The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noraini Kamil, 2021-10-27 07:57:09

kembali ke sekolah

kembali ke sekolah

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27,
JALAN SELAYANG 27/27, SEKSYEN 27
40400,SHAH ALAM SELANGOR

1 NOVEMBER 2021: TINGKATAN 3 &4
8 NOVEMBER 2021: TINGKATAN 1& 2

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Latar Belakang

Pembukaan Semula Sekolah dalam norma baharu

3.0 telah ditetapkan oleh pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia. Pembukaan sesi

persekolahan 2021 secara bersemuka dalam fasa 3

dengan mengambil kira pelan pemulihan negara

(PPN) bermula pada 18 Oktober 2021.

Pembukaan semula sekolah dalam PPN adalah
tertakluk kepada ketetapan KPM berdasarkan
penilaian risiko, nasihat dan pandangan KKM dan
MKN.

Kehadiran murid ke sekolah adalah pada kadar 50%
daripada enrolmen keseluruhan.

Kapasiti murid setiap kelas dihadkan kepada 50%
daripada jumlah murid dalam kelas tersebut dan
murid hadir secara penggiliran minggu.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Kumpulan Sasaran

Pembukaan semula sekolah dalam Fasa 4 PPN adalah
secara berperingkat dan murid hadir secara bersemuka
melibatkan:

1. Semua murid PPKI hadir tanpa penggiliran.

2. Murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM Tingkatan 5 hadir
secara bersemuka dengan penggiliran (mulai 18 Oktober
2021).

3. Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 3 hadir secara
bersemuka dengan penggiliran (mulai 1 November 2021).

4. Murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 1 hadir secara bersemu-
ka dengan penggiliran (mulai 8 November 2021).

Prosedur Keselamatan Pencegahan COVID-19

Secara umum pelaksanaan dasar terdiri daripada:

1. Murid dan guru perlu mengelak daripada bersalaman
atau bersentuhan dengan orang lain.

2. Sentiasa kekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya
1 meter.

3. Tidak berada di dalam kumpulan atau kelompok yang
rapat.

4. Murid wajib memakai pelitup muka sepanjang tempoh
berada di sekolah. Pemakaian penutup muka berganda
adalah digalakkan.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

A) PERINGATAN MESRA

 Sekiranya ada ahli keluarga murid yang terdekat telah melakukan ujian
swab dan sedang menunggu keputusan, pihak sekolah mohon agar
murid berkenaan direhatkan sehingga keputusan ujian tersebut
dimaklumkan.

 Langkah berjaga-jaga amat diperlukan supaya jangkitan kes dapat
dikawal dan diputuskan.

B) WAKTU PERSEKOLAHAN MENGIKUT HARI DAN KELAS

TINGKATAN HARI SESI PERSEKOLAHAN
ISNIN 7.30 PG - 1.20 PTG
1, 2 & 3 (PERDANA) SELASA-KHAMIS 7.30 PG – 12.50 TGHR
JUMAAT 7.30 PG - 12.20 TGHR
1, 2 & 3 ABU BAKAR ISNIN 7.30 PG - 2.20 PTG
(ALIRAN KAA) SELASA-KHAMIS 7.30 PG - 1.50 PTG
4 & 5 ABU BAKAR JUMAAT 7.30 PG - 12.20 TGHR
(ALIRAN KAA) ISNIN-KHAMIS 7.30 PG – 2.20 PTG
4 & 5 SAPPHIRE JUMAAT 7.30 PG - 12.20 TGHR
ISNIN-KHAMIS 7.30 PG – 1.20 PTG
4 & 5 EMERALD, DIAMOND JUMAAT 7.30 PG – 12.20 TGHR
ISNIN-KHAMIS 7.30 PG – 12.50 TGHR

JUMAAT 7.30 PG – 12.20 TGHR

4 & 5 AMETHYST, PEARL ISNIN-JUMAAT 7.30 PG – 12.20 TGHR
PPKI ISNIN-KHAMIS 7.30 PG –12.30 TGHR
7.30 PG – 12.00 TGHR
JUMAAT

C) KAWASAN LARANGAN

Mana-mana kawasan/tempat yang telah dipasang pita merah-putih @ kuning
hitam, adalah diwartakan sebagai kawasan larangan. Murid yang memasuki
kawasan ini boleh diambil tindakan disiplin.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

D) ETIKA BERPAKAIAN

 Murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai, kemas dan sopan
sekiranya pakaian seragam sekolah yang ada tidak lagi sesuai dipakai.

