The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cizzatcmalek, 2022-06-18 00:34:25

SADN1033 KUMPULAN 13

MAKANAN TRADISIONAL

SADN1033 Malaysian
Nationhood Studies
Nama Pensyarah : Dr Salmah

Binti Omar
Tema : Warna-Warni Malaysia
Tajuk : Makanan Tradisional

Kumpulan : 13 ; E

AHLI KUMPULAN: No Matrik :

No. Nama :

1. Muhammad Izzat Bin Che Malek 288875

2. Annatalie A/P Anand 288572

3. Wanda Shakila Binti Sahul Hameed 288745

4. Fatin Amirah Binti Zulhisham 288702

5. Nur Alysa Amni Binti Mohamad Sarfiee 288693

isi kandungan Muka Surat
5-7
Tajuk
8-11
Pengenalan Makanan Tradisional 12-
15
16-
18
Jenis-Jenis Makanan Tradisional 19-
21
1. tapai 22-26
2.kuih bakul 27-29
3. tosai 30-31
4.Nasi Biryani 32-33
5.air tuak
6. Hinava 34-35

Kesan- Kesan Makanan Tradisional Dilupakan 36-37
38-39
Punca-Punca Makanan Tradisional Dilupakan 40-41

Langkah-Langkah Supaya Makanan Tradisional Tidak
dilupakan

Kebaikan Mengingati Makanan Tradisional

Kesimpulan

Rujukan

MAKA NA N
TRADISIO NAL

4

PENGENALAN Terdapat pelbagai cara untuk
menghasilkan makanan tradisional
Malaysia merupakan sebuah negara ini dengan membakar, menggoreng,
yang terkenal dengan kepelbagaian mengukus dan menumis. Di samping
warisan dan salah satunya ialah
makanan tradisional. Makanan itu, masyarakat yang bersikap
tradisional merupakan makanan yang majmuk juga mempengaruhi dalam
menepati citarasa dan menjadi menghasilkan makanan tradisional
kebiasaan untuk sesuatu kaum bukan sahaja sedap dari segi rasa
tersebut. Selain itu, makanan malah ia juga dapat menonjolkan
tradisional juga mempunyai ramuan seni kekreatifan dari segi Teknik
yang berkhasiat untuk tubuh badan pembuatannya serta pembungkusan.
kita seperti berzat tinggi, penuh 5
dengan serat dan berzat tinggi.
Dengan gabungan pelbagai bahan –
bahan utama dapat menghasilkan
pelbagai jenis makanan tradisional
yang menyelerakan serta menepati
keperluan seharian badan mengikut
piramid makanan.

Di Malaysia terdapat berbilang kaum seperti
Melayu, Cina dan India merupakan kaum utama
di Malaysia dan kaum yang lain seperti Iban
dan Kadazandusun. Setiap kaum mempunyai
makanan tradisional yang berbeza – beza
mengikut citarasa kaum itu sendiri. Namun
begitu, kaum Melayu mempunyai pelbagai asal
usul seperti Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan Polinisia yang mempengaruhi
masakan di negeri tersebut. Contohnya, kaum Melayu terdahulu di Selangor
merupakan pahlawan Bugis dan Sulawesi dan kaum Melayu di Negeri Sembilan pula
daripada keturunan Minangkabau dari Sumatra. Manakala, negeri yang terdapat
di bahagian Utara Malaysia iaitu Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di bawah
pengaruh Acheh, Bugis dan Siam. Sebahagian negeri Terengganu, Kedah dan
Kelantan adalah di bawah pengaruh Siam, Thailand.

6

Di selatan pula iaitu negeri Johor, terdapat penempatan kaum Jawa dan Bugis. Maka,
makanan tradisional juga boleh dikategorikan mengikut negeri. Setiap negeri mempunyai
makanan tradisional yang unik mengikut penduduk di negeri tersebut. Bagi
perkembangan budaya kaum Cina pula, ia bermula pada abad ke – 15 apabila Laksamana
China Yin Ching dan Cheng Ho singgah di Melaka semasa perjalanannya ke Barat. Sultan
Mahmud amat tertarik dengan adat resam budaya Cina yang dibawa oleh Laksamana
Cheng Ho. Maka, Sultan Mahmud pun berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh dan
mengeratkan lagi hubungan dua negara ini. Bagi kaum India pula, mereka telah dibawa
masuk oleh Kerajaan British untuk bekerja sebagai buruh di ladang getah dan menetap
di Malaysia.

