The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ATHIRAH F1003, 2022-06-13 10:23:49

MINI PROJECT BUKU PROGRAM (F1003,F1036)

MINI PROJECT BUKU PROGRAM (F1003,F1036)

Perasmian oleh :

Encik Abdul Rahim bin Ibrahim
( Timbalan Pengarah Akademik

Politeknik Port Dickson )

Hadir bersama :

Dr. Muhammad Siri bin Muslimin
( Ketua Jabatan Perdagangan
Politeknik Port Dickson serta

Pensyarah Jabatan Perdagangan )

Ucapan Aluan dari Ketua Jabatan Perdagangan

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah dan berkat kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul
di hari yang penuh bermakna ini untuk Majlis Pelancaran Program Khidmat
Masyarakat Gotong Royong Pantai ini. Saya mengambil kesempatan di sini untuk
mengucapkan tahniah kepada warga penganjur program di atas penganjuran
majlis ini. Sesungguhnya dedikasi serta semangat yang ditunjukkan oleh semua
yang terlibat membuktikan bahawa kita semua peka dan mengambil berat
terhadap masalah dan keperluan masyarakat pada masa ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Program seumpama ini sudah tentu akan memberi manfaat
kepada rakyat dalam membantu meringankan beban mereka.
Inilah bukti jelas usaha-usaha kerajaan yang sentiasa komited
dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat yang meliputi
keseluruhan masyarakat tanpa mengira kaum dan fahaman
politik. Saya ingin mengambil peluang dan ruang yang ada ini untuk
menyeru kepada anda semua untuk terus bergiat aktif dalam
aktiviti kesukarelawan agar semangat kesukarelawan dapat
dicapai demi kebaikan semua. Apa yang penting keprihatian dan
fokus dalam bidang kerja kesukarelawan dan khidmat masyarakat
dapat dijelmakan dalam bentuk tindakan yang terancang.

Akhir kata, sekali saya merakamkan penghargaan dan terima
kasih atas jemputan untuk saya hadir seterusnya merasmikan
program pada hari ini. Saya juga mengucapkan syabas dan
tahniah kepada seluruh warga penganjur atas usaha dan
komitmen tinggi yang dipamerkan dalam menjayakan program ini.
Saya berharap ia akan diperluaskan lagi agar semua golongan
sasar akan mendapat manfaat yang dibawakan dalam Program Khidmat
Masyarakat Gotong Royong Pantai ini.

Sekian,

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabaraktuh.

Ucapan Perasmian oleh Timbalan Pengarah
Akademik Politeknik Port Dickson

Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia
Saya sangat gembira pada pagi ini kerana dapat
meluangkan masa bersama -sama dengan tuan/puan
hadirin sekalian pada Program Khidmat Masyarakat Gotong Royong Pantai ini.
Terima kasih saya ucapkan atas jemputan daripada DSK 5B
kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan program yang
penuh bermakna ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah kepada DSK 5B kerana berjaya menganjurkan gotong royong walaupun keadaan
cuaca yang tidak menentu iaitu hujan lebat dan angin kencang serta kekangan masa.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Walaupun program gotong-royong ini berlangsung pada waktu yang singkat akan tetapi
ianya dapat meningkatkan tahap kesedaran warga masyarakat mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu juga, kita dapat meningkatkan
aspek kesantunan berbahasa kita yang berlaku apabila penutur dan pendengar berusaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. Aktiviti sebegini juga dapat
melahirkan masyarakat yang sihat dan seimbang dari segi keseluruh aspek dan ianya
juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain tidak mengira bangsa mahupun
agama.

Sehubungan dengan itu, aktiviti gotong royong yang menerapkan unsur Lestari Alam
Sekitar dimana diakhir program ini diharapkan ianya dapat memupuk nilai murni alam
sekitar dikalangan warga masyarakat, dapat meningkatkan tahap kesedaran warga
masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,
menggalakkan warga masyarakat melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan,
meningkatkan kerjasama dalam menjayakan pendidikan alam sekitar dan akhir sekali
dapat mewujudkan suasana yang konsif bagi melahirkan masyarakat yang
mempraktikkan amalan hidup lestari ini.

Akhir kata dari saya, pilihan untuk membuat perubahan dari segi
gaya hidup berada di tangan kita. Buatlah pilihan yang bijak. Kita perlu menghargai
kepentingan alam sekitar dan kesantunan bahasa yang ada di Negara kita dan
mengambil tindakan yang sewajarnya. Penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab
bersama.

Oleh itu, dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya merasmikan Program Khidmat
Masyarakat Gotong Royong Pantai bagi tahun 2022.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.

Tentatif Program

Masa Aktiviti
7.30 pagi ▪ Pendaftaran
▪ Semua peserta berkumpul di Pantai Teluk
8.00 pagi
Kemang Port Dickson Negeri Sembilan
8.20 pagi ▪ Sarapan
▪ Ucapan aluan dari Ketua Jabatan
8.30 pagi
11.30 pagi Perdagangan
12.00 tengah hari ▪ Ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah
12.30 tengah hari
1.00 petang Akademik Politeknik Port Dickson
▪ Sesi pengagihan kumpulan
▪ Pengambilan peralatan gotong royong yang

disediakan
▪ Aktiviti gotong royong dimulakan
▪ Pemulangan peralatan gotong royong
▪ Pengurusan kendiri
▪ Penyampaian sijil penyertaan kepada setiap

peserta yang hadir
▪ Jamuan makan tengah hari
▪ Bersurai

Gambar

Senarai Jawatankuasa Program

1. Diploma Sains Kesetiausahaan 5B
( Penganjur Program )

2. Dr. Muhammad Siri bin Muslimin
( Ketua Jabatan Perdagangan Politeknik

Port Dickson serta Pensyarah Jabatan
Perdagangan )

3. Encik Abdul Rahim bin Ibrahim
( Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Port Dickson )


Click to View FlipBook Version