The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by srirham22051991, 2017-05-14 22:14:01

CLJ SDN BHD (Sivabarathi AP Munikanan)

CLJ SDN BHD (Sivabarathi AP Munikanan)

DENGAN TANGAN/E-MEL Ruj. Kami : ILKAP.600-5/1/1 (222)
[email protected] Tarikh : 8 Mei 2017

Puan Rostina Gaus
Pengarah,
Malaysian Current Law Journal
E1-2, Blok E
Jalan Selaman 1
Dataran Palma
68000 Ampang

Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH SEMPENA ILKAP SPEAKER SERIES
(ISS) BIL. 1/2017 BERTAJUK “JUDICIAL REVIEW : THE MALAYSIAN
EXPERIENCE” OLEH YAA TAN SRI DATO' SERI MD RAUS BIN SHARIF,
KETUA HAKIM NEGARA PADA 19 MEI 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan
(ILKAP) akan mengadakan program “ILKAP Speaker Series” (ISS) Bil. 1/2017 di
ILKAP, Bandar Baru Bangi. Sejajar dengan visi ILKAP yang berhasrat untuk
menjadi peneraju kecemerlangan pembangunan modal insan dalam bidang
kehakiman dan perundangan yang terkemuka menjelang tahun 2020, maka
program ini diwujudkan dengan matlamat untuk memberi peluang kepada
pegawai-pegawai dari Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, pembuat
dasar, ahli akademik, pengamal undang-undang, pegawai-pegawai dari
jabatan/agensi/badan berkanun yang berkaitan serta orang awam untuk
didedahkan dengan kupasan isu-isu perundangan secara terperinci dan holistik
oleh tokoh-tokoh berpengalaman dan terkemuka dalam bidang kehakiman dan
perundangan.

3. Sehubungan itu, ILKAP dengan rasminya menjemput Puan untuk sama-
sama hadir ke program tersebut seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 19 Mei 2017 (Jumaat)
Waktu : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat :
Aturcara : Auditorium ILKAP

Seperti di Lampiran A

4. Pohon jasa baik pihak Puan untuk memberikan pengesahan kehadiran
kepada pihak kami sebelum atau pada 15 Mei 2017 (Isnin) dengan
mengembalikan Kad Jawapan yang dilampirkan di Lampiran B.

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai program ini, pihak Puan
bolehlah menghubungi –

(a) Ketua Jawatankuasa Jemputan (VIP), Puan Fazillah Begum binti
Abdul Ghani di butiran seperti yang berikut:

No. telefon pejabat : 03-89243410
[email protected]
Alamat e-mel :

(b) Penolong Ketua Jawatankuasa Jemputan (VIP), YBhg. Datin
Nurshuhaida binti Zainal Azahar di butiran seperti yang berikut:

No. telefon pejabat : 03-89243475
[email protected]
Alamat e-mel :

(c) Penolong Ketua Jawatankuasa Jemputan (VIP), Encik Haslamizan
bin Maliki di butiran seperti yang berikut:

No. telefon pejabat : 03-89243464
[email protected]
Alamat e-mel :

6. Kerjasama dan sokongan Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai
dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“TEMAN PEMBELAJARAN ANDA”

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ ANITA HARUN)
Ketua Pengarah
Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
Jabatan Perdana Menteri
Malaysia.

2

LAMPIRAN A

ILKAP SPEAKER SERIES (ISS) BIL. 1/2017
19 MEI 2017 (JUMAAT)

Masa Aturcara

8.00 – 9.00 pagi Ketibaan Peserta / Pendaftaran

9.00 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan

9.30 pagi Ketibaan YAA Tan Sri Dato' Seri Md Raus bin Sharif,
Ketua Hakim Negara

9.45 pagi Majlis bermula:

Nyanyian Lagu Negaraku
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa

9.55 pagi Ucapan aluan daripada YBhg. Dato’ Anita Harun, Ketua
Pengarah ILKAP

10.00 pagi Ceramah oleh YAA Tan Sri Dato' Seri Md Raus bin Sharif,
Ketua Hakim Negara bertajuk:

“JUDICIAL REVIEW : THE MALAYSIAN EXPERIENCE”

11.30 pagi Sesi soal jawab

12.00 tengah hari Makan Tengah Hari dan Bersurai

TEMPAT AUDITORIUM, ILKAP, BANDAR BARU BANGI.

3

LAMPIRAN B

KAD JAWAPAN

Saya, Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato’/Puan Sri/ Datin Seri/ Datin/Tuan/Puan
Sivabarathi A/P Munikanan

……………………………………………………………………………………….
(Nama)

HADIR

TIDAK HADIR
[Sila tandakan (/) di petak yang berkaitan]

ISS BIL. 1/2017

Hari : Jumaat
Tarikh : 19 Mei 2017
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Auditorium ILKAP,
Bandar Baru Bangi

Sila jawab sebelum atau pada : 15 Mei 2017 (Isnin)

URUS SETIA:

Puan Fazillah Begum Abdul Ghani

No. telefon pejabat : 03-89243410

Alamat e-mel : [email protected]

YBhg. Datin Nurshuhaida Zainal Azahar

No. telefon pejabat : 03-89243475

Alamat e-mel : [email protected]

Encik Haslamizan Maliki

No. telefon pejabat : 03-89243464

Alamat e-mel : [email protected]

4


Click to View FlipBook Version