Ketinggian bukit yang mencecah 271 meter ini akan memaparkan pemandangan yang sangat indah
dan aman. Antara anggaran masa yang diambil untuk mendaki sehingga ke puncak gunung adalah 40
atau 60 minit sahaja. Jangan berasa takut untuk mendaki di tempat ini kerana sepanjang laluan
pendakian ini terdapat pemegang besi yang sangat kukuh. Suhu di puncak yang nyaman memang
sangat menyeronokkan. Tempat ini juga memang sangat meriah terutama pada hujung minggu kerana
telah menjadi tempat kegemaran bagi kaki hiking.
101
Bukit Senorang
Ketinggian 362m /1069ft
terletak di Kg Dato Seri Hamzah Kemayan
Pahang. Lokasi yg santai dn menarik utk
beriadah pada Hujung minggu telah
diwartakan sebagai pusat reakrasi di Bera
Pahang. Dari starting Point Hingga ke
Puncak mengambil masa 45minit ke 1jam
mengikut keupayaan masing masing.
Dihidangkan dengan Pemandangan Kebun
Kelapa sawit dan di kiri kanan pula
Kebun getah penduduk temapatan terdapat
2 pintu masuk untuk ke Puncak
sesekali kita akan disajikan dgn awan
karpet yg gebu gebas.. Apabila sampai di
puncak. Disarankan memulakan pendakian
seawal pagi bg mengelakkan sunburn hihi
102
BUKIT REPIN TREAILHEAD
D a p at ka n
satu
pengalaman
baru hiking di t
empat yang menarik
iaitu Bukit Repin
Trailhead. Mempunyai
ketinggian 1341 meter
daripada paras laut dan terletak
berdekatan dengan Gunung Nuang.
Terdapat sebuah kedai makan yang agak
popular untuk anda mengisi perut terlebih
dahulu. Ia terletak berdekatan sahaja dengan
pintu masuk. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa
tempat ini adalah yang terbaik kerana mempunyai
suasana yang sangat indah dan menakjubkan. Bukan
itu sahaja, di sini juga terdapat beberapa pokok yang
mempunyai bentuk yang lain daripada lain dan sangat cantik,
ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk anda bergambar.
Untuk sampai ke puncak, anda perlu mengharungi sebuah sungai
cetek yang berbatu dan beberapa kawasan yang sedikit mencabar.
Selepas
berjaya melintasi sungai, anda akan tiba di satu checkpoint yang dikenali
sebagai Bukit Korea. Untuk melepasi kawasan Bukit Korea pula, anda akan
melalui kawasan yang berlecak dan jalan yang lincin. Jadi anda diingati lagi agar
berhati-hati sewaktu melalui kawasan ini. Jika terdapat ahli kumpulan anda yang
berasa penat, anda boleh berhenti rehat di kawasan Pondok Repin. Selain itu, anda juga
boleh bersantai dengan selesa di Pondok Repin ini.
103
104
Hiking di Gunung Raja
Gunung Rajah mempunyai ketinggian 5526 kaki dari paras air laut dan
merupakan gunung yang terbaik untuk melakukan aktiviti hiking. Sebelum
memulakan pendakian, anda akan menjumpai air terjun yang popular di
kawasan Bentong. Anda boleh melepak atau berehat terlebih dahulu di
kawasan air terjun yang sangat menyegarkan ini. Untuk pengetahuan
anda, jika ingin mendaki di Gunung Rajah ini, anda wajib mempunyai
permit masuk bagi mengelekkan sebarang masalah. Untuk mendapatkan
permit anda boleh memohon daripada Pejabat Hutan Daerah Bentong
dengan menulis surat permohonan.
105
PINE TREE TRAIL pendakian ke puncak.
