The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Asyiqin Haris, 2022-10-25 13:17:41

BUKU PROGRAM KONVENSYEN TS25 26.10.2022

BUKU PROGRAM KONVENSYEN TS25 26.10.2022

Amanat

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat
Sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat izin-Nya,
kita dapat bertemu semula dalam konvensyen yang menjadi
platform perkongsian amalan terbaik dalam kalangan sekolah
yang menyertai Program Transformasi Sekolah 2025. (TS25).
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana menjadikan
penganjuran Konvensyen Kebangsaan Program Transformasi
Sekolah 2025 (TS25) Kali Ke-3 Tahun 2022 satu realiti.

Tema “Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti dan Kerjasama Komuniti Menjana
Kemenjadian Murid" yang dipilih bagi konvensyen kali ini bertepatan dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mentransformasikan sekolah sebagai
institusi pembelajaran ke arah memastikan kemenjadian murid yang holistik melalui
peningkatan keupayaan kepimpinan dan profesional guru secara berterusan. Pelibatan ibu
bapa dan komuniti secara aktif dalam pembangunan akademik juga amat penting untuk
meningkatkan proses pembelajaran, keberhasilan murid serta prestasi akademik murid dan
sekolah secara menyeluruh.

Saya berharap konvensyen ini dapat memberi ruang dan peluang kepada para pendidik
untuk berkongsi idea dan amalan terbaik TS25 yang telah bermula sejak tahun 2015.
Semoga konvensyen ini menjadi sebuah platform perkongsian tentang perkara-perkara
yang inovatif dan kreatif dalam kalangan pemimpin sekolah, guru dan komuniti untuk
mewujudkan persekitaran yang membawa kepada pembelajaran bermakna anak murid
kita.

Program TS25 merupakan program transformasi secara holistik bagi membangunkan
sekolah sebagai institusi pembelajaran yang berkesan melalui pelibatan aktif pemimpin
sekolah, guru dan komuniti. Program ini diharap dapat merealisasikan misi KPM iaitu
“Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu
bagi Memenuhi Aspirasi Negara” serta mencapai visi KPM iaitu “Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa dan
pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Konvensyen Kebangsaan Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kali Ke-3 Tahun 2022. Semoga segala perkongsian
ilmu dan kepakaran yang diperoleh sepanjang konvensyen ini dimanfaatkan oleh semua
peserta agar terus berusaha meningkatkan prestasi dan keberhasilan murid.

DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI

1

Amanat

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme
Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat
limpah kurnia-Nya Konvensyen Kebangsaan Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kali Ke-3 bagi tahun 2022
dapat dilaksanakan. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur
atas kejayaan merealisasikan konvensyen ini. Semoga aspirasi
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) untuk
mentransformasikan minda dan cara bekerja warga sekolah
tercapai. Ini seterusnya diharap dapat memacu kecemerlangan
sekolah dengan sokongan profesional serta komuniti yang ada
bagi melahirkan anak didik yang mampu berdikari dan bermandiri dalam era globalisasi.

Matlamat Program TS25 adalah untuk melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan, pelibatan pembelajaran murid yang aktif dan
bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan, guru yang
kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu. Matlamat ini
diterjemahkan melalui empat bidang keberhasilan intervensi transformasi dalam Program
TS25 iaitu pemimpin berkesan, guru berkualiti, sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) dan komuniti, serta persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermakna. Empat
bidang ini merupakan fokus tema konvensyen pada kali ini, “Pemimpin Berkesan, Guru
Berkualiti dan Kerjasama Komuniti Menjana Kemenjadian Murid".

Saya berharap pelaksanaan Program TS25 memberi aspirasi kepada semua pihak untuk
terus berusaha meningkatkan kecemerlangan di sekolah. Justeru, semua sekolah perlu
berkongsi aspirasi yang sama untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran yang
bermakna dengan melibatkan semua murid. Semoga penganjuran konvensyen kali ketiga
ini dapat menterjemahkan aspirasi tersebut melalui perkongsian amalan terbaik sekolah
TS25 dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat.

Akhir kata, saya berharap semua yang menyertai Konvensyen Kebangsaan Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kali Ke-3 Tahun 2022 mengambil peluang ini untuk
belajar dan berkongsi pengalaman serta amalan terbaik daripada rakan sejawat di sini.
Saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada ahli jawatankuasa atas kejayaan penganjuran
konvensyen ini. Semoga penganjuran konvensyen ini dapat diteruskan pada tahun-tahun
akan datang, dan semoga kita dapat bertemu semula dalam platform ilmu yang boleh
dimanfaatkan bersama-sama.

DR. AHMAD RAFEE BIN CHE KASSIM

2

Amanat

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Sektor Operasi Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izin dan limpah kurnia-Nya, Konvensyen Kebangsaan Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kali Ke-3 Tahun 2022 dapat
dilaksanakan. Saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah
kepada ahli jawatankuasa dan semua pihak terlibat yang telah
bekerja keras bagi menjayakan konvensyen pada kali ini. Besar
harapan saya agar semua peserta konvensyen kali ini
mengambil peluang untuk bertukar-tukar idea dan pandangan
serta berkongsi amalan terbaik dalam meningkatkan prestasi
dan kualiti pendidikan di sekolah.

Perkembangan pendidikan negara telah membawa kepada pertumbuhan, daya saing dan
perkembangan dalam pelbagai bidang. Pelbagai usaha berterusan dilaksanakan bagi
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek (JERI). Program TS25 adalah salah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, disokong
gaya kepimpinan berkesan, guru berkualiti dan pelibatan komuniti yang padu dan
berterusan.

Selaras dengan tema “Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti dan Kerjasama Komuniti
Menjana Kemenjadian Murid", penganjuran konvensyen ini merupakan sebuah platform
bagi warga sekolah dan pendidik untuk berkolaboratif dan berkongsi amalan terbaik dari
sudut kepimpinan, kualiti guru dan pelibatan komuniti. Justeru, kita berharap segala
perkongsian sepanjang konvensyen ini dapat membantu para peserta menimba ilmu bagi
perkembangan potensi murid ke arah kecemerlangan akademik serta mempunyai
kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan hasrat
kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya saing pada
peringkat global.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli
jawatankuasa dan semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam
menjayakan konvensyen ini. Semoga Konvensyen Kebangsaan Program Transformasi
Sekolah 2025 (TS25) Kali Ke-3 Tahun 2022 berjalan lancar dan mencapai matlamat yang
dihasratkan.

DR. NORISAH BINTI SUHAILI

3

Amanat

Pengarah
Bahagian Profesionalisme Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam Hormat dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas kerjasama
Jawatankuasa Induk dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau
Pinang dalam merealisasikan pelaksanaan Konvensyen
Kebangsaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kali
Ke-3 Tahun 2022. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada barisan Pengurusan Tertinggi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberi kelulusan bagi
pelaksanaan Program TS25. Terima kasih juga saya ucapkan
kepada semua warga pendidik dan pihak yang terlibat secara
langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan Program
TS25 dan konvensyen pada kali ini. Kejayaan program dan konvensyen ini merupakan
hasil usaha, kerjasama dan sokongan semua pihak yang terlibat.
Seperti kita sedia maklum, Program TS25 telah dilaksanakan bermula tahun 2015 dengan
pelibatan 100 buah sekolah. Pada tahun 2022, sebanyak 8,923 buah sekolah telah
menyertai TS25. KPM menyasarkan menjelang tahun 2025 seluruh sekolah di Malaysia
akan terlibat secara langsung dalam program ini. Program ini adalah sebahagian daripada
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan modal insan yang unggul
melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, pemimpin yang berwawasan,
guru yang kompeten dan komitmen komuniti yang padu. Konvensyen ini pula merupakan
platform yang disediakan untuk sekolah yang terlibat berkongsi amalan terbaik dalam
pelaksanaan Program TS25 ini. Saya berharap semua yang hadir pada konvensyen kali ini
dapat membawa pulang sesuatu yang bermakna dan boleh diaplikasikan untuk
meningkatkan kecemerlangan sekolah.

DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN

4

Pengenalan & Objektif

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

PENGENALAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
(TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari
dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:

• persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;
• disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan;
• guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi; dan
• komitmen komuniti yang padu.