 Pemakaian kasut sekolah murid adalah seperti berikut :

 Kasut bertutup/kasut sukan hendaklah dipakai bersama-sama stoking.
 Pemakaian kasut bertumit tinggi adalah tidak dibenarkan.
 Pemakaian baju PJPK dan baju rumah sukan dibenarkan.

 Murid digalakkan memakai pakaian beruniform penuh/separa pada hari
rabu.

 Murid lelaki digalakkan untuk memakai baju melayu putih lengkap
bersampin pada hari Jumaat sepanjang hari persekolahan.

E) Kehadiran Murid Masuk ke Sekolah

 Memastikan diri telah menjalani saringan kesihatan iaitu pengambilan
suhu sebaik sahaja tiba di sekolah.

 Hanya murid, guru dan kakitangan dengan suhu badan di bawah 37.50C
sahaja dibenarkan berada dalam kawasan sekolah.

 Murid dengan suhu badan 37.50C dan ke atas serta bergejala seperti
batuk, selesema, demam serta sukar bernafas akan ditempatkan di bilik
isolasi. Ibu bapa atau penjaga akan segera dihubungi.

 Murid diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada dalam kawasan
sekolah.

 Cuci tangan atau menggunakan cecair sanitasi sebelum masuk ke kelas,
pejabat atau bilik-bilik khas yang terdapat di sekitar sekolah.

 Sila patuh pada pelan laluan pergerakan terarah atau sehala dengan
sentiasa peka kepada tanda arah yang telah disediakan.

 Ketika berada dalam kawasan sekolah, murid perlu sentiasa amalkan
penjarakan fizikal satu meter sebagai langkah pencegahan penularan
wabak covid 19.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

F) Di Dalam Kelas

 Jumlah murid di dalam kelas pada setiap masa adalah mengikut
bilangan murid yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

 Susunan meja bagi setiap kelas berada dalam jarak satu (1)
meter (bahu ke bahu).

 Murid tidak digalakkan berkongsi alat tulis ataubarangan
peribadi.

 Murid perlu berada di tempat yang telah ditentukan dan tidak
boleh mengubah kedudukan.

 Murid tidak dibenarkan berkongsi meja dan kerusi.
 Patuh pada pelan laluan pergerakan sehala yang terdapat

dalam kelas.
 Dapatkan kebenaran (slip keluar kelas) dari guru jika ingin ke

tandas walaupun pada waktu rehat. Hanya seorang murid
dibenarkan ke tandas pada satu-satu masa.

G) Bilik Guru dan Bilik-bilik Khas

 Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.

H) Surau

 Penggunaan surau dibenarkan dengan penjarakan fizikal.
Murid boleh mendirikan solat secara bersendirian atau

berjemaah dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

I) Makmal Sains dan Makmal Komputer

 Murid berbaris sebelum masuk ke makmal dengan penjarakan
fizikal dan tidak dibenarkan duduk di tempat bertanda ‘X’.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

J) Waktu Rehat

 Waktu rehat murid adalah secara berperingkat. Sila patuhi
waktu rehat kelas masing-masing.

 Pembelian makanan dikantin adalah melalui sistem pesanan.
 Pesanan perlu dibuat sehari sebelum sesi persekolahan.

 Murid dikehendaki menyediakan wang secukupnya mengikut
pesanan yang dibuat.

 Hanya 2 orang wakil murid sahaja dibenarkan untuk turun
mengambil tempahan makanan atau minuman di kantin.

 Guna tangga 3 sahaja untuk ke kantin.