Apabila tiba di puncak
Ramai pendaki yang menggelar trek bagi gunung Pine gunung, anda akan
Tree Trail ini sebagai “roller coaster”. Hal ini kerana trek mendapati penanda batu bagi
ini mempunyai liku turun naik yang sedikit mencabar sempadan Negeri Selangor
tetapi anda jangan risau kerana di laluan ini terdapat dan Pahang. Kecantikkan
tangga batu bersimen. Bukan itu sahaja, di sini juga pemandangan di puncak
keselamatan anda sangat terjamin kerana terdapat tali gunung ini memang
dan akar di sepanjang trek yang boleh membantu anda memberikan ketenangan
untuk berpaut sewaktu pendakian. Selain itu, anda juga yang luar biasa. Banyak
wajib untuk berhenti singgah di kawasan gua akar yang tumbuh-tumbuhan yang
unik dan cantik kerana tempat ini memang sangat berbeza dan unik yang boleh
sesuai untuk bergambar. Biasanya pendaki akan anda jumpai di tempat hiking
berhenti rehat di gua akar ini dahulu sebelum memulakan ini. Antaranya ialah
“cousin reflessia” yang ada
iras seperti bunga reflessia,
cuma ia agak sedikit kecil dan
berbunga di atas tanah.
Kenali banyak tumbuh-
tumbuhan menarik yang
terdapat di tempat ini. Anda
juga boleh mendapatkan
banyak maklumat tentang
tumbuhan ini kerana terdapat
nota-nota yang diletakkan di
setiap tumbuhan.
106
Gunung Brinchang
Gunung Brinchang Barat merupakan gunung kedua tertinggi di Cameron Highlands selepas Gunung
Irau. Gunung ini kurang menarik pelancong dan pelawat kerana tidak dapat diakses. Ketinggian pada
2005m di atas paras laut, denai Brinchang Barat mempunyai pemandangan indah & asli taman
lumut, orkid tanah tinggi & tumbuhan periuk kera yang terbungkus dalam kawasan hutan hujan yang
subur ini.
Ini menjadikan Gunung Brinchang tempat yang popular untuk pengunjung untuk mengagumi
pemandangan dan landskap Cameron Highlands. Hutan Mossy yang terkenal juga tumbuh
berhampiran titik ketinggian tertinggi, dengan laluan laluan untuk meneroka biotop yang menarik ini
107
Bukit Baka
Anda mempunyai idea untuk melakukan aktiviti hiking tetapi masih tidak menjumpai tempat yang sesuai. Apa
kata anda cuba hiking di Bukit Raka yang terletak di Bentong, Pahang. Cabar diri anda untuk hiking di bukit
yang mempunyai ketinggian 579 meter daripada paras air laut ini. Jangan lupa untuk mengajak ramai
rakan-rakan anda untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan ini.
Di permulaan trek anda perlu meredah hutan kecil dan melalui ladang getah terlebih dahulu. Aktiviti hiking anda
akan dimulai dengan laluan yang sedikit mencabar. Mengikut anggaran masa daripada kaki hiking untuk anda
tiba di puncak ialah 2 atau 3 jam. Ia bergantung pada tahap kelajuan anda berjalan. Di sini juga terdapat kayu
besar yang diletakkan di laluan trek. Ia boleh menjadi sebagai tempat untuk anda berpaut sewaktu mendaki.
Segala penat lelah anda akan hilang apabila dapat menikmati keindahan puncak bukit ini. Jangan lupa untuk
bergambar di atas puncak bukit ini dengan berlatar belakangkan awan-awan yang sangat cantik.
108
Abu Suradi Trail 109
Mungkin ramai yang tidak mengetahui lagi tentang kuwujudan trek yang dikenali sebagai “Abu
Suradi Trail” ini. Trek ini mempunyai tahap kesukaran yang sangat mudah berbanding 5 trek lain di
Bukit Fraser. Bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak dalam aktiviti ini, anda patut mencuba trek
laluan di tempat ini dahulu. Daripada kanak-kanak sehingga ke orang yang berusia boleh mencuba
mendaki di trek ini.
Panjang trek yang hanya sekitar 500 meter menjadikan ia sebagai trek terpendek di Bukit Fraser.
