The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masjibril, 2022-03-15 07:13:29

e MAJALAH PETRA 2021

e MAJALAH PETRA 2021

SUDUT
KARYA

Dedaun yang mati, luruh, mereput. *Aku Leka Dalam Kehidupan*
Hati tidak begitu.
Terluka, mengering, hancur dan dan harus dipaksa Kian hari,
hidup. kita semakin menumbuh dewasa,
dimasa aku kecil,
Mahu mengeluh,tetapi sang semesta tidak sudi aku berfikir,
mendengar. bahawa dewasa itu akan banyak bahagia yang kita akan
Mahu menangis, angin sudah jemu mendengar. temui,
Air mata juga sudah kering. namun aku lupa,
bahawa...semakin bertambah dewasa ini akan banyak
Kaki perlu terus melangkah, ujian yang silih berganti,
Waktu tidak berhenti mengerah. yang harus aku tempuhi,
Penat, tersungkur, terpaksa bangun. tidak selesai dengan masalah harini,
Berjalan lagi, penghujung? Itu rahsia takdir. lalu dititipkan lagi masalah yang baru,

Apa hidup serumit itu ya? Lalu,aku tersenyum saat merenungi perjalanan
kehidupanku,
Kekadang terfikir, dan terfikir,
Apa semesta bersyukur punya aku? bahwa kehidupan ini bukan hanya menjanjikan bahagia
Tidak banyak protes, hanya diam, membisu, sahaja,
menelan takdir. namun akan ada terselit duka lara jua yang harus
Apa semesta tidak melihat? dihadapi
Namun, aku tidak mengharapkan itu. sehingga kita dipertemukan dengan bahagia,

_NS_ Tuhan..di sini aku menyaksikan,
(nurul hamizah binti ibrahim) bahwa sangat indah rencanamu,
16 Jun 2021 saat aku berada pada titik yang sangat lemah,
3KA lalu engkau memujuk jiwaku agar belajar untuk berdamai
pada diri sendiri,dan iya…
aku merasakan ia saat ini.

_NURHIJRIATUL SOFEA BINTI MOHD ZALIZAN_
3KA

LIFE WITHOUT YOU Banjir
BY : NUR IZLIN HARISYA BINTI MOHD AZHAR
CLASS : 5 DLP Bumi yang indah berubah suram,
Di tenggelam air akibat manusia durjana,
29th November 2021, Hujan lebat siang dan malam,
The day I lost my strongest hero, Akhirnya banjir datang, kita merana.
The day I lost my beloved man,
The day I lost my lovely dad. Hujan lebat di siang hari,
Tidak berhenti sehingga kini!
And now I will never get to meet him anymore, Tenggelamlah rumah di malam hari,
I will never see a sweet smile from him, Inilah nasib menimpa kami.
I will never hear a happy laugh from him,
I will never get a warm hug from him. Rumah kayu dihanyut bah
Pindah rumah menuju hilir,
But i still have memorable photos of him, Tidur nyenyak di pangkuan ayah,
That I will keep forever, Rupanya tidur di atas air.
I still have precious memories of him,
That I will cherish it forever. Kepala pening berdenyut-denyut,
Beli ubat di Farmasi Salam,
Rumah hanyut, kereta hanyut,
Sudah takdir harus ditelam.

Even how I wished you were here with me, -Atiyah Adillah bt Fadhil 3KA-
But I didn't want to see you in pain,
It really broke my heart into pieces,
I'd rather let you go in peace.

Life must go on even without you by my side,
But I want you to know that you were the best dad ever,
I want you to know that I will love you forever,
Until my last breath and my heart stops beating.

Seloka 6 Kenanga Petah bicaranya berapi-api,
BY: SITI AISHAH BINTI MARZUKI sungguh pemalu tetapi berani,

Salam diberi kisah dibuka, kalau berdebat hebat sekali,
ada sesuatu yang ingin dicerita, Nurul Aiesyah empunya diri.
seloka saya untuk suka-suka,
sebagai kenangan sampai ke tua. Mudah terhibur dengan gelagat kami,
Khai nama gelaran diberi,
Cikgu Mas bonda kami,
orangnya sporting, understanding sekali, orangnya segak berjiwa seni,
penat melayan karenah kami, bila melukis, wah ! mantap kali.
nak buat macam mana, kami nakal sekali.
Wajah ayu, comel pula,
Wajah ayu sempoi orangnya, Amira Azwa empunya nama,
Wahida Amalin empunya nama, manis senyuman, sopan orangnya,
orangnya sopan manis sentiasa,
siapa memandang pasti terpesona. bila ketawa merah pipinya.

