TOKOH-TOKOH
KEMER
DEKAAN DI
MALAYSIA
DATO
MAHARAJALELA
PANDAK LAM
Saya menjalankan kajian ini untuk
Pertandingan Mencipta Buku Skrap
Digital Tokoh-Tokoh Kemerdekaan di
malaysia (ANYFLIP)..Saya amat berbangga
kerana dapat menyelesaikan
tugasan ini tepat pada waktunya.Selain
manjimat masa untuk menulis dan
menyiapkan buku skrap digital ini,cara ini
menjimatkan kos untuk mencetak,
membeli kertas, dakwat pencetak dan
sebagainya.
Tujuan buku skrap ini juga adalah
untuk melahirkan jati diri yang tinggi
serta membentuk keperibadian bangsa
yang terpuji dan kita juga dapat
membuat penilaian, mengetahui
kepentingan sesuatu peristiwa, sebab dan
juga akibatnya tentang sejarah negara
kita
BIODATA
PELAJAR
NAMA : SAII KUMARR A/L BATUMALAI
NO KP : 090429-01-0941
TAHUN : 6 SAATHANAI
SEKOLAH: SJK(T) SERI PELANGI
BATU PAHAT JOHOR
BIODATA TOKOH
Nama penuh Pandak Limo Bin Machang Lela Tok
Mahmud. Beliau merupakan scorang penghulu di
Pasir Salak dan juga merupakan seorang
pembesar Berlapan di Perak. Beliau juga
memegang gelaran Orang Kaya-kaya Maharaja
Tun Jana Putra . Mcngetuai perjuangan
menentang British di Perak dan membuat pakatan
untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch
(J.W.W.Birch). Residen British Perak. beliau
didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W.
Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh
mahkamah yang bersidang dari 14 Disember
hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau
dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20
Januari 1877 di Taiping.
RASIONALISASI
PEMILIHAN TOKOH
Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak
dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan
tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti
Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai
Dato Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat
pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan
membunuh Residen British iaitu James Wheller Woodfird
Birch (J.W.W. Birch). Namanya megah terukir dalam lipatan
sejarah Malaysia.Jasanya sungguh besar sehingga Malaysia
menjadi negara merdeka yang berdaulat.Saya dan seluruh
rakyat Malaysia terhutang budi dengan pengorbanan beliau.
KELEBIHAN TOKOH
Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada
Sultan Abdullah dan Sultan Ismailserta mendapat
sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan
Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai
tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah
melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang
pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan
Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya.
Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh
mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876.
Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati
pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa
Dato’ Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang
bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi
dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendir
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
Dato Maharajalela Perjuangan Dato' Maharajalela Pandak Lam
menentang British merupakan satu perjuangan yang suci dan murni. Beliau
tidak mahu mengotorkan dirinya menjadi pencacai British, sebaliknya
dengan penuh strategi dan umpamanya mempertahankan sistem
tradisional di Perak yang diganggu gugat oleh pihak British melalui
pengenalan Sistem Residen. Sebagai Pembesar Yang Lapan di Perak, beliau
antara tokoh yang dianggap berwibawa dan begitu dihormati oleh
penduduk. Keprihatinan beliau membela nasib rakyat dan menghalang
gangguan British mendapat sokongan ramai. Seruan beliau agar mengatur
rancangan menghalang pertapakan British telah mengundang ramai
pengikut, bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu malahan juga orang
asli sendiri, antaranya Seputum yang ditugaskan membunuh J.W.W.Birch.
Dato' Maharajalela berketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal
dari Daerah Luwuk, Sulawesi.
Tidak hairanlah, jika darah kepahlawan Bugis mengalir dalam
dirinya. Beliau pantang berundur, apa yang dikatakan akan dikotakan.
Ketika penentangan dilancarkan ke atas British di Pasir Salak, Perak adalah
di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Pengetahuan agama dan
ketinggian keperibadiannya, menyebabkan beliau dilantik sebagai mufti
Perak dan dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela dengan
kuasa yang boleh memancung tanpa bertanya. Gerakan terhadap British
oleh beliau di Perak turut disertai oleh ramai golongan bangsawan dan
rakyat jelata. Antara yang sama berjuang dengan beliau ialah Orang Kaya-
Kaya Seri Agar Diraja, yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk dan
tercatat dalam buku sejarah sebagai Dato' Sagor', juga Ngah Kandin, Raja
Abdullah dan Ngah Ibrahim.