Yang menariknya, terdapat papan info tentang flora fauna yang terdapat di kawasan ini di pondok
berehat. Antara cabaran yang akan anda hadapi sewaktu pendakian ialah jalan sempit, jalan
berlecak, kawasan jalan yang mempunyai pokok-pokok tumbang dan jalan berliku. Tidak
dilupakan juga, di sini terdapat banyak tumbuhan-tumbuhan yang berbentuk unik untuk anda
menangkap gambar. Tempat ini terletak di destinasi popular pelancongan Pahang, ia membuatkan
sangat mudah bagi anda mencari kedai makan atau penginapan.
teren
110
ngganu
GUNUNG SARUT
111
Gunung Sarut
Salah satu kawasan menarik yang tersembunyi di sebalik Gunung Sarut ialah air
terjun yang berwarna biru jernih yang diberi nama Blue Pool. Gunung Sarut yang
terletak di daerah Setiu ini mempunyai ketinggian 2000 meter dengan jarak 30
km. Oleh itu, untuk sampai ke puncak Gunung Sarut anda boleh bermalam di tapak
perkhemahan untuk berehat sebelum memulakan semula perjalanan pada keesok-
kan pagi menuju ke puncak.
112
Untuk pengetahuan anda, puncak Gunung Sarut dikelilingi dengan pokok-pokok dan menjadikan
pemandangan di atas puncak tertutup. Walaupun pemandangan tertutup dengan pokok-pokok,
tetapi di puncak ini akan akan berasa yang sejuk dengan angin-angin yang bertiup.
113
Bukit Keluang
Bukit Keluang terletak di dalam daerah Besut, Terengganu serta mempunyai ketinggian lebih kurang
300 meter dari aras laut. Kawasan ini terkenal disebabkan oleh pemandangan laut yang terbentang
serta panorama yang sungguh cantik. Kawasan tebing tinggi yang curam dengan pemandangan
mengadap Laut China Selatan sememangnya cukup memukau. Tetapi sebelum menikmati
pemandangan tersebut perlulah mendaki bukit ini dengan keadaan tanah serta tebing yang curam
serta pacak. Disepanjang laluan yang curam disediakan tali bagi memudahkan pendakian.
Pendakain bermula lewat pada pukul 2 petang, disebabkan jarak perjalanan yang jauh dari Bukit
Beruntung. Lagi pun di awal pagi singgah dulu di Kuala Terengganu untuk bersarapan pagi di gerai
Nasi Dagang Atas Tol dulu dan kemudian bergambar di jambatan angkat dan seterusnya lepak disana
untuk bergambar.
114
115
BUKIT TOK SALAI
116 Bukit Bubus
yang terletak di
Besut ini berada di
persisiran pantai. Bukit
ini juga berada berdekatan
dengan Bukit Keluang namun
mempunyai jalan yang berbeza untuk
sampai ke puncak. Dengan ketinggian
85 meter dari paras Laut China Selatan
dan trek yang tersedia juga mudah pastinya
menyenangkan anda yang masih amatur dalam
mendaki. Jika anda ingin menikmati pemandangan
terbit matahari di atas Bukit Bubus ini, anda boleh
merancang pendakian memandangkan masa yang diambil
hanya 10-15 minit sahaja untuk sampai ke puncak. Di atas
Bukit Bubus ini juga turut tersedia kawasan wakaf yang luas
dan sebuah pondokuntuk anda berehat sementara menunggu
matahari terbit. Anda pastinya akan terpegun dengan keindahan
matahari terbit ditambah lagi dengan pemandangan laut yang luas.
Penat lelah pendakian anda di Bukit Bubus sangat la memberikan
pulangan yang berbaloi.
Bukit Tok Salai yang terletak di Sungai Nerus ini baru sahaja dibuka
kepada orang awan pada bulan September 2021 dan menjadi
satu
tarikan kepada peminat aktiviti mendaki. Bukit yang berketing-
gian 160 meter dari paras laut ini hanya memakan masa lebih
kurang 30 hingga 40 minit untuk tiba di puncak. Ini men-
jadikan Bukit Tok Salai sesuai untuk semua lapisan mas-
yarakat untuk menjalankan aktiviti
mendaki di bukit ini.
Pihak Pengurusan Bukit Tok Salai dengan kerjasama
Adun Buluh Gading sangat menjaga kebersihan dan
juga turut menyediakan kemudahan di bukit ini un-
tuk keselesaan para pendaki. Antara kemuda-
han asas yang telah disediakan di bukit ialah
wakaf rehat, surau dan juga tandas untuk
kegunaan pengunjungnnya. Dengan
kemudahan yang tersedia, pastinya
akan menarik lebih ramai lagi pe-
ngunjung untuk datang ke Bukit
Tok Salai ini.
