0
1 Kandungan BIL PERKARA MUKA SURAT 1 ATUR CARA 2 2 JK PIBG 3 3 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-48 4-11 4 LAPORAN AKTIVITI PIBG 12-13 5 LAPORAN KEWANGAN 14-15 6 USUL MESYUARAT 16-17 7 PENGHARGAAN 18
2 Atur Cara 8.00 Pagi • Pendaftaran ibu bapa dan guru • Bacaan doa • Ketibaan tetamu jemputan • Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu sekolah • Ucapan Pengetua • Ucapan perasmian • Penyampaian cenderamata kepada perasmi dan sijil kepada JK PIBG 2022 11.00 Pagi • Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 3. Membentang dan mengesahkan laporan aktiviti tahunan PIBG bagi tahun 2022 4. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2022 5. Membahaskan usul-usul 6. Ucapan penangguhan 7. Hal-hal lain 8. Pelantikan semula JK PIBG 2022/2023 untuk sesi 2023/2024 12.00 Tengah Hari • Sesi bersama-sama pengetua • Ikrar ibu bapa • Ikrar guru 1.00 Petang • Bersurai
3 JAWATANKUASA PIBG SMK KING EDWARD VII SESI 2022/2023 PENASIHAT ALIAS BIN AREFF ( PENGETUA CEMERLANG ) YANG DIPERTUA LIM KA HUAT NAIB YANG DIPERTUA TUN AHMAD LATFI BIN IBRAHIM SETIAUSAHA MUHAMAD HAFIZUL HAFIZ BIN MOHD NOR NAIB SETIAUSAHA NURUL SALWANI BINTI ABDUL HAMID BENDAHARI MAHZATUL SYIMA BINTI AHAMED NAIB BENDAHARI SALIMI FIRDAUS BIN ABD RAHMAN AJK GURU MOHD FARID BIN MOHAMED NOOR HARBHAJAN SINGH A/L KARTAR SINGH TEOH WEI KIEN ADLI BIN MOHAMED NOR ANIS MUNIRAH BINTI ALI SHAMILA RIZA BINTI MIOR HASAN SITI SHARINA BINTI HADZIR AJK IBU BAPA CHE ROSLE BIN HJ. ABD RASHID LT. KOL (B) RAHIM OMAR BIN MOHAMED MOHD NAZRISHAH BIN ABDUL MUTALAIB ASOGAN A/L PALANIANDY MOHAMMAD HAFIZ BIN AHMAD CHEE CHI HUNG MAHASUWARY A/P SANKARAN NURUL AIN BINTI MUSTAFA JURUAUDIT KHAIRUN NIZA BINTI MOHAMAD SHARIP MOHD GUZALI BIN HJ. SHAHRAN
4 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48/ 2022 SMK KING EDWARD VII Tarikh : 18 Jun 2022 / Sabtu Masa : 8.00 Pagi Tempat : Dewan Sekolah Kehadiran : Guru : 104 orang Ibu Bapa : 65 orang 1.0 Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG Sesi 2021/2022 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir kerana memberi sokongan kepada PIBG dan pihak sekolah selama ini.Selain itu, YDP PIBG menegaskan peranan PIBG adalah untuk menyatukan ibu bapa supaya dapat membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek. Permuafakatan yang baik dapat menjana aktiviti-aktiviti yang lebih baik dari semasa ke semasa untuk melahirkan ‘The Greater Edwardian’. 2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 47,2021 2.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 dari halaman 7- 9. 2.2 En. Tun Ahmad Latfi mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disahkan. Cadangan disokong oleh Lt. Kol (B) Rahim Omar Bt Mohamed. Tindakan:makluman 3.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG tahun 2021 3.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti dan sarana PIBG kali ke 47 dari halaman 10- 11.
