TEKS PENGERUSI MAJLIS TAUTAN KASIH TABIKA KEMAS KG.MEDAN DALAM TARIKH : 15.2. 2023 TEMPAT : TANJUNG HANI HOMESTAY CUE PERKARA CATATAN Kata Alu-aluan Pengacara Majlis Ke Pantai Morib mencari bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH SELAMAT PAGI SALAM SEJAHTERA DAN SALAM MALAYSIA MADANI A VERY BEAUTIFUL GOOD MORNING SALUTASI PADA HARI YANG BERBAHAGIA INI, SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG MAJLIS TAUTAN KASIH TABIKA KEMAS KG.MEDAN DALAM TAHUN 2022/2023. NYAYIAN LAGU Semua hadirin diminta berdiri untuk kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, lagu KEMAS dan lagu TABIKA kita . TERIMA KASIH,Hadirin dipersilakan duduk BACAAN DOA Sebelum kita meneruskan acara , doa dibaca memohon kerahmatan bagi memberkati majlis yang penuh berbahagia ini, marilah kita sama-sama menadah tangan dan mengaminkan doa. Di jemput Adik Mohammad Ash Rizky Bin Mohd Azwan untuk memimpin bacaan doa. AAMINNN..YA RABBALALAMIN… SEMOGA MAJLIS KITA BERJALAN LANCAR DAN DILIMPAHI RAHMAT HINGGA AKHIRNYA. PERSEMBAHAN Di minta hadirin berdiri untuk kita sama-sama berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. UCAPAN WAKIL PENGERUSI TABIKA KEMAS KG.MEDAN DALAM Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan, Sudilah TUAN tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Hadirin yang budiman, bagi membuka tirai majlis, dengan sukacitanya saya menjemput dan mempersilakan
nama : ENCIK MOHD FAIZAN BIN SAMSUDIN jawatan : PENGERUSI TABIKA KEMAS KG.MEDAN DALAM untuk menyampaikan ucapan aluan .dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi TABIKA KEMAS Kg.Medan Dalam di atas ucapan sebentar tadi. PERSEMBAHAN Hadirin yang budiman, Mari sama-sama kita tumpukan perhatian di pentas utama untuk melihat persembahan-persembahan dari anak-anak TABIKA KEMAS Kg.Medan Dalam. Dipersilakan. 1) Adik Nur Dayana Auliya dengan bacaan Al-Fatihah dan terjemahan. Seterusnya 2) Adik Nur Zahra Raisha dengan bacaan doa-doa harian. Persembahan yang ketiga di persilakan. 3) Adik Nur Zahira Batrsiya dengan tajuk cerita Arnab dan Kura-kura Begitulah sedikit persembahan pembuka dari anak2 didik teacher fiza UCAPAN PERASMIAN WAKIL JABATAN Ingin rasanya makan kari, Kari cendawan batang keladi, Girang rasa tidak terperi, Bertemu CIK PUAN yang baik budi. Jejaran mengkudu berbiasa kesuma, Di celah angkasa di tanah jawa, Ucapan perasmian penerus bicara, Untuk CIK PUAN yang bijaksana. Hadirin yang dihormati, Di hari yang berbahagia ini, saya menjemput PUAN SENANAH BINTI HARUN , Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Parlimen Kuala Langat untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Dipersilakan… Majlis merakam ribuan terima kasih di atas ucapan perasmian sebentar tadi. PENYAMPAIAN HADIAH/CABUTAN BERTUAH Di minta Encik Faizan (Pengerusi TABIKA KEMAS Kg.Medan Dalam bagi mengiringi Pn.Senanah Binti Harun untuk penyampaian cenderahati kanakkanak TABIKA KEMAS Kg.Medan Dalam bagi sesi 2022/2023 Kita teruskan dengan Cabutan Bertuah.
