The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANTALOGI CERITA PENDEK CITA-CITA SAYA (5)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by athiahhassan, 2023-11-30 07:04:30

ANTALOGI CERITA PENDEK CITA-CITA SAYA (5)

ANTALOGI CERITA PENDEK CITA-CITA SAYA (5)

ANTALOGI CERITA PENDEK MURID SK PUTRAJAYA PUTRAJAYA 17 (1) ANTALOGI CERITA PENDEK MURID SK PUTRAJAYA PUTRAJAYA 17 (1) CITA-CITA SAYA !


CITA-CITA SAYA ANTALOGI CERITA PENDEK ANTALOGI CERITA PENDEK S K P U T R A J A Y A P R E S I N T 1 7 ( 1 ) @Athiah Hassan 2023. Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian di dalam buku dan tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sebarang cara yang boleh dipergunakan lagi, dipindahkan secara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman atau sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dahulu DENGAN KERJASAMA AJK GURU SEMPENA MINGGU KERJAYA PERINGKAT SEKOLAH


ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 6-7 8 9-10 11 12-13 14 15-16 17 18-19 20 21 22 23-24 PENULIS BUKU TERKENAL SAYA SEORANG VETERINA GAJI LUMAYAN SEBAGAI PELUKIS DOKTOR PILIHAN SAYA AKU USAHAWAN BERJAYA AKU DOKTOR YANG PRIHATIN BANGGA MENJADI GURU SAYALAH BENTENG NEGARA RAWAT DIRI SENDIRI TERIMA KASIH CIKGU DOKTOR PEKERJAAN MULIA AKULAH PENGGANTI CHRISTIANO RONALDO SAYA BANGGA MENJADI POLIS KEAJAIBAN MENJADI SAINTIS INSPIRASI MENJADI REALITI WARTAWAN DI TV3 I’’M A VETERINIAN AUTOGRAF


Nama aku Annisa ’. Aku merupakan doktor haiwan. Kerja aku adalah merawat haiwan yang sedang kesakitan. Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang sedang membawa kucingnya yang sedang kesakitan ke klinik ini. Aku pun bertanya, “kenapa dengan bulus ini?. Lelaki itu pun menjawab, “Tak taulah doktor... Kucing ni asyik menggaru je.” Aku pun berkata, “Mari sini saya periksa kucing ini”. Lelaki itu pun memberikan kucingnya kepadaku. Aku pun membelek-belek bulu kucing itu. “Oh, kucing ini terkena penyakit sporo”, aku pun menyambung... “penyakit ini sangat berbahaya. Kucing saya pernah mengalaminya sebelum ini. Jadi, saya tahu jalan penyelesaiannya. Aku pun mengambil kucing itu dan meletakkannya di dalam wad. Setiap hari, aku merawad kucing itu dengan penuh kasih sayang. Aku menggunakan ubat yang sesuai. Dalam beberapa hari kemudian, kucing itu pun sihat. Tuan kucing itu mengucapakn terima kasih kerana telah menyembuhkan kucingnya. N U R U L I Z Z A N N I S A ' B I N T I M O H D I Z H A R K E L A S 6 A L J A Z A R I SAYA SEORANG VETERINA 1


K E Y S H A A L I S H A B I N T I M O H D S H A H R O L L I Z A M 6 A L J A Z A R I Saya ingin menjadi seorang penulis buku cerita. Seorang penulis merupakan seorang yang kreatif dan kuat berimaginasi. Saya berharap untuk menjadi seorang penulis pada masa hadapan. Penulis perlu rajin membaca buku dan mempunyai idea untuk merangka sebuat cerita. Setiap hari, selepas sahaja saya pulang dari sekolah, saya akan membaca beberapa buah buku. Saya membaca buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Saya mula menulis cerita apabila saya berumur 10 tahun. Terdapat pelbagai jenis buku yang saya tulis. Antaranya fiksyen, novel, majalah, dan sebagainya. Saya ingin menulis novel dan menjadi seorang penulis yang terkenal pada masa hadapan. Menjadi seorang penulis merupakan pekerjaan yang mencabar bagi saya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang penulis pada masa akan datang. Saya akan menulis pelbagai jenis buku dan menjualnya di kedai buku. Harapan saya adalah untuk menjadi penulis terkenal pada masa hadapan. Saya berharap semua ini akan menjadi kenyataan. PENULIS BUKU TERKENAL 2