5 3.2 En. Mohd Azizul telah mencadangkan agar laporan dan sarana PIBG disahkan dan telah disokong oleh En. Asogan. Tindakan : makluman 4.0 Pembentangan dan Pengesahan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2021 4.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. 4.2 En.Che Rosle telah mencadangkan agar penyata kewangan diterima dan disahkan. Cadangan disokong oleh Pn. Aida Binti Mutalib. Tindakan:makluman 5.0 Usul Ibu Bapa dan Guru 5.1 Pengurusan PIBG dan Sekolah mencadangkan kutipan Sumbangan PIBG seperti berikut: 5.1.1 Sumbangan PIBG sebanyak RM 30 satu keluarga. Semua ahli mesyuarat yang hadir setuju sebulat suara. 5.1.2 Sumbangan Wang Program Kecemerlangan untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 sebanyak RM 30, Tingkatan 4 sebanyak RM 55, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 sebanyak RM 80. Puan Nurul ingin mendapatkan kepastian sama ada sekolah memberi kelonggaran bayaran bagi ibu bapa yang mempunyai anak lebih dari seorang ataupun mempunyai anak kelainan upaya di sekolah ini. Pengetua menjelaskan anak kelainan upaya mempunyai kad OKU dan mendapat peruntukan daripada kerajaan iaitu Elaun Murid berkeperluan Khas (EMK) . Oleh itu, bayaran sumbangan wang program kecemerlangan mereka adalah sama. Untuk ibu bapa yang mempunyai anak lebih daripada seorang pula, anak kedua dan seterusnya dikurangkan bayaran wang kecemerlangan sebanyak RM 10.
6 5.1.3 Sumbangan perbelanjaan komputer sebanyak RM 10 bagi setiap murid. Semua ahli mesyuarat yang hadir setuju sebulat suara. 5.1.4 Bayaran majalah sekolah dikekalkan RM 12 satu keluarga. Semua ahli mesyuarat yang hadir setuju sebulat suara. 5.1.5 Pengetua mencadangkan semua guru turut menyumbang RM 50 bagi sumbangan PIBG. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara. Tindakan : Makluman 5.2 En. Mohd Hazizi Bin Abdul Majid bertanyakan mengenai keselamatan pelajar semasa pulang dari sekolah terutama penunggang motosikal. Pengerusi memaklumkan pihak sekolah sentiasa memberi peringatan kepada murid supaya mementingkan aspek keselamatan semasa datang atau pulang dari sekolah. Seterusnya, menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk memastikan anak masing-masing selamat di jalan raya seperti memakai topi keledar, mempunyai lesen dan menunggang dengan berhemah. Tindakan : Makluman 5.3 En. Meor Mohd Ariffin menyatakan makanan kantin mahal dan tidak setaraf kualiti serta makanan juga tidak mencukupi. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menjelaskan bahawa pihak sekolah telah membuat siasatan dan mendapati pihak kantin menjual makanan dengan harga yang tercatat dalam kontrak perjanjian. Pada dua tahun sebelumnya, pengusaha kantin telah menyerap kos harga makanan dengan menjual lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di dalam kontrak. Namun, disebabkan kos harga barang yang semakin tinggi, pengusaha kantin tidak mampu lagi untuk menyerap kos harga makanan dan terpaksa mengikut harga asal yang ditawarkan. Kuantiti makanan yang dijual dengan harga yang ditawarkan juga adalah lebih murah daripada harga jualan pasaran luar. Tindakan : Makluman
7 5.4 Pn. Sakthi A/P Pajalinggam mencadangkan pihak sekolah untuk membaiki pam tandas dan lampu tandas yang tidak berfungsi. Tandas juga perlu dicuci. Pengerusi menjelaskan bahawa pihak sekolah sentiasa membaiki kerosakan di tandas tetapi oleh kerana pelajar sekolah yang nakal telah menyebabkan kerosakan tandas acap kali berlaku dan tandas juga selalu dalam keadaan kotor. Pekerja pembersihan sentiasa mencuci tandas mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari. Tindakan : Makluman 5.5 En. Mohammad Hafiz Bin Ahmad mencadangkan pihak sekolah untuk mencari jalan mengatasi masalah tembok penghadang di kaki lima bangunan sekolah yang agak rendah dan boleh membahayakan murid. Pengerusi menjelaskan pihak sekolah akan memastikan keselamatan murid di blok tersebut terjamin. Tindakan : Makluman 5.6 Pn. Siti Nazira Bt. Azha mencadangkan pihak sekolah untuk mengembalikan pasukan hoki sekolah selepas 2 tahun tergendala akibat ketiadaan jurulatih hoki. Penolong Kanan Kokukurikulum menjelaskan bahawa semua aktiviti yang dijalankan secara bersemuka telah ditangguhkan semasa pandemik melanda. Tetapi pada tahun ini, aktiviti-aktiviti permainan akan dimulakan balik seperti biasa mulai Julai. Guru-guru juga telah menghadiri mesyuarat. Buat masa ini, aktiviti ko-akademik sahaja masih dijalankan secara online. Tindakan : Makluman 6.0 Ucapan Penangguhan Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen ibu bapa yang hadir pada hari ini. Pengerusi menyatakan harapan beliau supaya kehadiran ibu bapa akan meningkat daripada 60 orang kepada 100 hingga 150 orang pada tahun hadapan.
