SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN (2)
PERSIARAN SUADAMAI
43200 CHERAS, SELANGOR
Buku Digital
Kepelbagaian Kaum
di Malaysia
DISEDIAKAN OLEH
NOUR QAIREEN AFRINA BINTI NORZEHAN
5 UTARID
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Pendahuluan 2
2. Kaum Melayu 3
3. Kaum Cina 5
4. Kaum India 7
5. Kaum Sikh 9
6. Kaum Serani 11
7. Kaum Baba Nyonya 13
8. Orang Asli 15
9. Kaum Iban 17
10. Kaum Kadazan Dusun 19
11. Kaum Bajau 22
12. Kaum Murut 23
13. Penutup 24
1
Malaysia adalh sebuah negara yang terletak di Asia
Terggara. Rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum
menjadi Malaysia sebuah negara yang istimewa.
Secara am, jumlah penduduk Malaysia adalah 27 juta
orang. Sebahagian besar daripada bilangan ini terdiri 3
kumpulan etnik yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Selain daripada 3 kumpulan etnik ini, Malaysia juga diduduki
oleh pelbagai kaum lain. Antaranya ialah Sikh, Serani dan
Baba-Nyonya. Terdapat juga Orang Asli di beberapa
bahagian Semenanjung Malaysia, manakala kaum Pribumi
seperti Kadazan-Dusun dan Iban boleh didapati di Sabah
dan Sarawak masing-masing.
2
Kaum Melayu adalah kaum yang
terbesar di Malaysia. Orang Melayu
bertutur Bahasa Malayu dan
mengamalkan adat resam Melayu.
Pakaian tradisional bagi kaum
lelaki dikenali dengan nama
‘baju Melayu’. Baju ini
dipakai dengan sampin di
pinggang dan songkok di kepala.
Kaum wanita memakai baju
kurung atau baju kebaya. Terdapat
juga yang memakai selendang
atau tudung untuk menutup
kepala. Pada lazimnya,
pakaian tradisional ini
dipakai pada majlis
rasmi atau musim
perayaan.
Kehidupan kaum Melayu penuh
dengan adat resam. Adat resam
ini merangkumi kehidupan harian
seperti adab makan hingga ke
majlis-majlis rasmi seperti
perkahwinan.
3
Kaum Melayu mempunyaibeberapa
perayaan yang disambut sepanjang
tahun. Dua perayaan yang utama
adalah Hari Raya Aidilfitri dan Hari
Raya Adha.
Raya Aidilfitri setelah sebulan
berpuasa dan Raya Aidil Adha
disambut selepas ibadat haji
dilakukan.
Terdapat pelbagai jenis tarian
Melayu. Antara tarian-tarian yang
terkenal adalah Tarian Kuda Kepang,
Zapin dan Mak Inang.
Selain daripada tarian,
permainan tradisional Melayu
juga dimain di kampung
sebagai acara rekreasi dan
hiburan seperti gasing,
permainan wau dan congkak.
4
Kaum Cina adalah kaum yang
kedua terbesar di Malaysia.
Mereka bertutur dalam
berbagai dialek seperti
Hokkien, Hakka dan Kantonis.
Bahasa Mandarin juga
digunakan dengan meluas.
Pakaian tradisional kaum Cina
biasanya akan diapaki semasa
perayaan atau majlis rasmi.
Kaum lelaki memakai baju dan
seluar panjang, manakala kaum
wanita memakai gaun panjang
yang dipanggil ceongsam.
Seperti kaum Melayu, kaum Cina juga mempunyai adat
resam yang merupakan sebahagian daripada budaya
mereka. Antara resam adat kaum Cina yang masih
diamalakan turun-temurun di dalam kehidupan harian
adalah penggunaan kayu penyepit sewaktu makan.
5
Masyarakat Cina mempunyai beberapa
perayaan. Perayaan yang utama adalah Tahun
Baru Cina dan Perayaan Kuih Bulan. Tahun Baru
Cina disambut setiap tahun mengikut kalendar
Cina.
Seni tarian adalah salah satu daripada 6
warisan seni masyarakat Cina yang popular.
Antara tarian yang masih diamalkan pada masa
kini ialah Tarian Singa dan Tarian Naga.