Wajahnya putih, comel pula, Dua sekawan kamcing sekali,
perempuan Melayu terakhirlah katanya, Ruby dan Ain Za teman sejati,
sentiasa kecoh tak kira masa, di dalam kelas pendiam sekali,
Tuan Puteri dialah orangnya.
bila disoal berdebar dihati.
Arif dan Luqman lain pula cerita,
mereka berdua sangatlah sama, Taufirman nama empunya diri,
Mobile Legend on sentiasa, abang polis gelaran diberi,
bila ditanya krik-krik sahaja. jejaka macho kelas kami,

Maizatul Anisah nama diberi, bila dipandang, fuh ! segak sekali.
sungguh ayu menawan hati,
pasal study tak boleh dinafi, Semua rakan dapat habuan,
result exam, pergh ! gempak sekali. bukan mengutuk, bukan sindiran,

Sepak takraw pilihan hati, janganlah baran wahai teman,
setiap petang ada di gelanggang, ini semua sebagai kenangan.
Fakrul Izwan nama dipegang,
bila menyanyi merdu sekali. Kepada semua janganlah terasa,
seloka ini sekadar gurau senda,
Siti Aishah nama si dia, tak salah mengusik sekali sekala,
sifatnya ganas tak tentu masa, untuk menghilangkan tension kita semua.
bila marah, kecut perut takut juga,
jangan silap, ayu juga orangnya. Sudah habis membuka cerita,
kini tiba untuk penutupnya,
maaf andai terkasar bahasa,

moga kejayaan milik kita semua.

Salam terakhir saya ucapkan,
ucapan sayonara saya tujukan,
salah dan silap tolong dimaafkan,
seloka dicipta sekadar hiburan.

TIGA SAHABAT

By: PutRi NuRin Sabirah 6A3

Di pagi hari yang dingin, ketika Aku sedang membersihkan almari buku milikku yang
sudah hampir roboh, aku ternampak sebuah album gambar saat bersama sahabatku dulu. Sahabat
baik Aku bernama Siti Aishah dan Muhammad Taufirman waktu di sekolah menengah dahulu.
Gambar itu menampakkan senyuman manis kami bertiga yang membuatkan aku tersenyum sendiri.
Dulunya kami amat rapat, sekarang sudah jauh kerana mereka sudah pergi menuju kerjaya masing-
masing di bandar. Taufirman sudah mendapatkan perkerjaaan yang amat layak untuknya iaitu
sebagai seorang polis yang berkaliber di negeri Sarawak. Manakala Aishah pula telah melanjutkkan
pelajaran ke Universiti Malaysia Kelantan mengambil jurusan Seni Lukisan. Dan Aku akan
melanjutkan pelajaran ke Univesiti Pendidikan Sultan Idris di Perak dengan jurusan seni.

Dengan keluhan yang panjang keluar dari mulutku kerana aku sangat merindui tingkah laku
mereka yang amat lucu dan seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiranku saat ini.

Kami mula berkenalan semasa berada di Tingkatan 6 tetapi waktu mula-mula masuk kelas
aku hanya kenal dengan Aishah kerana kami sudah berkenalan lama sejak di sekolah rendah lagi
tetapi Aku tidak serapat seperti di waktu tingkatan 6. Kami hanya berkawan sebagai rakan satu
sekolah waktu itu dan kami juga berlainan kelas.

Waktu aku mula-mula sekelas dengan Taufirman aku mengganggap dia seorang yang amat
sombong kerana mukanya agak sedikit angkuh dan diam saja. Tetapi setelah 3 hingga 4 bulan kami
sekelas, kami mula rapat dan menjadi sahabat baik. Setelah saling mengenali antara satu sama lain
Aku berpendapat bahawa Muhammad Taufirman merupakan seorang yang suka berterus-terang
dalam mengungkap perasaannya. Manakala Siti Aishah seorang yang periang dan tidak boleh duduk
diam ada saja perkara yang dilakukannya seperti kera kena belacan.

Pada setiap malam selepas Maghrib aku dan Taufirman akan pergi ke rumah Aishah untuk
belajar bersama kerana kami akan menduduki peperiksaan STPM. Kami juga lebih gemar belajar
bersama-sama supaya tidak bosan belajar seorang diri di rumah. Pada waktu itu jugalah kami
bercerita tentang masalah masing-masing, bercerita tentang pengalaman masing-masing dan
banyak lagi. Itulah kenangan yang sangat aku rindukan.

Aku teringat ucapan dari Taufirman ketika hari terakhir kami bertemu iaitu hampir 2
tahun yang lalu, ketika kami meraikan beliau kerana telah berjaya mendapatkan
kerjaya yang beliau inginkan selama ini.

“Tolong tunggu aku balik dan kita bertiga pergi berjalan-jalan untuk aku
melepaskan rindu terhadap sahabat-sahabat aku” kata Taufirman kepada aku dan
Aishah.

“Itu semestinya, kita sememangnya perlu berjumpa” ujar Siti Aishah
kepadanya.

Sebelum kami berpisah aku dan Aishah memberi sedikit pesanan kepadanya agar
sentiasa jaga solat, jaga adab ditempat baharu dan sentiasa tepat waktu dan ada lagi
beberapa pesanan kami kepadanya. Disaat itulah Taufirman menitiskan air mata. Aku
dan Aishah hanya ketawa dan memandang mukanya saat itu. Jauh di lubuk hati aku dan
Aishah turut ingin menangis tetapi kami tidak ingin membuat Taufirman semakin sedih.
Aku mengenangkan peristiwa itu sehingga sekarang.