8 7.0 Hal-hal lain 7.1 En Asogan mencadangkan supaya diwujudkan kabinet di dalam kelas bagi menyimpan buku pelajar supaya dapat mengatasi masalah isu beg berat. Pengetua memaklumkan jika murid mengikut jadual waktu yang ditetapkan, isu beg berat tidak akan timbul. Sekiranya ibu bapa bersetuju, pihak sekolah boleh menyediakan kabinet. Walau bagaimanapun pihak ibu bapa perlu membayar untuk menampung kos kabinet tersebut. Tindakan : Makluman 7.2 En Soleh bin Osman bertanyakan kepada pihak sekolah tentang tiga perkara : 7.2.1 Apakah sasaran pihak sekolah terhadap pasukan bola sepak sekolah. En Siva memaklumkan aktiviti kokurikulum baru sahaja dibenarkan untuk dilaksanakan dan segala perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 7.2.2 Adakah pelajar kelas sukan yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik mempunyai peluang untuk masuk ke kelas Rancangan Khas. Pengetua memaklumkan bahawa jika murid itu layak, jawatankuasa pemilihan boleh memasukkannya ke dalam kelas Rancangan Khas. 7.2.3 Mohon dibenarkan penggunaan telefon bimbit bagi murid asrama untuk memudahkan komunikasi dengan ibu bapa. Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa penggunaan telefon bimbit dibenarkan pada hujung minggu. Walau bagaimanapun, apabila berlaku ketidakpatuhan terhadap peraturan, telefon bimbit akan disimpan oleh warden. Tindakan : Makluman
9 7.3 Pn Norhaliza mencadangkan supaya diadakan gotong royong bagi membersihkan tandas. 7.3.1 Pn. Suziyana memberi cadangan supaya setiap kelas diberi tanggungjawab untuk menjaga tandas, sekiranya berlaku masalah, kelas tersebut perlu mengambil tindakan. Pn Nurul kurang bersetuju dengan cadangan ini kerana ia akan menjadi masalah sekiranya di dalam kelas tersebut terdapat pelajar yang tidak sihat dan terpaksa menanggung kesalahan orang lain yang tidak menggunakan tandas dengan baik. Sebaliknya beliau mencadangkan supaya murid dikenakan bayaran untuk masuk ke tandas bagi memastikan tandas dapat dijaga dengan baik. 7.3.2 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa hal ini akan di ambil perhatian oleh pihak sekolah. Petugas pembersihan akan membuat pembersihan tandas secara berkala. Beliau juga memaklumkan pihak sekolah dalam proses untuk menerima blok bangunan baru dan apabila ia siap kelak, murid akan mempunyai tambahan tandas baru. Tindakan : Makluman 7.4 Pn Suzainal bertanyakan tentang keselamatan pelajar yang bergerak dari asrama ke sekolah setiap hari. Pengetua memberi maklum balas bahawa, setakat ini keselamatan masih terjamin. Tindakan : Makluman 7.5 En Che Rosle mengusulkan tentang dua perkara 7.5.1 Ibu bapa perlu memastikan anak-anak yang membonceng motosikal ke sekolah secara bersama-sama, pastikan tidak memberi kunci kepada adik yang pulang lebih awal bagi mengelak berlaku kecelakaan akibat membawa motosikal tanpa lesen memandu. 7.5.2 Jurulatih sukan perlu menjaga bahasa ketika sesi latihan bersama murid kerana kata-kata yang kurang sopan akan memburukkan imej sekolah. Tindakan : Makluman