OBJEKTIF KONVENSYEN KEBANGSAAN PROGRAM
TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

1. Pembugaran Ilmu
Pendedahan kepada ilmu dan pengetahuan baharu dalam transformasi
pendidikan.

2. Upskilling
Meningkatkan keupayaan kepimpinan dalam kalangan pengetua, guru
besar, guru penolong kanan dan Rakan ELIT.

3. Pemantapan
Memantapkan peranan pemimpin dan guru dengan sokongan ibu
bapa/komuniti.

4. Amalan Terbaik
Menyediakan peluang perkongsian amalan terbaik untuk semua pihak.

5

Tema & Subtema

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

TEMA
Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti dan Kerjasama
Komuniti Menjana Kemenjadian Murid

SUBTEMA

Pemimpin Guru
Berkesan Berkualiti

Pelibatan Kemenjadian
Komuniti Murid

6

Atur Cara

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Hari Pertama
26 Oktober 2022 (Rabu)

MASA PROGRAM
2:00 – 3:00 Pendaftaran peserta
petang
3:00 – 3:30 Taklimat konvensyen
petang
3:30 – 4:30 Refleksi Resolusi KKPTS25 Kali ke-2
petang Tahun 2018
4:30 – 5.30 Minum petang
petang
5:30 petang – Rehat dan makan malam
8:30 malam
8:30 – 10:30 • Ucapan alu-aluan
malam
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
10:30 – 11:00 Pulau Pinang
malam
• Persembahan

Slot 1:
Ucaptama
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
“Kepimpinan dan Anjakan Paradigma
Melestarikan Transformasi Sekolah 2025
(TS25)”
Minum malam

7

Atur Cara

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Hari Kedua PROGRAM
27 Oktober 2022 (Khamis)

MASA

6:30 – 8:00 pagi Sarapan pagi

8:00 – 10:10 pagi Slot 2:

•••••P• emSSSSSSKMKKKMbeKK(DSSnFAuiaMntEantgPoLungk’uDdgaiKtrzaAiraaaDn)fyjfuaSAaaryemmriarSaatihnlnaagnhHTielirrb2aik

10:10 – 10:30 pagi Minum pagi

10:30 pagi – Slot 3:
12:40 tengah hari
P•••••• emSSSSSSMMKMMKbeKKKKBPnaaBT(TtLandeuu)ndannkgManigktarguekSnTutTMheeAeIonmanmmdthdoeiaumrssraltlaaooSnhoP2edTeInnteItrtsuraekblgaarniakdsai r

12:40 tengah hari – Makan tengah hari dan rehat
2:00 petang

8

Atur Cara

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Hari Kedua
27 Oktober 2022 (Khamis)

MASA PROGRAM
2:00 – 3:30 petang
Slot 4:
3:30 – 4:30 petang
•••P• emSSSSMKMKbeKKSBnuaSKtanlatungbAagaalnaaintBnhBJeoAeadnmsyayuaautlnan Terbaik
4:30 – 5:00 petang
Slot 5:

Pembentangan Amalan Kepimpinan

•BerSkMesKaMn ulong

•PemSMbeKnPtaenrgmaani Kemenjadian Murid
Indah

•PemSMbeKnKtahnirgaJonhKaerimenjadian Murid

Minum petang

5:00 petang – Rehat dan makan malam

8.30 malam

8:30 – 10:30 malam ••SloBPtiec6ra:sreamPbraohfeasnioMnuarlid

Pengarah

Bahagian Profesionalisme Guru

10:30 – 11:00 Minum malam

malam

9

Atur Cara

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Hari Ketiga
28 Oktober 2022 (Jumaat)

MASA PROGRAM
6:30 – 8:00 pagi Sarapan pagi

8:00 – 8:45 pagi Slot 7:
Pembentangan Kajian Program TS25

8:45 – 10:00 pagi Slot 8:
Forum
Pemimpin Berkesan, PdP Berkualiti
serta Sokongan Komuniti Memacu
Kemenjadian Murid

10:00 – 11:30 pagi Slot 9:
Majlis Penutupan

• Persembahan Murid
• Resolusi
• Perasmian Penutup

11.30 pagi – Makan tengah hari dan bersurai

12:30 tengah hari

10

Jadual Pembentangan

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Hari Kedua

27 Oktober 2022 (Khamis)
Slot 2 (8.00 – 10.10 Pagi)

PEMBENTANG SUBTEMA TAJUK

Hj Mustapa bin Hj Pemimpin Nakhoda Unggul

Abidin Berkesan Transformasi Kepimpinan

SMK Mudzaffar Shah

Perak Guru Berkualiti Pembudayaan “Project Based
Che Tom binti Shaari

SK Singkir Learning (PBL)” Memacu

Kedah Kecemerlangan Pendidikan

SK Singkir

Rosmani binti Man Kemenjadian Best Practices for Future

SK Dato’ Kayaman Murid Proofing Skills at DatoRich

Perlis

Mohd Azmi bin Mat Pelibatan Pemegang Taruh Pemangkin

Husin Komuniti Kemenjadian Murid dan

SK Sungai Duri Sekolah Berkualiti

Pulau Pinang

Jamaluddin bin Yusoff Pemimpin Peranan Murabbi Dalam

SMKA Putrajaya Berkesan Membantu Kemenjadian

Wilayah Persekutuan Murid Melalui e-Usrah di

Putrajaya SMK Agama Putrajaya

Radziah binti Adam Guru Berkualiti Sekolah Kebangsaan FELDA

SK FELDA Serting Hilir 2 Serting Hilir 2 Generasi

Negeri Sembilan 3 Dimensi

(FeSHiD’s Generasi 3D)

11

Jadual Pembentangan

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Hari Kedua

27 Oktober 2022 (Khamis)
Slot 3 (10.30 Pagi – 12.40 Tengah Hari)

PEMBENTANG SUBTEMA TAJUK

Noriha binti Nordin Kemenjadian Pembudayaan STEM dan
SMK Bukit Sentosa 2 Murid Kefahaman Melalui Reka
Selangor Bentuk Merealisasi
Pembelajaran Bermakna Murid
Koek @ Kuek Chu Hiang Pelibatan Ke Arah Globalisasi
SMK (L) Methodist Sentul Komuniti Kolaboratif Komuniti Pencetus
Kuala Lumpur Pemimpin Kecemerlangan SMK (L)
Datin Hajah Zamhirah Berkesan Methodist Sentul
binti Osman Iskandar Multimedia Super
SMK Tunku Mahmood Guru Berkualiti Corridor (IMSC) The Beginning
Iskandar of a New Legacy Menerajui
Johor Kepimpinan Transformasi
Mohd Zabani bin Jalil Sekolah 2025
SK Padang Temu Meningkatkan Penguasaan
Melaka Kemahiran Asas Membaca dan
Menulis Perkataan Jawi Dalam
Ummi Mariza binti Che Ya Kemenjadian Kalangan Murid Tahun 5
Dengan Menggunakan Bahan
SMK Tengku Indra Petra Murid Inovasi Jawi Fast Board
Hopping Cricket@TIP
Kelantan
SK Bandar Temerloh: Peneraju
Murad bin Mohamad Pemimpin Sekolah Magnetik dan
Futuristik Melalui KmR
SK Bandar Temerloh Berkesan

Integrasi

Pahang

12

Jadual Pembentangan

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Hari Kedua

27 Oktober 2022 (Khamis)
Slot 4 (2.00 – 4.00 Petang)

PEMBENTANG SUBTEMA TAJUK
Guru
Yusarimi bin Md Yusuf Berkualiti Juara Dunia Pendidikan
SMK Kuala Besut Nuklear: Jejak Jejak SMK
Terengganu Kemenjadian Kuala Besut
Murid
Haisah binti Batjo Jom Rado 360 Darjah
SK Balaban Jaya Pelibatan Memacu Kemenjadian Murid
Sabah Komuniti
Pelibatan Ibu Bapa,
Liong Shou Chuan Pelibatan Komuniti dan Swasta
SMK St Anthony Komuniti (PIBKS): Satu Transformasi
Sarawak Sekolah

Dg Sarifah binti PIBKS Memacu
A. Mahmod Pembelajaran Bermakna
SK Sungai Bedaun Melalui Projek Komuniti
Wilayah Persekutuan Sains, Teknologi,
Labuan Kejuruteraan dan Matematik
(STEM)

13

Ucaptama & Bicara Profesional

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

UCAPTAMA

Dato’ Hj. Pkharuddin bin Hj. Ghazali
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

BICARA PROFESIONAL

Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah
Bahagian Profesionalisme Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia

14

Refleksi Resolusi & Forum

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

REFLEKSI RESOLUSI KKPTS25
KALI KE-2 TAHUN 2018

YBrs. Dr. Hajah Zakiah binti Shafiee
Timbalan Pengarah
Bahagian Profesionalisme Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia

FORUM

Panel 1
YBrs. Dr. Balasandran a/l A. Ramiah
Master Trainer Kepimpinan Program TS25

Panel 2
YBrs. Dr. Shahrir Affandi

bin Daud @ Mohamed
Master Trainer Kepimpinan Program TS25

Panel 3
Tuan Haji Mohd Sukor bin Md Yusoff
Setiausaha Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti
dan Swasta Negeri Pulau Pinang

15

Pembentangan Kajian & Penutup

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

PERASMIAN PENUTUP

Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme
Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBENTANG KAJIAN PROGRAM TS25
YBrs. Dr. Ling Song Kai
Penolong Pengarah
Unit Sekolah Jenis Khas
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

En. Muhammad Akmal bin Ngadiman
Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Bakat (Latihan)
Sektor Sumber Manusia
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

16

Pembentangan 1

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Nakhoda Unggul Transformasi
Kepimpinan

Amalan baik bertemakan Nakhoda Unggul Transformasi

Kepimpinan yang berkesan dan bersungguh-sungguh

merupakan pemboleh ubah kepada kecemerlangan sekolah.

Tajuk ini digarap bagi memacu transformasi kepimpinan

dalam usaha menangani isu pengurusan pentadbiran yang

banyak menghambat kepemimpinan seperti pengurusan

pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid.

