CERITA KEGEMARAN KANAK-KANAK
Siri LadyBird "Mudah Membaca"
LAILA SI BAJU MERAH
DAN SERIGALA
Terbitan Perpustakaan Lubnan
"Cerita kegemaran kanak-kanak"
LAILA SI BAJU MERAH DAN
SERIGALA
Siri LadyBird "Mudah Membaca"
Penulis : Puan Salwa Helwa
Hasil seni lukisan : Robert Lumley
Penterjemah : (SAZAS)
Nur Syahadah Khadijah binti Osman
Nurul Aishyah binti Munawir
Siti Zulaikha Najiha binti Mohd Zu
Ain Zulaikha binti Abdul Rahman
Nur Syatirah Aqilah binti Mohd Nawawi
Terbitan Perpustakaan Lubnan
Terbitan Perpustakaan Lubnan
Peti surat : 11-9232 - Zuqaq al-Blat,
Beirut - Lubnan
Alamat laman sesawang:
www.librairie-du-liban.com.lb
Ejen dan pengedar yang sah di seluruh dunia
© Hak cipta terpelihara
Terbitan Perpustakaan Lubnan
ISBN 9953-33-920-1
Hasil cetakan di Lubnan
Pada zaman dahulu, terdapat seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Laila.
Dia sangat disayangi oleh penduduk kampung. Nenek Laila juga sangat menyayanginya
dan sering memberikannya hadiah.
Pada suatu hari, nenek telah menghadiahi Laila sehelai baju berwarna merah yang
dijahitnya sendiri. Laila sangat menyukai baju merah tersebut dan sering memakainya
apabila dia keluar rumah. Penduduk kampung sering melihat Laila memakai baju merah
tersebut sehingga dia digelar Laila Si Baju Merah.
Laila Si Baju Merah tinggal bersama ibu bapanya di sebuah rumah
kecil di kawasan kampung yang berdekatan dengan hutan.
Ayah Laila ialah seorang tukang kayu yang sering bekerja di dalam
hutan.
Manakala, neneknya pula tinggal di sebuah rumah yang terletak di
dalam hutan berdekatan dengan rumah mereka.
Laila Si Baju Merah amat menyayangi neneknya. Dia sering berjalan
melalui hutan untuk menziarahi neneknya pada setiap hari.
Pada suatu hari, ibu Laila memanggilnya lalu berkata “nenek kamu sedang
sakit. Bawakan bakul ini kepada nenek kamu. Dia pasti akan gembira sekiranya
kamu membawakan bekas yang berisi kek dan jus ini".
Ibunya lalu berpesan “tapi ingat, jangan merayau-rayau ke tempat lain. Kamu
harus pergi terus ke rumah nenek kamu".
“Hati-hati Laila! Jangan merayau-rayau dan jangan berlari agar kamu tidak
memecahkan botol jus itu" pesan ibu Laila kepadanya.
“Baiklah ibu, saya akan ingat pesanan itu sebaiknya" jawab Laila.
Kemudian Laila mengambil bakul itu dan mula berangkat ke rumah neneknya
sambil mengucapkan selamat tinggal.
Laila Si Baju Merah berjalan melalui kawasan hutan. Tidak lama kemudian, dia
terserempak dengan seekor serigala.
Laila sedikit pun tidak berasa takut dan gementar kerana dia menyangka
bahawa serigala tersebut adalah anjing yang besar. Ini adalah kali pertama
Laila melihat serigala dan dia tidak tahu bahawa serigala adalah haiwan yang
sangat berbahaya.
《Serigala memulakan perbualannya
》dengan Laila Si Baju Merah.
Look at the words in the box.
Write the correct words under the pictures below.
Pool / Wave / Surfboard / Shell / Swimsuit
SelaSmanadt cpaasgtileLai/la!Starfish / Beach ball / Watermelon
Kamu nak ke mana awal Selamat pagi!
sangat ni ?
Apakah yang ada di Ke rumah nenekku.
dalam bakul itu?
Nenekku sedang sakit. Dia sangat
sukakan kek dan jus. Jadi, aku bawakan
sebakul makanan kegemarannya.