7

TAPAI

8

Tapai

Tapai merupakan makanan yang tidak asing lagi bagi masyarakat
Melayu di negara ini. Kebiasaannya, Tapai akan dimakan sebagai
pencuci mulut kerana rasanya yang manis Kebanyakan majlis-
majlis keraian orang Melayu seperti kenduri kahwin dan majlis
kesyukuran menggunakan Tapai sebagai pencuci mulut. Namun,
sejak akhir-akhir ini, pilihan Tapai untuk dijadikan makanan
pencuci mulut di mana-mana majlis semakin berkurangan.

Akan tetapi, masih terdapat ramai masyarakat di negara ini yang tahu memasak dan suka akan
Tapai. Hal ini kerana mereka tidak melupakan sejarah-sejarah pembuatan tapai yang diturunkan
secara turun temurun oleh nenek moyang mereka. Mengikut beberapa pendapat, sejarah asal-usul
kewujudan Tapai ini berasal dari makanan kaum Jawa. Namun, kesahihannya masih tidak dapat

dikenal pasti sehingga hari ini. Walaubagaimanapun, Tapai telah diiktiraf sebagai salah satu
makanan tradisional kaum Melayu yang sangat unik.

9

Terdapat dua jenis Tapai iaitu Tapai Ubi dan Tapai Pulut.

Kebiasaannya, orang lebih gemar untuk makan tapai pulut kerana

rasanya yang lebih sedap. Selain itu, untuk membuat Tapai Pulut,

bahan-bahan yang diperlukan adalah sangat mudah. Hanya dengan

pulut, ragi dan sedikit gula, Tapai Pulut dapat disiapkan. Bahan-

bahan ini perlu dicampur sehingga sebati. Selepas itu, bungkuskan

dengan daun tapai. Namun, pada zaman ini, daun tapai sukar untuk

didapati. Oleh itu, daun pisang dijadikan ganti. Akan tetapi, rasanya

akan sedikit berubah. Setelah siap dibungkus, Tapai Pulut akan

diletakkan ke dalam pasu tempayan yang ditutup dengan kain untuk

diperam selama 3 hari. Setelah itu, Tapai Pulut itu sedia untuk
10
dimakan.

Mengikut petua orang zaman dahulu, proses membungkus Tapai tidak
boleh dilakukan sambil memakan sirih atau dibungkus berdekatan
dengan apa-apa sahaja yang berwarna merah. Ini kerana Tapai
dikatakan akan menjadi warna merah dan kesedapannya akan
berkurangan.

Tapai bukan sahaja sedap untuk dimakan, ianya juga ada khasiat yang
baik. Antaranya ialah ia kaya dengan sumber probiotik, dapat
membantu melancarkan sistem penghadaman, membantu menguatkan
tulang dan gigi, menstabilkan suhu badan dan juga boleh menjadi
sumber tenaga kepada tubuh badan. Namun, pengambilan yang tidak
terkawal boleh menyebabkan kepada penyakit seperti diabetes.

11

KUIH BAKUL

12

Kuih Bakul

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina
ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung
pulut berbentuk seperti dodol serta melekit dan
kenyal. Kaum cina mempunyai kepercayaan bahawa
Tuhan yang dilantik oleh Maharaja dari syurga atau
lebih dikenali sebagai ‘Tuhan dapur’ yang mengawal
tingkah laku manusia di dunia. Mereka juga percaya
bahawa kuih manisan ini dapat dipersembahkan kepada
‘Tuhan dapur’ agar dapat memberi laporan yang baik
mengenai rumah tangga mereka kepada Maharaja.
Bukan itu sahaja, menikmati kuih bakul dipercayai
dapat mendatangkan tuah ketika di hari perayaan
disebabkan namanya yang membawa maksud “setahun
lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.

