The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nieda88, 2020-11-18 07:48:48

nota sirah tahun 5

KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W

Keywords: SIRAH,TAHUN 5,KAFA,KEWAFATAN RASULULLAH

NOTA SIRAH
TAHUN 5

KEWAFATAN
RASULULLAH

KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Rasulullah S.A.W. mulai gering(sakit) pada hari-hari terakhir bulan
Safar tahun 11 Hijrah.
Rasulullah S.A.W meminta Saidina Abu Bakar mengimamkan solat
berjemaah dan megendalikan urusan negara.
Apabila baginda berasa pulih sedikit, baginda pergi ke masjid
untuk menunaikan solat berjemaah.
Rasulullah S.A.W wafat di pangkuan Saidatina Aisyah pada hari Isnin
12 Rabiulawal tahun kesebelas Hijrah ketika berusia 63 tahun.

PERKUBURAN BAQI’

REAKSI PARA SAHABAT

• Apabila tersebar kewafatan Rasulullah S.A.W ,para sahabat menjadi
bingung dan suasana menjadi kelam-kabut.

• Pada mulanya,Saidina Umar tidak mahu menerima hakikat
kewafatan Rasulullah S.A.W. sehingga beliau menjadi berang lalu
Saidina Abu Bakar menenangkannya dan kaum muslimin dengan
berkata : ‘Wahai kaum muslimin! Barang siapa yang menyembah
Muhammad ,sekarang Muhammad telah wafat dan barang siapa
yang menyembah Allah S.W.T ,Allah S.W.T Maha Hidup dan tidak
mati. Lalu beliau terus membaca ayat :

Maksudnya : dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang didahului
oleh beberapa orang rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia
pun mati dan terbunuh (patutkah) kamu berbalik ( berpaling tadah menjadi kafir)?
Dan (ingatlah) sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan
mendatangkan mudarat kepada Allah S.W.T. sedikit pun dan (sebaliknya)Allah S.W.T
akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (akan nikmat Islam
yang tidak ada bandingannya itu).

(Surah Ali-Imran : Ayat 144)


Click to View FlipBook Version