Serigala menyoal Laila “dimanakah nenekmu tinggal?".
“Rumahnya terletak di antara tiga pokok yang besar
berhampiran kawasan ini" jawab Laila.
Serigala bermonolog ‘wah, sedapnya gadis kecil ini! Ini adalah
santapan istimewaku hari ini. Aku akan makan neneknya yang tua
itu, kemudian aku akan memakannya. Aku akan lebih berselera
jika dapat makan gadis ini berbanding neneknya yang tua itu'.
Serigala itu berjalan di samping Laila Si Baju Merah sambil
berbual dengannya tentang pokok-pokok hijau dan bunga-
bunga yang cantik.
“Nikmatilah bunga-bunga yang berwarna warni, pokok-pokok
yang kehijauan serta burung-burung pipit yang sedang
berkicauan dengan suara yang merdu dan indah! Nikmatilah
semua keindahan ini, dan janganlah terburu-buru ke rumah
nenekmu" kata serigala kepada Laila.
Serigala mengucapkan selamat tinggal,
lalu bergegas ke rumah nenek Laila Si
Baju Merah.
Laila Si Baju Merah berhenti kerana terpesona melihat keindahan
hutan yang sangat cantik itu lalu lupa akan nasihat ibunya.
Laila Si Baju Merah sangat gembira melihat bunga yang berwarna
warni dan mendengar burung yang berkicauan di atas pokok.
Bunga-bunga itu sangat cantik.
Lalu, Laila Si Baju Merah memetik beberapa kuntum bunga yang cantik
dan berwarna warni untuk dibawa kepada neneknya yang sakit.
‘Nenek pasti sangat gembira dengan bunga ini' Laila Si Baju Merah
bermonolog di dalam hatinya.
Semasa Laila Si Baju Merah sedang mengumpul bunga di hutan, serigala
mengambil peluang menuju ke rumah neneknya.
Sebaik sahaja tiba di rumah nenek Laila Si Baju Merah, serigala itu menyamar
sebagai Laila dan berkata “nenek, ini saya Laila. Tolong bukakan pintu untuk
saya, saya ada bawakan kek dan jus". Lalu nenek pun menjawab “tolak pintu
itu dan masuklah. Nenek sakit ni, tak larat nak turun dari katil. Datanglah ke
mari".
Serigala itu menolak pintu lalu naik ke atas katil nenek dengan
pantas.
Dia menyerang nenek Laila itu lalu menelannya.
Kemudian, dia memakai salah satu pakaian dan menutup kepalanya
dengan sapu tangan nenek supaya identitinya tidak terbongkar.
Sementara menunggu Laila tiba di rumah nenek, serigala menutup
badannya dengan selimut lalu tidur di atas katil.
Sementara itu, Laila Si Baju Merah masih bergembira di dalam
hutan menikmati keindahan bunga dan bunyi burung-burung yang
sedang berkicauan.
Lalu, Laila Si Baju Merah menuju ke rumah neneknya dengan
gembira kerana berjaya mengumpul bunga-bunga yang cantik untuk
neneknya.
Apabila Laila sampai ke rumah neneknya, dia mendapati pintu
rumah itu terbuka. Laila merasa hairan kerana neneknya tidak
pernah membiarkan pintu rumahnya terbuka. Dia berkata
dengan suara yang kuat “selamat pagi nenek!”. Dia bertambah
hairan kerana neneknya tidak menyahut panggilannya. Dia
merasa takut, tetapi dia tetap pergi ke katil neneknya.
Laila mendapati neneknya sedang tidur di atas katil. Dia melihat
seluruh anggota badan neneknya tertutup kecuali mukanya. Dia
memandang wajah neneknya dan melihat dua telinga yang
besar, dan menjerit dengan hairan. “Nenek! Nenek! Besarnya
telinga nenek!". Serigala itu menyamar dan meniru suara nenek
lalu berkata “telinga saya besar supaya dapat mendengar kamu
dengan baik sayangku".
