KERJA KURSUS SEMESTER II TAHUN 2 NAMA PELAJAR: WAN AMIRAH AISYAH BINTI WAN MOHD NOOR ANGKA GILIRAN: 2021142340325 NOMBOR KAD PENGENALAN: 030128-01-0708 KUMPULAN/UNIT: PISMP JUN 2021 B (BM5) KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB3183 (KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU) NAMA PENSYARAH: PUAN SHABARINA BT ISA TARIKH HANTAR: 06 MAC 2023 Pengakuan Pelajar Menerima Maklum Balas Daripada Pensyarah Medium:- Tanda Tangan: Tarikh: Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja NO. TUGASAN MARKAH Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 1 2 3 4 JUMLAH Markah Selepas Moderasi Markah dalam 100 % IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA Kumpulan Individu Kuliah √
Deer A U T H O R B Y S O O J I N A E KESEDARAN Oleh: Amirah Aisyah KESEDARAN
Amir tinggal di kawasan pedalaman yang terletak di negeri Pahang. Nama kampung Amir ialah Kampung Rimba Kenong. Kampung ini terpisah dari bahagian bandar. Jadi, untuk sampai ke kawasan bandar yang mempunyai banyak kemudahan, penduduk kampung perlu menyeberangi sungai dengan menaiki bot. Untuk ke sekolah, mereka perlu menaiki bot seawal enam pagi. Jika hujan lebat, Amir dan rakanrakannya terpaksa menunggu di jeti sehingga hujan reda. 1
Pada suatu hari, sewaktu berada di dalam kelas, Amir berkata kepada Chong yang merupakan kawan baik Amir. "Chong hari ini kita balik petanglah nampaknya, hujan lebat tak boleh seberang sungai". Chong membalas, "Betul tu Mir, basah kuyup ni, bot pun tak boleh bergerak". Selepas sesi persekolahan tamat, Amir dan Chong pun berjalan menuju ke jeti untuk pulang ke rumah. Mereka menunggu di jeti sambil bermain bersama rakan-rakan yang lain. 2
Selepas dua jam menunggu, hujan pun reda. Selepas beberapa minit, tibalah Uncle Lim yang merupakan pemilik bot. Mereka pun menaiki bot pulang ke rumah masing-masing. Walaupun cuaca pada hari itu tidak baik, mereka masih bermain dengan ceria. Sehingga baju mereka basah terkena air. Semua orang menunggu hujan turun di jeti dengan sabar. 3
Amir dan Chong merupakan jiran sekampung. Setiap hari, mereka akan pergi dan pulang ke sekolah bersama-sama. Sewaktu perjalanan pulang, Chong berpesan kepada Amir. “Mir, jangan lupa janji kita petang ni, aku tunggu tempat biasa!” . Amir membalas “Baik, kita jumpa petang nanti, pukul 5 petang” . Mereka pun meneruskan perjalanan mereka pulang ke rumah masing-masing. 4
Sewaktu petang, Chong yang duduk di tepi bawah pokok pun berkata di dalam hati “manalah Amir ni, tak sampai-sampai, sesat agaknya” . Tiba-tiba, Amir mengejutkan Chong dari belakang. Amir berkata “Maaf aku lambat, tolong mak goreng popia, untuk jualan esok” . “Ini baru lepas hujan, marilah kita mula memancing” . Chong hanya membalas dengan membuat muka sedih. 5
Pada setiap petang, Amir dan Chong akan pergi ke tepi sungai untuk memancing ikan bersamasama. Sementara menunggu ikan memakan umpan, Amir dan Chong memanjat pokok Jambu dan memetik buah jambu. Lalu, Mutu menegur mereka “Petik lebih sikit buah tu, saya pun nak makan juga” . Chong dengan segera membalas “Amboi, marilah panjat sendiri” . Amir pun membaling buah jambu kepada Raju yang berada di bawah pokok. Mereka pun bersamasama bermain dan memancing ikan. 6
Di tepi sungai itu juga terdapat sebuah kedai makan. Penduduk kampung itu akan meluangkan masa di kedai sambil minum air dan berbualbual. Di kedai makan itu, ayah Raju bekerja sebagai pembantu kedai makan. Sebenarnya, ayah Raju bekerja sebagai nelayan. Dia akan keluar ke sungai pada waktu malam. Pada waktu pagi pula, ayah Raju akan bekerja di kedai makan. Raju selalu berada di kedai untuk membantu ayahnya. 7
