Contohilah
Sarah
1
Ini ialah sarah. Sarah merupakan seorang kanak-kanak
perempuan yang berumur 10 tahun. Sarah seorang yang
pembersih dan suka menjaga kebersihan dirinya.
2
Kawan-kawan nak tahu bagaimana
Sarah menjaga kebersihan diri?.
Mari Sarah tunjukkan pada kawan-
kawan.
3
Setiap pagi, Sarah akan mengemaskan katilnya dengan melipat
selimut selepas bangun daripada tidur.
4
Sarah akan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
terutamanya selepas makan dan malam sebelum tidur. Sarah akan
memberus gigi selama dua hingga tiga minit.
5
Sarah juga akan kerap membasuh tangannya dengan sabun kerana
dia mengetahui bahawa disekelilingnya terdapat kuman dan
bakteria berbahaya yang boleh membawa kepada penyakit.
6
Sementara itu, Sarah bukan sahaja menjaga kebersihan dirinya,
tetapi dia juga turut menjaga kebersihan rumahnya.
7
Pada setiap petang, Sarah dan rakan-rakannya akan ke taman untuk
bermain bersama-sama.
8
Di taman, Sarah amat gemar bermain gelongsor dan jongkang-
jongkit.
9
Selesai bermain di taman, Sarah akan pulang ke rumah dengan
menaiki basikal secara berhati-hati.
10
Sampai sahaja di rumah selepas bermain di taman permainan, Sarah
akan ke bilik air untuk mandi. Hal ini kerana, dia ingin
membersihkan dirinya daripada kuman dan peluh.
11
Sarah akan memotong kukunya sekali seminggu. Kuku perlu dipotong
kerana jika kuku kita panjang, kuman akan berada di dalam celahan
kuku.
12
Kemudian, apabila Sarah berada di tempat yang ramai orang, Sarah
akan memakai pelitup muka agar tidak terdedah dengan kuman
yang berada pada orang lain.
13
Sebelum makan, Sarah tidak pernah lupa untuk membasuh
tangan. Sarah akan memastikan tangannya bersih sebelum
makan.
14
Sebelum tidur, Sarah akan menukar pakaian yang besesuaian dan
bersih supaya tiada kuman dibajunya semasa tidur. Oleh itu, Sarah
akan dapat tidur dengan lena.
15
Begitulah cara-cara yang dilakukan Sarah dalam menjaga
kebersihan dirinya. Marilah kita bersama-sama contohi Sarah.
16
17