Di dalam Tarian Singa, penari akan menari
dan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa.
Tarian ini diringi dengan gong, dram
dan mercun. Tarian ini, pada
lazimnya dipersembahkan pada
musim perayaan, terutamanya Tahun Baru Cina.
Kaum India adalah kaum yang ketiga
terbesar di Malaysia. Orang India di Malaysia
bertutur dalam Bahasa Tamil, Malayalam,
Telegu dan Hindi.
Pakaian tradisional lelaki India dipanggil
dhoti. Dhoti terdiri daripada sepasang kemeja
putih hingga ke paras lutut dan kain putih yang dililit
pada pinggang. Kaum Wanita memakai sari. Kain ini
dipadankan dengan baju dalam dan dililit pada
7 badan.
Salah satu daripada kesenian kaum india
yang amat popular adalah seni tari. Seni
tari India boleh dibahagikan kepada gaya
klasik dan gaya tradisional. Dua gaya klasik
yang tradisional adalah Bharata Natyam dan
Kathak. Tarian klasik Bharata Natyam ini
sangat dramatik dan bersemangat. Tarian ini
berdasarkan kisah epik India purba, dan
mempunyai lebih dari 100 gerak tarian
dan gaya badan.
Dua perayaan utama kaum India adalah
Deepavali dan Thaipusam. Semasa
perayaan Deepavali, orang India akan
menyediakan hiasan seperti kolam dan
memasang lampu ‘vilakku’ (pelita
tradisional).
Thaipusam pula disambut bagi menghormati dewa
Hindu iaitu Dewa Murugan.
8
Orang Sikh tiba di Malysia pada
abat ke-19. Walaupun bilangan
masyarakat yang agak menonjol di Malaysia.
Kaum lelaki Sikh memakai serban, dan pakaian
tradisional mereka dipaggil kurta
salwar. Pakaian ini dipadankan
dengan sepanjang kasut bernama
jutti. Kaum Wanita memakai kameez
salwar Bersama dengan selendang.
Selendang akan dipakai untuk
menutup kepala semasa pergi ke
tempat ibadat mereka atau
menziarahi orang tau-tua.
Perayaan Vasakhi
merupakan perayaan utama
bagi masyarakat Sikh.
Semasa perayaan ini,
masyarakat Sikh akan
berkumpul di tempat ibadat
mereka di mana pendeta
akan membaca daripada
kitab suci mereka yang
dinamakan ‘Guru Granth
9 Sahib’.
Tarian popular kaum Sikh adalah Tarian
Bhangra. Tarian ini melibatkan gerak tari
kepala dan tangan. Setiap pergerakan
mempunyai maksud yang tersendiri. Tarian
Bhangra ini sangat popular di Malaysia dan
diadakan pada majlis perkahwinan, hari jadi
dan kekeluargaan.
10
Kaum Serani adalah berkuturunan
Portugis atau Belanda. Mereka
adalah hasil kacukan di
antara masyarakat
tempatan dan orang
Portugis atau Belanda
pada zaman
pemerintahan
Kesultanan Melayu
Melaka.
Masih terdapat antara
mereka yang bertutur dalam
Bahasa Cristao iaitu sejenis dialek
Portugis yang lama.
Antara perayaan utama masyarakat Serani ialah
Perayaan Hari Krismas, Perayaan Air, Perayaan
San Pedro. Perayaan ini disambut dengan
penuh meriah oleh masyarakat Serani.
11
Kebanyakan masyarakat
Serani beragama Katolik
dan mengamalkan adat
resam yang ditinggalkan
oleh nenek moyang
mereka seperti menghadiri
upacara di gereja.
Medan Portugis merupakan pusat Kebudayaan
Portugis di Melaka dan Malaysia.
Pengaruh keturunan Portugis dan
Belanda masih kuat di dalam
kehidupan masyarakat Serani.
Antara pengaruh yang masih
dapat dilihat adalah di dalam
seni tarian mereka.
Lagu “Jingli Nona” yang
popular di Malaysia merupakan
lagu turun temurun di dalam
adat kaum Serani.
12
()
Kaum Baba-Nyonya adalah hasil
daripada perkahwinan campur
di antara orang Cina dan orang
Melayu pada zaman
pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka.