Suatu hari, ketika Amir dan Chong dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka mendengar jeritan minta tolong yang berhampiran dengan mereka. Wajah Amir berubah pucat. Chong yang melihat muka Amir berkata “Amir, pergilah! Mungkin hantu yang sedang minta tolong, " kata Chong sambil tersenyum lebar. Amir pun ketawa sambil menarik tangan Chong untuk mencari dari mana suara itu datang. Rupa-rupanya suara itu datang dari rumah Mak Cik Siti yang merupakan penduduk kampung itu. Mak Cik Siti tinggal seorang diri. Anak-anaknya bekerja di luar bandar. TOLONG! TOLONG! TOLONG! 8
Mereka pun berlari ke bahagian dapur rumah. Mereka terkejut melihat Mak Cik Siti yang jatuh terduduk di dapur rumah. Amir pun berkata, "Mak Cik Siti! macam mana mak cik boleh jatuh" . Lalu Mak Cik Siti membalas, "lantai ini licin. Tolong mak cik, sakit sangat kaki mak cik. Tak boleh bangun" . Amir dan Chong dengan segara ingin membantu makcik itu. Tetapi mereka tidak mempunyai kekuatan untuk mengangkat mak cik itu. Amir pun berkata kepada mak cik. " Mak Cik Siti, tunggu sekejap. Saya dapatkan bantuan" . Sementara itu, Chong menemani Mak Cik Siti. 9
Amir berlari dengan sekuat tenaga pulang ke rumah untuk meminta tolong ibunya membantu Mak Cik Siti. Amir dengan segera meminta bantuan ibunya. Lalu mereka bersama-sama bergerak menaiki motosikal berodar tiga ke rumah Mak Cik Siti. Setelah tiba di sana, mereka bersama-sama membantu mengangkat Mak Cik Siti ke atas motor. Lalu ibu Amir membawa Mak Cik Siti ke Klinik Setia yang terletak di kampung itu. Walaupun ingin cepat sampai, ibu Amir membawa motosikal berodar tiga dengan berhati-hati kerana ada orang lain juga sedang membawa motosikal beroda tiga. Jalan di kampung itu juga agak kecil. 10
Tetapi tiada bot yang boleh digunakan kerana ayah Amir berada di bandar. Uncle Lim pula sedang bekerja. Lalu Amir berkata "macam mana ni Chong, kita perlu tolong Mak Cik Siti" . Chong yang suka membuat lawak berkata "Tak mengapa Amir, mungkin kita boleh naik ikan ke seberang, Amir!" . Amir dengan segera mencubit Chong. Mereka pun tiba di Klinik Setia. Setelah beberapa minit menunggu, doktor memberitahu keadaan Mak Cik Siti. Kakinya patah. Mak cik Siti perlu dibawa ke hospital segara untuk dapatkan rawatan. Mereka perlu menaiki bot menyeberangi sungai kerana di kampung mereka tiada hospital. 11
Tiba-tiba Chong pun teringat ayah Raju yang bekerja di kedai makan berdekatan dengan sungai. Lalu, ibu Amir mahu menelefon ayah Raju tetapi tiada nombor telefon. Ibu Amir, Amir dan Chong pun dengan segera pergi ke kedai makan itu dengan menaiki motosikal berodar tiga. Setelah sampai, Amir menceritakan perkara yang berlaku kepada Mak Cik Siti. Orang kampung yang berada di kedai berasa terkejut. Lalu dengan segera ayah Raju pergi ke jeti untuk menghidupkan botnya. 12
Mak Cik Siti akhirnya mendapat rawatan di hospital. Mak Cik Siti telah dimasukkan ke dalam wad selama dua minggu. Kejadian ini menyatukan penduduk kawasan pedalaman, menunjukkan bahawa kejiranan dan perpaduan adalah kunci untuk mengatasi masalah. Setelah dua bulan berlalu, Mak Cik Siti akhirnya sembuh sepenuhnya. Beberapa orang kampung yang lain juga ikut untuk menolong mengangkat Mak Cik Siti masuk ke dalam bot. Doktor dari klinik Setia juga ikut pergi ke hospital dengan menaiki bot ayah Raju. Mak Cik Siti akhirnya mendapat rawatan di hospital dan pulih sepenuhnya. 13
