1. GUNAKAN CIRI KAWALAN IBU BAPA
Ibu bapa boleh mengguna pakai ciri ‘kawalan ibu bapa’ pada
telefon pintar sebelum diberikan kepada kanak-kanak untuk
bermain. Lazimnya semua telefon pintar menyediakan ciri
tersebut. Ia mengehadkan akses dan disertakan dengan
larangan tertentu yang tidak sesuai dengan usia kanak-kanak.
Anda juga boleh ‘merakam’ akses kanak-kanak
untuk diperiksa.
2. HADKAN MASA PENGUNAAN
Cuba hadkan penggunaan telefon pintar secara tegas. Jangan
memberikan anak anda telefon pintar pada semua waktu dan
masa sebaliknya ‘pinjam’ untuk seketika, tempoh tertentu dan
hadkan kekerapan. Latih anak anda untuk memulangkan
telefon apabila diminta semula ibu bapa tidak kira bila-bila
masa. Ia juga akan mengelak kanak-kanak melayari laman yang
tidak sepatutnya.
3. PANTAU ANAK ANDA
kebanyakkan ibu bapa yan membiarkan anak bermain gajet
selama beberapa jam, ada juga sehingga anaknya itu sendiri
bosan. Sebagai ibu bapa, anda harus memantau aktiviti mereka,
walaupun sekadar mendengar lagu di telefon anda. Walaupun
anda sibuk sekalipun pastikan anda pasang mata pada anak
anda itu.
4. Libatkan anak anda dengan aktiviti lain
Banyak lagi aktiviti dan perkara yang boleh digunakan untuk
mengisi waktu lapang anak anda selain gajet. Sebagai ibu bapa
andalah yang kena bijak menentukan alternatif tersebut.
Mewarna, membina lego, membaca buku dan sebagainya antara
perkara yang boleh dipertimbangkan. Dunia ini luas, fikirlah
demi masa depan anak anda.
5. Kawal penggunaan internet
Jika anda anda menggunakan internet untuk tujuan bermain,
sebaiknya pilih ‘game’ yang tidak memerlukan rangkaian itu.
Jika anda ingin menonton filem, lagu kanak-kanak dan
sebagainya, seeloknya, muat turun dahulu. Cuba untuk
memberi telefon pintar tanpa akses internet. Ia lebih selamat,
kalau tak sempat pantau pun tak mengapa.
UNTUK KESEJAHTERAAN BERSAMA, LEBIH BAIK ANDA MENGAWAL ANAK-ANAK DARIPADA
TERJEBAK DENGAN KETAGIHAN GAJET ATAU INTERNET.
Ikuti langkah berikut:-
• Jangan caj bateri telefon, tablet sehingga 100 peratus.
• Jangan beritahu kata laluan telefon / gajet kepada anak-anak.
• Tetapkan had masa untuk menggunakan gajet. Mungkin 30 minit atau satu jam sehari. Itupun selepas dia
menyiapkan tugasan sekolah.
• Jangan biarkan anak-anak jauh daripada anda ketika menggunakan gajet. Bimbang mereka melayari
laman-laman sesawang yang tidak sepatutnya.
• Belikan permainan yang boleh merangsang minda atau yang bersifat interaktif. Contoh paling mudah,
Jenga.
• Muat-turun aplikasi yang berfungsi untuk menapis kandungan yang boleh memudaratkan.
Khas daripada
Unit Bimbingan dan Kaunseling