N O O R F A R A A D E I L Y A B T N O O R H I D A Y A T K E L A S 4 A L K H A L D U N Semua orang mempunyai cita-cita. Begitu juga dengan saya. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang pelukis suatu hari nanti. Menjadi seorang pelukis perlu bersabar aapabila terbuat kesalahan pada gambar yang dilukis. bu bapa mendorong saya supaya berlatih melukis bersungguh-sungguh supaya cita-cita saya tercapai. Jika saya mahu menjadi seorang pelukis, saya perlu berusaha dengan rajin dan mendalami bidang Seni Visual. Kerjaya seorang pelukis sangat dipandang mulia.Selain mendapt gaji yang lumayan, kerjaya ini membolehkan kita menjadi menspirasi kepada orang lain. Saya berdoa dan berharap supaya cita-cita saya hendak menjdi seorang pelukis akan tercapai. Saya ingin membalas jasa ibu bapa saya apabila besar nanti. GAJI LUMAYAN SEBAGAI PELUKIS 3


N U R A I R A D U R R A N I B I N T I A H M A D H A F I D Z K E L A S 6 A S S I N A Cita-cita saya ingin menjadi seorang doctor. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang seorang doktor sejak saya berumur 11 tahun. Saya ingin menjadi seorang doktor kerana saya boleh membantu dan merawat orang sakit. Selain itu, saya juga perlu banyak memperbanyak ilmu pengetahuan tentang kemahiran untuk menjadi seorang doktor. Saya juga perlu belajar bersungguh-sungguh. Menjadi seorang doktor bukanlah mudah. Banyak ujian yang harus saya tempuhi pada masa akan datang. Saya juga bersedia untuk menempuhi ujian tersebut. Saya berharap suatu hari nanti cita-cita saya tercapai. Semoga saya akan dapat membanggakan kedua-dua ibu bapa saya. DOKTOR PILIHAN SAYA 4


N U R A L I A B I N T I F A I Z O S M A N D O K A O S M A N 6 A L J A Z A R I “Farid, cepat!” Jerit aku kepada pelayan yang sedang tergesa-gesa membuat minuman itu.“Baik”. Kata Farid tanpa menoleh kepada pengurus kedai itu. Minggu ini Restoran Bahagia penuh dengan pelanggan dan pengunjung dari luar negara. Hampir pukul 6.00 petang. Aku masih berada di restoran ini. Aku masih memikirkan tentang cara untuk menarik perhatian pelanggan.Aku bedrasa sangat letih hari ini.“Haih...” Akhirnya aku mengeluh. “Farid”, panggil aku. Suasana hening seketika. Aku memanggilnya lagi. Kemudian datang kelibat Farid sambil membawa semangkuk gula-gula. Aku mengerut dahi sambil menggelengkan kepala. “Farid, aku nak balik ni,” kata aku lalu mengambil semua barang dan bersedia untuk balik. Aku duduk di birai katil sambil merenung. “Aku berharap esok restoran aku akan dipenuhi dengan pelanggan yang pelbagai kaum dan bangsa. Aku juga perlu meningkatkan lagi kemajuan demi Restoran Bahagia. Aku juga yakin aku akan dapat berjaya membawa nama restoran ini ke mata dunia. “Ya Allah, aku bersyukur kerana dapat menjadi usahawan yang berjaya,” bisik hatiku. AKU USAHAWAN BERJAYA 5


“Akhirnya pakcik sembuh jua. Terima kasih kerana merawat pakcik,” kata Pak Mat kepadaku. Aku Mia.Aku seorang doktor. Setelah waktu menginjak malam, aku pulang ke rumah lalu mandi dan terus tidur. Aku agak kepenatan pada hari ini. Keesokannya, aku menerima sebuah panggilan yang mengatakan ada pesakit yang sedang kritikal.Aku terus pergi ke hospital secepat mungkin. Tetapi setelah aku sampai ke hospital, lelaki tua itu sudah tiada. Aku berasa bersalah terhadap diri sendiri. Beberapa hari kemudian, aku kembali bertugas setelah tamat tempoh cuti yang aku pohon. Aku mula merawat pesakit seperti biasa. Tiba-tiba aku ternampak seorang pesakit terbaring di lantai. Aku cepatcepat masuk lalu memeriksa pesakit itu. N U R M I A Q A I S A R A H B I N T I M O H D R I D Z U A N 6 A L J A Z A R I AKU DOKTOR YANG PRIHATIN 6