10 8.0 Lantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2024 Pengerusi membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2021 dan En. Sivanathan dilantik sebagai pengerusi sementara. Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2024 yang dilantik adalah seperti lampiran A. Tindakan : Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
11 Lampiran A JAWATANKUASA PIBG SMK KING EDWARD VII SESI 2022/2023 PENASIHAT ALIAS BIN AREFF ( PENGETUA CEMERLANG ) YANG DIPERTUA LIM KA HUAT, PPT NAIB YANG DIPERTUA TUN AHMAD LATFI BIN IBRAHIM SETIAUSAHA MUHAMAD HAFIZUL HAFIZ BIN MOHD NOR NAIB SETIAUSAHA NURUL SALWANI BINTI ABDUL HAMID BENDAHARI MAHZATUL SYIMA BINTI AHAMED NAIB BENDAHARI SALIMI FIRDAUS BIN ABD RAHMAN AJK GURU MOHD FARID BIN MOHAMED NOOR HARBHAJAN SINGH A/L KARTAR SINGH TEOH WEI KIEN ADLI BIN MOHAMED NOR ANIS MUNIRAH BINTI ALI SHAMILA RIZA BINTI MIOR HASAN SITI SHARINA BINTI HADZIR AJK IBU BAPA CHE ROSLE BIN HJ. ABD RASHID LT. KOL (B) RAHIM OMAR BIN MOHAMED MOHD NAZRISHAH BIN ABDUL MUTALAIB ASOGAN A/L PALANIANDY MOHAMMAD HAFIZ BIN AHMAD CHEE CHI HUNG MAHASUWARY A/P SANKARAN NURUL AIN BINTI MUSTAFA JURUAUDIT KHAIRUN NIZA BINTI MOHAMAD SHARIP MOHD GUZALI BIN HJ. SHAHRAN
12 Aktiviti PIBG sesi 2022/2023 Bil Nama Aktiviti Penglibatan Tarikh Objektif 1 Bantuan Awal Persekolahan & Baitulmal Guru tingkatan dan 200 orang Ibu bapa berkelayakan 27 Januari 2022 Membantu keluarga berkelayakan dari segi kewangan untuk memulakan sesi persekolahan 2 Sumbangan Meja Kuliah di surau asrama Ustaz Mohd Said 30 Mac 2022 Memudahkan aktiviti keagamaan di asrama 3 Sumbangan Baju Raya Gene Martino, 25 orang murid B40 26 April 2022 Murid kurang berkemampuan dapat meraikan hari raya dengan meriah 4 Sumbangan Jersi Ragbi Old Edwardian 95’ 7 Mei 2022 Sekolah menerima 15 persalinan jersi ragbi 5 Sumbangan Hari Raya PIBG, Guru SMK King Edward VII, 27 Mei 2021 Memberi sumbangan RM 50 kepada setiap kelas untuk sambutan Hari Raya 6 Sumbangan pembinaan surau sekolah Old Edwardian (individu) 4 Jun 2022 Sekolah menerima RM2050 dari 2 orang Old Edwardian 7 Sumbangan kepada tabung PIBG Dato’ Hj. Shalimin 18 Jun 2022 Dato’ Hj. Shalimin menyumbang RM5000 kepada tabung PIBG
