The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafyp, 2023-12-04 22:16:34

Kerja Kursus Sejarah Penentangan Dato' Bahaman

Sejarah penentangan Dato' Bahaman

Keywords: penentangan,Dato' Bahaman

KERJA KHUSUS Bab 7 : • P E N E N T A N G A N M A S Y A R A K A T T E M P A T A N : 7 . 1 M A T L A M A T D A N B E N T U K P E N E N T A N G A N M A S Y A R A K A T T E M P A T A N


• PENGHARGAAN • NAMA TOKOH • BIODATA & LATAR BELAKANG TOKOH • FAKTOR PENENTANGAN • PERISTIWA PENENTANGAN •IKTIBAR •RUJUKAN ISI KANDUNGAN


Alhamdulillah , syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan kerja khusus ini . InsyaAllah kerja khusus ini dapat memberikan banyak manfaat kepada kami di samping menambah ilmu pengetahuan kami . Pertama sekali , kami ucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran sejarah , iaitu Puan Nabila Hanim kerana telah memberi banyak tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas ini . Tidak lupa juga kepada rakan rakan lain yang banyak membantu bersama-sama menyelesaikan tugasan ini . Akhir sekali , kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang banyak memberi sokongan & dorongan sepanjang menyiapkan kerja khusus ini . Kami percaya bahawa tanpa doa & restu mereka , kami tidak dapat menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya. PENGHARGAAN


Dato ' Bahaman


Adalah seorang pahlawan terkenal di Pahang,Malaysia. Nama sebenar ialah Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh Seorang Orang Besar Raja (seorang lelaki yang mentadbir tanah yang diberikan kepadanya oleh Sultan dan seorang besar dari salah di istana) di Pahang. Beliau adalah besar-datuk saudaranya itu Abu Samah Mohd Kassim, yang juga seorang pejuang terkenal kemudian menjadi ahli jawatankuasa pusat Parti Komunis Malaya dan nasionalis dalam Tentera Pembebasan Kebangsaan Malaya. Nama gelarannya galah Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Berasal dari suku kaum Bugis Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara Biodata & Latar Belakang Tokoh D A T O ' B A H A M A N . . .


1. Hilang Hak Mengutip Cukai Dato’ Bahaman telah menentang tindakan British yang melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Akibat dari penentangan tersebut, beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya. 2. Pembinaan Balai Polis E.A. Wise telah bertindak mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’ Bahaman. Ini mengakibatkan konflik antara Dato’ Bahaman dengan British menjadi lebih serius kerana Dato’ Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya. 3. Pelucutan Gelaran Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka kerana keengganan beliau mematuhi arahan pihak British. Pihak British telah memaksa Sultan Ahmad yang merupakan sultan Negeri Pahang ketika itu untuk melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan yang telah diberikan kepada beliau. Tindakan British itu telah memalukannya dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Negeri Pahang Faktor Penentangan


PADA 16 DISEMBER 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang. PADA 26 DESEMBER 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk menawan semula Lebuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura. PADA JANUARI 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan Tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. 'Gerakan Sultan' telah menawan 11 buah kubu Dato' Bahaman di Bentong. Peristiwa Penentangan


PADA MAC 1892, Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. PADA 8 MEI 1892, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British. PADA 14 JUN 1894, Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu telah menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang. Peristiwa Penentangan S A M B U N G A N . . .


Iktibar ~ • Kita patut mencontohi pemimpin tempa tan masa lampau yang mempunyai semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa lampau yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan.Sifat tersebutlah yang menyebabkan mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan . • Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi ajaran agama.Mereka berani menegakkan kebenaran.Mereka menolak pengenalan sistem cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan.Mereka memiliki jati diri yang tinggi menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar. • Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air.Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada pihak British.


Sumber Rujukan • Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 •https://intelekblogirls.wordpress.co m/2016/06/27/dato-bahamanpahang/ •https://negeripahang.com/faktorpenentangan-dato-bahaman •https://nashy2012.blogspot.com/20 12/07/peristiwa-dalam.html?m=1 •https://cikguizatulhanim.blogspot.c om/2015/11/iktibar.html?m=1


DISEDIAKAN OLEH : • ZARIFAH HANNANI BINTI ZULHAIRI • SITI NUR QURATU'AIN BINTI MOHD ZULKIFLI That ' s all from us , thank you Gegak gempita bunyinya guruh tanda hujan menjengah tiba Ilmu sejarah terpahat kukuh buat pedoman di hari muka


Click to View FlipBook Version