The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9030987, 2021-05-01 23:28:07

bm present pantun alam remaja

rujukan

Pantun Alam
Remaja (puisi
tradisional)

NAMA AHLI KUMPULAN :
NURFARISHA IZZATI BINTI ANUAR
NURFARISHA IRDINA BINTI ANUAR

KELAS : 2 INQUIRER
SUBJEK: BAHASA MELAYU
GURU MENGAJAR: CIKGU SAADIAH

Analisis pantun

pantun

maksud

Tema dan Bentuk dan gaya Nilai dan
persoalan bahasa pengajaran

PANTUN ALAM REMAJA

Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.

Dibawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang;
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.

PANTUN ALAM REMAJA

Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang;
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

PANTUN ALAM REMAJA

Hanyut batang berlilit kumpai,

Terdampar di ujung Tanjung Jati;

Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.

Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana;
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

PANTUN ALAM REMAJA

Mahulah kami hendak melapun,
Lapun dibawa orang menjaja;
Jangan marah kami berpantun,
Budak kecil biasa manja.

Maksud Pantun Alam Remaja

Rangkap 1

Anak-anak akan berasa
sangat gembira sewaktu
menyambut kepulangan ibu
ke rumah.

Rangkap 2

Ketakutan dan kerisauan anak
anak sewaktu ketiadaan ibu
akan hilang apabila melihat
ibu pulang ke rumah.

Maksud Pantun Alam Remaja

Rangkap 3
Anak-anak akan cepat berasa gembira
jika ibu cepat pulang ke rumah.

Rangkap 4
Adik beradik menyanyikan sebarang lagu
bersama sama.

Maksud Pantun Alam Remaja

Rangkap 5
Kepulangan ayah dan ibu ke rumah
merupakan detik yang paling
menggembirakan bagi anak-anak.

Rangkap 6
Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa
membuatkan anak anak berasa gembira.

Maksud Pantun Alam Remaja

Rangkap 7

Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi
anak-anak yang gemar berpantun
kerana anak-anak masih kecil dan
ingin bermanja.

Tema dan persoalan

Tema

Kegembiraan
anak-anak
sewaktu
menyambut
kepulangan
ibu bapa
mereka ke
rumah.

Tema dan persoalan

Persoalan

Tanggungjawab
ibu bapa adalah
memberikan kasih
sayang dan
kebahagiaan
kepada anak
anak.

Tema dan persoalan

Persoalan

Anak-anak akan
sentiasa cemas dan
risau sewaktu
ketiadaan ibu
bapa di rumah.

Kegembiraan
bagi anak
anak sewaktu
menyambut
kepulangan
ibu bapa
mereka
pulang
bekerja.

Tema dan persoalan

Persoalan

Aktiviti nyanyian
bersama ahli
keluarga dapat
mengeratkan
hubungan
kekeluargaan.

Pemberian
hadiah daripada
ibu bapa dapat
menggembirakan
hati anak-anak.

Bentuk

Pantun ini mengandungi tujuh
rangkap.

Bilangan baris pada setiap
rangkap adalah sama. Setiap
rangkap terdiri daripada empat

baris.

Setiap baris terdiri daripada
tiga hingga lima patah kata.

Suku kata dalam pantun ini
antara sembilan hingga
sepuluh suku kata.

Ada pembayang dan
maksudnya.

Bentuk

Pantun ini berbentuk terikat.
Rima akhirnya terikat.
Contohnya :
Rangkap 1 : abab
Rangkap 2: aaaa
Rangkap 3: abab
Rangkap 4: abab
Rangkap 5:abab
Rangkap 6: abab;
Rangkap 7: abab.

Unsur Bunyi

Asonansi
Tidak terkatakan besar hati

(perulangan vocal a)
Aliterasi

Hanyut batang berlilit kumpai
(perulangan komsonan b)

Gaya Bahasa

Inversi
Contohnya : elok rupanya

kumbang jati
Sebarang tari kita tarikan.

Kata ganda
Contohnya: adik beradik

Bilang-bilang

Gaya Bahasa

Penggunaan unsur alam
Contohnya : kumbang jati,

Itik
Simpulan bahasa
Contohnya: besar hati

Repetisi
Contohnya : kita (rangkap 4,baris

satu,dua,tiga,dan empat).

Nilai

a) Kasih sayang
b) Bertanggungjawab

c) Baik hati
d) Pemaaf
e) Hormat menghormati

Pengajaran

Kita mestilah menyayangi anak anak untuk
menperolehi kebahagiaan keluarga.

Kita mestilah bertanggungjawab terhadap
keselamatan anak anak.

Kita haruslah bersikap pemurah untuk
mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.

Janganlah kita mengambil hati, sebalikmya
perlu saling memaafkan jika berlaku kesilapan
sewaktu bergurau senda.

Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana
merekalah yang menjaga kita sehingga dewasa.

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version