13

Kuih bakul yang kenyal ini boleh disimpan lama hingga berbulan-bulan jika

disimpan atau disejukbeku dengan baik. Bahan-bahan yang digunakan

dalam pembuatan kuih ini adalah sangat sedikit dan mudah untuk didapati

iaitu tepung pulut, gula pasir, gula merah, air, daun pisang serta tali rafia

yang digunakan untuk mengikat.Walaupun bahan-bahannya mudah

didapati tetapi cara pembuatannya agak rumit kerana perlu melalui proses

kukus sehingga berbelas jam serta terdapat pantang larang tertentu yang

patut dipatuhi dalam memastikan kuih bakul masak dengan sempurna,

bermutu dan tahan lama. 14

Antara amalan lama yang patut dipatuhi bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku adalah menggantung sebilah pisau dan
kulit limau di atas tudung pengukus. Mengikut
pantang larang Tionghua, jika suasana sekitar
rumah tidak harmoni ketika penghasilannya,
kuih bakul tidak akan masak walaupun dikukus
lama. Selain itu, daun pisang yang digunakan
untuk mengalas acuan dan dimasukkan adunan
itu dapat meimbulkan aroma yang menyelerakan.

15

TOSAI

16

Tosai

Tosai merupakan salah satu makanan tradisi kaum
India. Ia adalah makanan ringan yang lazat
dihidangkan tidak kira pagi, petang atau malam.
Hidangan ini didapati sangat popular dalam
kalangan rakyat Malaysia terutamanya Orang
Melayu dan Cina kerana tosai adalah seperti salah
satu menu utama di kedai mamak.

Tosai dihidangkan bersama bermacam jenis kuah
contohnya seperti kuah dal, kuah kari ayam atau
ikan, dan sambal. Selain itu, tosai diisi dengan
bawang dan kentang yang telah digoreng sehingga
rangup.

17

Makanan ini adalah pilihan sesuai untuk diet yang sihat
kerana tosai mempunyai kolesterol yang rendah dan jika
dimasak menggunakan non-stick pan, boleh mengelakkan
lemak kosong peratus. Bahan utama untuk menyediakan
tosai adalah kacang tosei atau dalam bahasa Tamil
"ulundhu". Ianya digelar "Urad Dhal" secara lazimnya di
India.

Walaupun resepi masakan India didapati berbahaya kepada kesihatan, terdapat

rempah ratus yang digunakan untuk mencegah kesihatan makanan. Menurut kaum

India, rempah-rempah menawarkan banyak manfaat kesihatan dengan sendirinya,

menjadikannya cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Contohnya, penggunaan

urad dalam tosai boleh menyebabkan perut kita angin. Untuk menyelesaikan masalah

ini, rempah “halba” digunakan. Halba juga akan menambah aroma dan rasa dalam
18
makanan.

NASI BIRYANI

19

Nasi Biryani

Biryani, atau beriani adalah hidangan berupa nasi basmathi yang kaya
dengan rempah ratus, dibuat dengan sayur-sayuran atau daging.
Nama biryani berasal dari perkataan Parsi iaitu beryā(n) yang
bererti “goreng” atau “panggang”. Asalnya, pelancong dan pedagang
Parsi memperkenalkan masakan biryani kepada orang India dan
Pakistan. Gaya masakan ini berasaskan campuran rempah dan perisa
dari India dah juga Parsi. Hidangan ini dinikmati oleh ramai orang di
pelbagai negara termasuk Iraq, Iran, Bangladesh, dan Sri Lanka.
Biryani juga merupakan salah satu faktor yang signifikan dan
memberi kesan terhadap Tamadun Islam di India. Oleh sebab itu,
makanan ini juga terkenal di kalangan Muslim.

20

Makanan ini terkenal dengan aroma rempah ratus
dan rasanya yang enak. Sesetengah orang mendapati
bahawa hidangan ini sukar untuk dibuat kerana
jumlah rempah ratus yang digunakan sangat banyak.
Bahan yang diperlukan adalah termasuk minyak sapi,
ketumbar, bunga cengkih, kayu manis, halia, buah pala,
cokmar, lada, buah pelaga dan lain-lain lagi. Ia juga
dihidangkan bersama kari daging atau kurma.
Kebanyakan daging yang dipakai adalah daging
kambing, namun sering divariasikan diganti dengan
ayam, udang, dan ikan.