Perancangan beliau ternyata licik sehingga segala yang dirancang
dapat berjalan dengan lancar. Semuanya bermula rentetan mesyuarat yang
diadakan bersama-sama dengan orang-orang bangsawan anti-British dan
pengikutnya di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875, iaitu 6 bulan setelah
sistem Residen diperkenalkan di Perak. Dalam perjuangan ini beliau
mendapat restu daripada Raja Abdullah dan Raja Ismail serta mendapat
sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah.
Penglibatan Dato' Maharajalela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan
J.W.W.Birch mendapat sanjungan rakyat Perak, namun terdapat tali barut
dalam kalangan orang Melayu sendiri yang melaporkan kepada British
tentang penglibatannya sebagai pelaku utama dalam rancangan membunuh
Birch hingga beliau akhirnya ditangkap dan dibicarakan secara tidak adil
oleh Mahkamah.
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
Akhirnya pahlawan berani Perak ini dijatuhi hukuman gantung,
bersama-sama Dato' Sagor dan Seputum manakala pembesar yang
lain dibuang negeri ke Pulau Sychelles. Nama Dato' Maharajalela
sebagai pengasas kebangkitan Perak akan terus diingati dan
dikenang sehingga terkorban bagi mempertahankan prinsip
perjuangan. Sikap dengki, iri hati dan pengkhianatan golongan
bangsawan dalam kes Dato Maharajalela menyedarkan kita bahaya
perpecahan yang melanda orang Melayu. Perjuangan beliau menjadi
iktibar dan semangat buat orang Melayu untuk terus bersatu
mempertahankan segala yang telah diperjuangkan. Kisah Dato
Maharajalela telah membuktikan kewujudan bukan satu mitos
dimana kewujudan beliau telah tercatat pada tugu peringatannya
JASA DAN SUMBANGAN
TOKOH
Melalui perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani oleh Sultan
Abdullah dengan Gabenor negeri-negeri Selat. Sir Andrew Clarke, pada
20 Januari 1874. Negeri Rerak terpaksa menerima seorang Residen
Inggeris yang pertama bagi negeri Perak. Birch telah mengubahsuai
adat istiadat melayu dan menjadikan negeri Perak sebagai tanah
jajahan Inggeris di negeri-negeri selat yang mendatangkan banyak
hasil kewangan bagi penjajah inggeris. Tindakan sedemikian telah
ditentang oleh Datuk Mharaja Lela di Pasir Salak juga oleh Sultan
sendiri. Akibatnya pada waktu subuh 2 November 1875 Birch diserang
dan dibunuh. Pembunuhan Birch telah menggemparkan Inggeris.
Mereka menganggap peristiwa itu sebagai kebangkitan rakyat Melayu
menentang penjajahan Inggeris, Pada 7 November 1875 Inggeris telah
menghimpunkan satu angkatan tentera yang besar lalu menyerang
Pasir Salak. Serangan Inggeris itu dapat dipatahkan oleh Perwira-
perwira Melayu yang dipimpin Datuk Maharaja Lela.
JASA DAN SUMBANGAN
TOKOH
Dalam pertempuran itu Kapten Innes pemerintahan pasukan
Inggeris dan dua orang askarnya telah terkorban. Beliau merupakan
pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak.
Bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang kaya-kaya Seri
Agar Diraja (Lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin,
beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James
Wheller Woodfird Birch (J.W.W.Birch), Residen British Perak. yang
dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-
pembesarnya pada 21 Julai 1875. Keputusan itu diluluskan oleh
mesyuarat Durian Sebatang Birch telah mengubahsuai adat istiadat
melayu dan menjadikan negeri Perak sebagai tanah jajahan Inggeris
di negeri-negeri selat yang mendatangkan banyak hasil kewangan
bagi penjajah inggeris. Tindakan sedemikian telah ditentang oleh
Datuk Mharaja Lela di Pasir Salak juga oleh Sultan sendiri. Akibatnya
pada waktu subuh 2 November 1875 Birch diserang dan dibunuh.
PENUTUP
Kita perlu mencontohi sikap yang ditunjukkan
oleh Dato' Maharaja Lela dalam
mempertahankan perak dari ancaman musuh.
Selain itu, sikap yang ditunjukkannya juga dapat
memberikan semangat kepada kita bagi
mempertahankan tanah air bukan sahaja
kepada negeri perak. Seterusnya, sikap yang
ditunjukkan sebagai pemimpin juga boleh
dijadikan panduan dalam mentakbir negara.