13 8 Sumbangan Jersi Bola Sepak Old Edwardian 96’ 18 Jun 2022 Sekolah menerima 11 persalinan jersi bola sepak daripada OE 96’ 9 Sumbangan 11 Jersi bola sepak kepada pasukan bola seak sekolah Old Edwardian 98’ 27 Jun 2022 Pasukan bola sepak menerima satu set jersi untuk kejohanan bola sepak daerah 10 Sumbangan 2 set jersi dan 15 batang kayu hoki Bekas pemain hoki sekolah 9 Julai 2022 Pasukan hoki menerima set jersi dan kayu hoki yang lengkap 11 Perkongsian Amalan Baik Perpustakaan Tiger Adnan Haris (Pustakawan Perdana Putrajaya) 30 Julai 2022 Berkongsi amalan baik pengurusan perpustakaan dengan pihak sekolah 12 Hari Bertemu Waris calon SPM PIBG, Ibu bapa calon SPM, Pihak sekolah 23 Julai 2022 Menyampaikan hasrat pihak sekolah dan memastikan ibu bapa sama-sama membantu meningkatkan pencapaian anak masing-masing. 13 Sumbangan Mesin Sanitizer Tiger Neow Choo Seong (OE 04’) 29 Oktober 2022 Sekolah menerima mesin sanitizer automatic di pintu masuk sekolah
14 Penyata Kewangan
15
16 Usul-usul mesyuarat Bil Usul Pencadang Maklum balas 1 Pengetua mencadangkan kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2023 adalah seperti berikut: i) Sumbangan PIBG sebanyak RM 30 satu keluarga ii) Wang Program Kecemerlangan untuk setiap tingkatan: Tingkatan 1: RM 30 Tingkatan 2: RM 30 Tingkatan 3: RM 30 Tingkatan 4: RM 50 Tingkatan 5: RM 50 Tingkatan 6: RM 50 * Catatan: Bagi anak kedua dan seterusnya, wang program kecemerlangan akan dikurangkan RM 10 iii) Sumbangan perbelanjaan komputer sebanyak RM 10 bagi setiap murid iv) Bayaran majalah sekolah dikekalkan RM 12 satu keluarga. v) Guru akan menyumbang RM 50 setiap seorang Pengurusan PIBG dan Sekolah 2 Pendidikan matapelajaran kurang, lebih kepada aktiviti kokurikulum. Mohon sekolah membuat kelas tambahan selepas waktu persekolahan. Norhaliza Bt. Azizan Anak: Muhamad Ihtisyam Islam (3RK1) 3 Memperbaiki kemudahan tandas pelajar Mohamad Idilfitri B. Redzuan Anak: Muhd Fikri Hakimi (PU2SJ) 4 Mengadakan tugasan RELA semasa pelajar pulang sekolah Sujatha A/P Krishnan Anak: Thaveenprashant (3RK1)
17 5 Tidak melanjutkan waktu persekolahan pada masa akan datang Ibrahim B. Aripin Anak: Nur Atikah (PU2BM) 6 Pencerahan pemakaian t-shirt sekolah Mohd Syukri B. Ibrahim Anak: Aizad Danish (3RK2) 7 i) Turunkan harga makanan di kantin ii) Sediakan bangku menunggu di Gate C Rahimah Bt. Hj. Shari Anak: Muhammad Aqil (PU2BM) 8 Memohon agar sumbangan PIBG boleh dibayar secara ansuran selama tempoh persekolahan Wan Ku Noorhayatina Bt. Wan Yusof Anak: Muhammad Aisy Asyraff (1RK 2)
18 Penghargaan ❖Pengetua SMK King Edward VII ❖Yang Dipertua PIBG SMK King Edward VII ❖Guru-Guru Penolong Kanan SMK King Edward VII ❖Naib Yang Dipertua & Barisan AJK PIBG SMK King Edward VII ❖Para Guru & Kakitangan SMK King Edward VII ❖Badan Pengawas, Unit Kokurikulum dan Pelajar SMK King Edward VII Serta ❖Semua Pihak Yang Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Langsung Dalam Menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 Tahun 2023
19