Masyarakat Baba-Nyonya boleh
didapati di Melaka dan Pulau
Pinang. Panggilan “Baba”
adalah paggilan untuk kaum
lelaki dan “Nyonya” adalah
panggilan untuk kaum Wanita.
Kesenian Baba-Nyonya boleh dilihat dalam
ukiran perabot, bangunan dan barang.
Pakaian Tradisional Nyonya terdiri daripada
baju kebaya dan batik sarung. Baju kebaya
ini lazimnya dipakai dengan kerongsang.
Kasut Nyonya pula dihiasi dengan manik.
13
Perkahwinan tradisional Baba-Nyonya berasaskan tradisi
Cina. Upacara dijalankan selama 12 hari untuk orang kaya
dan hanya pada hari pertama dan hari kedua belas bagi
orang biasa.
Aktiviti sebelum perkahwinan mesti dijalankan agar upacara
perkahwinan berjalan dengan lancar. Lagu ‘Dondang
Sayang’ akan dinyanyikan bagi memeriahkan majlis
perkahwinan.
14
Orang Asli merupakan penduduk Bumiputera di
Malaysia. Mereka tinggal di Kawasan
pedalaman bukit-bukau, Kawasan pinggir bukit,
Kawasan persisiran pantai dan Kawasan hutan.
Orang Asli terdiri daripada
tiga Suku Bangsa, iaitu Negrito,
Senoi dan Melayu Asli.
Pada zaman dahulu, orang
Asli menggunakan kulit kayu
untuk membuat pakaian.
Mereka juga memakai
barang perhiasan
di kepala dan
leher untuk
membezakan suku
bangsa mereka
dan juga
semasa
upacara rasmi.
15
Kebanyakan adat resam di antara suku kaum
berbeza. Tetapi terdapt juga adat resam yang
diamalkan oleh keseluruhan Orang Asli. Antara
adat resam itu adalah adat resam perkahwinan
dan kalahiran.
Di dalam perkahwinan, adalah menjadi adat
bahawa perkahwinan dijalankan daolam
beberapa peringkat merisik, meminang dan majlis
perkahwinan. Upacara dimulakan dengan
mengasah gigi kedua-dua pengantin untuk
membuang nasib malang.
Muzik memainkan peranan yang penting di 16
dalam kehidupan Orang Asli. Muzik dimainkan
dalam upacara perayaan dan sebagai hiburan.
Orang Asli berpegang kepada kepercayaan
Anisme. Pelbagai upacara pemujaan dilakukan
untuk menyembah roh-roh nenek-moyang
mereka.
Penduduk di Sarawak terdiri
daripada kaum Melayu
dan penduduk Pribumi.
Terdapat 28 kaum Pribumi
di Sarawak. Orang Iban
adalah kaum Pribumi yang
terbesar. Kebanyakan
masyarakat Iban pada hari
ini beragama Kristian tetapi
masih mengekalkan adat
resam tradisional masyarkat
Iban.
Pakaian tradisional lelaki
Iban dipanggil baju burung
dan kain Sirat. Wanita Iban
memakai kain bidang
tenun Pua.
Pua kumbu adalah sejenis kain pua yang ditenun oleh
wanita Iban. Motif-motif yang berkaitan dengan
kepercayaan dan pantang larang, motif fauna, dan motif
flora digunakan untuk menenun kain pua. Pua Kumbu
digunakan dalam istiadat kelahiran, perkahwinan,
kematian, penyembuhan dan upacara pertanian.
17
Orang Iban hidup berlandaskan hukum adat, pantang larang,
tolak-ansur (toleransi), dan perhubungan persaudaraan yang
erat antara satu sama lain. Pantang larang ini boleh dilihat
dalam adat perkahwinan mereka. Antaranya ialah pengantin
perempuan akan diarak ke rumah pengantin lelaki dan diiringi
dengan muzik yang kuat. Muzik ini adalah umtuk membuang
nasib malang.
Orang Iban menyambut pelbagai perayaan.
Di antara perayaan yang utama
adalah Hari Gawai.
