Hubungan Motivasi Intrinsik dan Prestasi Pembelajaran
1.0 Pengenalan
Berdasarkan hierarki keperluan Maslow (1908-1970), keperluan yang berada di
lapisan teratas ialah keperluan kendiri. Keperluan kendiri ini merangkumi
pencapaian penuh untuk memenuhi kepuasan diri sendiri. Dalam konteks
pembelajaran, keperluan ini dapatlah diterjemahkan kepada segala bentuk
usaha yang dilakukan oleh individu pelajar dalam usaha untuk meransang diri
pelajar itu sendiri supaya prestasi dapat ditingkatkan. Oleh sebab yang demikian,
pelajar tadi telah disuntik dengan satu bentuk ransangan secara dalaman yang
dipanggil motivasi intrinsik di mana keadaan ini akan melonjak prestasi
pelajarannya dengan kesedarannya sendiri. Namun demikian, sejauh manakah
motivasi intrinsik ini dapat menjadi satu indikator kepada kejayaan seseorang
pelajar. Apakah faktor-faktor yang berkemungkinan mempengaruhi motivasi
intrinsik ini dalam konteks kejayaan seseorang pelajar.
Perbincangan selanjutnya akan mengulas tentang 4 artikel yang telah
dipilih berdasarkan persamaan tema motivasi intrinsik namun dalam spektrum
pembolehubah yang berbeza berdasarkan tajuk-tajuk kajian yang pelbagai.
Artikel pertama yang bertajuk Teachers’ Belief That Maths Requires Innate
Ability Predicts Lower Intrinsic Motivation Among Low-achieving, diambil
daripada Jurnal ElSevier, Volume 65. Manakala artikel kedua pula diambil
daripada Jurnal Computer Assisted Learning, Volume 34, bertajuk Students
Level Of Intrinsic Motivation Of Distance Education Students In E‐learning
Environments. Tajuk artikel yang ketiga ialah The Effects Of Intrinsic And
Extrinsic Motivation On Students Learning Effectiveness; Exploring The
Moderating Role Of Gender yang diambil daripada International Journal of
Educational Management, Volume 33. Artikel yang terakhir diambil daripada
Journal ElSevier, Volum 41, yang bertajuk Using Outdoor Adventure To Enhance
Intrinsic Motivation And Engagement In Science And Physical Activity: An
Exploratory Study.
2.0 Perbincangan
2.1. Objektif kajian
Berdasarkan kepada keempat-empat artikel yang dipilih, motivasi intrinsik yang
merupakan tema utama dalam perbincangan ilmiah ini, berfungsi secara berbeza
iaitu antaranya sebagai pembolehubah bersandar, tidak bersandar, kawalan
serta pembolehubah yang diukur. Huraian secara terperinci akan dibincangkan
dalam perenggan yang seterusnya.
Dalam artikel 1, objektif kajian adalah bertujuan untuk mengkaji pengaruh
kepercayaan guru terhadap motivasi intrinsik pelajar yang lemah dalam
matapelajaran Matematik. Objektif kajian artikel 2 pula bertujuan untuk
mengukur hubungan diantara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan
pencapaian pelajar dalam konteks pendidikan terbuka dan e-pembelajaran.
Seterusnya objektif kajian bagi artikel 3 ialah untuk menyiasat kesan motivasi
intrinsik ke atas keberkesanan pelajar dan adakah kesan ini dipengaruhi oleh
faktor jantina. Manakala artikel 4 pula bertujuan untuk mengkaji dan menilai
sejauh mana motivasi intrinsik mempengaruhi aktiviti pembelajaran Sains dan
Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan kepada keempat-empat objektif kajian ini, jelas dapat dilihat
bahawa motivasi intrinsik mempunyai peranan yang signifikan dalam pelbagai
lapangan kajian. Antaranya adalah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini
iaitu hubungan diantara motivasi intrinsik dengan kepercayaan guru, jenis
matapelajaran (seperti matematik, sains dan pendidikan jasmani), motivasi
intrinsik dalam konteks e-pembelajaran serta hubungannya dengan faktor
jantina pelajar. Disini kita dapat melihat peranannya yang begitu luas dalam
disiplin ilmu psikologi.
2.3. Kaedah Pengumpulan data dan persampelan
Kaedah pengumpulan data dalam sesebuah kajian sangat penting kerana pada
peringkat ini, keesahan data yang diperolehi akan meletakkan sesebuah kajian
itu pada tempat yang sepatutnya. Jika data yang diperolehi tidak menunjukkan
nlai keesahan yang tinggi maka para pengkaji tidak dapat menggunakan dapatan
kajian tersebut untuk kajian lanjutan dalam aspek yang berkaitan.
Merujuk kepada Artikel 1, kajian melibatkan 837 orang pelajar di gred 4 dan 56 orang guru
daripada 20 buah sekolah rendah sekitar bandar di Jerman. Kaedah pengumpulan data dalam
kajian ini dibuat melalui permohonan ke sekolah-sekolah yang terlibat untuk menyertai kajian
ini. Ini adalah sangat penting dari segi memperolehi data yang sahih tanpa ada unsur-unsur
paksaan daripada responden.
Berdasarkan kepada artikel 2, seramai 1639 responden yang mendaftar dalam 22 program
pendidikan jarak jauh telah terlibat dalam pengumpulan data kajian ini . Soal selidik berkenaan
motivasi intrinsik dan e-pembelajaran digunakan bagi mengumpul data yang dikehendaki.