BUKIT BUBUS
117
BUKIT BALIK HIDUNG
Bukit Balik Hidung ini telah di popularkan oleh persatuan pendaki pada awal tahun 2020 dan sehingga
ini bukit ini menjadi terkenal dan tidak putus dengan para pengunjungnya. Bukit yang berketinggian 132
meter dari paras laut ini amat sesuai untuk setiap lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak ataupun
dewasa kerana untuk sampai ke puncak tidak mengambil masa yang lama.
Walaupun bukitnya tidak berapa tinggi dan mempunyai laluan yang mudah, anda juga perlu melakukan
pemanasan badan sebelum mula mendaki. Hal ini untuk mengelakkan anda tercedera semasa aktiviti
mendaki bukit.
Pemandangan pokok yang menghijau dari atas bukit ini pastinya membuatkan anda tidak akan berasa
menyesal mendaki Bukit Balik Hidung ini.
Alamat: Kampung Paya Besar, 21700 Kuala Berang, Terengganu
118
BUKIT MENTOK
Bukit Mentok Hiking Park merupakan sebuah bukit yang telah dijadikan sebuah tempat
yang menjadi tarikan orang awam untuk mendaki di bukit ini. Oleh kerana bukit ini mem-
punyai laluan trek yang luas dan tersedia, tidak susah bagi anda untuk yang pertama kali
menjejakkan kaki ke sini. Di samping itu juga, kawasan Bukit Mentok telah dipelihara dan
dijaga dengan kerjasama dari warga Kampung Bukit Mentok.
Anda perlu melepasi tiga check point yang terdapat di Bukit Mentok ini sebelum sampai ke
puncak. Setiap check point tersedia kawasan rehat yang membolehkan anda duduk untuk
berehat dan
mengambil tenaga semula sebelum memulakan pendakian.
119
Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu
120
Bukit Singa
Bukit Singa ini yang terletak di Pulau Kapas juga menjadi salah satu tempat
tarikan yang berada di negeri Terengganu. Mereka yang singgah di Pulau
Kapas, wajib menjejakkan kaki di atas puncak Bukit Singa untuk melihat
pemandangan laut yang terbentang luas. Waktu terbaik untuk anda men-
daki ialah pada waktu pagi atau selepas pukul 3 petang untuk mengelakkan
panas sinaran matahari.
Untuk sampai di Bukit Singa ini, anda perlu menaiki bot ke Pulau Kapas
terlebih dahulu. Perjalanan menuju ke Bukit Singa dimulai dengan melalui
laluan batu yang keras dan curam. Untuk mengelakkan anda tercedera atau
tergelincir, anda disarankan untuk memakai kasut yang sesuai agar dapat
mendaki dalam keadaan selamat dan juga selesa.
Melalui puncak Bukit Singa ini bukan sahaja kelihatan pemandangan laut
yang membiru, tetapi anda akan dapat lihat sekali batu yang berbentuk
kepala singa dan disitu la nama bukit ini diambil.
121
Bukit
Bukit Maras yang terletak di daerah Kuala Nerus ini hanya mengambil masa sekitar 30
minit pemanduan jika anda dari bandar Kuala Terengganu. Dengan ketinggian 329 meter
dari paras laut, Bukit Maras juga tidak kurangnya orang awam yang datang ke sini untuk
mendaki. Berbeza dengan Bukit Besar, Bukit Maras ini mempunyai 3 laluan yang boleh
anda pilih untuk sampai ke puncak.
Trek yang pertama ialah trek yang bertanah merah yang sesuai jika anda membawa anak-
anak mendaki sekali kerana treknya yang luas dan tidak terlalu membukit memudahkan
anda untuk sampai ke puncak. Namun demikian, anda juga perlu sentiasa memerhatikan
122
Maras
langkah anak-anak anda kerana trek tanah merah ini juga licin. Dua trek lagi
sesuai untuk anda yang mahukan cabaran kerana perlu mengharungi denai
dan jaraknya untuk sampai ke puncak juga sedikit jauh.
Setibanya di puncak, anda tidak perlu risau kerana di atas bukit ini terdapat
beberapa buah kedai kecil yang ada menjual snek dan juga air. Jadi anda ti-
dak perlu bersusah-payah membawa air atau makanan ringan untuk mengisi
perut. Sambil-sambil menikmati pemandangan di puncak itu, anda boleh la
mengalas perut untuk mengembalikan tenaga untuk turun bukit nanti. Jan-
gan lupa untuk membuang sampah dan jangan buang merata!
