MPU 13022
PENDIDIKAN MORAL
Nama pensyarah : LIU TSE HUI
NAMA PELAJAR NO.PENDAFTARAN
KEVIN WONG JUN YONG Q02STM21F515
Q02STM21F512
VENETTA ANAK OHEP
NO. Tajuk Muka Surat
1.1 Konsep Moral 3-4
1.2 Konsep Nilai 5
1.3 Perbezaan antara moral dan nilai 6
1.4 Kesimpulan 7
1.5 Rujukan 7
KONSEP MORAL
➢ Wikipedia menerangkan bahawa prinsip moral atau moral(dari
Bahasa Latin:moraliras) membawa pengertian ajaran atau
pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu
perbuatan(kelakuan,kewajipan,dll),sikap atau cara berkelakuan
yang berasaskan atau cara berkelakuan yang berasaskan atau
yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.
➢ Moral berasal daripada perkataan Latin “mores” yang
membawa maksud sama seperti etika(Ashmore,1987).Namun,
moral merupakan satu perkara yang lebih merujuk kepada
tingkah laku.Moral juga bersifat praktikal kerana moral
merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral
yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.Mengikuti kamus
Oxford Advanced Leaner’s,Edisi keenam, moral bermaksud
kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi
dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud
sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau
peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak
sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada
suasana atau keadaan yang membentuk individu ,contohnya,
sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang
dianuti.Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati
nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience,
conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut
qalb, fu’ad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu
kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud
berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara
umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul
dalam bentuk kebebasan.Sebagai contoh, dalam kehidupan
bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana,
kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat
dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-
menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya
akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman
dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat
dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang mempunyai
kesedaran moral yang tinggi.Contoh diatas jelas menyokong
kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan
kepentingan hidup bermoral seperti berikut, “Tanpa peraturan
sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak
berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan
kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh”.
KONSEP NILAI
➢ Nilai lazimnya dikaitkan dengan nilai murni.Nilai murni datang
dari keluarga anda,rakan sebaya, masyarakat atau orang yang
terdekat dengan anda.Nilai murni yang anda pegang adalah
sangat bermakna pada anda dan ia membentuk keperibadian
anda.Nilai murni anda haruslah sesuai dengan
masyarakt.Sekiranya nilai anda bertentangan dengan
persekitaran sosial, maka anda perlu bersedia untuk
menghadapi keadaannya.
➢ Dalam website researchgate, Amini Amir Abduhllah
menerangkan makna nilai ialah sesuatu yang mempunyai
harga, kepentingan atau keburukan. Nilai kebiasaanya
diletakkan ukuran sama ada positif, negative ataupun neutral.
Makna nilai juga ialah pengukuran sesuatu yang dihajati dan
dihargai.Kebiasaanya mencakupi aspek taraf, darjat, kualiti
dan mutu.Sesuatu yang mempunyai harga, kepentingan atau
keburukan.
➢ Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada
setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak
menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki
dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan
insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional
negara.
PERBEZAAN ANTARA NILAI DAN MORAL
➢ Moral dan nilai-nilai adalah konsep yang sangat dekat dengan
makna dan bertujuan untuk memastikan kita berada di jalan
yang betul sementara hidup dan berinteraksi dengan orang lain
dalam masyarakat
➢ Moral adalah kod perilaku yang memberitahu kita apa yang
betul dan salah dan kebanyakannya berasal dari agama dan
masyarakat
➢ Nilai adalah sistem kepercayaan dalaman yang dipegang oleh
individu yang memandu tingkah laku mereka.
➢ Nilai adalah peribadi dan subjektif .Contohnya, Abu tidak
membeli sesuatu barangan dengan banyak walaupun dia suka
kerana dia ialah seorang yang berjimat cermat.
➢ Moral adalah universal dan objektif.Contohnya, Pak Cik yang
menghisap rokok di tempat yang banyak kanak-kanak akan
mempengaruhi kesihatannya.Oleh itu,Ali menegur Pak Cik untuk
berhenti merokok supaya tidak mempengaruhi orang lain.
➢ Nilai boleh berubah sementara moral tetap sama.
KESIMPULAN
• Kesimpulannya, nilai dan moral memainkan peranan
penting dalam kehidupan seharian kita.Disebaliknya, jika
seseorang itu tiada moral dalam penerapan diri, malah
kehidupan seharian merosot.Oleh itu, masyarakat
perlulah lebih mementingkan nilai dan moral dengan
memberikan Pendidikan niali moral kepada anak-anak
atau pelajar.Dengan itu, negara kita akan hidup aman
damai dan harmoni.
RUJUKAN
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Moral
2. http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/member
ikan-definisi-bagi-moral-akhlak.html?m=1
3. https://id.scribd.com/doc/79925970/Maksud-Nilai
4. https://id.scribd.com/doc/79925970/Maksud-Nilai
5. https://id.scribd.com/doc/79925970/Maksud-Nilai