PENGHASILAN PRODUK
VAKUM KAWALAN JAUH
NAMA MURID : NEIL NURZIYAD
FAWWAZ BIN SAIRUL
FAIZAL
NO. KAD PENGENALAN: 060608060541
KELAS : 3 BESTARI
SEKOLAH: SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH,
PUTRAJAYA
NAMA GURU : PN. NORSYIDAH BINTI
PEMBIMBING ABDULLAH
PENGHARGAAN
BAssalamualaikum
ersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya dapat
menyiapkan laporan saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk VAKUM
KAWALAN JAUH. Laporan ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini
merupakan sebahagian daripada kerja kursus individu.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya
sepanjang saya menyiapkan projek laporan saya ini. Pertama sekali kepada Cikgu kesayangan saya
Pn. Norsyidah Binti Abdullah. Beliau guru RBT saya yang banyak memberikan bimbingan dan
semangat.
Untuk ahli keluarga saya, iaitu ayah saya, Sairul Faizal Bin Simon dan ibu saya, Nik Nafizah Binti
Nik Awang yang bersama membantu.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan, Sofhian
Altaf, Amirul Asyraf, Aiman Hafiz dan Mikael Hatta yang ikut berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek ini. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek laporan
amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat
tidak akan dilupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan
ABSTRAK
P roduk Vakum Kawalan Jauh ini dihasilkan dengan tujuan untuk membantu
membersihkan kawasan di dalam rumah saya seperti di atas meja ataupun di atas lantai
dengan lebih cepat dan berkesan.Aspek kebesihan dan keselesaan ini amatlah penting
untuk diterapkan di rumah. Hal ini bersangkut-paut dengan fungsi tempat tinggal atau rumah
itu sendiri sebagai tempat istirahat. Saya suka akan vakum ini kerana ia boleh dikawal dari
jauh menggunakan alat kawalan jauh.
Reka bentuk mekanikal, reka bentuk elektronik dan reka bentuk elektrik dipilih untuk
menghasilkan reka bentuk vakum saya dengan lebih berkesan.
Reka bentuk ini menarik, kawasan rumah saya lebih bersih, sihat dan dapat menjimatkan
penggunaan elektrik Laporan ini menunjukkan langkah-langkah penghasilan produk.
Keputusan yang diperolehi daripada pengujian dan penilaian akhir juga membuktikan produk
ini mampu memenuhi objektif penghasilannya.
Seterusnya maklum balas positif daripada pelanggan yang menyatakan kawasan rumah
mereka lebih bersih dan sihat menunjukkan kehebatan Vakum Kawalan Jauh ini sangat
berkesan.