Hal ini demikian kerana jika kita gagal bererti kalah, kalau

kita berjaya bererti menang dan kesemuanya disandarkan

pada prinsip Transformasi Pemangkin Kecemerlangan

Sekolah. Pengetua memainkan peranan yang penting

sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas

terhadap organisasi yang dipimpinnya. Pencapaian

Mustapa bin Abidin kecemerlangan sesebuah sekolah adalah bergantung pada
SMK Mudzaffar Shah pengurusan yang cekap dan kepimpinan yang strategik.
Pengetua perlu mempunyai kebijaksanaan yang tinggi untuk
Perak
menjadi pemimpin yang berkesan, berpengalaman dan

proaktif di pelbagai peringkat. Pengetua perlulah peka dan sensitif terhadap
perubahan mendatang, lebih berprestij dan berkaliber mampu membawa
transformasi kepada sekolah. Penekanan kepada nilai-nilai murni dan ketuhanan
adalah penekanan yang memang sewajarnya sebab nilai-nilai murnilah yang
menjadikan seseorang itu pemimpin yang berkesan dengan kedinamikan dan
kekreatifannya dalam menghadapi masalah-masalah, mencapai matlamat-matlamat
dan juga membuat pilihan-pilihan yang diperlukan dalam menghadapi apa-apa
halangan. Kepimpinan yang berkesan, dinamik dan berwawasan berupaya
mewujudkan para pendidik yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk
menghasilkan pendidikan yang berkualiti pada abad ke-21 ini. Dengan ini akan dapat
melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mempunyai
akhlak yang mulia.

Kata Kunci: kepimpinan berkesan, transformasi kepimpinan

17

Pembentangan 2

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Pembudayaan “Project Based Learning
(PBL)” Memacu Kecemerlangan
Pendidikan SK Singkir

Che Tom binti Shaari Pendidikan berkonsepkan Kefahaman melalui Reka Bentuk
SK Singkir (KmR) melalui Project Based Learning (PBL) merupakan
Kedah pengajaran yang menekankan pemantapan pembelajaran
bermakna dalam menyepadukan pelbagai disiplin ilmu.
Melalui pembelajaran berasaskan projek, murid berpeluang
untuk meneroka pelbagai pengetahuan dan kemahiran
secara merentas kurikulum yang menjadikan pembelajaran
lebih bermakna dalam kehidupan seharian mereka.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan pendekatan
pembelajaran berpusatkan murid dan dilaksanakan secara
merentas kurikulum serta bersifat modular dalam
pelaksanaan kurikulum. Kajian ini dijalankan bagi melihat
keberkesanan pembelajaran berasaskan projek dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang meliputi
pedagogi Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Maklum balas
ini meliputi aspek perancangan, proses pelaksanaan dan
penilaian atau refleksi hasil projek. Kajian tinjauan ini

dijalankan ke atas murid tahun 4 dan 5 dengan menggunakan borang soal selidik
student voice. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan item yang dikaji mendapat
maklum balas yang positif. Aspek perancangan PBL menunjukkan 70.4% responden
gembira kerana kemudahan semasa perancangan PBL mudah didapati. Semasa
proses pelaksanaan PBL mendapati 75.3% responden gembira melaksanakan projek
kerana bebas memilih cara pembentangan yang kreatif dari idea mereka sendiri.
Manakala bagi aspek penilaian dan refleksi PBL, 77.8% responden merasa puas dan
rasa dihargai apabila mendapat komen yang positif dari guru, rakan pelajar, ibu bapa
dan pentadbir sekolah. Implikasi kajian terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran
berasaskan projek adalah ia sangat sesuai dan relevan dengan perkembangan trend
pembelajaran murid masa kini. Pendedahan pendekatan ini perlu diperluaskan ke
sekolah-sekolah lain bagi mencapai matlamat Pembelajaran Abad Ke-21 yang
berpusatkan murid secara aktif dan bermakna. Kesimpulannya, kreativiti dalam
pengajaran melalui PBL amat penting dalam memperkembangkan kreaviti murid-
murid untuk meransang mereka berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif.

Kata Kunci: pedagogi PAK21, pembelajaran berasaskan projek, pendekatan modular

18

Pembentangan 3

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Best Practices for Future Proofing Skills
at DatoRich

Sekolah Kebangsaan Dato’ Kayaman, Perlis telah

menjenamakan semula sekolah ini dengan nama DatoRich

yang merupakan Sekolah Transformasi 2025 bagi Kohort 5

bermula tahun 2020 dan telah mengikuti Modul TS 25
sehingga tercetusnya “Road Maping” sebagai garis panduan

dalam mentransformasikan sekolah. Pada hujung tahun

2021,sekolah telah berjaya mewujudkan iklim perubahan

dan mengupayakan warga sekolah dengan lebih cepat
berbanding perancangan di dalam “Road Maping” iaitu pada

tahun 2022. Amalan terbaik ini dimulakan pada pada tahun

2020 sebagai inisiatif pihak sekolah untuk meningkatkan

tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melalui kaedah “redesign”

Rosmani binti Man dalam beberapa aspek seperti fizikal sekolah, kemenjadian
SK Dato’ Kayaman murid dan warga sekolah selaras dengan Taksonomi
#09educators JPN Perlis. DatoRich juga mengambil
Perlis pendekatan dengan analisa SWOT tentang kekuatan,

kelemahan, peluang dan cabaran yang terdapat di DatoRich. Hasil dapatan tersebut,

DatoRich telah mengubahsuai fizikal sekolah, pedagogi kaedah pembelajaran iaitu

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dalam kemenjadian murid dan warga

sekolah. Cabaran yang dihadapi pada tahun 2020 apabila berlaku pendemik, murid

belajar dari rumah, PBL telah menjadi satu kaedah dalam merancang pembelajaran
di rumah yang menyeronokkan dan berkesan kepada murid. Dato’Rich telah

mengubahsuai Kemahiran Kalis Masa Hadapan (Future Proofing Skills) berdasarkan

6 Kemahiran Taksonomi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis. Pihak sekolah telah

mewujudkan pelbagai aktiviti untuk murid antaranya inovasi melalui Pembelajaran

Berasaskan Projek, SPA, Nurseri, MIC Dare to Change, Talent Skills, Warung
Bendang D’Rich dan Laman Kemerdekaan. Perbandingan rumusan analisa PBD

Tahap 1 dan Tahap2 daripada tahun 2020 dan 2021 telah dibuat dan terdapat
peningkatan tahap penguasaan berdasarkan faktor “Pulling Factor” yang telah

dilaksanakan oleh sekolah. Aspek kemenjadian murid iaitu Akademik, Kemahiran,

Akhlak dan Komuniti (AKAK) amat ditekankan. Mereka bukan sekadar menjalankan

aktiviti di warung tetapi kemahiran keusahawanan turut digarap melalui sesi

pembayaran. Di samping itu, indeks kegembiraan dalam kalangan anak-anak ini juga

meningkat.

Kata Kunci: road maping, taksonomi #09educators jpn perlis, pembelajaran berasaskan
projek, kemahiran kalis masa hadapan, pentaksiran bilik darjah

19

Pembentangan 4

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Pemegang Taruh Pemangkin
Kemenjadian Murid dan Sekolah

Berkualiti

Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) memberikan kesan secara

langsung kepada pelbagai bidang termasuk bidang

pendidikan. Rasional dengan keperluan memastikan kualiti

pendidikan di sekolah seiring dengan kehendak pasaran

pekerjaan yang berteraskan Revolusi Industri 4.0,

transformasi dalam pendidikan perlu dilaksanakan. Oleh itu,

Sekolah Kebangsaan Sungai Duri dengan kerjasama

beberapa pemegang taruh antaranya Microsoft Malaysia,

Universiti Sains Malaysia, Content Capital, Global Training

Partner dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah

bekerjasama dalam merealisasikan projek Transformasi

Digital ke arah Sekolah Berkualiti SKSD. Objektif SKSD

berusaha berkolaborasi dengan pemegang taruh di dalam

Mohd Azmi projek ini adalah kerana mereka menawarkan sumbangan
bin Mat Husin kewangan dan bimbingan kepakaran dalam ICT dan
SK Sungai Duri Teknologi Microsoft secara percuma dan berterusan.
Pulau Pinang Bermula dengan fasa pandemik, di mana idea projek ini
dicetuskan, projek ini mengambil masa 5 tahun atau 5 fasa

untuk direalisasikan. Fasa-fasa tersebut ialah fasa Perancangan, Pelaksanaan,

Pemantapan, Jalinan dan akhir sekali fasa Pembudayaan. Setiap fasa yang

dirancang, telah diputuskan secara kolaboratif bersama semua pemegang taruh agar

pelaksanaannya dapat dicapai dengan jayanya. Impak kepada gabungan usaha

sama pihak sekolah dan pemegang taruh dalam projek ini bukan sahaja berjaya

mentransformasikan sistem pengurusan dan pentadbiran SKSD ke arah digital

secara 100%, malah mengekalkan pengiktirafan SKSD sebagai Microsoft Showcase

School selama 2 tahun berturut-turut. Ia juga berjaya meningkatkan profesionalisme

dan kompetensi guru dalam penggunaan ICT di dalam PdPc sebanyak 12.9% dan

meningkatkan 30% kemahiran ibubapa dalam penggunaan Microsoft Teams. Lebih

membanggakan, guru-guru SKSD bukan hanya mendapat beberapa pengiktirafan di

dalam negara malahan di peringkat antarabangsa sebagai Microsoft Innovative

Educator dan Microsoft Innovative Educator Expert. Di samping itu, pendedahan

Minecraft Education Edition dan Microsoft tools kepada murid, berjaya meningkatkan

30% kemahiran berfikir murid kepada lebih analitikal, kritis, kreatif, inovatif dan

berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks. Ini seiring dengan kejayaan yang

dicapai murid dalam pertandingan-pertandingan Minecraft yang disertai. Ini jelas

menunjukkan kolaborasi pemegang taruh bukan hanya dapat meningkatkan

produktiviti warga sekolah, malah dapat meningkatkan kualiti profesionalisme guru

dan akademik murid-murid secara amnya. Diharapkan projek ini dapat berjalan

dengan lancar hingga ke akhir fasa pelaksanaan agar lebih banyak manfaat

dan kejayaan dapat dicapai.