Apabila pesakit itu sudah sedar, aku memanggil jururawat untuk bersama-sama mengangkat pesakit itu ke atas katil. Beberapa hari kemudian, lelaki tua itu sudah sihat. Aku mendapat tahu namanya Pak Mat. Pak Mat berterima kasih kepadaku kerana merawatnya dengan baik. Aku bersyukur kerana menjadi doktor yang dapat berkhidmat di hospital ini. 7


N U R Q A I S A R A B I N T I M O H D Z A I N I K E L A S 4 A R R U S Y D Semua orang mempunyai cita-cita, begitu juga dengan saya. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang guru suatu hari nanti. Saya berminat untuk menjadi guru kerana saya hendak mengajar anak murid saya. Ibu bapa saya mendorong saya supaya belajar bersungguh-sungguh agar cita-cita saya ingin menjadi guru akan tercapai. Jika saya ingin menjadi guru, saya perlu belajar dan fokus apabila guru mengajar. Kerjaya guru sangat dipandang mulia. Selain memberikan pendapatan yang lumayan, kerjaya ini juga mebolehkan kita berbakti kepada orang lain. Saya berdoa dan berharap supaya cita-cita saya ingin menjadi guru akan tercapai. Saya ingin berbakti kepada masyarakat dan negara. BANGGA MENJADI GURU 8


N U R U L I Z Z A H B I N T I N O R A Z I L E E K E L A S 5 A R F A R A B I Pada suatu hari , saya telah dipanggil oleh ATM (Angkatan Tentera Darat Malaysia) untuk melakukan latihan ketenteraan di sana. Selepas mendapat panggilan daripada unit tersebut, saya bergegas mengemas baju-baju saya untuk pergi ke tempat latihan itu dilakukan. Saya berasa gembira kerana impian saya untuk menjadi askar akan tercapai tidak lama lagi. Saya pergi ke tempat latihan ketenteraan tersebut bersama ahli keluarga saya. Kami berbual diiringi dengan gelak ketawa sementara menunggu tiba. Setelah sampai di sana, saya berasa gembira dan dalam masa yang sama, saya juga takut akan dimarahi oleh pegawai di sana. Tapi tak mengapa, saya akan berusaha agar tidak melakukan apa-apa masalah di sana. Setelah masuk ke dalam, saya telah menghidu bau-bau askar di sini. Saya sangat gembira kerana akan menjadi askar! SAYALAH BENTENG NEGARA 9


Saya menetap di bilik 502 bersama Amni, Zara dan Inas. Kami menjalani hari pertama latihan dengan sangat gembira. Kami juga berharap agar selama enam bulan ini sangat menggembirakan. Akhirnya, saya mendapat juga gelaran askar. Saya sangat gembira kerana cita-cita saya tercapai. Saya berharap kamu semua akan terinspirasi dengan cerita saya ini. 10


WA N A M I R U L H A Z I Q B I N WA N M O H D F A I Z O L K E L A S 6 A S S I N A Semua orang mempunyai cita-cita yang tinggi. Sama seperti saya. Cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang doktor yang berjaya suatu hari nanti. Saya berminat untuk menjadi seorang doktor yang berjaya kerana saya juga mengidap penyakit Juvenile idiophatic arthriatis atau dikenali sebagai radang sendi. Saya juga ingin mengkaji tentang penyakit ini dengan terperinci supaya saya dapat merawat pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit yang sama seperti saya. Kerjaya sebagai doktor amatlah mulia. Saya akan dapat berbakti kepada orang ramai dan membantu mereka mendapat rawatan yang terdapat di hospital. Jusateru itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor akan tercapai. Seterusnya, saya dapat menggembirakan kedua-dua orang tua saya. Terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga yang memberikan semangat kepada saya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. RAWAT DIRI SENDIRI 11


