NOTA SIRAH TAHUN 4
PERJANJIAN HUDAIBIYYAH
Perjanjian damai antara Rasulullah S.A.W. PERJANJIAN HUDAIBIYYAH
dengan musyrikin Makkah pada bulan
Zulkaedah tahun keenam Hijrah di
Hudaibiyyah yang terletak berdekatan kota
Makkah.
Rasulullah S.A.W bermimpi memasuki kota Jarak antara Hudaibiyah ke Masjidil Haram
Makkah dengan aman dan bercukur kepala Mekah 2.9 km
setelah 6 tahun dilarang memasuki Makkah.
Nabi Muhammad S.A.W. bersama 1500 orang
sahabat bergerak ke Makkah tanpa
membawa senjata kecuali senjata bagi
pengembara dan pedang yang bersarung.
Ketika sampai di Hudaibiyyah Nabi telah didatangi
lelaki daripada Bani Khuza’ah bertanyakan apa tujuan
kedatangan dan Nabi Muhammad S.A.W
memberitahu tujuannya adalah untuk menziarahi
Baitullah dan mengerjakan Umrah.
Rundingan telah diadakan ,kaum Musyrikin telah
menghantar Urwah bin Mas’ud ,Rasulullah S.A.W.
pula menghantar Uthman bin Affan tetapi telah
ditangkap selama 3 hari dan tersebar berita tentang
kematiannya.
Mendengar berita itu Rasulullah S.A.W mengajak
orang Islam berjihad ,mereka berbai’ah di bawah
sepohon pokok berjanji akan berjuang.Bai’ah ini
dinamakan Bai’atur Ridwan
Perjanjian Hudaibiyyah tercapai
• Mendengar berita bai’ah tersebut,musyrikin berasa takut dan
membebaskan Uthman bin Affan.
• Musyrikin Makkah telah menghantar Suhail bin Amru berunding
dengan Rasulullah S.A.W ,akhirnya termeterai Perjanjian
Hudaibiyyah.
• Tetapi ramai sahabat tidak dapat menerima termasuk Saidina
Umar kerana isi perjanjian tersebut memihak kepada Musyrikin
Makkah.
• Ternyata perjanjian ini memberi faedah yang besar kepada orang
Islam.
Kandungan Perjanjian Hudaibiyyah
• Genjatan senjata 10 tahun
• Orang Islam tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun tersebut. Mereka
dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya
• Kedua-dua pihak dibenarkan membuat perjanjian dengan pihak yang disukai.
• Orang Quraisy yang lari ke Madinah tanpa izin wali hendaklah dihantar semula ke
Makkah walaupun telah memeluk Islam.Orang Islam yang lari ke Makkah tidak akan
dipulangkan ke Madinah.
Kesan Perjanjian Hudaibiyyah
• Musyrikin Quraisy Makkah telah mengiktiraf Rasulullah S.A.W dan negara Islam
Madinah.
• Semua pihak yang khianat diusir dari Madinah
• Dakwah Islam dapat disebarkan dengan meluas
• Membawa kepada dasar buka pintu orang Islam Madinah.