Kami masih lagi berhubung melalui aplikasi “Whatsapp”, sekiranya Taufiman
ada masa dia akan menghantar mesej melalui “Whatsapp” dan kami juga membuat
panggilan video. Kami saling bertanya khabar antara satu sama lain. Saat kami membuat
panggilan video aku sangatlah gembira dan hampir menitiskan air mata rindu terhadap
mereka berdua.

Mereka mengatakan bahawa mereka akan pulang dan akan menetapkan hari
kami akan berjumpa. Pada 28 september 2022 kami akan berjumpa. Aku tidak sabar
menantikan hari kegembiraan tersebut.

ADAT BERKAWAN Sering tersenyum...
Dari kawan ada yang menjadi rapat. Tidak bererti dia tidak boleh terluka...
Dari kawan ada yang menjadi sahabat. Kita sama-sama manusia...
Dari kawan ada yang menjadi kekasih. ADA HATI dan PERASAAN…
Dari kawan ada yang menjadi isteri /suami.
Dari kawan ada yang menjadi ipar. Jadi, jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati...
Dari kawan ada yang menjadi biras.
Dari kawan ada yang menjadi bisan. Dalam berkawan kena ada satu prinsip...
Dari kawan ada yang menjadi mertua. Tak puas hati tanya depan2...
Dari kawan ada yang menjadi madu. Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia
Dan dari kawan ada yang menjadi lawan. itu ada 'RACUN' yang berbisa!!!
Itulah lumrah kita dalam berkawan…
Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan...
Bila berkawan dengan ramai kawan ini... Tak kiralah jika kita ada kawan yang jenis nakal...
Baru kita sedar... Masuk air kaa...
Bukan semua kawan kita hidup sempurna... Suka buat lawak merapu sekali pun...
Mungkin dia banyak duit... Jika dia seorang kawan yang baik...
TAPI ada broken famili... Dia akan berani menegur salah dan silap kita!!!
Ada yang tak berduit...
TAPI ada keluarga yang bahagia... Seorang kawan yang baik akan menerima teguran dari
Dari kawan itulah kita belajar sesuatu... kawan2 sebaik2nya...
Dengan hati yang terbuka...
Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita
kawan... kepada ALLAH...
Sampai bila2 takkan habis...
Namun disebabkan nak HUBUNGAN itu kekal panjang... Kawan ketawa memang ramai...
Kena 'fake'kan semuanya… Kawan menangis sukar dicari...
TAPI mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah...
Fake smile... Namun siapa tahu, dalam diam mereka tetap mendoakan
Fake feelings... dan kita...
Fake emotions...
Kerana sayangkan kawan2... Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan2!!!

Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa... -USTAZAH RUSNANI ISA-

Cetusan Budidayamu
Nukilan: Pn Mariam bt Harun

Mandala sawarjaat Pendidikan Anak-anak didikmu permata nusa
Persis aurora menyihir pandangan Sarat mendokong tekad jaya
Bicaramu bukan sekadar retorik
Usah ralat..walau ke mana langkahan
Lafaz waad terulung mereka
Ambisi seteguh ukiran ikrar
Di atlas dunia…paksina, daksina
Biarpun kekadang Takkan pernah tersesat
Ada sembilu, selumbar berbisa
Kini, takdir fitrahtullah mencoret perpisahan
Gendala meradak naluri Biarpun dikau mengundur diri
Hingga detik ini, kandil ilmu gah bersinar
Usah disisih kecindan mengubat lara
Kau adalah mudaris, Moga sendaloka tak mereput diragut
merenjis logika di ambal sukma
sangkala waktu
Kau adalah muaddib, Kami di sini kejap mendakap doa
penghias sahsiah peribadi
Moga mawaddah, mahabbah
Kau adalah mualim, Mencantum silaturrahim…selamanya
yang mengasah minda fikir
Hadirmu penyeri seribu makna
Kau adalah mursyid, Visi didokong menjulang jaya
membisik teladan beralas hikmah
Setia demi Petra ternama

Kau adalah murabbi,
melentur watan setulus kasih

Kaulah Da’ie
menuntun atma mengusir mazmumah

Amiza Ibrahim Binti Abdullah , 1A

DIARI
NORMA
BAHARU

LAWATAN KERJA TUAN ZULKERNAI BIN FAUZI,
PENGARAH PENDIDIKAN JPNK KE PUSAT PPV SMK SYP1

27 SEPT 2021

Tuan Pengarah Bersama Doktor bertugas, Pegawai PPD dan pihak pentadbir sekolah

Beramah mesra Bersama ibu bapa yang hadir

Terima Kasih…

Di dahan ara hinggap Kenari,
Hinggap sekawan di pohon Jati,
Terima kasih saudara dan saudari,
Memberi tumpuan sepenuh hati.

Bubur selasih ubi keladi,
Lemak manis santan kelapa,
Terima kasih jasa dan budi,
Selalu tersemat tiada lupa.

Dari Meja Pengarang
Ketua Editor e-Majalah PETRA 1


Click to View FlipBook Version