Aku seorang guru yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17(1). Selama 10 tahun aku mengejar cita-cita ini. Akhirnya segalanya menjadi kenyataan. Hari ini, hari pertama aku bertugas di sekolah ini. Pelbagai karenah dan perangai murid-murid di sekolah ini. Ada yang baik hati, pemalu, periang dan sebagainya. Pada suatu hari, aku terserempak dengan seorang murid yang kecil molek sedang menagis teresak-esak di tepi tangga. Aku menegurnya lalu berkata “Siapakah nama awak? Mengapakah awak menangis?” Dia pun menjawab dalam tangisan, “ nama saya Mariam.... “ Namun, dia terus menangis sepuas hati. Selepas menenangkan diri, dia pun berkata, “Keluarga saya miskin, kawan sekelas saya semuanya mengejek saya,” Aku mendengar dengan hati yang sayu. Tiba-tiba, idea datang menjengah otak cerdasku. Aku mahu meminta derma daripada warga sekolah untuk membantu murid-murid yang memerlukan pertolongan termasuklah murid tadi. Dengan pertolongan Baitulmal, kerja susah akan menjadi mudah. N U R N A D H R A H S O F E A B I N T I M O H D R A F F I Z A L K E L A S 6 A L J A Z A R I TERIMA KASIH CIKGU 12


Setibanya Hari Guru, ada seorang murid berlari ke arahku sambil memegang sebungkus kotak hadiah. Dia pun berkata, “Terima kasih cikgu. Saya berasa bangga kerana mempunyai guru yang selalu mengambil berat terhadap murid-muridnya ”. Maryam pun memberikan hadiah itu kepadaku. Aku berasa sebak kerana mempunyai murid-murid yang baik hati. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku berdoa agar dia menjadi orang yang berguna. Aku berasa gembria kerana melihat beberapa orang murid yang dahulunya susah, kini dapat belajar dengan gembiranya. Aku berasa bersyukur kerana dapat bekerja di sini. Aku akan menggalas tanggungjawab sebagai guru ini dengan baik. 13


N A S Y A I Z Z A T U N N I S A B I N T I M U H A M M A D S O F R I K E L A S 5 A L J A Z A R I Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Saya bercita-cita untuk menjadi doktor kerana saya sangat suka membantu orang lain sperti membantu orang sakit, orang yang tercedera dan lain-lain. Impian saya untuk menjadi doktor, sudah saya tanamkan di dalam hati saya sejak dahulu lagi. Pada hari persekolahan, saya menikmati udara segar pada waktu pagi. Setibanya waktu rehat, saya mendengar seseorang meraung kesakitan. “Aduh, sakitnya!” jerit kanak-kanak itu. Setelah menjumpai empunya suara itu, saya ingin menolongnya tetai di dalam hati, saya tidak tahu apa yang patut dilakukan. “Apa yang saya patut buat?”, bisik hati saya. Ketika itu, saya hanya terus membatu. Apabila saya melihat budak tersebut, alangkah terkejutnya saya melihat kecederaan budak itu yang agak serius. Saya pun membantu kanak-kanak itu berjumpa dengan guru bertugas. Sejak hari itu, saya ingin menjadi doktor dan berbakti kepada masyarakat. Saya juga ingin membantu penduduk di Palestin yang sangat meruntun jiwa saya. DOKTOR PEKERJAAN MULIA 14


A D A M Z A R I T H B I N A Z I Z I K E L A S 6 A S S I N A Cita-cita terbesarku. Aku ingin menjadi seorang atlet pemain bola sepak yang ternama seperti Christiano Ronaldo dan atlet pelari 100 meter Usain Bolt. Aku ingin menjadi atlet yang terbilang kerana ini adalah hobiku. Perjalanan untuk menjadi seorang atlet sangatlah mencabar. Perjalanan menuju cita-cita ini bermula sejak aku berusia lapan tahun. Ayahku menghantar aku ke akademi bola sepak di Selangor.Semasa di akademi, aku belajar semuanya tentang bola sepak. 12 tahun kemudian, aku menyertai pasukan bola sepak Selangor FC. Sepanjang aku di pasukan ini, kelab ini mendapat banyak piala. Selepas dua tahun, aku dipindahkan ke kelab luar negara iaitu Real Madrid. Pada hari ini, aku menjadi atlet bola sepak yang terkenal. AKULAH PENGGANTI CHRISTIANO RONALDO 15