Kata Kunci: Microsoft tools, Minecraft Education Edition

20

Pembentangan 5

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Peranan Murabbi dalam Membantu
Kemenjadian Murid Melalui e-Usrah di

SMK Agama Putrajaya

Peranan pendidik penting dalam membina rohani, jasmani,

emosi, intelektual dan sosial pelajar yang seimbang.

Sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah

(PdPR), terdapat beberapa maklum balas daripada guru-

guru mengenai disiplin murid. Terdapat juga maklum balas

daripada sebahagian ibu bapa yang menyatakan bahawa

anaknya tertekan disebabkan oleh pengajian secara dalam

talian yang berterusan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk

membantu kemenjadian dan sahsiah murid dalam kalangan

murid di SMKA Putrajaya. Kajian ini juga dijalankan bagi

membaiki amalan pengajaran guru dalam mengendalikan

usrah dalam kalangan murid. Bagi mengatasi masalah ini,

pengkaji melaksanakan suatu pendekatan kepada murid

Jamaluddin bin Yusoff dilaksanakan melalui usrah secara dalam talian atau dikenali
SMK Agama Putrajaya sebagai e-Usrah. e-Usrah ini merupakan suatu sistem yang
digunakan untuk mempelajari dan mendalami agama Islam
Wilayah Persekutuan secara berkumpulan. Seramai sepuluh orang nuqaba dan
Putrajaya 141 orang murid terlibat dalam kajian ini. Kajian ini telah

dilaksanakan berasaskan kitaran model kajian tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992). Data diperoleh melalui analisis dokumen, temubual berstruktur, pemerhatian
dan refleksi kendiri. Dapatan kajian menunjukkan e-Usrah berjaya membantu
kemenjadian dan sahsiah murid dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. e-
Usrah juga berjaya menambahbaik amalan guru dalam mendidik murid. Usrah secara
dalam talian ini merupakan satu inovasi dalam pembangunan sahsiah murid.

Kata Kunci: e-Usrah, kemenjadian murid, murabbi, sahsiah

21

Pembentangan 6

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Sekolah Kebangsaan FELDA
Serting Hilir 2

Generasi 3 Dimensi
(FeSHiD’s Generasi 3D)

Peranan pengurusan sekolah dalam mengagih, merancang

dan melaksanakan program pembangunan profesional

secara terancang berdasarkan Aspek 2.1: Pengurusan

Sumber Manusia Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Gelombang 2 (SKPMg2, 2017) boleh mewujudkan suasana

bekerja pada tahap kualiti yang tinggi dalam kalangan guru

di sekolah. Guru yang berkualiti sudah pasti dapat

melahirkan kemenjadian murid secara menyeluruh sama

ada dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah, dan

kepimpinan. Usaha ke arah kemenjadian murid memerlukan

penekanan terhadap kualiti guru. Melalui pemerhatian

terhadap tingkah laku murid, didapati murid mempunyai

tahap keyakinan diri yang sangat rendah dalam sebarang

Radziah Binti Adam penyertaan pembelajaran pelbagai bidang. Guru berperanan
dalam merealisasikan kemenjadian murid seiring dengan
SK (F) Serting Hilir 2 slogan “Guru Berkualiti Pemangkin Kemenjadian Murid”.
Negeri Sembilan
Justeru, pihak sekolah telah mewujudkan satu program iaitu

FeSHiD’s Generasi 3D sebagai amalan di sekolah bertujuan melahirkan kemenjadian

murid secara menyeluruh. Program ini bermula daripada kerja buat guru yang

mantap dengan pelbagai kebolehan dan kepakaran bukan sahaja di peringkat

sekolah malahan di peringkat yang lebih tinggi. Dengan adanya guru yang

mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman, maka semua kepakaran itu

boleh digunakan untuk manfaat murid di sekolah ke arah kemenjadian murid dalam

pelbagai bidang. Oleh itu, FeSHiD’s Generasi 3D merupakan satu amalan yang

dibudayakan dengan menekankan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam kalangan

warga sekolah. Pengurusan pembangunan sumber manusia secara terancang dan

sokongan pelbagai aspek terhadap guru akan menghasilkan suasana bekerja yang

bermakna kepada semua guru, seterusnya menghasilkan kemenjadian murid.

Kata Kunci: kemenjadian murid, kualiti guru, pengurusan sekolah, sumber manusia

22

Pembentangan 7

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Pembudayaan STEM dan Kefahaman
Melalui Reka Bentuk Merealisasi

Pembelajaran Bermakna Murid ke Arah
Globalisasi

Amalan Terbaik di SMK Bukit Sentosa 2 iaitu ‘Pembudayaan

STEM dan Kefahaman melalui Rekabentuk (KmR)

Merealisasi Pembelajaran Bermakna Murid ke arah

Globalisasi’ dilaksanakan dalam beberapa fasa bagi

mengemukakan usaha pihak sekolah mewujudkan

persekitaran pembelajaran bermakna yang menyeronokkan

bagi murid-murid. Usaha yang signifikan ini merupakan

salah satu inisiatif sekolah membina kemenjadian murid

secara holistik dan sekolah berkualiti. Dalam Fasa 1, usaha

ini dirancang melalui Pelan Intervensi Transformasi Sekolah

(PInTaS) yang dapat mengupayakan guru-guru berkualiti

merancang pengajaran mereka berdasarkan satu ‘Big Idea’

yang merangkumkan sekurang-kurangnya 5 mata pelajaran

Hjh. Noriha bagi setiap kumpulan murid. Berdasarkan Dokumen

binti Nordin Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), guru-guru
SMK Bukit Sentosa 2 meletakkan Standard Prestasi pada Tahap 6 menggunakan
Kemahiran melalui Rekabentuk (KmR) dan Alatan Digital
Selangor
dan Resos (DTR) untuk membina tugasan bersifat

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning) kepada murid-murid.
Murid-murid akan dilatih untuk berfikir dan belajar dalam suasana yang lebih autentik
seperti dalam alam pekerjaan yang sebenar. Mereka akan main peranan/’role play’
mengikut bidang kerjaya impian mereka dalam melaksanakan projek dan
menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru-guru. Malahan, murid-murid turut
dilatih untuk memanfaatkan penggunaan DTR dalam perancangan dan
pembentangan mereka mengenai projek yang dilaksanakan. Kekangan kewangan
menyebabkan perubahan perlu dibuat dalam fasa seterusnya dan PInTaS dibina
untuk meneruskan kelestarian KmR dan STEM dengan kewangan yang jauh lebih
rendah. Perubahan seterusnya adalah apabila dunia berdepan dengan pandemik
COVID-19. Fasa terkini melihat kepada perubahan dalam PInTaS tahun 2022 di
mana fokus adalah untuk memberikan pembelajaran yang lebih bermakna kepada
murid-murid di mana mereka akan berjaya menghasilkan ‘realia’ untuk sekolah
kesayangan kami. Amalan terbaik ini berjaya menempatkan ramai murid di sekolah-
sekolah khusus, dan memberi peluang kepada penyertaan dan pencapaian mereka
sehingga ke peringkat kebangsaan. Malahan, pihak sekolah berjaya mendapat
sokongan yang padu daripada ibu bapa dan komuniti serta syarikat-syarikat besar di
persekitarannya.

