TANAH PERKUBURAN Mereka akan mengusung si mati dengan menggunakan keranda atau tajau ke tanah perkuburan. Usungan itu akan diikuti dengan paluan gendang, letupan mercun sehingga ke tanah perkuburan. Paluan itu akan dilakukan secara terus-menerus sehingga ke tempat yang ingin dituju. Bunyibunyian itu bertujuan untuk mengelakkan hantu masuk ke dalam tubuh simati. MOGINUPUS Moginupus ini merupakan simpati terhadap keluarga si mati. Semua orang akan menunjukkan simpati atas pemergian si mati. Mereka akan bersedih dan mengetuk harta benda seperti gong, tajau untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap iblis atau jin kerana mengambil nyawa si mati. Bagi keluarga berada, mereka akan melakukan penyembelihan lembu atau kerbau dilakukan sebagai penghormatan terakhir. Hasil dari penyembelihan itu akan dijamu kepada tetamu yang hadir dan mereka juga akan menyangkutkan juga pada kayu nisan kubur si mati. SEMASAPengebumian SEMASA 16
JAMPI OLEH SEORANG TUA & SEMANGAT ORANG RAMAI Seorang tua akan menunggu di tanah perkuburan. Dia akan menjampi mayat di liang kubur. Tidak semua yang melakukan perkara ini. Ia akan mengikut keputusan ahli keluarga itu sendiri. Seorang tua itu akan menyapu daun pinang hijau di liang kubur itu. Ini bertujuan untuk elak dari semngat orang ramai tertinggal di liang itu. HARI HUJAN BERMAKSUD SI MATI BERSEDIH, HARI PANAS TERIK SI MATI AKAN GEMBIRA KELAK Mayat akan dimasukkan ke dalam tanah. Sebatang kayu akan dicacakkan di atas pusat si mati. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazandusun, tujuannya melihat sama ada ‘dia’ masih mengingat keluarganya ataupun tidak. Sekiranya dia masih ingat akan keluarganya, maka kayu tersebut akan bertunas. Sekiranya tidak bertunas maksudnya si mati sudah melupai keluarganya. SI MATI DITANAM KE DALAM TANAH 17
SELEPASPengebumian SELEPAS JANGAN MASUK KE RUMAH elepas pengebumian, terdapat beberapa adat yang perlu dipatuhi selepas menghadiri upacara pengebumian. Ini akan bermula pada hari ke-5. S Setiap orang yang datang ke upacara pengebumian tidak boleh masuk ke rumah terus apabila sudah pulang. Mereka perlu mandi dahulu dan merendam pakaian mereka semalaman. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan urusan kematian perlulah dikembalikan semula bersama-sama seekor ayam hitam atau putih sebagai hadiah kepada tuan peminjam. Barangan di dalam rumah juga perlulah dibersihkan dan dikemaskan. MOMISOK “ MEMBERI MAKAN KEPADA SI MATI SELAMA 7 HARI BERTURUT-TURUT, SELAGI SI MATI TIDAK KE ALAMNYA “ Upacara momisok merupakan upacara memanggil roh si mati. Upacara ini akan dilakukan oleh bobolian dan Jilon sebagai anak menyediakan barang milik si mati bersama-sama makanan Linompuka, iaitu kuih tradisional kaum ini. Upacara ini mengambil masa 20 minit. Semasa upacara ini berlangsung, setiap ahli keluarga perlu diam. Kebiasaannya upacara ini bertujuan untuk roh berjumpa ahli keluarganya. Kebiasaannya juga ia dilakukan oleh keluarga yang tidak tahu punca kematian si mati seperti mati mengejut. Jadi mereka memanggil roh untuk mengetahui punca kematian si mati. MOGUKUS Upacara mogukus merupakan upacara pembakaran barangan si mati. Pada hari ke-7, ahli keluarga akan membakar barangan si mati . Mengikut kepercayaan mereka, pembakaran barangan si mati membolehkan si mati boleh menggunakan barangannya di alam kematian. 18
MAJLIS MAKAN Majlis makan merupakan upacara terakhir dalam proses pengurusan kematian. Kebiasaannya, kalau bagi pihak kaum lain ini akan dipanggil kenduri tahlil, namun bagi kaum Kadazandusun ia dipanggil majlis makan sahaja dan ia berperingkat iaitu, makan tiga dan tujuh hari, 40 hari, 100 hari dan tiga tahun. MAKAN 3 & 7 HARI Selepas 3 hari si mati dikebumikan, majlis makan 3 hari akan diadakan. Ketika majlis ini, ahli keluarga akan menitikkan 3 lilin kebawah rumah, begitu juga semasa majlis makan 7 hari juga. Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan. Makanan yang disediakan hanyalah makanan harian mereka. MAKAN HARI Majlis ini diadakan selepas 40 hari si mati meninggalkan dunia. Majlis ini diadakan secara lebih besar berbending majlis makan 3 dan 7 hari itu. Hidangannya juga lebih banyak dan berbagai. Mereka pergi ke kubur untuk jemput arwah menyertai majlis tersebut. Gong dan gendang akan dipalu dan anak si mati akan menari tarian sumazau mengelilingi hidangan satu per satu. MAKAN HARI Majlis ini diadakan selepas 100 hari kematian si mati. Majlis ini lagi besar dari majlis 40 hari. Majlis ini mempunyai upacara penyembelihan seekor haiwan seperti lembu. Penukaran baju putih kepada baju biasa. Rambut akan dipotong. Pakaian itu akan dibakar. Mereka percaya segala kekotoran atau bala akan hilang. Semangat roh yang ada ditubuh mereka juga akan hilang. MAKAN TIGA TAHUN Majlis ini merupakan majlis makan yang lagi meriah. Majlis ini dinamakan sebagai ‘ kenduri Minum’. Berbagai makanan yang disediakan sendiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai si mati. Misalnya, 30 biji kelupis, ikan pari, ikan yu dan sebagainya. Dalam majlis ini terdapat seseorang yang dipanggil pengupeh. Paluan gong dan gendang dibunyikan. Acara bobogoh dilakukan iaitu aktiviti berbalas pantun. 40 100 19
PPenutup 20 Adat dan pantang-larang kaum Kadazandusun mencerminkan warisan budayanya yang kaya dan penting dalam kehidupan masyarkat mereka. Adat mereka merangkumi pelbagai kepercayaan, upacara, pernikahan , sistem kekeluargaan dan kematian. Pantang-larang mereka mempunyai norma-norma yang dihormati. Kedua-duanya berperanan dalam memelihara identiti dan kerharmonian sosial di kalangan kaum Kadazandusun, yang memainkan peranan penting dalam membentuk nilai-nilai dan moral masyarakat mereka. Dalam kesimpulan yang lebih umum, budaya Kaum Kadazandusun adalah perpaduan antara spiritual, kehidupan sehari-hari, dan hubungan yang erat dengan alam. Keunikan dalam upacara adat, seni tradisional dapat menciptakan identiti budaya yang kuat bagi komuniti ini. Budaya mereka memberikan gambaran yang mendalam tentang nilai-nilai kebersamaan, ketergantungan pada alam, dan rasa hormat terhadap semua perkara.
RRujukan 21 Fadhilah Atikah. (2013). Adat kematian kaum Kadazandusun, Murut & Bajau. https://id.scribd.com/presentation/121629139/Adat-Kematian-Kaum-Kadazan-Murut-Bajau Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Sabah. (2022). Adat resam & budaya kaum Kadazandusun suku Kadazan Papar: Pantang-Larang Kapatazon (Kematian). https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/422 Suhaila Sulaiman & Asmiaty Ahmad. (Januari, 2019). Analisis kepercayaan etnik Kadazandusun Sabah dalam antologi tangon. https://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/download/3203/1642/ Billy Ngali. (2017). Adat dan Kepercayaan Etnik KadazanDusun di Sabah. https://www.academia.edu/41182736/ADAT_DAN_KEPERCAYAAN_ETNIK_KADAZANDUSUN_ DI_SABAH Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. (2022) Adat Resam dan Budaya Kaum Kadazandusun Suku Orang Sungai: Adat Bertimbang. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/395 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. (2023). Adat resam dan budaya kaum Kadazandusun. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my › ... Harith Mokhtar, Syahir Hazzil & Baskaren. (Februari,2015) Adat resam perkahwinan kaum di Malaysia. http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com › Minah Sintian. (2015). Perkahwinan etnik Kadazandusun Tradisional suatu perjalanan adat. https://www.researchgate.net/publication/282857439_PERKAHWINAN_ETNIK_KADAZAN_DU SUN_TRADISIONAL_SUATU_PERJALANAN_ADAT Encik Francis Chong (Dec, 2023). Warisan Budaya dan Sejarah dalam Portal Rasmi Majlis Daerah Penampang. https://mdpenampang.sabah.gov.my/?seni-danbudaya#:~:text=Kaum%20Kadazandusun%20sebenarnya%20dibentuk%20oleh,kaum%20ini %20iaitu%20'KadazanDusun'. Nik Aziz (June, 2021). Pakaian Tradisi Simbol Identiti Etnik di Borneo dalam LOCCO. https://www.locco.com.my/2021/06/04/pakaian-tradisi-simbol-identiti-etnik-di-borneo/