Terdapat banyak variasi biryani di wilayah India Selatan, terutamanya di wilayah
Muslim. Contohnya, ada restoran yang menyediakan nasi biryani dengan campuran
makanan laut. Sementara di India Tengah, daging kerbau, ayam atau daging lebih
banyak digunakan. Sapi tidak digunakan kerana masyarakat India menganggap
haiwan ini sebagai haiwan suci. Nasi biryani yang dibuat dengan sayuran juga
terkenal kerana kebanyakan penduduk In2d1 ia merupakan vegetarian.

AIR TUAK

22

Air Tuak Air tuak merupakan salah satu makanan
tradisional orang iban sejak dahulu lagi. Iban
dalam bahasa iban bermaksud orang atau
manusia iaitu kaum asli yang tinggl di pulau
borneo. Air tuak merupakan sejenis minuman
yang beralkohol biasanya diminum oleh
masyarakat di Sabah dan Sarawak semasa musim
perayaan.
Ia adalah minuman yang beralkohol tradisional
yang dikenali di kalangan masyarakat
bumiputera. Minuman ini dibuat dari
pemeraman bahan tertentu bergantung pada
suku kaum tersebut. Terdapat beberapa jenis
tuak di Malaysia iaitu tuak kelapa, tuak nipah
dan tuak beras.

23

Tuak beras dibuat dengan cara memfermentasikan beras tersebut di dalam
sebuah tempayan, proses ini dikenali sebagai tajau dimana proses ini akan
mengeluarkan karbon dioksida. Selain itu, proses ini juga memakan masa selama
dua minggu sebelum ia boleh diminum. Setelah itu, beras tersebut akan menjadi
seperti nasi tapai tetapi ia akan dibiarkan untuk jangka masa yang lama maka

tuak tersebut akan menjadi lebih sedap untuk diminum.

24

Ramuan digunakan untuk membuat tuak beras
secara tradisional menggunakan dua bahan sahaja
iaitu beras pulut dan ragi. Langkah-langkah dalam
penghasilan tuak yang perlu diberi penekanan
adalah sentiasa mengacau beras tersebut agar ia
masak secara menyeluruh dan tidak hangus.

Proses pembuatan tuak mengunakan kaedah fermentasi dimana bakteria akan
mengubah beras pulut yang pepejal menjadi cecair maka menjaga kebersihan
sepanjang proses pembuatan tuak akan diberi keutamaan kerana kemasukan
bakteria lain akan merosakkan tuak tersebut. Ragi pula dibuat daripada tepung
beras yang dicampur dengan halia dan cengkih. Seterusnya, air tuak yang telah sedia
untuk diminum akan disimpan di dalam botol kaca daripada botol plastik kerana
menggunakan botol plastik boleh mengubah bau tuak tersebut. Salah satu petua
adalah menyimpan tempayan di tempat yang gelap agar bakteria dalam proses
fermentasi aktif.

25

Tuak beras juga terbahagi kepada dua jenis iaitu
tuak untuk lelaki iaitu tuak apai dan tuak induk
untuk perempuan. Tuak induk lebih digemari di
kalangan para wanita kerana rasanya yang agak
manis.

Pada masa ini ramuan air tuak telak diubah suai
mengikut cita rasa terkini iaitu akan dicampur dengan
gula bagi menanmbahkan rasa manis tuak tersebut.
Tuak beras lazimnya dihidangkan semasa hari perayaan
seperti gawai dayak, gawai hantu dan juga gawai
burung. Ia dipercayai sebagai pemberian kepada “petara”
untuk memberkati pesta penuaian tersebut.

26

HIN A V A

27

Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional yang
terkenal dari puak kaum Kadazandusun, Sabah. Kaum
kadazandusun atau lebih dikenali sebagai Mamasok Sabah
merupakan kaum paling terbesar di Sabah. Kaum ini juga
merupakan gabungan dari dua bangsa iaitu bangsa Kadazan dan
bangsa Dusun di Borneo.
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidang
an
tradisional yang istimewa bagi kaum ini. Bahan utama
untuk menghasilkan Hinava ini ialah isi ikan segar.
Bahan sampingan untuk menghasilkan Hinava ini adalah
biji buah bambangan yang telah diparut, lada merah, halia,
limau nipis atau limau kasturi, bawang merah dan garam. Cara – cara untuk menghasilkan
Hinava ini sangat mudah. Hanya perlu campurkan semua bahan – bahan yang disediakan
dan digaul sama rata. Isi ikan yang biasa digunakan ialah dari ikan Tenggiri ataupun ikan
Yu. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak namun begitu, isi ikan tersebut akan masak
melalui perahan air limau nipis atau limau kasturi seakan seperti sushi. Selain daripada
menggunakan isi ikan segar, bahan utama untuk membuat Hinava juga boleh digantikan
dengan sotong segar ataupun udang segar. 28