Kata Kunci: Kefahaman melalui Rekabentuk (KmR), STEM

23

Pembentangan 8

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Kolaboratif Komuniti
Pencetus Kecemerlangan
SMK (L) Methodist Sentul

Koek @ Kemenjadian murid di SMK (L) Methodist Sentul yang
Kuek Chu Hiang kurang memberangsangkan dari semua aspek sejak tahun
2010. Pelbagai inisiatif dan latihan pedagogi dari
SMK (L) Kementerian Pendidikan telah dijalankan untuk
Methodist Sentul meningkatkan kemenjadian murid dari aspek kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah kurang menunjukkan kejayaan
Kuala Lumpur yang memberangsangkan. Ini mendorong pihak sekolah
untuk merangka program bersama pihak Persatuan Ibu
Bapa Komuniti Setempat (PIBKS). Kebersamaan komuniti
yang jitu menyumbang kepada pemantapan prasarana
sekolah yang lebih kondusif dan komprehensif yang
menyokong kepada kemenjadian murid dalam aspek
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Sejajar dengan
Anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 yang menekankan kerjasama antara ibu bapa,
komuniti dan sektor swasta secara meluas bagi menzahirkan
setiap impian pihak sekolah. Sokongan kepada
pembelajaran dan persekitaran yang kondusif dapat

merealisasikan kemenjadian murid ke peringkat yang maksimum. Pelbagai sektor
swasta menjalankan tanggungjawab sosial korporat, individu yang prihatin, alumni
dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bahu-membahu dengan pihak sekolah
untuk memantapkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang dilengkapi kemahiran
masa depan. Semua kelas di sekolah serta bilik khas telah dilengkapi dengan
prasarana digital bagi menyokong pembelajaran untuk kepelbagaian pedagogi.
Prasarana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menggalakkan keseronokan
pembelajaran. Keberkesanan melengkapkan prasarana dan penglibatan secara aktif
PIBKS diterjemahkan dalam setiap kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam
aspek akademik, aktiviti kokurikulum dan sahsiah murid. Kesimpulannya, menjadi
harapan sekolah agar komunikasi antara pihak sekolah dengan PIBKS pada masa
akan datang berimpak tinggi supaya komuniti setempat terutamanya dapat menjiwai
dan terus menyokong keperluan penambahbaikan sekolah ke arah mendidik generasi
berilmu bertaraf antarabangsa dengan sahsiah yang terpuji.

Kata Kunci: kemenjadian murid, prasarana digital, sektor swasta, Persatuan Ibu Bapa
Komuniti Setempat

24

Pembentangan 9

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Iskandar Multimedia Super Corridor
(IMSC) The Beginning of A New Legacy

Menerajui Kepimpinan Transformasi
Sekolah 2025

Iskandar Multimedia Super Corridor ‘The Beginning of a New

Legacy, Iskandar The Great’ merupakan satu metamorfosis

yang berlaku di STMI pada tahun 2020 iaitu perubahan

secara total ‘new facelift’ bermula dari pagar sekolah hingga

ke hujung padang. Transformasi meliputi semua bilik darjah

menjadi bilik darjah bertema dan dilengkapi dengan

kemudahan akses internet, bilik-bilik khas memjadi studio

eksklusif, perpustakaan, ruang interaktif iaitu Iskandar

Celebrity Studio (Iskandar FM dan Iskandar TV), ruang

legar, taman sumber, surau, koperasi, kantin ,tandas dan

bilik guru. IMSC dengan tagline iPower menepati matlamat

TS25 iaitu penyediaan suasana pembelajaran bermakna

,kemenjadian murid dan sekolah kualiti dalam menghadapi
Datin Hajah Zamhirah dunia VUCA. IMSC ini telah memberi impak maksima
Binti Osman
apabila buat pertama kalinya STMI mencatat peratus
SMK Tunku Mahmood kehadiran murid tertinggi di daerah Batu Pahat pada Mac

Iskandar 2021 iaitu 99.89% kehadiran pada pembukaan sekolah

Johor selepas menghadapi pandemik COVID-19. Dalam proses

tranformasi ini juga kepimpinan berkesan telah mengupaya 56 orang guru, 12 orang
AKP dan 9 orang pekerja swasta (pembersihan dan keselamatan). IMSC juga telah
meningkatkan tahap profesionalisme perguruan dengan perkongsian bahan-bahan
PdPc digital. Ia juga telah menyebabkan berlaku peningkatan kemahiran teknikal ICT
dan keyakinan diri murid berbual bicara dengan tetamu VIP dan tetamu VVIP melalui
saluran Iskandar FM dan iskandar TV yang dikenali sebagai Iskandar Celebrity
Studio. Selain itu IMSC telah meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti
koakademik serta meningkatkan bilangan bahan bacaan dalam kalangan murid
dengan adanya 15 lokasi “Books On The Move Library”. Tambahan lagi IMSC telah
meningkatkan hubungan dua hala sekolah dengan berkolaboratif dengan sekolah
dari daerah dan negeri lain, badan-badan kerajaan serta masyarakat setempat.
STMI telah menerima Anugerah Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Daerah
Batu Pahat dan Negeri Johor 2021, dan mendapat tempat kelima dalam APSS
peringkat Kebangsaan 2021. IMSC juga menyebabkan LMS SPM 2020 meningkat
iaitu daripada 92.2% kepada 95.0% dan berlaku peningkatan GPS sekolah dari 5.14
kepada 4.71 dalam SPM 2021 iaitu pencapaian terbaik dalam tempoh enam tahun
serta lima buah sekolah di daerah Batu Pahat yang mencatat peningkatan GPS SPM
terbaik pada tahun 2021 IMSC juga menepati enam aspirasi murid dan terkandung
dalam sebelas anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.

Kata Kunci: IMSC- Iskandar Multimedia Supercorridor, STMI-SMK Tunku
Mahmood Iskandar

25

Pembentangan 10

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Asas Membaca dan Menulis Perkataan

Jawi dalam Kalangan Murid Tahun 5
Menggunakan Bahan Inovasi Jawi
Fast Board

Jawi merupakan salah satu bidang dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam yang wajib dipelajari dan dikuasai seperti

yang termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam. Penguasaan

kemahiran asas jawi iaitu membaca dan menulis jawi sangat

penting bagi membolehkan murid mempelajari

matapelajaran Pendidikan Islam dengan mudah. Namun,

sehingga kini, murid masih lemah dalam menguasai

kemahiran-kemahiran ini. Oleh itu, satu kajian telah

dijalankan bertujuan membantu murid meningkatkan

penguasaan mereka dalam kemahiran asas membaca dan

menulis jawi dengan cepat menggunakan bahan inovasi

Jawi Fast Board. Sampel kajian terdiri daripada 12 orang

Mohd Zabani bin Jalil murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Padang Temu yang

SK Padang Temu telah dikenalpasti sangat lemah dalam kemahiran ini

Melaka berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan. Kesemua

murid lemah ini telah mengikuti sesi pembelajaran menggunakan bahan inovasi Jawi

Fast Board. Data dikumpul melalui ujian pra dan pos, temu bual dan juga soal selidik

yang dianalisis secara deskriptif. Analisis data ujian pos menunjukkan berlaku

peningkatan pada jumlah murid yang menguasai kemahiran asas membaca dan

menulis jawi berbanding data pada ujian pra. Dapatan menunjukkan 75% murid dapat

menyambung huruf-huruf jawi dengan betul, 70% murid dapat membaca perkataan

yang dipaparkan dengan baik dan 60% lagi murid boleh menulis perkataan jawi

dengan betul dan tepat. Bacaan min soal selidik murid (kepuasan pelanggan) juga

berada pada aras tinggi iaitu 4.81 dan hasil temubual murid dan guru juga mendapat

maklum balas yang sangat positif. Ini membuktikan bahawa inovasi Jawi Fast Board

sangat memberi impak yang positif terhadap proses PdPc murid sekaligus dapat

membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran asas membaca dan

menulis perkataan jawi dengan betul.

Kata Kunci: jawi, jawi fast board, inovasi jawi, PdPc jawi, kemahiran asas jawi

26

Pembentangan 11

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Hopping Cricket@TIP

Ummi Mariza Hopping Cricket@TIP merupakan amalan terbaik projek
binti Che Ya pembangunan sukan kriket demi kemenjadian murid khusus
dalam bidang kokurikulum di Sekolah Menengah
SMK Kebangsaan Tengku Indra Petra (SMKTIP). Pemain-pemain
Tengku Indra Petra dipilih daripada pelbagai sekolah dan daerah di negeri
Kelantan. Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan
Kelantan pemain yang mewakili ke peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa serta meningkatkan kebolehpasaran murid ke
pusat pengajian tinggi dan peluang kerjaya. Projek ini
bermula pada tahun 2014 apabila pemain-pemain berbakat
dari seluruh Malaysia ditempatkan di SMKTIP. Atlet murid ini
ditempatkan di asrama secara percuma, dilatih oleh jurulatih
profesional dan menerima bimbingan akademik selepas
menghadiri sesi latihan pusat peringkat kebangsaan. Hasil
jaringan dan jalinan erat dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Malaysian Cricket Association (MCA) dan
Persatuan Kriket Negeri Kelantan (PKNK), projek ini telah

berjaya merealisasikan objektif di atas. Dari tahun 2016 sehingga tahun 2022,
Hopping Cricket@TIP telah berjaya menghantar penyertaan atlet sejumlah 91 orang
di peringkat negeri, 52 orang di peringkat kebangsaan dan 20 orang di peringkat
antarabangsa. Dalam aspek kemenjadian akademik, sejumlah 14 orang atlet berjaya
ke menara gading manakala dalam bidang kerjaya empat (4) orang atlet kini
berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdasarkan merit yang
diperolehi oleh mereka sebagai atlet kriket negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Projek ini juga terbukti telah berjaya membina sahsiah diri murid yang cemerlang
seterusnya melahirkan modal insan berkualiti.