123
kela
antan
GUNUNG RENG
125
Gunung Reng terletak di Kampung
Gunong, Jeli, Kelantan, Malaysia
berhampiran Kampung Batu
Melintang dan hanya lima belas
kilometer dari pekan Jeli.
Tapak Gunung Reng ini asalnya
sebuah Kampung bernama
Kampung Tala yang dibuka oleh Tok
Tadoh keturunan Pulang Hari dari
Jawa kira-kira 1,400 tahun dahulu.
Kononnya, Ketua Kampung Tala
telah mengadakan kenduri
besar-besaran tujuh hari tujuh
malam, cukup dengan berbagai jenis
permainan.Setelah sampai hari
ketujuh semua jenis permainan telah
dilangsungkan. Untuk upacara
penutup, mereka telah bermesyuarat
dan bersetuju untuk menyediakan
pertandingan memperlaga anjing
dan kucing di atas bumbung rumah.
Pada waktu Zohor kedua-dua
binatang ini dilagakan di atas
bumbung rumah, semasa binatang itu
sedang berlaga, berlaku ribut dan
taufan berserta hujan yang sangat
lebat. Dalam keadaan ribut taufan,
Gunung
126
seorang perempuan tua bersama
dengan seorang cucunya berlari ke
kampung yang berhampiran
bernama Kampung Gantung
untuk mengangkut padi yang dijemur.
Setelah selesai memunggah padi
yang dijemur, ribut taufan berserta
hujan pun berhenti.Perempuan tua
tersebut pergi semula ke Kampung
Tala, alangkah terperanjatnya
apabila perempuan itu melihat
Kampung tala telah ditutup oleh
sebuah gunung yang besar dengan
melenyapkan Kampung Tala sama
sekali.
Gunung yang menutupi Kampung
Tala itu dikatakan asalnya terletak di
hulu Sungai Reng, kira-kira tiga hari
dua malam perjalanan iaitu di
sempadan Kelantan/Perak.Tempat
asal gunung ini telah menjadi
kolam. Daripada nama sungai ini
maka gunung ini dinamakan Gunung
Reng. Gunung Reng mempunyai
gua-gua yang bercorak bilik-bilik
seperti Gua Bedak, Gua Payong, Gua
Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak.
Melalui pintu besar Gunung Reng
ini ialah Gua Payong, boleh masuk
melalui lorong dalam gua ke bilik-bilik
serta ke anjung sehingga ke puncak
Gunung Reng.
g Reng
127
128
Gunung Yong Belar) ialah sebuah gunung di sempadan negeri Kelantan dan Perak di
Pergunungan Titiwangsa Malaysia. Puncaknya ialah 2,181 m (7,156 kaki) di
G atas paras laut, menjadikannya gunung tertinggi di negeri Kelantan. Ia ter-
U letak kira-kira 8 km dari Gunung Korbu, gunung tertinggi di Pergunungan
N Titiwangsa Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sem-
U padan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur
N dan Kelantan Darul Naim, Malaysia dan mempunyai ketinggian
2,181 meter (7,156 kaki). Gunung ini
G mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Diptero-
Y karp Atas. Gunung Yong Belar mempunyai hutan Dip-
terokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Mon-
tane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
ONG BELAR
Terdapat banyak flora di gunung ini yang mem-
punyai nilai perubatan. Pendaki boleh berma-
lam di Kem Tudung Periuk sebelum mendaki
ke puncak gunung ini. Gunung Yong Belar
di negeri kelantan sering menjadi tum-
puan kepada aktiviti
pendakian di kalangan pendaki dan
ia terletak dalam Hutan Simpanan
Kekal (HSK) Negeri Pahang.
