The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nisa Saharudin, 2020-02-26 20:15:58

HARI PERSARAAN PN NORIZAN

HARI PERSARAAN PN NORIZAN

MAJLIS PERSARAAN
SEMEKAR KASIH SEKALUNG BUDI

“JASAMU DIKENANG”
PN. NORIZAN BINTI KASIM

28 FEBRUARI 2020
JUMAAT

7.30-9.30AM (SELEPAS BACAAN YASIIN)
DEWAN AL-MADANI

ATUR CARA MAJLIS

7.15am : Para pelajar berkumpul di dewan Al-Madani
7.30am : Pelajar - Bacaan Yasiin

Guru - Berkumpul di dataran laman asean untuk
perarakan
7.40am : Perarakan masuk ke dewan
7.50am : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
8.00am : Ucapan wakil pelajar
8.10am : Ucapan YDP PIBG
8.20am : Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
8.30am : Ucapan Puan Norizan
8.40am : Persembahan Multimedia
8.50am : Persembahan pelajar
9.00am : Penyampaian hadiah
9.15am : Upacara ‘send-off’
9.30am : Majlis Bersurai
9.45am : Jamuan di Bilik Guru 1.
12.20pm : ‘Clock-out’ Puan Norizan

Tema : Songket/Motif Songket

BIODATA GURU

Norizan Binti Kasim dilahirkan di Muar Johor dan menetap di
Felda Taib Andak, Kulai, sejak kecil lagi. Mendapat Pendidikan
awal di English School Kulai, bersekolah menengah di Sultan
Ibrahim Girls School, Johor Bahru. Menyambung pelajaran di
peringkat ijazah di California State University, Chico, California
dan mendapat Bachelor of Arts in Mathematics pada tahun 1983.
Mendapat Diploma Pendidikan dari Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai pada tahun1990. Kerjaya guru bermula
dengan mengajar di SMK Taman Dato Harun pada tahun
1990/1991. Selepas setahun mengajar telah berpindah ke SMK
Seksyen 18 Shah Alam sehingga sekarang.
Mempunyai 8 orang anak, 2 lelaki dan 6 perempuan, dan 8 orang
cucu.



ANUGERAH
YANG DITERIMA

ANUGERAH PERKHIDMATAN 2001
CEMERLANG 2012

ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG

JASAMU DIKENANG

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan

menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal

kasihmu suci semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat

pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu

kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di hujung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagaikan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.


Click to View FlipBook Version