Terdapat beberapa jenis
perayaan Gawai iaitu
Gawai Dayak,
Gawai Kenyalang dan
Gawai Antu.
18
Terdapat lebih daripada 30
kumpulan etnik di Sabah.
Masyarakat Pribumi ini
membetuk 60% daripada
penduduk Sabah. Kumpulan
etnik yang terbesar adalah
kaum Kadazan-Dusun. Kaum ini
tinggal di pantai barat Sabah,
iaitu dari Kudat hingga ke
sempadan Sarawak. Terdapat
27 suku kaum yang membentuk
kumpulan Kadazan-Dusun.
Kaum Kadazan-Dusun bertutur
dalam Bahasa Kadazan-Dusun.
Salah satu daripada adat perkahwinan
Kadazan-Dusun ialah upacara menyuap nasi.
Upacara ini dilakukan oleh kedua-dua
pengantin semasa majlis perkahwinan. Upacara
19 ini adalah simbol kali pertama mereka makan
bersama sebagai pasangan suami isteri.
Pakaian tradisional Kadazan-Dusun
merupakan baju hitam bersulamkan
emas. Baju ini berbeza mengikut kawasan
dan budaya suku kaum Kadazan-
Dusun.
Masyarakat Kadazan-Dusun tradisional
mengamalkan kepercayaan Anime dan
menyembah tuhan mereka Kinorohingan.
Tetapi pada masa kini kebanyakan
daripada mereka menganut agama
Kristian.
Terdapat juga yang beragama Islam.
Secara amnya, kaum Kadazan-Dusun
bercucuk tanam untuk menyara hidup.
Oleh kerana ini, kebanyakan adat dan
kepercayaan kaum Kadazan-Dusun
berkaitan dengan tanaman padi dan
musim menuai. Ini dapat dilihat dalam
Pesta Kaamatan.
Pesta Kaamatan yang diraikan oleh 20
kaum Kadazan-Dusun juga dikenali
sebagai Tadau Ka’amatan. Pesta ini
disambut dengan penuh meriah dan
tarian tradisional kaum Kadazan-Dusun,
iaitu Tarian Sumazau, dan pertandingan
ratu cantik diadakan.
Kaum Pribumi Sabah yang
lain termasuk kaum Bajau,
Murut dan Rungus.
Kaum Bajau adalah kaum
Pribumi Sabah yang kedua
terbesar, manakala kaum
Murut adalah kaum
yang ketiga terbesar.
Kesemua kaum ini masih
mengekalkan
kepercayaan dan budaya
tradisional mereka.
21
Kaum Bajau merupakan nelayan yang sangat handal. Oleh
itu, pada zaman dahulu mereka sentiasa membina rumah
bertiang kayu berdekatan dengan laut atau di atas laut.
Kini, kebanyakan kaum Bajau tinggal di darat dan telah
meninggalkan kehidupan laut mereka. Mereka bertani dan
juga menternak lembu.
Kaum Bajau dikenali sebagai Koboi Sabah
kerana mahir menunggang kuda.
Dalam sesetengah acara, penunggang kuda
Bajau akan memakai baju dan seluar
hitam yang mempunyai renda emas.
Kuda mereka juga
mempunyai kostum
tersendiri yang
dipanggil kain kuda.
Kain ini menutupi
seluruh badan kuda
kecuali hidung dan
matanya, dan
dikat pada kaki kuda.
22
Kaum Murut tinggal di dalam rumah Panjang berhampiran
dengan sungai. Mereka menanam padi bukit, memburu dan
menangkap ikan. Kaum Murut adalah kaum yang terakhir di
Sabah yang memberhentikan kegiatan memotong kepala.
Salah satu daripada tarian tradisional kaum Murut ialah
tarian Magunatip. Dalam tarian ini, para penari akan
melompat masuk dan keluar di antara barisan batang-
batang buluh yang dihentakkan pada lantai, tanpa
kaki mereka tersepit.
23
Walaupun berbilang bangsa, kaum, etnik dan mempunyai
adat, budaya dan agama yang berbeza, kita tetap di
bawah naungan satu Malaysia.
Kita perlu hidup secara aman damai, hormat-menghormati
pegangan masing-masing dan meraikan perbezaan secara
harmoni.
24