Bab 1 Warisan Negara Bangsa Hukum Kanun
Melaka
Ciri Negara Bangsa
1. Jenayah-Bunuh
1. Raja 2. Peranan Raja dan Pembesar
2. Undang-undang 3. Kekeluargaan
3. Wilayah pengaruh 4. Ekonomi
4. Rakyat
Undang-undang
Ciri Negara Bangsa KMM Laut Melaka
1. Kerajaan 1. Peranan nakhoda
2. Rakyat 2. Pelayaran
3. Kedaulatan 3. Percukaian
4. Wilayah pengaruh 4. Jenayah
5. Undang-undang
6. Lambang kebesaran
SOALAN 1
Semangat permuafakatan penting dalam pembentukan sesebuah kerajaan.
Mengapakah kita perlu mengekalkan situasi tersebut? (4 markah)
Antara sebab kita perlu mengekalkan semangat permuafakatan
dalam pembentukan sesebuah kerajaan termasuklah kita dapat
mewujudkan sikap tolenransi dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan
damai. Selain itu, semanagt permuafakatan dapat mewujudkan masyarakat
yang bersatu-padu dalam kalangan pelbagai kaum. Seterusnya, mewujudkan
suasana harmoni agar dapat mengekalkan keamanan negara. Di samping itu,
meneruskan pelaksanaan dasar-dasar negara bagi membina sebuah negara
yang dihormati oleh nagara lain.
SOALAN 2
Mengapakah kita perlu berasa bangga dengan sistem pentadbiran silam?
Berikan penjelasan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am anda. (4 markah)
Antara sebab kita perlu bangga dengan sistem pentadbiran silam
ialah dapat memupuk perasaan cinta akan negara dan bangsa seperti
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, kita berasa bangga bagi
menghargai sumbangan warisan silam yang dapat kita kekalkan sehingga hari
ini. Seterusnya, menjamin keharmonian dan kesejahteraan supaya dapat
mengekalkan kedaulatan negara. Di samping itu, sistem pentadbiran silam
menjadi panduan bagi generasi hari ini supaya dapat mempelajari perjuangan
pemimpin terdahulu.
SOALAN 3
Berikan cadangan anda untuk mengekalkan keamanan yang kita nikmati. (8 markah)
Antara cadangan untuk mengekalkan keamanan yang kita nikmati hari ini
termasuklah mengukuhkan perpaduan da;am kalangan masyarakat. Hal ini kerana
Malaysia terkenal dengan masyarakat majmuk seperti Melayu, Cina, India dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak. Jelas menunjukkan bahawa perpaduan dapat mengekalkan
keamanan negara kita.
Selain itu, mengukuhkan dan menyelesaikan permasalahan pentadbiran negara.
Hal ini menjadi tanggungjawab pemimpin supaya menjaga keselamatan negara dan
kesejahteraan rakyat dengan sistematik agar negara kekal aman dan harmoni. Sebagai
contoh, pemimpin berpadukan undang-undang yang telah ditetapkan dalam pelrmbagaan.
Kesimpulanya, pemimpin menjadi tonggak kemakmuran negara maka pemimpin haruslah
jujur dan berkebolehan mentadbir negara.
Seterusnya, mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
Sehubungan dengan itu, kita seharusnya menjalinkan hubungan dengan baik di peringkat
antarabangsa dan serantau agar dapat bekerjasama dan mengekalkkan keamanan negara.