Bagi menjalankan sebarang
aktiviti dalam Hutan Sim-
panan Kekal, setiap pen-
gunjung perlu mendapat-
kan
permit memasuki
Hutan Simpanan
Kekal terlebih da-
hulu dari Jabatan
Perhutanan Neg-
eri kelantan
129
G Gunung Setong atau turut dikenali sebagai ‘Gunung Stong’, terletak di daerah Dabong, dalam jajahan
U Kuala Krai, Kelantan, Malaysia . Walau berada di jajahan kuala krai, ianya hampir dengan bandar Gua
N Musang. Gunung ini setinggi 1,422 meter (4,664 kaki). Ia terletak di dalam Hutan Simpan Gunung
U Stong berhampiran dengan Air terjun Jelawang. Gunung ini menjadi lokasi popular kepada pendaki
N gunung kerana sangat mencabar.
G Gunung Setong juga berada di jajaran Banjaran Titiwangsa. Gunung Setong mempunyai hutan
Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini
130 yang mempunyai nilai perubatan.
Gunung Stong setinggi 1,433 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan
digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana mengalir di kawasan itu
adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara.
Gunung Stong terletak di satu lembah yang dikelilingi oleh empat gunung, iaitu gunung Basor, gunung
Anak Noring, gunung Chamat dan gunung Setong. Di situ juga terdapat harimau iaitu haiwan yang
dilindungi di Malaysia.
S
E
T
O
N
G
131
Gunung Chamah
merupakan salah satu daripada gunung yang dikenali sebagai G7, iaitu tujuh puncak tertinggi yang melebihi ketinggian
2,100m (7,000 kaki) a.p.l. Kecuali Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan, kesemuanya adalah terletak di Banjaran
Titiwangsa. Gunung Chamah adalah gunung keenam tertinggi di Malaysia dan yang tertinggi di Kelantan. Ianya terletak berdeka-
tan dengan sempadan negeri Perak dan merupakan salah satu gunung yang jarang dikunjungi dan terokai. Tidak banyak kajian
dijalankan dipergunungan ini. Selain daripada tinjauan awal yang terkini dijalankan oleh WWF-Malaysia, kajian yang paling sain-
tifik setakat ini ke atas kawasan Gunung Chamah ialah ekspedisi yang di kendalikan oleh JPNK dengan kerjasama JPSM
dari 24 – 29 July 2011. Ekspedisi saintifik ini disertai oleh ahli-ahli sains dan penyelidik dari Universiti
Malaysia Kelantan, Universiti Sains Malaysia dan Universtiti Malaysia Sabah. Objektif
ekspedisi tersebut adalah untuk menjalankan pemerhatian umum dan meng-
utip sampel/spesimen botanikal dan zologikal berkaitan
kepelbagaian biologi dipersekitaran Gunung
Chamah untuk kajian lanjut.
132
Gunung
Yong Yap
Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan negeri Perak/Kelantan mempunyai ketinggian setinggi
2,167 meter (7,110 kaki). Gunung Yong Yap termasuk ‘G7’ oleh pendaki tempatan. Gunung G7 yang lain
ialah Gunung Tahan dan Gunung Yong Belar di Pahang, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Chamah
dan Gunung Ulu Sepat di Perak. Gunung ini merupakan gung ke 6 tertinggi di semenanjung Malaysia
Gunung ini mempunyai tarikan tersendiri terutama pada pemandangan orang asli. Terdapat 2 jalan
masuk ke gunung ini iaiti A-dari kampung kuala mu di sungai siput, Perak dan B- dari Pos Brooke Sungai
rengil, Cameron Highlands, Pahang. Gunung Yong Yap mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan
Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di
gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
133
Bukit
Panau
Bukit Panau terletak bersem-
padan dengan jajahan Pasir
Mas meliputi Kampung Joha,
Bendang Baru, kg Tengah dan
Ladang Getah Bukit Panau di
negeri Kelantan. Bukit Panau
yang dalam jajahan Tanah Mer-
ah dinamakan dari sebuah bukit
iaitu bukit Panau
Adapun Bukit Panau terletak di
dalam jajahan Tanah Merah,
Kelantan. Di kalangan orang
lama tempatan, ia terkenal
sebagai tempat orang
dahulukala meningkatkan ilmu
persilatan selain membuat
pertapaan. Malah ada yang
percaya, Bukit Panau itulah
sebenarnya Bukit
Pancalusa yang disebut dalam
kitab Hikayat Hang Tuah
sebagai salah satu tempat
Laksamana Hang Tuah belajar
ilmu perang.
134
GUNUNG Shoid
Gunung Shoid yang terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,947 meter (6,387 kaki).