N U R L A I L A A L L I S Y A B I N T I E D Y K E L A S 6 A L J A Z A R I Pada pukul lapan pagi, saya mendapat panggilan daripada mangsa. Mangsa itu mengatakan bahawa ada pencuri masuk ke dalam rumahnya tanpa dia sedari. Mangsa itu segera menyuruh saya datang ke rumahnya dan dia memberikan lokasi di mana kejadian itu berlaku. Selepas saya menerima panggilan itu, saya terus memanggil pasukan saya. Saya memberitahu pasukan saya apa yang terjadi. Kemudian, saya dan pasukan saya segera pergi ke rumah mangsa. Semasa dalam perjalanan menuju ke rumah mangsa, saya melihat kejadian kemalangan jalan raya berlaku di mana sebuah kereta telah melanggar sebuah lori yang membawa tong gas. Saya dan pasukan segera menghubungi bomba dan ambulans. Setelah bomba dan ambulans sampai ke destinasi, saya segera meletakkan pita pelekat di kawasan larangan. Saya memberitahu separuh daripada pasukan saya untuk mengikuti saya pergi ke rumah mansa manakala separuh lagi pasukan saya menjaga di kawasan larangan itu. SAYA BANGGA MENJADI POLIS 16


Tanpa membuang masa, saya dan setengah pasukan saya segera pergi ke rumah mangsa itu. Setelah beberapa minit, saya dan setengah pasukan saya pun tiba ke lokasi mangsa itu. Kami menghubungi penyiasat untuk mencari cap jari dan tapak kaki pencuri itu. Selepas beberapa jam kemudian, penyiasat itu pun tiba di rumah mangsa dan berjaya mengesan cap jari serta tapak kaki pencuri itu.Akhirnya, kami pun berjaya menangkap pencuri tersebut. Saya berasa bangga menjadi seorang polis.Saya bertekad untuk menjadi polis yang bertanggungjawab mengawal negara daripada ancaman musuh. 17


N U R F A T I N Q A I S A R A B I N T I F A K H R U R A Z I K E L A S 6 A L J A Z A R I Saya memilih untuk menjadi saintis kerana saya ingin melihat keajaiban alam yang diciptakan oleh Yang Maha Esa. Sains dapat meringankan beban kita. Sains sangat penting dalam kehidupan., Saya juga sangat meminati bidang sains, kerana sains memberikan banyak manfaat dan pengajaran kepada saya. Bagi saya, sains sangatlah berguna dalam kehidupan seharian.Sains juga berguna untuk memajukan sesebuah negara kerana terdapat banyak alat yang menggunakan sains dan teknologi seperti robot, komputer, telefon dan lain-lain. Sains bukan sahaja teknologi malah dapat juga digunakan untuk pertanian seperti membuat baja kompos dan baja organik.Kada kala ibu saya bertanya “Mengapa Angah mahu menjadi saintis? Saya hanya menjawab, “Angah mahu meneroka alam yang kita tidak jangka bagaimana rupanya ”. KEAJAIBAN MENJADI SAINTIS 18


Saya terbayangkan jika bumi ini tidak mempunyai seorang pun ahli sains, maka apa akan berlaku kepada sistem suria. Apa pukan yang akan terjadi jika asap kebakaran meliputi bumi. Apakah kita tidak dapat bernafas dengan sempurna? Oleh sebab itu, saya berbesar hati untuk menjadi saintis bagi meneruskan penerokaan angkawasan yang telah mencipta rekod dalam “World Book of Record”. 19