Sewaktu di sekolah, cikgu memberitahu kepada kelas berkaitan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah yang akan diadakan pada 23 Oktober. Pelbagai pertandingan bahasa yang diadakan seperti pertandingan bercerita, pertandingan menyanyi, pertandingan mencipta pantun dan pertandingan mencipta sajak. Amir dan Chong memandang satu sama lain. Sewaktu menunggu bot di jeti, Chong pun berkata kepada Amir. “Amir, aku nak masuk pertandingan menyanyi, kau pula?” . Amir pun membalas “Aku macam biasalah, cipta pantun” . Chong membalas. “Selalu pantun je, cubalah sajak pula” . kali ini, Chong mencabar Amir untuk mencuba mencipta sajak. Amir yang berasa tercabar bersetuju dengan cabaran tersebut. 14
Sudah dua hari, Amir duduk di bawah pokok, Amir sedang berfikir tentang tema yang sesuai. Tibatiba, Amir teringat kembali peristiwa tiga bulan lepas yang terjadi kepada Mak Cik Siti. Dia masih ingat bagaimana semua orang bersatu-padu, tanpa mengira bangsa dan agama, berkumpul untuk memberi pertolongan. “Mungkin aku boleh menceritakan peristiwa ini dalam bentuk sajak” fikir Amir sambil menggaru kepalanya. Amir pun mula menulis sajaknya. Setelah seminggu menulis sajak, sajak amir pun telah siap. Pada waktu petang sambil memancing ikan bersama Chong, Amir membaca-baca sajaknya di dalam hati. Chong memberitahu Amir untuk membacakan sajak yang telah dia cipta. Amir dengan malu-malu membaca sajaknya. 15
Dengarkan Chong, sajak aku bertajuk “ Kesedaran Kita”. Sedar tak sedar, Sudah tiga bulan. Tarikh keramat berlalu kisah mulia bermula. Andai saja, kami memilih untuk membiarkan sahaja suara meminta tolong itu. Entah apa akan terjadi. Tapi, kami pilih untuk bersatu, bersama membantu. Walau berlainan warna kulit, tetapi perpaduan yang utama. Tiada rasa perbezaan. Kepada tokoh perpaduan kita, Mak Cik Siti. Semoga diberi sentiasa sihat. Kepada sahabatku, walaupun kita berlainan agama, kita bersama, seperti satu keluarga. 16
Chong memberikan tepukan dan tersenyum. "wah! sedap juga sajak yang kau tulis. kalau begini ada harapan untuk menang. Aku tak sangka kau boleh tulis sajak Mir. " ucap Chong dengan penuh keyakinan. Amir tersenyum bangga, berasa gembira kerana telah mencuba sesuatu yang baru. Chong pun berkata “Aku juga sedar peristiwa ini bermakna untuk kampung kita. Selepas peristiwa ini, orang kampung kita makin rapat. Lebih mengenali antara satu sama lain. Amir pun berkata, “Betul tu Chong, macam kita, walaupun aku Melayu, kau Cina tetapi kita boleh berkawan rapat” . Sambung Amir lagi, "Siapa sangka, dalam kejiranan yang kecil ini, terdapat begitu banyak cerita indah" . Setelah semua kejadian, penduduk kawasan pedalaman itu semakin rapat dan bersatu. Membentuk satu komuniti yang mesra. Ketika sedang berbual-bual, Raju yang berada di kedai makan memanggil mereka berdua untuk minum bersama. Mereka pun minum bersamasama sambil berbual-bual. Tamat. 17
TAHUN 2024
RUJUKAN Aini. [Cikgu Aini]. (2020, September 27). Penulisan Kreatif Penulisan Cerpen Kesusasteraan Melayu Komunikatif Semester 3 STPM. [Youtube]. https://youtu.be/QcAZzdgraQw?si=cB8cc5Brsj2oHmB0 Bang Tutorial. [Bang Tutorial]. (2023, Desember 28). How to Make a Caricature Image (Own Face) with AI Bing – AI Bing Tutorial. [Youtube]. https://youtu.be/G85nNXtbGQs?si=QBZhbMZwQCejyelj GM Phenography. [GM Phenography]. (2023, Desember 30). Cara Membuat Gambar Karikatur 4D Dengan Wajah Kita Sendiri Menggunakan AI. [Youtube]. https://youtu.be/B_sHrYoz2sY?si=6xYOM6i98-cLEXAj Farra Humairah binti Mohd. (2018). Pemikiran dalam cerpen kanak-kanak pilihan dari tahun 2012 hingga 2015 (Doctoral dissertation, Tesis PhD, Universiti Putra