Gunung Shoid mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Er-
icaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Pendakian merintis laluan ke puncak Gunung Shoid bermula dari puncak Gunung Chamah di ketinggian
2,171 dpl.
Gunung Chamah di sempadan negeri Kelantan dan Perak merupakan salah satu puncak gunung yang ber-
ketinggian melebihi 7,000 kaki (2,134 meter) dan berada dalam kelompok gunung-gunung G7.
Gunung Shoid terletak berhampiran dengan Gunung Bilah, Gunung Chamah, Gunung Ulu Sepat, Gunung
Gerah, dan Gunung Bieh
Gunung ini terletak di Banjaran Titiwangsa berdekatan daerah Gua Musang, Kelantan dengan ketinggian
1,959 meter dari paras laut. Gunung ini merupakan gunung yang jarang didaki dan memerlukan aktiviti
rintis jalan terlebih dahulu. Aktiviti merintis Gunung Shoid bukan perkara yang mudah kerana memerlukan
kepakaran yang tinggi untuk membaca topografi dan Global Positioning System (GPS) bagi menentukan
pemilihan permatang gunung yang terbaik untuk ke puncak. Maklumat terkini berkaitan pendakian gunung
ini adalah pada tahun 2014 di mana sekumpulan pelajar dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
di bawah bimbingan Kelab Rekreasi dan Sukan Ekstrem UTeM (KeReX) telah menawan puncak gunung ini
setelah beberapa persediaan rapi dijalankan
135
SA
136
ABAH
GUNUNG KINABALU
137
Gunung Kinabalu
138
139
140
Gunung Kinabalu (Bahasa Melayu: Gunung Kinabalu, Dusun: Gayo Ng-
aran atau Nulu Nabalu) ialah gunung tertinggi di Borneo dan Malaysia.
Dengan ketinggian 13,435 kaki (4,095 m), ia adalah puncak ketiga
tertinggi bagi sebuah pulau di Bumi, dan gunung ke-20 paling menonjol
di dunia mengikut penonjolan
topografi. Gunung ini terletak di daerah Ranau, Bahagian Pantai Barat
Sabah, Malaysia. Ia dilindungi sebagai Taman Kinabalu, Tapak Warisan
Dunia.
Pada tahun 1997, tinjauan semula menggunakan teknologi satelit mewu-
judkan ketinggian puncaknya (dikenali sebagai Puncak Rendah) pada
4,095 m (13,435 kaki) di atas paras laut, iaitu kira-kira 6 m (20 kaki)
kurang daripada angka yang difikirkan dan diterbitkan sehingga kini.
4,101 m (13,455 kaki).[1]
Gunung dan persekitarannya adalah antara tapak biologi yang paling
penting di dunia, dengan antara 5,000 dan 6,000 spesies tumbuhan,
326 spesies burung, dan lebih daripada 100 spesies mamalia dikenal
pasti. Antara koleksi hidupan liar yang kaya ini ialah spesies terkenal
seperti tumbuhan Rafflesia dan orang utan yang besar. Gunung Kinaba-
lu telah diberi status Warisan Dunia
UNESCO.
Low’s Peak boleh didaki oleh seseorang dalam keadaan fizikal yang baik
dan tidak memerlukan peralatan mendaki gunung di mana-mana titik di
laluan utama, tetapi pendaki mesti diiringi oleh pemandu bertauliah pada
setiap masa kerana peraturan taman negara dan mungkin mengalami
penyakit ketinggian.
141
Bukit Janggut
Terokai denai keluar dan balik
sejauh 1.4 km ini berhampiran
Kota Kinabalu, Sabah. Secara
umumnya dianggap sebagai lalu-
an yang
mudah, ia mengambil masa pura-
ta 45 minit untuk diselesaikan.
Ini ialah kawasan yang sangat
popular untuk mendaki, berlari
denai dan berjalan kaki, jadi
anda mungkin akan bertemu
orang lain semasa meneroka.
Laluan ini dibuka
sepanjang tahun dan cantik
untuk dikunjungi pada bila-bila
masa.
142
Bukit trig
Bukit Trig terletak di Apin-Apin, Keningau, Sabah. Simpang masuk ke Bukit Trig dekat Pusat Internet De-
wan Apin-Apin, berdepan dengan Tapak Tamu Apin-Apin, boleh search Google Map “Tamu Apin-Apin”.