N U R S A F I Y Y A R A I S H A B I N T I S H A H R U L A F F E N D I K E L A S 6 A L K H A L D U N Cita-cita saya ingin menjadi jurutera automobil kerana saya meminati kereta sejak saya berumur 11 tahun. Saya juga ingin tahu apa yang ada dalam sebuah kenderaan seperti kereta, kapal terbang, lori dan sebagainya. Inspirasi saya untuk memilih pekerjaan ini adalah daripada kereta mainan yang saya kumpul sejak kecil lagi. Untuk mencapai cita-cita ini, saya perlu belajar bersungguh-sungguh hingga ke universiti. Saya perlu mengambil jurusan kejuruteraan serta belajar semua tentang kenderaan. Semua bahagian kenderaan seperti enjin, wayar, gear dan morot akan dipelajari ketika saya di sana nanti.Selain itu, bahagian luar kenderaan juga saya akan pelajari. Apabila saya sudah mendapat diploma dan sijil serta mendapat peluang dalam pekerjaan tersebut, saya akan bekerja dengan baik kerana saya mahu ibu bapa saya berasa bangga dengan saya. Saya juga tidak mahu menghampakan mereka. ASPIRASI MENJADI REALITI 20


A I D U R A E DWI N A B I N T I A M I R I Z A K E L A S 6 A L J A Z A R I Nama saya Juliana. Saya seorang wartawan yang terkenal di TV3. Biasanya, saya bersiaran di televisyen. Pada suatu hari, saya menerima laporan tentang kes pembunuhan. Kes pembunuhan ini terdiri daripada Mona Fandy, Mohd Affandi dan Juraimi. Mona Fandey telah memotong bahagian mangsa kepada 18 bahagian. Setelah selesai kes Mona Fandey, saya kembali ke studio untuk melaporkan perkara sebenar di tempat kejadian kepada pengulas berita. Di sini, saya sertakan skrip sebagai wartawan....... dengan ini saya Juliana Shahrin... TV3. Setelah selesai bekerja, saya pulang ke rumah saya. Sedang saya berbaring, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada studio mengatakan terdapat satu kes kemalangan di lebuh raya utara selatan. Dalam keadaan mengantuk, saya pergi ke tempat kejadian untuk memantau tempat kejadian. Setibanya di sana, sayta diberitahu mangsa tersebut mati katak akibat menyertai perlumbaan haram. Saya melaporkan kes tersebut kepada pengulas berita. Begitulah cerita saya sebagai seorang wartawan. WARTAWAN DI TV3 21


N U R S Y I F A A U L I Y A B I N T I M O H D S H A I R A Z I K E L A S 5 A R R U S Y D Morning, ladies and gentlemen. Today, I’m going to talk about my ambition. My ambition was very special because it’ s rarely been noticed or talked about. Before that, my name is Nur Syifa Auliya and I’m from Class 5 Ar Rusyd. I live near Presint 17. I think that my ambition for life is going to be a veteranian! Why would I choose this nonchalant job, you might ask? Well, long story short. I will only tell you theree reasons why I wanted to be a verinarian. Firstly, I wanted tu be a veterinarian because I wanted to save stray animals at the hefty bushes, the sea, and the city. Secondly, I wanti to be honoured as the best verinar in th whole Malaysia. And lastly, I wanted to become a veterinarian is because the job has a good office space and the uniform of a veterinarian is very clean ad aesthetic at the same time. (LOL) That’ s all for today! I hope someone could be inspired by my story. Yet remember! You don ’t need expensive schools or be rich to get a job, that’ s so hight tier. You just need to believe in yourself and work harder. Good bye! Have a nice day! I’’M A VETERINIAN 22


23 Autograf


24 Autograf


Tahniah kepada anak-anak SK Putrajaya Presint 17(1) yang berjaya menterjemahkan “CITA-CITA SAYA” dalam karya yang menarik seperti naskah ini. Saya sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat melihat kesungguhan mereka dalam menghasilkan cerita berdasarkan tema “CITA-CITA SAYA” Minggu Kerjaya yang saban tahun diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada murid berkenaan maklumat kerjaya yang ada di sekitar mereka, berjaya memberi impak kepada kesedaran kendiri murid. Kejayaan menghasilkan naskah ini juga membuktikan bahawa kemenjadian murid -murid, berjaya direalisasikan dalam bentuk penulisan kreatif. Semoga dengan penghasilkan naskah ini dapat memberi suntikan motivasi kepada murid SK Putrajaya Presint 17(1) untuk lebih cemerlang sama ada dalam akademik, koko dan sahsiah seiring dengan konsep “ ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK” (ABC). Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada guru-guru yang membantu menjayakan penghasilan naskah ini dan tidak dilupakan iaitu murid-murid hebat dalam melahirkan karya ini.


Click to View FlipBook Version