Kata Kunci: kebolehpasaran murid, kemenjadian murid, kriket, peluang kerjaya

27

Pembentangan 12

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

SK Bandar Temerloh: Peneraju Sekolah
Magnetik dan Futuristik Melalui KmR

Kefahaman melalui Rekabentuk (KmR) memberi fokus

kepada pemantapan pembelajaran bermakna (deep

learning) dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

yang padu. Dalam usaha melahirkan modal insan unggul

melalui KmR, penekanan telah diberikan kepada enam

kemahiran utama yang perlu dicapai oleh murid meliputi

kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kreatif, kritis,

kolaboratif, sahsiah dan kewarganegaraan. Selain itu,

berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi

bahan, aktiviti dan projek yang unik, berguna serta berkualiti.

Penglibatan murid SK Bandar Temerloh dalam projek KmR

secara menyeluruh kepada semua aliran dan tahap telah

menunjukkan perubahan drastik pemikiran murid dan

Murad bin Mohamad kemenjadian murid yang berkualiti. Ini dapat dilihat melalui

SK Bandar Temerloh persembahan hasil reka bentuk projek yang disokong

Integrasi dengan pembentangan lisan mempamerkan kematangan

Pahang dan keupayaan menjawab soalan secara kreatif dan kritis

berkaitan proses atau impak penghasilan projek. Showcase KmR yang diadakan juga

telah menjadi platform penting untuk membuktikan kemenjadian murid dari pelbagai

aspek terutamanya keterampilan murid dan keyakinan diri yang sangat

memberangsangkan. Murid juga telah mempamerkan penguasaan kemahiran baharu

di mana murid menjiwai budaya pembelajaran abad ke-21 seperti kemahiran

membuat ramalan, berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan menyampaikan

maklumat secara berkesan. Sebagai Peneraju Sekolah Magnetik Dan Futuristik

Melalui KmR, SK Bandar Temerloh telah meneraju, mempengaruhi dan menarik

sekolah-sekolah lain untuk sama-sama menggemilangkan identiti murid hingga ke

peringkat tertinggi. Melalui gerak kerja kepimpinan bersama SLT dan MLT yang

padu, keseluruhan warga sekolah telah berupaya menjadi magnetik kepada

lingkungan masyarakat luar. Pemuafakatan yang sering ditonjolkan melalui

kepimpinan para pentadbir sekolah telah berupaya menaikkan nama SK Bandar

Temerloh seterusnya menjadi daya penarik ibarat magnet yang berupaya menarik ke

arah kejayaan bersama. SK Bandar Temerloh juga menjadi sumber rujukan kepada

semua sekolah rendah dan menengah di dalam daerah ini. Selain itu, SK Bandar

Temerloh juga telah dijadikan rakan sinergi kepada beberapa barisan kepimpinan di

luar daerah Temerloh menerusi KmR. Berkat muafakat kejayaan menjadi milik

bersama warga SK Bandar Temerloh dan diiktiraf sebagai ikon kepimpinan yang

mampu terus mengorak langkah ke era futuristik dimana perubahan memanfaatkan

teknologi dan inspirasi sentuhan idea yang mengarah ke masa depan

pembangunan pendidikan yang mampan.

Kata Kunci: kaedah pengajaran dan pembelajaran, kefahaman melalui
rekabentuk, pembelajaran abad ke-21, standard pembelajaran

28

Pembentangan 13

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Juara Dunia Pendidikan Nuklear:
Jejak Jejak SMK Kuala Besut

Objektif utama SMK Kuala Besut menyertai pertandingan

pendidikan nuklear diperingkat antarabangsa adalah untuk

meneroka ilmu baharu selari dengan potensi murid sedia

ada. Jawatankuasa Unit Inovasi dan Sains, Teknologi,

Kejuruteraan dan Matematik (STEM) membentuk task force

untuk menilai kelemahan dalam gerak kerja yang dirancang.

Bertepatan dengan status sebagai sekolah TS25, modul

Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) - Project Based

Learning (PBL) telah diaplikasi di sekolah ini. Hasil

kolaborasi berpasukan, guru yang bitara dalam bidang Sains

dan Bahasa Inggeris menggembleng tenaga bersama murid

untuk menghasilkan dapatan yang terbaik. Selain daripada

itu, sentuhan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)
Yusarimi bin Md Yusuf turut sama digembleng agar sinergi usaha sama dapat

SMK Kuala Besut disebar luaskan kepada ibu bapa dan penjaga tentang peri

Terengganu penting ilmu nuklear ini. Dalam proses penyertaan

pertandingan nuklear, guru telah berjaya membimbing murid untuk meningkatkan

keyakinan berbahasa Inggeris, mendidik murid mencari maklumat secara atas talian

dan bersemuka, membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai dan

mengeksplorasi aplikasi video untuk menyiapkan bahan pertandingan. Kemahiran

mengurus masa yang baik, komunikasi berkesan dengan rakan sepasukan, jalinan

hubungan dengan agensi luar dan kerja keras yang dipraktikkan oleh guru dalam

pasukan inovasi dan STEM melancarkan kerja yang dilakukan. Hasil daripada semua

usaha ini, SMK Kuala Besut sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Rentetan daripada kejayaan ini, SMK Kuala Besut menjadi sekolah contoh dan

inspirasi kepada sekolah lain di seluruh Malaysia. Kesimpulannya, segala kejayaan

ini hanya terhasil daripada garapan guru-guru berkualiti dalam memastikan

kemenjadian murid terhasil selaras dengan hasrat dan tekad di dalam TS25 itu
sendiri.

Kata Kunci: guru berkualiti, kemenjadian murid, pendidikan nuklear, STEM dan inovasi

29

Pembentangan 14

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Jom Rado 360 Darjah Memacu
Kemenjadian Murid

Pendidikan masa kini memerlukan transformasi melalui

pendekatan pembelajaran berpusatkan murid. Tumpuan

kepada pencapaian kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal

murid (HEM) tanpa mengabaikan perkembangan Jasmani,

Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) menjadi fokus

utama pihak sekolah menggunakan strategi Jom Rado 360

Darjah sebagai amalan terbaik agar matlamat boleh dicapai

dengan berkesan. Perancangan Strategi dan Organisasi

(PSO), Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS),

One Page Project Manager (OPPM) dan kitaran Project, Do,

Check and Act (PDCA) dijadikan landasan untuk mengukur

pencapaian Key Result Area (KRA) Transformasi Sekolah

Haisah binti Batjo 2025 (TS25) sekolah yang berkaitan kemenjadian murid.
SK Balaban Jaya Jom Rado 360 Darjah digunakan sebagai strategi
menggembleng seluruh sumber di SK Balaban Jaya merujuk
Sabah kepada kapasiti, kebolehan, kemahiran dan kepakaran bagi

meneroka serta memperkasa persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermakna

untuk memacu kemenjadian murid. Warga sekolah menggunakan amalan terbaik ini

untuk bergerak sebagai satu pasukan yang padu ke arah matlamat yang sama.

Pembelajaran dalam kelas dan persekitaran sekolah menekankan konsep 6C

sebagai asas pembelajaran PAK21 yang menumpukan aktiviti-aktiviti menyeronokkan

seperti didik hibur, main peranan, PBL dan i-Think. Penerapan aplikasi 6C ini juga

merentas program sekolah secara holistik merangkumi aktiviti dalam bilik darjah,

sukan, kokurikulum dan projek 3K secara berterusan. Implikasi kemenjadian murid

dalam aspek akademik dapat dilihat apabila ke semua 32 murid tahun enam telah

mencapai tahap penguasaan minima dalam semua 14 subjek Pentaksiran Bilik

Darjah (PBD) dan sifar pemulihan khas tahap dua pada tahun 2022 berbanding tahun

sebelumnya. Penyertaan kokurikulum diperingkat kebangsaan adalah sebanyak 65
penyertaan manakala 185 murid telah mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa

pada tahun 2022 iaitu jauh lebih meningkat berbanding 3 tahun sebelumnya. Pada

masa yang sama program HEM seperti Respect You Love You, Kem Bestari Solat

dan Plogging 10 Minutes dapat membina sahsiah murid. Jom Rado 360 Darjah telah

memacu kemenjadian murid SK Balaban Jaya Beluran dengan berkesan.

Kata Kunci: Jom Rado 360 Darjah, persekitaran pengajaran, pembelajaran bermakna,
kemenjadian murid

30

Pembentangan 15

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta
(PIBKS): Satu Transformasi Sekolah

Matlamat utama Pelan Pembangunan Sekolah Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah untuk menghasilkan

sekolah berkualiti dan kemenjadian murid pada tahun 2025.

TS25 pula merupakan salah satu program utama untuk

memantapkan kepimpinan sekolah, memaksimumkan potensi

guru dan murid menerusi kualiti pembelajaran dan pengajaran,

mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta.

Pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta di SMK St Anthony

Sarikei telah membuktikan sekolah dapat mencapai hasrat

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai sebuah

institusi sekolah berkualiti dan mempamerkan kemenjadian

murid yang semakin cemerlang. Data dan analisis menunjukkan

pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta telah meningkatkan

Liong Shou Chuan lima (5) aspek utama sekolah ini, iaitu prestasi pencapaian
SMK St. Anthony akademik, kokurikulum, prasarana, kemenjadian murid, dan
kebajikan murid. Dari segi akademik, gred purata sekolah (GPS)
Sarawak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah bertambah baik daripada

3.78 (2016) kepada 3.16 (2021). Pada masa yang sama peratusan kelulusan telah

meningkat daripada 89.20% (2016) kepada 96.62% (2021). Untuk GPS Pentaksiran

Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK) pula, gred telah meningkat sebanyak 1.92

(2016) kepada 1.43 (2021). Tahap pelibatan di pelbagai peringkat turut meningkat dan

menyumbangkan kemenangan Johan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kokurikulum

Peringkat Kebangsaan 2019. Tambahan pula, kemenjadian murid turut bertambah baik

dengan bukti kehadiran mencapai sasaran 98.40%. Dengan sokongan PIBKS, sahsiah

murid turut telah membuktikan impak dengan Penarafan Disiplin Sekolah Lima Bintang

Peringkat Kebangsaan 2019. Kebitaraan sekolah turut bertambah dengan hasilnya

program satu murid satu pemimpin. Tambahan lagi, sekolah ini telah dinobatkan sebagai

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang, Anugerah Ketua Menteri Sarawak 2019

hasil dari Pelibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS) yang cemerlang. Di samping itu,

prasana sekolah telah menjadi serba lengkap dengan pembinaan stadium terbuka bola

keranjang dan bola tampar, stadium terbuka DSH untuk bola jaring, futsal, bola baling dan

sepak takraw serta Dewan Sekolah St. Anthony. Keadaan bilik guru menjadi semakin

kondusif apabila setiap guru dibekalkan stesen kerja dan kerusi eksekutif serta komputer

desktop. 18 buah bilik darjah turut dilengkapi dengan meja dan kerusi yang baharu. Gim

sekolah telah diwujudkan, gelanggang badminton dan meja ping pong telah disediakan

untuk mengaktifkan aktiviti sukan dan permainan sekolah. PIBKS turut memberikan

sumbangan untuk menambah peralatan untuk kesenian dan kebudayaan. Bantuan dan

kebajikan turut dijaga dengan kehadiran PIBKS menjadikan sekolah ini sebagai sebuah

sekolah yang holistik dalam bidang akademik, kokurikulum dan kemenjadian murid.

Kata Kunci: kemenjadian murid, PIBG, PIBKS

31

Pembentangan 16

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

PIBKS Memacu Pembelajaran Bermakna
Melalui Projek Komuniti

Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM)

Projek Komuniti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan

Matematik (STEM) ini adalah bertujuan untuk memberi

pemahaman kepada ibu bapa dan komuniti setempat,

agensi kerajaan dan swasta akan kepentingan pendidikan

STEM dalam dunia globalisasi sekarang. Selain itu projek ini

juga diharapkan dapat memberi kesedaran bahawa

pendidikan STEM adalah tanggungjawab semua pihak

bukan hanya tanggungjawab guru STEM sahaja. Disamping

itu, projek ini juga bertujuan memberi kesedaran bahawa

pembelajaran bermakna bukan sahaja berlaku dalam bilik

darjah, namun persekitaran murid juga merupakan faktor

yang memberi impak kepada pembelajaran murid. Projek ini

dilaksanakan dengan membuat analisis Strengths,
Dg Sarifah A. Mahmod Weaknesses, Opportunities, dan Threats (SWOT) dan

SK Sungai Bedaun perlaksanaannya dengan menggunakan pendekatan

Wilayah Persekutuan Perancangan Intervensi Lima Langkah (PILL). Perancangan

Labuan aktiviti adalah berdasarkan kepada empat (4) pendekatan

iaitu pendekatan aktiviti STEM bersama ibu bapa, komuniti, Pantas STEM bersama
agensi kerajaan dan bersama pihak swasta. Impak projek ini dinilai berdasarkan
bilangan pelibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan STEM mengikut kategori
aktiviti, bilangan pelibatan murid dalam aktiviti STEM mengikut kategori aktiviti,
bilangan pelibatan guru bukan STEM dalam aktiviti STEM dan pencapaian murid
dalam aktiviti STEM. Kesimpulannya, Projek Komuniti STEM ini berjaya membawa
ibu bapa dan komuniti samada kerajaan atau swasta lebih dekat dengan sekolah dan
bersama menyokong pendidikan STEM yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Kata Kunci: pendidikan STEM, PIBKS, projek komuniti STEM

32

Pembentangan
Amalan Kepimpinan Berkesan

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

KEBERSAMAAN, KECAKNAAN KEPIMPINAN PENGETUA DALAM
MENCAPAI VISI TS25 SMK MULONG

Mohd Nazri bin Muhammad
SMK Mulong, Kelantan

Kepimpinan berkesan merujuk kepada bagaimana pemimpin tersebut
mampu mempengaruhi orang bawahannya untuk bekerja secara
sukarela bagi mencapai matlamat dan visi yang sama. Kajian ini mencari
satu pendekatan untuk mengajak para guru, staf, pelajar, dan ibu bapa
untuk merealisasikan agenda Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) dan memastikan segala program sekolah tercapai. Kajian ini
menggunakan beberapa kaedah kajian iaitu soal selidik, pemerhatian,
dan dapatan kemenjadian sekolah sebelum tahun 2016. Pengkaji melihat
hasrat ini tidak tercapai, berlandaskan pencapaian akademik sekolah dan
pencapaian lain yang tidak memuaskan di samping kebersamaan bekerja
yang tidak wujud. Oleh yang demikian, dalam mencapai matlamat ini,
penulis mengamalkan dua kaedah bekerja yakni kebersamaan dan
kecaknaan serta “role model” dalam pengurusan sekolah terutamanya
bagi mencapai visi TS25 SMK Mulong dan visi TS25 Kebangsaan serta
menjayakan kecemerlangan lain di peringkat sekolah. Bagi memastikan
dua prinsip kerja penulis ini memberi impak yang baik dalam
pelaksanaan TS25, terdapat dua modul kerja yang diaplikasi di SMK
Mulong iaitu “Modul Roh Menjiwai SMK Mulong” dan “Modul CIP SMK
Mulong”. Hasil daripada amalan kepimpinan tersebut dilihat dapat
memberi impak yang positif kepada perubahan SMK Mulong seterusnya
mampu mencapai visi TS25 SMK Mulong. Kini, SMK Mulong telah
dikenali di peringkat antarabangsa dan pada masa yang sama berlaku
peningkatan dalam pencapaian akademik. Kaedah kebersamaan,
kecaknaan kepimpinan pengetua sebagai ‘role model’ mampu mengajak
para guru dan ibu bapa bekerja bersama pemimpin sekolah dan akhirnya
memberi impak yang baik kepada semua guru, pelajar dan sekolah.

Kata Kunci: kebersamaan, kecaknaan, role model, roh menjiwai smk
mulong”, cip smk mulong

33

Pembentangan
Amalan Kepimpinan Berkesan

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Kebersamaan, Kecaknaan Kepimpinan
Pengetua Dalam Mencapai Visi TS25
SMK Mulong

Tn Hj. Mohd Nazri Bin Muhammad
Pengetua SMK Mulong, Kota Bharu, Kelantan

Pencapaian
1. 77th Annual Edition of International Invention Innovation

Competition in Canada, ICAN 2022 – Gold Medal.
2. Anugerah Hari Guru 2022 – Cikgu Juara Digital – Kategori

Pentadbir.
3. International Webinar & Showcase on Malaysia Sustainability

Projects 2021 – Gold Award.
4. Global Conference on Localising Sustainable Development

Goals (SGDs) – Silver Award.
5. MYSCE Peringkat Antarabangsa – Tempat Kedua, Juara

Keseluruhan Peringkat Kebangsaan / 2 Gold Awards & 2 Bronze
Awards.
6. Malaysia Technology Expo (MTE) 2021 The International Expo
on Innovation and Technology – 2 Gold Winners, 1 Silver
Winner & 2 Crotia Merit Awards.
7. Anugerah Hari Guru 2020 – Guru Inovatif Lepasan Menengah
8. Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Kali ke-15
2019 – Pembentang Terbaik.