Tahniah kepada yang bertuah Seterusnya, sedikit cenderahati tanda ingatan dan terima kasih di atas kesudian Puan Senanah Binti Harun (Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak Parlimen Kuala Langat bertandangan dan sudi merasmikan ke majlis kita pada hari ini. PERSEMBAHAN Kita teruskan majlis kita dengan Persembahan anak-anak didik teacher Fiza iaitu dari : 1) Adik Nur Izz Zara Khalisha dengan bacaan 3 kul Seterusnya 2) Persembahan dari kumpulan CHICKY2 GIRL CHICKY2 BOY Begitulah persembahan dari anak2 teacher Fiza yang comei2 belaka. PENYAMPAIAN CENDERAHATI KANKAKANAK CEMERLANG/CABUTAN BERTUAH Majlis di teruskan. Dipersilakan En.Mohd Faizan Bin Samsudin (Pengerusi TABIKA KEMAS Kg.Medan Dalam) untuk penyampaian cenderahati kanak-kanak cemerlang bagi kategori 5 tahun dan 6 tahun dan juga POTENSI. Untuk kategori 5 tahun.. TEMPAT KETIGA – ADIK NUR ZAHRA RAISHA BINTI HAFIZAN TEMPAT KEDUA – ADIK MOHD ASH RIZKY BIN MOHD AZWAN TEMPAT PERTAMA – ADIK NUR DAYANA AULIYA MUHAMMAD NURI Untuk kategori 6 tahun : TEMPAT KETIGA – ADIK NUR ZAHIRA BATRISYA BINTI HAFIZAN TEMPAT KEDUA – ADIK NUR IZZ ZARA KHALISHAH BINTI MUHAMMAD RIDZWAN TEMPAT PERTAMA – ADIK JELITA ALNAIRA BINTI MOHAMAD HADI Seterusnya penyampaian cenderahati bagi 3 ORANG KANAK-KANAK TABIKA KEMAS KG.MEDAN DALAM yang telah mewakili POTENSI bagi acara GERAK KREATIF yang telah mendapat JOHAN di peringkat daerah dan negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan yang telah membawa nama Parlimen Kuala Langat. Dipersilakan : ADIK JELITA ALNAIRA BINTI MOHAMAD HADI ADIK MIA NURALEESYA BINTI MOHD ZURAIDI ADIK NAYLA FAAKHIRA BINTI MOHAMAD BAHTIAR TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima cenderahati. Kita teruskan dengan Cabutan Bertuah.
Terima kasih di ucapkan kepada En.Mohd Faizan. PERSEMBAHAN Ibubapa dan para hadirin yang saya sayangi sekalian, Majlis diteruskan dengan persembahan dari kumpulan ………………. Dengan tajuk lagunya IKATAN ASMARA. Dipersilakn. Begitulah cerianya dan bahagianya menjadi kanak-kanak riang dengan persembahan anak-anak tadi. PENYAMPAIAN SJIL DAN CENDERAHATI AJK /PAKAIN TERCANTIK/CABUTAN BERTUAH Bagi menghargai penat lelah ahli jawatankuasa TAABIKA KEMAS KG.MEDAN DALAM yang aktif bersama-sama menjayakan setiap program serta samasama menceriakan tabika, saya mempersilakan sekali lagi Puan Senanah Binti Harun (Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak Parlimen Kuala Langat) bagi penyampaian Sijil dan sedikit cenderahati DIPERSILAKAN : 1) EN.MOHD FAIZAN BIN SAMSUDIN 2) ANILAH 3) NINA 4) LIZ 5) NORHASLIZAWATI BINTI NORAZIMI Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati bagi pakaian tercantik kategori lelaki dan perempuan dan telah diadili oleh PN.SENANAH Untuk kategori lelaki : Untuk kategori perempuan: TAHNIAH DIUCAPKAN kepada pemenang dan terima kasih di ucapakan kepada puan senanah untuk kali kedua naik ke pentas bagi penyampaian hadiah. Kita teruskan lagi dengan cabutan bertuah..saya mempersilakan PUAN NINA untuk membuat cabutan.. MAJLIS HARI LAHIR/PERSEMBAHAN AKHIR Majlis kite diteruskan lagi majlis hari lahir adik MOHD ASH RIZKY DAN UMAR ZIYAD) DAN TERIMA LAH PERSEMBAHAN TERAKHIR DARI ANAK-ANAK KG.MEDAN DALAM..TERIMA KASIH CIKGU.. TERIMA KASIH ANAK2 TEACHER FIZA..TEACHER LOVE UOLLS..DOA TEACHER MENGIRINGI KAMU SEMUA… KUMPUL KANAK-KANAK GIRL DEPAN BOY BELAKANG (KEK ATAS PENTAS ANAK AKAN STAY KT ATAS TAMAT MAJLIS Hadirin sekalian dengan berakhirnya persembahan sebentartadi..maka berakhirlah MAJLIS TAUTAN KASIH TABIKA KEMAS KG.MEDAN DALAM. Bagi pihak majlis saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kerkurangan dan ketelanjuran disepanjang majlis ini berlangsung.
Bunga cina bunga kayangan, Tanamlah rapat tepi perigi, Adik di mana abang gerangan, Bilalah dapat bertemu lagi. Tidak usah lah bermain di dalam rumah, Main sahaja di tepi telaga, Hancur badan di kandung tanah, Budi yang baik ku ingat jua. Sekian wabilahitaufikwalhidayah..wasala. SEBELUM MELABUH TIRAI DAN MENJAMU SELERA..MARI LAH KITA SAMA-SAMA MEMBACA DOA MAKAN BERSAMA ANAK-ANAK DAN JUGA SESI BERGAAMBAR SEBENTAR LAGI.
Beli beras beli talas, Beli di pasar hari Selasa, Kerja keras pasti di balas, Semoga sukses sepanjang masa.