Malaysia]. UPMIR). http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75500/1/FBMK%202018%2033%20IR.pdf Farra Humairah Mohd, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi, Fazilah Husin, Anida Sarudin & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2023). Adab Berkomunikasi Secara Berkesan dalam Cerpen Kanak-kanak Pilihan. Jurnal Komunikasi 39(1), 513-533 AdabBerkomunikasi-Secara-Berkesan-dalam-Cerpen-Kanak-Kanak-Pilihan.pdf (researchgate.net) Khairol Anuar Harith Fadzillah. (2024). Menggilap Bakat dalam Penulisan Kreatif. Klik Web DBP. Menggilap Bakat dalam Penulisan Kreatif : Klik Web DBP Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurul Julia Alani Henry. (2021, Julai 26). Tulis dan Terbit Cerpen: Sudut Pandang Penulis dan Editor. Tunas Cipta. Tulis dan Terbit Cerpen: Sudut Pandang Penulis dan Editor (jendeladbp.my) Nurarifah Fatema Khairulsani. (2023, Februari 12). Berkongsi Teknik Penulisan Cerpen yang Mantap. Jendela DBP. Berkongsi Teknik Penulisan Cerpen yang Mantap (jendeladbp.my) Nor Azma Muhamat Laila. (2022, Jun 24). Martabat Bahasa Melayu melalui penulisan kreatif, UKM anjur sayembara cerpen. Sinar Harian. Martabat bahasa Melayu melalui penulisan kreatif, UKM anjur sayembara cerpen - Sinar Bestari (sinarharian.com.my)
LAMPIRAN SASARAN: Cerpen ini disasarkan kepada kanak-kanak lingkungan umur 10 hingga 12 tahun. SINOPSIS: Cerpen ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik iaitu Amir dan Chong. Mereka tinggal di Kawasan pedalaman. Hanya ada satu pengangkutan yang digunakan untuk sampai ke kawasan perumahan mereka iaitu dengan menaiki bot. Tidak ramai penduduk yang tinggal di Kawasan pedalaman kerana agak sukar untuk mendapatkan keperluan. Untuk ke sekolah juga, mereka perlu menaiki bot seawall enam pagi. Walaubagaimanapun, mereka tidak patah semangat. Kesedaran terhadap kepentingan perpaduan dan semangat kejiranan bermula apabila terjadinya sebuah kejadian. Kejadian ini telah menyatupadukan penduduk kampung itu. TEMA: Perpaduan PERSOALAN: 1. Persoalan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum. 2. Persoalan semangat kejiranan yang wujud disebabkan peristiwa yang berlaku. 3. Persoalan kesedaran akan kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. WATAK DAN PERWATAKAN Amir Watak utama – Berbangsa Melayu. Seorang yang baik hati. Sentiasa menolong yang memerlukan. Bertanggungjawab. Pendiam jika bersama dengan orang yang tidak dikenali. Sangat mesra bersama rakan baiknya Chong. Suka memancing ikan. Chong Watak Sampingan – Berbangsa Cina, Keturunannya adalah keluarga Cina yang membesar di Kawasan kampung. Suka bercakap dan membuat lawak. Merupakan kawan baik Amir. Mesra dengan semua orang. Raju Rakan Chong dan Amir. Seorang anak yang bertanggungjawab dan rajin. Selalu membantu keluarga. Rajin membantu ayahnya bekerja di kedai makan. Ayah Raju Penjaga dan pekerja kedai makan di tepi sungai. Rajin. Dia melakukan dua kerja iaitu sebagai pelayan kedai makan dan bekerja sebagai nelayan pada malam hari. Mak Cik Siti Seorang yang suka untuk bersendirian di rumah. Duduk seorang diri kerana anaknya bekerja di luar bandar. Pemalu Ibu Amir Seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi. Suka membantu orang dalam kesusahan. Baik hati dan penyayang. Uncle Lim Pemandu bot kampung. Seorang yang baik hati dan pemurah. Uncle Lim sering membantu menyediakan perkhidmatan bot percuma. Doktor Klinik Setia Bertanggungjawab memeriksa Mak Cik Siti. Dia juga menghantar Mak Cik Siti hingga ke hospital bagi memastikan keadaan Mak Cik Siti baik. Cikgu Mengajar murid-murid dan menjalankan aktiviti di sekolah.
