The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Ain, 2021-06-28 13:52:25

Teknik belajar membuat nota

Teknik belajar membuat nota

UBK SK AYER MERBAU

ALAT-ALAT BERFIKIR

MEMBUAT NOTA

Dalam membuat nota, alat berfikir ini mampu
membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih
bijak dan berkesan. Melalui aplikasi peta minda ini,
pemikiran menjadi lebih tersusun, luas dan jelas.
Berikut merupakan contoh peta i-think yang dapat
digunakan dalam membuat nota.

PETA ITHINK


DEFINISI


Program i-THINK bertujuan untuk melahirkan modal insan
yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta
memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan
mampu berdaya saing. Alat berfikir yang diperkenalkan
dalam Program i-THINK ialah Peta Pemikiran. Peta
Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam
8 bentuk peta pemikiran secara visual yang
mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia
boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Berikut
adalah contoh bagi setiap peta i-THINK beserta fungsinya.

PETA BULATAN


 Peta Bulatan berfungsi dengan mendefinisikan
mengikut konteks.

PETA BUIH



 Peta buih digunakan untuk menerangkan kualiti.

PETA BUIH BERGANDA



 Peta Buih Berganda untuk membanding bezakan.

PETA POKOK


 Peta pokok untuk membuat pengelasan

PETA DAKAP


 Peta dakap untuk menghubungkan seluruh bahagian.

PETA ALIR


 Peta alir untuk menunjukkan urutan

PETA PELBAGAI ALIR


 Peta pelbagai alir menerangkan sebab dan kesan

PETA TITI


 Peta titi menerangkan anologi untuk sesuatu
hubungan.

TIP MEMBUAT NOTA


1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
2. Faham kandungan secara umum untuk

menentukan fakta atau pokok persoalan.
3. Baca dan garis fakta.
4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang

digariskan dengan nota asal .
5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan

fakta daripada tajuk itu.
7. Susun fakta ( jika perlu ).

TIP MEMBUAT NOTA


8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-
fakta yang telah ditulis dahulu .

9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
10. Ulang hingga kamu puas hati.
11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
13 Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1

hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk
dalam sukatan pelajaran.

CARA MEMBUAT NOTA



 Gunakan kaedah Peta I-Think
 Gunakan perkataan sendiri dan

bukannya menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada
karanga asal.
 Isinya mestilah disusun dengan teratur dan
mengandungi perkara-perkara yang penting sahaja.
 Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting
bagi menarik tumpuan apabila membaca.
 Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
 Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri
untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.


Click to View FlipBook Version