Hidangan Hinava merupakan hidangan yang istimewa
semasa kaum kadazandusun menyambut Pesta Kaamatan
atau Tadau Kaamatan. Pesta Kaamatan merupakan pesta
menuai padi yang disambut di negeri Sabah dan Labuan.
Penduduk di Sabah menyambut pesta ini untuk berterima
kasih kepada Tuhan Kuinoingan atas memberi hasil tuaian yang baik serta berdoa
memohon keberkatan untuk tuaian yang lebih baik untuk masa akan datang. Bagi
penduduk di Sabah, padi merupakan tanaman emas dan dianggap seperti bijirin
kehidupan. Pesta Kaamatan ini menandakan bahawa berakhirnya kitaran penanaman
padi tersebut. Di samping menjadi hidangan istimewa sewaktu Pesta Kaamatan,
hidangan Hinava ini juga boleh dijadikan hidangan yang istimewa pada majlis – majlis
penting seperti majlis perkahwinan serta majlis pertunangan.






29

Kesan Makanan Tradisional Dilupakan

Melupakan makanan tradisional merupakan tidak ada lagi yang berminat untuk makan
perbuatan yang banyak memberi kesan negatif makanan tradisional dan menyebabkan
terhadap kehidupan masyarakat tidak mengira pupusnya makanan tradisional.
bangsa. Antara kesan makanan tradisional Selain itu, dengan melupakan makanan
dilupakan adalah Makanan Tradisional itu tradisional, sesebuah masyarakat itu akan
sendiri akan diancam kepupusan. Saban hari, kehilangan satu sumber identiti mereka.
masyarakat dilihat tidak lagi mencari makanan Makanan merupakan satu simbol peradaban
tradisional untuk dimakan. Masyarakat lebih sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai
gemar untuk makan makanan segara ataupun keunikan makanan yang tersendiri. Keunikan
makanan tular yang berasal dari negara lain. makanan mereka menjadi kebanggaan
Lama kelamaan, masyarakat akan asyik dengan mereka dan menunjukkan identiti mereka.
makanan yang mereka nikmati dan secara Disebabkan itu, melupakan makanan
perlahan, tradisional seolah-olah menghilangkan
identiti sesebuah bangsa.

30

Kesan Makanan Tradisional Dilupakan

Di samping itu, perbuatan melupakan makanan Apabila makanan tradisional semakin
tradisional akan menyebabkan kurangnya dilupakan, makanan tradisional akan menjadi
orang yang tahu akan resepi sesuatu masakan suatu makanan yang dianggap istimewa dan
itu. Seperti yang diketahui, resepi makanan terhad. Dengan berkurangnya orang yang tahu
tradisional tidak dimiliki oleh semua orang. untuk membuat makanan tradisional dan
Bukan semua orang pandai untuk memasak permintaan untuk makanan tradisional tinggi,
makanan tradisional. Jika resepi makanan harga jualan makanan tradisional akan
tradisional tidak diwarisi, tidak akan ada orang melonjak naik. Tambahan pula, selain keunikan
untuk menyambung pembuatan makanan makanan tradisional itu sendiri, nilai sejarah
tradisional. Hal ini menyebabkan masyarakat yang dibawa oleh makanan tradisional itu akan
kekurangan permata untuk meneruskan membuatkannya menjadi lebih mahal lagi.
identiti bangsa. Akhir sekali, harga makanan Impaknya, masyarakat di negara ini perlu
tradisional akan melonjak tinggi. membayar lebih untuk memakan makanan
yang berasal dari tempat sendiri.
31