 Sentiasa amalkan penjarakan satu (1) meter semasa
berurusan di kantin.

 Basuh tangan dengan air dan sabun sebelum dan setelah
selesai membeli makanan.

 Makan dan minum di dalam kelas dengan pemantauan guru.

 Murid amat digalakkan membawa sudu, garfu serta bekalan
makanan dan minuman dari rumah.

 Buang sampah bungkusan makanan ke dalam plastik
sampah. Jangan buang sampah dalam laci meja atau atas
lantai setelah selesai makan.

 Ikat dan buang plastik sampah ke dalam tong sampah
bertutup yang disediakan di hujung koridor kelas.

 Terus amalkan sikap positif menjaga persekitaran kelas agar
sentiasa bersih sepanjang masa terutamanya selepas rehat.

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

K) Bilik Segar ( Tandas)

 Elakkan penggunaan tempat yang dilabelkan ‘X’.

 Setiap kali sebelum dan selepas penggunaan bilik segar, bersihkan
tangan dengan sabun yang disediakan.

 Murid perlu beratur diluar bilik segar ikut tanda penjarakan jika bilik segar
penuh. Hanya 5 murid sahaja dibenarkan berada di dalam bilik segar
pada satu-satu masa.

L) Waktu balik

Murid akan dibenarkan keluar secara berperingkat dari kelas dengan
pemantauan guru.

Murid dari blok A dan B akan turun melalui tangga 3 iaitu tangga kantin
dan keluar dari kawasan sekolah melalui pagar utama.

Murid dari blok C , D dan E akan turun menggunakan tangga 1 iaitu tepi
koperasi. Murid lelaki perlu menggunakan pintu pagar utama dan murid
perempuan perlu menggunakan pintu pagar kecil.

Guru masa akhir perlu mengiringi murid semasa turun hingga ke pagar
sekolah dan memastikan semua murid telah bersurai/pulang.

Pastikan penjarakan 1 meter diamalkan.
Murid perlu membawa pulang semua buku teks, buku tulis dan buku kerja

setiap hari.
Murid perlu terus balik ke rumah dan tidak dibenarkan berada dalam

kawasan sekolah, berkumpul di luar kawasan sekolah atau pergi ke
tempat lain setelah tamat sesi persekolahan.
Pastikan memakai pelitup muka semasa berada di dalam bas sekolah
atau kenderaan awam semasa balik dari sekolah.
Sentiasa elakkan 3S (Sesak, Sempit & Sembang dekat) dan sentiasa
amalkan 3W ( Wash, Wear & Warn ).

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

Penglibatan ibu bapa/penjaga

Ibu bapa/ penjaga perlu memberi kesedaran kepada anak/ anak
jagaan iaitu:
 Penjarakan fizikal sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan.
 Tidak bersalaman atau bersentuhan antara satu sama lain.
 Sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan.
 Menghantar dan mengambil anak/anak jagaan termasuk jika

dihubungi pihak sekolah.
 Menyediakan makanan dan minuman dari rumah bagi mengurangkan

pergerakan ke kantin.
 Memastikan sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah.
 Menasihati anak-anak tidak berkongsi peralatan termasuk makanan

dan minuman dengan orang lain.

Saranan kepada ibu bapa / penjaga

 Tidak membenarkan anak ke sekolah sekiranya bergejala:
Demam ( Suhu badan 37.5°C atau lebih), Batuk, Selsema,
Sakit tekak, Sesak Nafas

 Sentiasa mengingatkan anak untuk mengamalkan penjarakan fizikal
di dalam kelas, kantin, semasa menunggu kenderaan dan di dalam
bas.

 Mengajar anak-anak mencuci tangan dengan langkah yang betul
dengan menggunakan 'hand sanitizer' atau sabun dan air.

 Sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul.

‘Prihatin Rakyat: Darutat Memerangi Covid-19’
‘TS 25: Penggerak Pembelajaran Bermakna’
‘Lindung Diri,Lindung Semua’

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM

SMK SEKSYEN 27, SHAH ALAM


Click to View FlipBook Version