UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING ,SAM TANJONG KARANG
PROGRAM
MENTOR
MENTEE
Amalan Guru Penyayang
Murid Disayang Sekolah Cemerlang PELAKSANAAN:
MINGGU KE-4 SETIAP BULAN
PENGENALAN
Program mentor mentee adalah salah satu daripada pengisian Program Guru Penyayang
di mana semua guru adalah seseorang yang perlu memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters).
Sehubungan itu, setiap guru berperanan penting dalam menghasilkan kemenjadian murid yang
merupakan aset penting kepada sekolah.
Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan dan
interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.
Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi
menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah
kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi
tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada
masyarakat dan negara.
KONSEP
Membangun Sahsiah Diri Murid
Melalui Budaya Amalan Penyayang
RASIONAL
Setiap murid mempunyai kebolehan
membangun potensi diri bagi meningkatkan
pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan
panduan mentor.
Murid masa kini terdedah dengan pelbagai
cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang
sudah pasti amat memerlukan sokongan,
bimbingan, panduan dan perhatian bagi
membolehkan mereka menikmati kehidupan
dengan lebih optimis dan menyeronokkan.
OBJEKTIF
Mewujudkan semangat Meningkatkan kesedaran dan
kekeluargaan yang kukuh dan minat untuk terus belajar bagi
saling hormat-menghormati memperbaiki kelemahan diri.
antara mentor dan mentee. Menyuburkan budaya sihat
dalam kalangan murid dan guru
Membina keyakinan diri dalam yang boleh membantu
menghadapi masalah, hasil dari meningkatkan pencapaian
bimbingan dan sentuhan dari mentor sahsiah unggul.
yang sentiasa mengambil berat
(caring) terhadap kebajikan mereka
Mengamalkan budaya penyayang
dan saling menghargai antara
satu sama lain.
PELAKSANAAN
Program Dilaksanakan Kepada Semua Murid SAM Tanjong Karang.
Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian
masa : MINGGU KE-4 SETIAP BULAN (JUMAAT).
Bilangan perjumpaan sekurang- kurangnya 10 kali setahun dan jangka masa perjumpaan
adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.
Tempat perjumpaan adalah di dalam kelas atau mengikut kesesuaian
sekitar kawasan sekolah
PELAKSANAAN
Semua Guru Dilantik Menjadi Mentor,
Setiap Kelas Mempunyai Sekurang-kurangnya 2 Orang Mentor.
Setiap Perjumpaan Adalah Berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee Yang
Memfokuskan Kepada :
PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID
PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID
PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID
PENGURUSAN KERJAYA MURID
Mentor Dikehendaki Mengisi Borang Laporan Yang Disediakan
Pada Setiap Perjumpaan Dan Diserahkan Kepada Penyelaras (GBKSM)
MENTOR DAN MENTEE
MENTOR perlu mengendalikan sesi perjumpaan
dengan MENTEE menggunakan modul yang
diberikan
MENTOR bertanggungjawab untuk mengambil tahu dan menjaga
kebajikan MENTEE sepanjang pelaksanaan program ini
MENTEE perlu memberikan kerjasama yang baik
kepada MENTOR sepanjang program ini
MENTEE boleh merujuk atau berjumpa dengan
MENTOR untuk sebarang sokongan,
bantuan,pandangan atau perkongsian
SAM TANJONG KARANG, 45500 TANJONG KARANG SELANGOR
MENTOR
MENTEE
Amalan Guru Penyayang Murid Disayang
Sekolah Cemerlang
MENTOR MENTEE TAHUN 2021
MENTOR merupakan GURU KELAS & GURU PEMBANTU
Kumpulan MENTEE ialah ahli kelas masing-masing
SATU SUDUT MENTOR MENTEE perlu DIWUJUDKAN Di dalam KELAS
Di Akhir Perjumpaan, MENTOR MENAMAKAN 3 orang MENTEE TERBAIK
HADIAH MENARIK akan diberikan kepada :
MENTOR TERBAIK
MENTEE TERBAIK
SUDUT MENTOR MENTEE TERBAIK
JADUAL PERJUMPAAN 2021
BIL MASA AKTIVITI PERSONALIA
1. 7.25 pagi Murid berkumpul MENTOR
2. 7.30 pagi Pelaksanaan Mentor Mentee
3. 8.00 pagi MENTOR & MENTEE
Bersurai
BULAN TARIKH AKTIVITI CATATAN
FEBRUARI 15/2/2021 Pelancaran Program Mentor Mentee Kali ke-1 & 2
26/3/2021 Apa itu Mentor Mentee???
MAC 30/4/2021 “Ramadan Sihat” Kali ke-3
APRIL 28/5/2021 Raikan Syawal Kali ke-4
MEI 25/6/2021 Personaliti Vs Keperibadian Kali ke-5
JUN 30/7/2021 Patriotrisme Kali ke-6
JULAI 27/8/2021 Peperiksaan Percubaan SMA & SPM Kali ke-7
OGOS 24/9/2021 Rahmah Untuk Semua (Minda Sihat) Kali ke-8
SEPTEMBER 29/10/2021 Refleksi dan Rumusan Akhir Mentor Mentee Kali ke-9
OKTOBER Kali ke-10
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak
ke arah mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah.
Usaha ini dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera.
Program ini secara langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri
murid seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
TERIMA KASIH