Punca-punca makanan tradisional dilupakan

Kini, makanan tradisional yang dahulu sering Terdapat beberapa punca yang menyebabkan
disediakan oleh nenek moyang kita saban hari makanan tradisional dilupakan di dalam
dilupakan oleh segelintir rakyat Malaysia. Oleh kalangan rakyat Malaysia antaranya ialah
kerana perkembangan teknologi dan pengaruh pengaruh makanan segera dan makanan luar
media massa rakyat makin terdedah dengan negara. Makanan segera adalah makanan yang
makanan luar Negara berbanding dengan disiap dan dihidangkan dengan pantas seperti
makanan tradisional Negara sendiri. Selain itu, makanan dalam tin dan makanan sejuk beku.
kanak kanak dan remaja lebih menggemari Pengaruh media massa seperti instagram dan
makanan ringan kerana ibu bapa lebih tiktok juga antara punca ia dilupakan. Ini kerana
mendedahkan makanan ringan kepada anak- negara-negara luar mempromosi makanan
anak berbanding makanan tradisional. tradisional mereka menggunakan aplikasi ini.
Denga ini anak-anak lebih mudah terpengaruh
untuk mencuba makanan luar negara
berbanding makanan negara sendiri.

32

Punca-punca makanan tradisional dilupakan

Seterusnya ibu bapa juga memainkan peranan Antara punca lain makanan tradisional sering
yang penting dalam mengajar dan dilupakan adalah kerana bahan-bahan ataupun
memperkenalkan makanan tradisional kepada alatan dalam penyediaan sesuatu makanan
anak-anak dan bukan sekadar makanan semasa tradisional itu sukar diperolehi. Contohnya
musim perayaaan. Ibu bapa yang sibuk bekerja perubahan alam sekeliling menyebabkan
sehingga tidak ada masa untuk memasak untuk sesetengah bahan sukar diperoleh dan hanya
anak-anak juga adalah salah satu punca ini boleh didapati di negeri-negeri lain serta
kerana ibu bapa akan mmbeli makanan dari luar perubahan dari segi teknologi menyebabkan
maupun masak makanan sejuk beku atas tujuan sesetengah rakyat tidak membuat acuan untuk
ia lebih senang dan cepat. mengolah sesuatu makanan tradisional
tersebut.

Di samping itu, tiada resepi yang standard yang digunakan oleh nenek moyang kita
juga adalah salah satu punca makanan tradisional dilupakan. Justeru itu, resepi
makanan tradisional akan sering diubah mengikut citarasa masyarakat setempat. Ini
menyebabkan generasi muda pada hari ini tidak dapat merasa makanan tradisional

seperti mana ia disediakan oleh moyang kita. 33

Langkah-langkah supaya makanan tradisional tidak dilupakan

Terdapat beberapa langkah bagi mengatasi

masalah ini antaranya ialah dengan mengadakan Ibu bapa juga perlu memperkenalkan
minggu warisan budaya di sekolah bagi pelajar makanan-makanan tradisional dalam
mengenali makanan tradisional negara kita. Guru- diri anak-anak dengan memasak
guru juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti makanan tersebut bersama-sama agar
seperti pertandingan memasak ataupun dapat mengeratkan hubungan
pertandingan teka silang kata bagi pelajar bersama anak-anak. Anak-anak juga
mengenali cara penyediaan dan nama makanan dapat mengenali bahan-bahan di
tradisional tersebut. dalam masakan tersebut maka resepi

Guru-guru juga boleh mengadakan jamuan makanan makanan tradisional tidak dilupakan
tradisional bagi pelajar dapat merasa pelbagai jenis dan tidak diubah suai.

makanan tradisional dari pelbagai kaum. Pelajar

bukan sahaja dapat mengenali pelbagai jenis

makanan tradisional yang belum pernah rasa malah

mereka juga dapat mengeratkan hubungan

silaturrahim antara kaum lain. 34

Langkah-langkah supaya makanan
tradisional tidak dilupakan

Rakyat Malaysia juga boleh
mempromosikan makanan tradisional
secara global dengan membuka restoran-
restoran di luar negara agar penduduk-
penduduk di luar negara dapat merasa
makanan tradisional Malaysia.
Langkah seterusnya adalah dengan memuat
naik resepi secara online supaya generasi
akan datang dapat meneruskan masakan
tersebut tanpa mengubah makanan itu
mengikut keadaan semasa.