PLOT: PERMULAAN PERKEMBANGAN (WATAK-WATAK LAIN) PERUMITAN (KONFLIK YANG WUJUD) KLIMAKS (MASALAH DISELESAIKAN) PELERAIAN(SUKA ATAU DUKA CERITA) Bermula pada halaman 1 hingga 5 Amir tinggal di kawasan pedalaman yang terletak di negeri Pahang… Bermula halaman 6 hingga 7 Pada setiap petang, Amir dan Chong akan pergi ke tepi sungai untuk memancing ikan bersama sama…. Bermula halaman 8 hingga 9 Suatu hari, ketika Amir dan Chong dalam perjalanan pulang ke rumah,… Bermula pada halaman 10 hingga 13 Amir berlari pulang ke rumah untuk meminta tolong ibunya… Bermula pada halaman 13 sehingga habis. Mak Cik Siti akhirnya mendapat rawatan di hospital… TEKNIK PLOT/ GAYA PENCERITAAN : TEKNIK PEMERIAN TEKNIK TUTURAN TEKNIK IMBASAN • Halaman 1 • Halaman 3 • Halaman 7 Teknik tuturan iaitu penggunaan dialog adalah paling banyak digunakan dalam cerpen ini bagi menghidupkan lagi peranan watak-watak yang ada. MONOLOG LUARAN • Mungkin aku boleh menceritakan perisitiwa ini dalam bentuk sajak. (halaman 15) MONOLOG DALAMAN • Chong berkata di dalam hati (halaman 5) • Amir membaca sajak di dalam hati (halaman 15) LATAR: LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yang bekerjasama dan prihatin 2. Masyarakat kampung yang hidup dalam kesederhanaan 3. Masyarakat yang rajin bekerja
LATAR MASA 1. Seawal enam pagi 2. Selepas dua jam 3. Pukul 5 petang 4. Esok 5. Waktu malam 6. Waktu pagi 7. Suatu hari 8. Setelah beberapa minit 9. Dua bulan berlalu 10. Dua minggu 11. 3 bulan berlalu 12. 23 Oktober LATAR TEMPAT 1. Di Jeti 2. Di tepi sungai 3. Di bawah pokok 4. Di kedai makan 5. Di Klinik Setia 6. Di sekolah 7. Di dapur Mak Cik Siti NILAI: 1. Baik hati 2. Berdikari 3. Hemah tinggi 4. Hormat-menghormati 5. Kasih sayang 6. Keberanian 7. Kerajinan 8. Kerjasama 9. Kesederhanaan 10. Kesyukuran 11. Semangat bermasyarakat PENGAJARAN: 1. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira agama dan bangsa. 2. Kita seharusnya mempunyai semangat bermasyarakat yang tinggi supaya disukai oleh orang ramai. 3. Kita sewajarnya membantu antara satu sama lain khususnya membantu golongan yang memerlukan bantuan seperti warga emas. 4. Kita perlulah menghormati budaya yang berbeza-beza. Dengan menghargai kepelbagaian hidup akan aman harmoni.