Selepas masuk simpang tu jalan sedikit, starting point berada di sebelah kiri anda. Jalan ke Bukit Trig ini
sehala dengan jalan meneuju ke Bukit Donguan dan Bukit Matanoi. Anda akan menjumpai Starting Point
Bukit Trig dahulu sebelum Bukit Donguan dan Bukit Matanoi,
Laluan sepanjang 1.57KM & Ketinggian 574 dari paras laut. Anggaran pendakian (Turun &
Naik) 1-2 jam (ikut stamina anda), mungkin ada yang boleh complete dalam 40 minit.
143
Bukit Botak/Gun
Tempat- Tempat menarik
Terletak kira-kira 21 KM dari Kota Kinabalu, Bukit Bonduk (a.k.a Bukit Botak/Gundul) di Sepanggar
merupakan salah satu tempat mendaki terbaik yang boleh anda kunjungi semasa berada di bandar.Kesu-
sasteraan Bukit Bonduk/
Gundul/Botak bermaksud Bukit botak dalam bahasa Inggeris boleh dilihat dari tepi jalan jika anda me-
mandu di sepanjang teluk Sepanggar. Ketinggian lebih kurang 200M-217M dan 250M dari paras
laut..jarak ke puncak lebih kurang 2.9kmPanjang denai adalah kira-kira 1.5 KM (sehala) dan ia akan
mengambil masa kurang daripada satu jam untuk orang yang rata-rata cergas untuk sampai ke puncak.
144
ndul Sepanggar
Hiking Di sabah
Pemandangan dari atas akan menghadap ke Teluk Sepanggar yang menempatkan Terminal
Kontena Teluk Sepanggar, pangkalan tentera laut utama untuk Tentera Laut Diraja Malay-
sia serta Terminal Minyak Teluk Sepanggar. Sejujurnya, ia boleh menjadi agak memenatkan
kerana panas. Sila pastikan anda membawa bersama sebotol air untuk memastikan diri anda
terhidrat dan bawa tuala kecil untuk menutup muka anda jika anda tidak menggunakan pelind-
ung matahari.
Untuk mendaki bukit yang indah ini, hanya memandu ke lokasi titik permulaan di bawah dan
letakkan kereta anda di bahu jalan.
145
Bukit Kimondou
bukit kimondou Suasana pendakian ke Bukit Kimondou agak unik kerana
anda perlu menempuhi hutan belantara dan berbatu.
Yang menariknya, anda juga akan berpeluang melihat beberapa gua di sini!
Jika anda bercadang untuk menawan Bukit Kimondou, pastikan anda
membawa bekal makanan yang secukupnya! Jika anda bercadang untuk
menawan Bukit
Kimondou, pastikan anda membawa bekal makanan yang secukupnya!
146
Kg. Debut Langsat, Ranau 147
sosodikon hill
Bukit Sosodiko (atau Pyramid Hill dalam
bahasa Inggeris) adalah salah satu tarikan
utama di bandar kecil luar bandar Kun-
dasang. Ia mempunyai lokasi yang ideal
dan ketinggian 1465 meter untuk peman-
dangan indah lembah sekeliling dan gergasi
yang menjulang, Gunung Kinabalu, pada
hari yang cerah. Perjalanan
mudah ke puncak sesuai untuk pelawat
dari semua peringkat umur dan tahap ke-
cergasan
Anda tidak perlu bersiap sedia untuk men-
daki Bukit Pyramid di
Kundasang. Kasut hiking atau pun se-
botol air tidak begitu diperlukan. Walau
bagaimanapun, anda mungkin mahu per-
lindungan matahari pada hari yang cerah.
Ia agak berangin di
bahagian atas dan ada juga yang meng-
takan bahawa ia sejuk,
Perjalanan dari pondok kemasukan ke
puncak bukit hanya sejauh 600 meter
dan mengambil masa kira-kira sepuluh
minit. Di sepanjang jalan, terdapat banyak
bunga cantik berwarna cerah tumbuh di
kedua-dua belah laluan yang sempit.
148
149
KUNDASANG & RANAU
Pyramid Hill kundasang
150