The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idayurafida, 2021-08-23 00:59:47

Chuah Tiong Li Stem 1

Chuah Tiong Li Stem 1

BUKU SKRAP DIGITAL

Makanan Tradisional Rakyat
Malaysia

Nama :CHUAH TIONG LI

KELAS :4 STEM1

TEMA :Kebudayaan, Kesenian
dan Estetika

Guru :CIKGU SITI IDAYU
RAFIDA BINTI MOHD
HADIN

SEKOLAH :SMKGR

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di

Malaysia, Brunei, Singapura, dan Thailand

Selatan.Secara tradisional,nasi lemak datang

sebagai sepiring makanan dibungkus daun

pisang, dengan hirisan timun, ikan bilis, kacang

goreng, telur rebus, dan panas pedas sos

(sambal) pada intinya. Sebagai makanan yang

lebih substansial, nasi lemak juga boleh

datang dengan pelbagai menyertai lain seperti

ayam, cumi-cumi, kerang, kankung, sayur-

NASI LEMAK sayuran acar (achar), daging lembu rendang

(daging lembu rebus dalam air kelapa dan

rempah-rempah) atau paru (paru-paru lembu). Nasi lemak secara meluas dimakan di

Malaysia, bahkan sebagai hidangan disajikan di sekolah-sekolah Malaysia. Nasi lemak adalah

hidangan sarapan biasa, pagi-pagi dijual di warung pinggir jalan di Malaysia, di mana ia

sering dijual dibungkus dalam surat khabar, kertas coklat, atau daun pisang. Namun, ada

restoran yang menyajikannya di atas piring sebagai makan siang atau malam hari, sehingga

memungkinkan untuk hidangan yang akan dimakan sepanjang hari.

Otak-Otak merupakan snek ringan OTAK-OTAK
yang boleh dinikmati di Malaysia dan
Singapura. Makanan ini digelar otak –otak
disebabkan oleh teksturnya yang lembut
dan sedikit lembik. Biasanya ia dimakan
bersama dengan nasi atau juga boleh
dimakan terus. Antara bahan yang
digunakan adalah isi ikan, cili serta rempah
ratus lain dan dibalut menggunakan daun
kelapa. Ia kemudiannya dibakar di atas api
sehingga masak.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

Lok-Lok merupakan steamboat versi

bangsa Cina. Ia merupakan makanan yang

dicucuk dengan lidi yang kemudiannya

direndam ke dalam air mendidih atau sup

panas sehingga masak. Ia biasanya boleh

dimakan dengan pelbagai pilihan sos

seperti kuah kacang, sos cili atau sos

manis untuk menambah rasa. Makanan ini

boleh didapati di gerai penjaja, food

truck, medan selera dan di mana mana

kawasan ramai orang di bandaraya dan

pekan Malaysia. Antara Lok-Lok yang

dijual terdiri daripada pelbagai ramuan

LOK-LOK seperti telur puyuh, kepah, kerang, sosej,
bebola ikan, bebola daging, bebola sotong,

udang, sayuran, daging vegetarian,

cendawan dan aneka juadah yang telah dimasak seperti wantan dan tauhu goreng.

Chee Cheong Fun dikenali sebagai mee

gelung yang berwarna putih dan bentuknya

serupa kuetiaw. Ia merupakan makanan

masyarakat Kantonis dan berasal dari Hong

Kong. Di Malaysia, Chee Cheong Fun

biasanya dihidangkan dengan sos soya manis

berwarna hitam.Jika di Pulau Pinang, sosnya

menggunakan pes udang, berwarna hitam,

berasa manis dan agak pekat .Di Ipoh pula,

Chee Cheong Fun biasanya dihidangkan CHEE CHEONG FUN
dengan dua cara iaitu kering

atau berkuah. Versi kering biasanya

dihidangkan dengan bijan, sos soya, bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili

manakala versi berkuah pula dihidangkan bersama kuah kari dan juga cendawan.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

ROTI CANAI Roti Canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh
masyarakat India. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran
mamak dan restoran Melayu di Malaysia.Hidangan ini dibawa
oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia.Ia
turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses
pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum
dimasak. Biasanya Roti Canai dimakan bersama kuah kari ,ada
di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula
pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari.

Teh Tarik antara minuman yang terkenal

di restoran mamak dan ia diperkenalkan

oleh masyarakat India. Malah, ia juga

boleh didapati di restoran – restoran biasa.

Minuman ini digemari hampir kebanyakan

masyarakat Malaysia termasuklah kanak –

kanak dan orang dewasa. Bahan yang

diguna untuk bancuh The Tarik ringkas TEH TARIK
sahaja. Serbuk teh yang dimasak terlebih

dahulu sebelum dibancuh bersama susu

pekat dan susu sejat sering menambat hati masyarakat. .Buih yang terhasil dari teh yang

ditarik menggunakan koleh cukup memikat jiwa ramai orang.


Click to View FlipBook Version