34

Pembentangan Kemenjadian Murid 1

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

PEMBELAJARAN ABAD KE-21@SEMINDA MELALUI MINECRAFT

Wan Danish Hakim bin Wan Mohd Faizal, Muhammad Arif Khadafie
bin Masnizam, Hatim Iskandar bin Mohd Khairul Anwar, Lim Han Lu

dan Ng Jing Wen
SMK Permai Indah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Ilmu sains sering kali dianggap suatu subjek yang sukar. Justeru, program berinovasi
ini direka bentuk berteraskan kaedah Game-Based Learning untuk menyemai minat
remaja terhadap ilmu Sains dan Geografi malah turut menggabung jalin elemen
bahasa dan kemahiran coding. Kumpulan sasaran juga terdiri daripada murid
tingkatan dua (2). Melalui projek ini murid dapat saling mengenali dan sokong
menyokong ke arah memupuk semangat setia kawan dan perpaduan. Selain itu,
murid juga dapat berkolaborasi melalui projek Minecraft. “Kalau nak pergi cepat,
gerak secara solo. Kalau nak pergi jauh, bergeraklah secara berkumpulan”. Jadi
berpegang kepada kata-kata ini, kami berlima sebagai satu pasukan bekerjasama
untuk melaksanakan aktiviti Minecraft ini. Kerja berpasukan adalah gabungan
kebolehan, kemahiran dan pengalaman yang dilakukan secara bersepadu untuk
menghasilkan output kerja dan kuantiti dan kualiti yang lebih tinggi berbanding usaha
yang dilakukan secara persendirian. Dengan bertindak sebagai satu pasukan,
pelbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran boleh digerakkan untuk
menyelesaikan cabaran Minecraft ini. Proses reka bentuk adalah untuk memahami
dan mengenali apa sebenarnya keperluan untuk sesuatu pembinaan direka bentuk.
Langkah ini biasanya dirujuk sebagai ukuran analisis keperluan. Kami bersama-
sama mencari penyelesaian untuk tema cabaran Minecraft ini. Akhirnya,
penyelesaian terbaik telah dipilih. Bersama-sama, kami membincangkan tentang
cara penyelesaian itu boleh digunakan untuk membina reka bentuk Minecraft. Dalam
langkah ini, kami telah membuat rancangan dalam bentuk draf terlebih dahulu untuk
memudahkan penggunaannya dalam pembinaan. Langkah seterusnya ialah
membuat penambahbaikan daripada binaan yang telah dihasilkan. Hasil
pelaksanaan program mendapati kaedah Game-Based Learning berupaya
menyemai minat ilmu Sains dan Geografi serta memupuk tanggungjawab alam
sekitar berlandaskan kesedaran teknologi hijau menerusi pembelajaran sesama
rakan sebaya. Diharapkan projek sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan
agar dapat membentuk jiwa remaja yang lebih cakna terhadap Sains dan Geografi
serta kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

Kata Kunci: game-based learning, Minecraft, kolaborasi

35

Pembentangan Kemenjadian Murid 1

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Pembelajaran Abad Ke-21@SEMINDA Melalui MINECRAFT
SMK Permai Indah, Pulau Pinang

WAN DANISH MUHAMMAD HATIM ISKANDAR
HAKIM BIN WAN ARIF KHADAFIE BIN MOHD
BIN MASNIZAM
MOHD FAIZAL KHAIRUL ANWAR

LIM HAN LU NG JING WEN

Pencapaian

Minecraft STEM Engineering Design Process Challenge 2022
Peringkat Kebangsaan Anjuran Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI)

Cabaran 1: Tempat ketiga
Cabaran 2: Johan

36

Pembentangan Kemenjadian Murid 2

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

“TECHNO CAT” - ROBOTIC INNOVATION USING WASTE

Nur Alya Qistina binti Mohd Nazzri, Ausha Nur Airis binti Shahrul
dan Adam Iman bin Abdul Rahim
SK Khir Johari, Pulau Pinang

Dasar negeri dan beberapa agensi di Pulau Pinang seperti Penang
Green Council, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Penang Science
Cluster, Tech Dome dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau pinang
yang seiring dalam menjadikan Pulau Pinang sebuah hab teknologi
hijau dan juga hab inovasi terulung di negara ini seterusnya demi
merealisasikan dasar Revolusi Industri 4.0. Maka tercetus idea bagi
menghasilkan projek inovasi robotik yang dinamakan “Techno Cat”
menggunakan bahan-bahan terbuang sebagai rangka asasnya dan
micro controller Raspberi Pi Pico sebagai pengawal tindakan bagi
alat ini. “Techno Cat” ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan individu
yang mempunyai haiwan peliharaan. Individu yang sibuk dan
sentiasa bekerja di luar kawasan selama beberapa hari menghadapi
masalah meninggalkan kucing kerana ditakuti makanan habis dan
cepat rosak kerana terdedah begitu sahaja. Dengan “Techno Cat”
makanan hanya akan dijatuhkan apabila sensor dapat mengesan
kehadiran kucing di hadapan alat tersebut. “Techno Cat” merupakan
alat pemberi makan kucing secara automatik menggunakan sistem
robotik yang mana Raspberi Pi Pico berfungsi sebagai pengawal dan
bipes sebagai pengaturcaraannya. Teknologi ini berfungsi
berdasarkan sensor ultrasonik yang dipasang pada alat tersebut bagi
mengesan kehadiran kucing yang datang untuk makan.
Kesimpulannya, robot menjadikan kehidupan manusia menjadi lebih
efisien dan bersistematik.

Kata Kunci: Revolusi Industri 4.0, Sistem Robotik, Techno Cat

37

Pembentangan Kemenjadian Murid 2

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

“Techno Cat” - Robotic Innovation Using Waste
SK Khir Johari, Pulau Pinang

NUR ALYA AUSHA NUR ADAM IMAN BIN
QISTINA BINTI AIRIS BINTI ABDUL RAHIM
MOHD NAZZRI SHAHRUL

Pencapaian
Pertandingan Coding Robomania Peringkat Negeri
Pingat Gangsa

38

Reruai

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

SEKOLAH TAJUK MURID GURU

i. Keshvie a/p Prashant

ii. Nur Izzatun Zafeera

SK Convent Trash to Cash binti Mohd Nasir Puan Deeviya
Pulau Tikus iii. Zara Sabrina binti Nambbiar A/P

SMK Permai Ibrahim Tahir Prabhakaran
Indah
iv. Nur Qalesya Qaisara
SK Pauh
Jaya binti Mohd Fauzi

i. Nur Alya Najihah binti

Mohd Nizar

ii. Mardini Triulfa binti

Iskandar

iii. Nur Ayu Umairah binti

Mohd Huzairi

iv. Muhammad Zharfan

Smart Seminda Unity in v. bin Mohd Raznan Puan Noradillah
Diversity Nurfarzana binti Mohd binti Abdul
Fadil Samad
vi. Nur Shazzatul Amira

Saidi binti Abdullah

vii. Nur Amelina binti

Zambary

viii. Musfira Amira binti

Zool Abadi

ix. Nur Alyaa Qistina binti

Mohd Ridzuan

i. Raqib Farhan bin

Rozmie Zadri

ii. Muhammad Darwisy i. Encik
Aiman bin Mohd. Marhuzairi
Program Kelas Nizam bin Maktar
Nur Khalishah binti
Terhebat Sekolah iii. Mhd. Fauzi ii. Puan
Kebangsaan Pauh Jaya Syarifah Nur Zahra Nursuriyati
binti Sukhairi binti Zainon
iv.

v. Nur Aisyah Ardawiyah

binti Mohd. Zamri

39

Reruai

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

SEKOLAH TAJUK MURID GURU

i. Nur Irdina Huda binti

Razmi

ii. Aidid Mikhael bin

SK Bayan PEVIA Azhar Puan Majlini
Baru iii. Nur Safiyya Imani binti Fuman

binti Mohd Fadzli

iv. Ahmad Aqil Muzzaffar

bin Mohd Syahrol

Anuar

SK Saujana Seindah Gemilang i. Auf Azfar bin Mohd i. Nor Azida
Indah Ashraf Binti Zik

SJK(C) Jit Sin PBL ii. Muhammad Al ii. Rafidah Binti
'A' Farhan bin Ibrahim Abdul Karim

iii. Danish Aniq bin iii. Norfazlia
Ahmad Hilmi Sufinas Binti
Shuib
iv. Khaulah binti Fadzil
Asmat

i. Yeow Kai Wen Tan See Ley
ii. Low Yhu Ern
iii. Loh Yen Chen
iv. Ooi Ee En

i. Muhammad Aqil Faiq

bin Ahmad Fuad

ii. Muhamad Iman

Shahzuan bin

Abdullah

iii. Asni Fitrah binti Abd

Rahim

SMK Pameran Model Khas iv. Siti Nuradawiyah binti
Permatang
Tok Jaya Md Shukri Ustazah Hasiah

v. Jazli bin Ja'afar

vi. Muhammad Anas

Jibril bin Muhammad

Yasser

vii. Maryam Hannah binti

Mohd Zaini

viii. Nur Dania Arissa binti

Abdul Latif

40

Reruai

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

SEKOLAH TAJUK MURID GURU

SMK Datuk i. Nuurul Eemaaninaa
Haji Ahmad
Said binti Noor Salahud'din

ii. Mohamad Chairil Puan Ros

Adzlan bin Shuaib Zaisyaheda

iii. Aimy Delisha binti binti Muhamad

Amir Ros

iv. Nur Aimi Batrisyia

binti Husaini

41

Sekalung Budi

KONVENSYEN KEBANGSAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Pihak Jawatankuasa
Konvensyen Kebangsaan
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Kali Ke-3 Tahun 2022
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada:
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan Pendidikan Negeri
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

dan
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan konvensyen ini.

42


Click to View FlipBook Version