The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizahasbullah11, 2021-10-08 00:26:26

PAMERAN BERTEMA AIDILADHA

PAMERAN BERTEMA AIDILADHA

Pameran Bertema

Hari Raya Aidiladha 2021

Pusat Sumber Sekolah SK BTHO (2)

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ' ‫عيد الأضحى‬Eid Ul-Aḍḥa), Hari Raya
Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang disambut oleh umat
Islam di seluruh dunia. Perayaan ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam
selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari
ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir
Aidiladouha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta
khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban
yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu
ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat
Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan
perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi
perintah Allah SWT.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi
istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat
kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-
Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada
bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. 10
Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam
kerana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan
dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa
di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang
paling cantik, paling bersih dan juga mengenakan wangi-wangian.
Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan
mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan
7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit
berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu
solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk
penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat
Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang
belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan
disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya
makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban
yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan.
Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara
beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan
dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir
miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat
penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban
sembelihan. Al-Quran tidak menyatakannya tetapi umat Islam
memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan
Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada
Tuhan.

HARI RAYA AIDILADHA DALAM HADIS

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu
Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah,
sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW
bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira
selama dua hari pada zaman jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya
Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu
bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai
daripada Anas)

•Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai
Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang
dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan
kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredai Allah sebelum darah binatang itu
jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat
korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

•Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-
Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu
amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban).
Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan
kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah
sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati
yang bersih."

•Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu
Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi
sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha).
Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab
dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak
ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau
sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2]

https://www.utusan.com.my/gaya/2021/07/gandakan-amalan-pada-10-awal-zulhijah/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha





Bahan bacaan yang boleh dibaca daripada
Rak Buku Digital SKBTHO (2)

Sila klik
https://fliphtml5.com/bookcase/ocpho

Bahan bacaan yang boleh dibaca daripada Rak Buku
Digital SKBTHO (2)

Bahan bacaan yang boleh dibaca daripada Rak Buku
Digital SKBTHO (2)

Bahan bacaan yang boleh dibaca daripada Rak Buku
Digital SKBTHO (2)










Click to View FlipBook Version