Seterusnya, kajian 3 menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuasi-eksperimen yang
melibatkan responden seramai 1491 orang pelajar yang menyertai kursus informasi dan asas
komputer di 3 buah negara iaitu Burundi, Moroco dan India. Tujuan populasi diperluaskan
adalah untuk mendapatkan data yang lebih kukuh di mana ianya akan memberi nilai
kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Selain daripada itu, faktor jantina yang menjadi
pembolehubah bersandar dalam kajian ini juga merupakan salah satu keperluan untuk
mendapatkan jumlah persampelan yang besar supaya dapatan yang diperolehi lebih tekal.
Manakala bagi artikel 4 pula, kaedah pengumpulan data dibuat melalui penglibatan 22 orang
pelajar sekolah menengah dalam program 5 hari snow science sewaktu musim sejuk. Kajian ini
menjalankan aktiviti yang berorientasikan silibus matapelajaran sains. Jumlah persampelan
dalam artikel ini adalah lebih kecil kerana kajian ini bersifat tinjauan yang lebih cenderung
kepada kajian kualitatif. Persampelan ini adalah berbeza dengan persampelan yang dijalankan
dalam 3 artikel sebelumnya kerana ketiga-tiganya adalah lenih bersifat kuantitatif.
2.4. Dapatan kajian
Berdasarkan kepada dapatan daripada ke empat-empat kajian daripada artikel yang
dipilih, motivasi intrinsik mempamerkan hubungan dengan pencapaian pelajar secara
signifikan. Ringkasan dapatan adalah seperti berikut :
Artikel Persoalan kajian dapatan
1
Adakah tahap kepercayaan guru mempengaruhi Ya. Semakin tinggi tahap kepercayaan guru terhadap
2 tahap motivasi intrinsik pelajar dalam keupayaan kendiri pelajar dalam matematik, semakin
3 pencapaian matematik? tinggi keupayaan pelajar tersebut menyelesaikan
4 persoalan matapelajaran matematik
Adakah e-pembelajaran dan jantina
mempengaruhi tahap motivasi intrinsik dalam Ya. Pelajar pendidikan jarak jauh mempunyai tahap
kalangan pelajar pendidikan jarak jauh? motivasi intrinsik yang tinggi. Namun faktor jantina
tidak mempengaruhi tahap motivasi ini.
Apakah bentuk hubungan motivasi intrinsik dan
ekstrinsik dalam keberkesanan pembelajaran? Motivasi intrinsik (hubungan positif)
Adakah jantina juga mempengaruhi motivasi ini? Motivasi ekstrinsik (hubungan negatif)
Jantina hanya berperanan secara sederhana.
Apakah pendekatan bersepadu dapat
meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam Ya. Pendekatan bersepadu yang melibatkan
meningkatkan pencapaian pendidikan sains dan penglibatan pelajar secara menyeluruh seperti aktiviti
pendidikan jasmani. penerokaaan dan pendidikan luar dapat
meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam
pencapaian pendidikan sains.
Berdasarkan kepada rumusan jadual dapatan di atas, jelas menunjukkan bahawa motivasi
intrinsik memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Dalam
konteks e-pembelajaran, motivasi intrinsik sangat berperanan untuk memberi kesedaran kepada
individu pelajar untuk lebih berdikari dalam menentukan halatuju pendidikan mereka. Sifat
untuk tidak bergantung kepada desakan luaran dapat membawa individu tersebut untuk lebih
berusaha secara kendiri supaya apa yang dihajati akan tercapai. Bertepatan dengan konsep e-
pembelajaran di mana sumber rujukan pembelajaran terletak kepada keupayaan pelajar untuk
bijak serta pantas membuat sesuatu keputusan, maka motivasi instrinsik ini perlu diransangkan
ke tahap maksima.
Manakala bagi hubungan di antara motivasi intrinsik dan jantina pula, dapatan daripada dua
kajian yang dipilih ini tidak menunjukkan korelasi yang tinggi. Ia hanya berperanan secara
sederhana. Ini bermaksud, motivasi intrinsik yang terbentuk di dalam diri dan jiwa pelajar adalah
atas keperluan cita-cita dan bukannya atas naluri jantina. Dalam dunia yang serba maju dan
moden ini jantina tidak lagi menjadi satu elemen diskriminasi atau pun dominasi terutamanya
dalam isu pendidikan. Ini adalah selari dengan slogan pendidikan untuk semua yang dilaungkan
oleh Pertubuan Bangsa-bangsa Bersatu.
Apa yang paling menarik dalam dapatan kajian-kajian ini ialah berkenaan tahap
kepercayaan guru terhadap keupayaan kendiri pelajar dalam matapelajaran
Matematik (Artikel 1). Dalam kajian ilmu pendidikan, faktor hubungan diantara
guru dan pelajar merupakan skop kajian yang sangat masyhur. Ini tidak dapat
dinafikan kerana kedua-duanya mempunyai hubungan yang simbiotik.
Berdasarkan kepada dapatan kajian dalam artikel 1, jika seseorang guru itu
mempunyai tahap kepercayaan yang rendah terhadap keupayaan kendiri
pelajarnya yang lemah dalam matematik, maka potensi pelajar tersebut untuk
meningkat dalam pencapaian matematiknya mustahil dicapai. Di sini kita dapat
lihat betapa pentingnya seseorang guru itu mempunyai nilai efikasi diri yang
tinggi supaya pelajarnya juga turut memperolehi aura yang positif daripada guru.
3.0. Penutup
* Bahagian ini boleh lah buat sendiri kot....he he he.
(ini hanya lah contoh sahaja..yang diambil daripada artikel yang sebenar).
Citation x dak! Semua main ingat dalam kepala saja sbb dah lama pembacaan
ni.
All da best ladies!