35

Kebaikan Mengingati Makanan Tradisional

Terdapat pelbagai kesan baik jika kita sentiasa
mengingati makanan tradisional. Hal ini demikian kerana
makanan tradisional merupakan identiti sesebuah negara
serta melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Bukan
itu sahaja, makanan tradisional dapat menyatukan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Misalnya pada
bulan ramadhan,bukan setakat orang Islam sahaja yang
mengunjungi bazar ramadhan untuk mencari makanan

malah terdapat juga kaum lain yang ingin merasai dan
menikmati makanan kaum Melayu. Hal ini dapat

menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan
kaum di sesuatu tempat. Masyarakat juga dapat mengenali

pelbagai jenis makanan daripada pelbagai kaum di
kawasan tinggal mereka.

36

Kebaikan Mengingati Makanan Tradisional

Kebaikan seterusnya adalah dapat dijadikan sebagai Akhir sekali, mengekalkan makanan
strategi tarikan pelancong atau pengunjung untuk tradisional adalah seperti kita memelihara
mencuba bagaimana rasanya makanan tradisional dan akan dan memulihara budaya warisan kaum. Ini
membuatkan mereka terpaut untuk membeli lebih lagi
untuk dibawa pulang ke negara mereka sebagai kerana setiap kaum mewarisi makanan
cenderamata. Dengan tidak sengaja, makanan tradisional tradisional secara turun termurun.
telah menyumbang kepada ekonomi negara serta
dibuktikan dengan kemasukan pelancong asing yang
meningkat dari tahun ke setahun. Hal ini juga dapat
mempromosikan negara kita kepada mata dunia dengan

kelazatan makanan tradisional.

37

Kesimpulan

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis makanan
yang mewakili setiap kaum yang wujud di
negara ini. Makanan-makanan tersebut sangat
popular semasa musim perayaan dan semasa
upacara istiadat setiap kaum. Malaysia
mempunyai slogan 1 Malaysia, iaitu
menggalakkan makanan tradisional dinikmati
oleh kaum lain. Ini sedikit sebanyak dapat
membantu mengelakkan salah faham dan
ketegangan kaum dan membolehkan rakyat
Malaysia mewujudkan masyarakat yang harmoni.

38

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa makanan
tradisional memainkan peranan penting dalam membentuk
perpaduan masyarakat majmuk negara. Individu itu boleh
mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang
makanan tradisional kaum lain, seperti mempelajari asal usul
sejarah hidangan itu dan juga budaya yang dikenakan semasa

mengkonsumsi makanan itu.

Apabila setiap kaum faham dan sedar akan budaya yang
diamalkan oleh masyarakat lain, mungkin akan wujud
persefahaman antara mereka dan akan terus saling
hormat-menghormati akan satu sama lain. Indahnya
apabila semua bangsa berkongsi cita rasa dan alami
hidup bermasyarakat tanpa prejudis dan salah faham.

39

RUJUKAN

M Anem. (2021, August 15). Tuak - Apa Cerita?. Anim Agro
Technology. http://animhosnan.blogspot.com/2021/08/tuak-apa-
cerita.html?m=1

Kuih Bakul - Kuih Simbolik Tahun Baru Cina!. (2016, February 1).
https://b.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=24718

Orang Sabah: Hinava. (n.d). Blogger. Retrieved from
http://orangsabahan.blogspot.com/p/hinava.html

Hinava. (n.d). Wikipedia. Retrieved from https://ms.wikipedia.org/
wiki/Hinava

40

Anonymous. (2013, April 29). Kepelbagaian Makanan di Malaysia.
The Beauty of Malaysia. http://thebeautyofmalaysia.blogspot.
com/2013/06/makanan-melayu.html

Bunga Lawang. (2012, November 30). Secubit Garam Sesudu
Rempah: Kuih Tradisional Tempatan Semakin Hilang??.
http://rempahdanherba.blogspot.com/2012/11/kuih-tradisional
-tempatan-semakin-hilang.html?m=1

Dikukus 16 jam, kuih bakul ada pantang larang. (2018, Feb 8).
projekmm. https://www.projekmm.com/news/carimakan/
2018/02/08/dikukus-16-jam-kuih-bakul-ada-pantang-larang.

/1572797
41


Click to View FlipBook Version