Laila ternampak dua mata neneknya yang besar. Dia berasa pelik
dan hairan. “Nenek! Nenek! Besarnya mata Nenek!". Serigala
menjawab “Mataku besar agar dapat melihat kamu dengan baik
sayangku". Kemudian Laila melihat neneknya lagi, dan melihat dua
tangan besar. Dia menangis kehairanan. “Nenek! Nenek! Besarnya
tangan nenek!". Serigala itu berkata “kedua tanganku besar agar
dapat memeluk kamu dengan baik sayangku".
Laila memandang wajah neneknya dan melihat mulut neneknya
yang besar lalu menjerit “nenek! Nenek! Besarnya mulut nenek!".
Serigala menjawab “mulut saya besar supaya aku dapat
memakanmu wahai sayangku". Setelah serigala itu berkata
demikian, dia terus melompat dari katil dan menelan Laila.
Kemudian dia kembali ke katil dan tidur. Serigala itu tidur
begitu nyenyak sehingga dia mula berdengkur dengan sangat
kuat dan menggegarkan rumah itu.
Ketika itu, bapa Laila melewati kawasan rumah nenek. Apabila
terdengar dengkuran yang kuat, dia masuk ke dalam rumah
untuk memeriksa keadaan nenek. Dia memeriksa ke arah katil
tetapi tidak menemukan nenek. Malah, dia ternampak seekor
serigala yang sedang tidur berdengkur dengan sangat kuat.
Ayah Laila menjerit dengan marah “sudah lama saya cuba
menangkap awak, serigala licik!".
Dia berkata demikian lalu memukul serigala dengan
kapaknya dan lekas membunuh serigala yang licik itu,
lalu melemparnya dari katil.
Kemudian dia berkata kepada dirinya sendiri ‘mungkin ibuku
masih hidup di dalam perut serigala’.
Ayah Laila membelah perut serigala itu. Dia mengoyakkannya
dan mendapati nenek masih hidup.
Dia merasa kehairanan apabila terlihat baju berwarna merah ketika
membelah perut serigala itu.
Alangkah bertambah terkejutnya dia apabila melihat Laila masih hidup
dan melompat keluar dari dalam perut serigala itu.
Laila berkata kepada ayahnya “oh, ayah!
Betapa takutnya saya ketika berada di dalam perut serigala,
kerana ia sangat gelap".
Nenek Laila juga masih hidup tetapi dia sangat lemah.
Dia tidak dapat keluar dari perut serigala, lalu ayah Laila
menariknya keluar.
Laila dan ayahnya memapah nenek dan membaringkannya
di atas katil lalu menghidangkan kek dan jus yang dibawa tadi.
Kesihatan nenek bertambah baik. Dia sangat gembira dan
berterima kasih kepada Laila dan ayahnya kerana membawa kek
dan jus yang lazat, serta membunuh serigala tersebut.
Ayah Laila memimpin tangannya dan membawanya pulang ke rumah.
Ibu Laila berasa amat gembira apabila melihat anak perempuannya dalam
keadaan baik lalu mendakapnya dengan penuh kasih sayang.
Mereka semua bersyukur kerana Laila dan neneknya masih hidup
dan selamat daripada perbuatan jahat serigala yang licik itu.
Laila memandang ibunya, dan berkata “saya berjanji tidak akan mengingkari
nasihat ibu, dan tidak akan merayau lagi apabila hendak melawat nenek selepas
ini".
GLOSARI
Merayau-rayau: Berkeliaran
Berangkat: Bertolak
Bermonolog: Bercakap seorang diri
Santapan: Makanan atau minuman yang terhidang
Bergegas: Bergerak dengan cepat
Identiti: Aspek tertentu yang dapat menunjukkan sifat
diri seseorang
Berdengkur: Bunyi nafas yang kuat sewaktu tidur
Licik: Pandai menipu atau memperdaya orang lain
Lekas: Segera atau tidak lengah
Memapah: Membantu orang berjalan dengan memegang
badannya
Mendakap: Memeluk
WATAK
Laila Si Baju Serigala Ibu Laila
Merah
Ayah Laila Nenek Laila