The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Ain Arifah, 2024-03-16 10:07:13

Kesalahan Bahasa Morfologi

TUGASAN 2 MORFOLOGI

TUGASAN 2-PENGHASILAN PRODUK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN AMBILAN JUN 2022 / SEM 2 TAHUN 1 NAMA PELAJAR: 1. NOOR SYAZWANA HUDA BINTI SUHAIMI 2. NUR MIRZA AMILA BINTI MAT ZAWAWI 3. NOR AIN ARIFAH BINTI JUSOH KUMPULAN/UNIT : BM3 KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB 3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR RUHAIZA BINTI PADZIL TARIKH HANTAR : 6 MAC 2024


AHLI KUMPULAN Syazwana Huda Mirza Amila Ain Arifah


“Dalam media massa, penggunaan kata baharu Bahasa Melayu dapat dikesan dengan meneliti proses pembentukan kata tersebut dari aspek kata pinjaman atau serapan. Sehubungan dengan itu juga, banyak kesalahan penggunaan kata sering kita temui” SOALAN TUGASAN Berdasarkan penyaataan di atas, secara berkumpulan, anda dikehendaki memilih satu petikan berkaitan isu kesalahan bahasa, kemudian buat pembentangan berkaitan aspek-aspek berikut: a.Analisiskan dan buat penilaian tentang pembentukan kata baharu. b.Buat penilaian isu kesalahan penggunaan kata dari sudut morfologi. c.Persembahkan dalam bentuk flipbook ataupun ebook.


KEsalahan PENGGUNAAN KATA


Pembetulan: golongan belia dalam pelbagai aktiviti Penggunaan kata sendi ‘dalam’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama serta lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak fizikal Kesilapan selalu berlaku apabila di tempat yang sepatutnya digunakan kata sendi `dalam ’ namun, frasa sendi `di dalam ’ digunakan. Kata sendi ‘di dalam’ hanya digunakan pada tempat yang mempunyai ruang ataupun jarak fizikal dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama konkrit (yang dapat disentuh, dilukis, diseluk secara fizikal.)


‘Walau’ merupakan suatu kata hubung manakala ‘pun’ merupakan partikel yang digunakan untuk menekankan atau menambah makna yang menyertainya. Perkataan ‘walau pun’ merupakan gabungan dua perkataan yang membentuk makna yang spesifik dalam Bahasa Melayu. Ejaan ‘walau pun’ terpisah akan dianggap sebagai kesalahan morfologi kerana merosakkan kesatuan makna frasa gabungan tersebut. Jadi, dari segi morfologi, pemisahan ‘walau’ dan ‘pun’ tidak sesuai kerana mereka bekerja bersama untuk menyampaikan makna yang tepat dalam kalimat.


Pembetulan: mula melaksanakan festival me- digunakan apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r dan w. Fungsi imbuhan me- adalah memberikan atau hasilkan atau dapatkan sesuatu dan menyatakan situasi.


Pembetulan: (adalah dengan melaksanakan) Kata pemeri ‘adalah’ hadir di hadapan frasa nama + frasa adjektif atau frasa nama + frasa sendi nama. Penggunaan kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Kata pemeri ‘adalah’ hanya boleh digunakan bersama-sama kata kerja jika ia dihubungkan bersamasama kata sendi (JuKasmin, 2022).


Pembetulan: boleh ditengahkan Terdapat dua jenis imbuhan apitan yang boleh digunakan iaitu (di...kan) dan (di...i) bagi penggunaan kata kerja. Selain imbuhan tersebut dikira kurang tepat sebagaimana yang digunakan dalam petikan iaitu (di...an).


Pembetulan: (akan melahirkan / dapat melahirkan) Kata bantu akan hadir di hadapan kata kerja dan ia menjadikan perkataan ‘dapat’ merupakan kata bantu. Namun penggunaan ‘akan’ juga berfungsi sebagai kata bantu kerana berada di hadapan kata kerja. Walaupun ada sesetengah kata bantu boleh digunakan secara serentak, namun penggunaan ‘akan dapat’ adalah kurang tepat.


Pembetulan: (telahpun) Ejaan yang tepat adalah ‘telahpun’ , di mana ‘telah’ dan ‘pun’ digabungkan bersama untuk membentuk satu unit makna. Oleh karena itu, ‘telahpun’ biasanya dieja secara bersambung. ‘telah’ merupakan suatu kata hubung manakala ‘pun’ merupakan partikel yang digunakan untuk menekankan atau menambah makna yang menyertainya. Perkataan ‘telahpun’ merupakan gabungan dua perkataan yang membentuk makna yang spesifik dalam Bahasa Melayu. Dianggap kesalahan morfologi kerana merosakkan kesatuan makna frasa gabungan tersebut. Dari segi morfologi, pemisahan ‘telah’ dan ‘pun’ tidak sesuai kerana mereka bekerja bersama untuk menyampaikan makna yang tepat dalam kalimat.


Kesalahan: berkuatkuasa Pembetulan: berkuat kuasa Ejaan berkuat kuasa yang betul ialah dieja secara terpisah kerana berkuat kuasa merupakan kata majmuk tak mantap. Ejaannya boleh dirapat sekiranya menerima imbuhan apitan seperti ‘penguatkuasaan’ . Hanya 15 kata majmuk mantap sahaja yang dieja secara rapat (Nik Safiah Karim et al., 2015).


Kesalahan: di masa hadapan Pembetulan: pada masa hadapan Kata sendi nama di hadir di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat. Penggunaan kata sendi nama di tidak boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan masa, waktu atau zaman (Raminah Sabran et al., 2019) . Penggunaan kata sendi pada ialah bersesuai dengan konteks ayat yang ingin menunjukkan masa.


Pembetulan: (hala tuju) Perkataan ‘halatuju’ tidak termasuk dalam mana-mana kumpulan kata majmuk walaupun ia hasil gabungan daripada dua perkataan kerana Sekiranya ia tergolong dalam kata majmuk sekalipun, ejaannya tidak boleh dirapatkan kerana hanya terdapat 15 kata majmuk mantap yang dieja rapat seperti setiausaha, antarabangsa dan matahari. Walaupun perkataan tersebut dieja dua perkataan, namun ia tidak membentuk konsep atau makna baru secara langsung.


Kesalahan: dikalangan Pembetulan: dalam kalangan Kata sendi nama di seharusnya hadir di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat. Penggunaan kata sendi nama di tidak boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan masa. Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah ‘dalam’ kalangan kerana kata sendi nama ‘dalam’ hadir di hadapan kata nama atau frasa yang mendukung maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.


RUJUKAN Jukasmin Media. (2022, Julai 12). Adalah Vs Ialah, Apakah Perbezaannya. JuKasmin Media. https://jukasminmedia.com/2022/07/12/adalah-vs-ialah-apakah-perbezaannya/ Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood (2015). Tatabahasa Dewan (3ed). Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran, Nawi Ismail & Zulkarnain Farihin Abdullah (2019). Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu. Mutiara Suria Ilmu Resources. Chee Ling. (2015, September 23). Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa dalam Petikan. https://chee-ling.blogspot.com/2015/09/analisis-kesalahan-tatabahasa.html?m=1


TERIMA KASIH SEKIAN


Click to View FlipBook Version