INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
MELAKA
PERKEMBANGAN SISTEM
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
(SEBELUM MERDEKA)
KURSUS: FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
KOD KURSUS: EDUP3013
NAMA PENSYARAH: EN. AHMAD SUHAIZAN BIN
PANDAK
DISEDIAKAN OLEH,
HAZWANI BINTI HAMZAH
BAHASA MELAYU 2
SISTEM SISTEM
PENDIDIKAN PENDIDIKAN
VERNAKULAR
PONDOK
LAPORAN LAPORAN
CHEESEMAN BARNES
LAPORAN ORDINAN
FENN-WU PELAJARAN
1952
PENYATA
RAZAK 1956
SISTEM PENDIDIKAN
d
PONDOK
• Pendidikan yang dijalankan ialah pengajian agama Islam
yang diadakan di surau dan madrasah.
• Para guru terdiri daripada imam dan haji.
• Pelajar pula terdiri daripada golongan dewasa, lelaki dan
perempuan.
• Pengajaran dan pembelajaran yang diajarkan termasuklah
pengajian al-Quran dan tajwid, tafsir al-Quran dan hadis serta
fiqah dan tauhid.
• Buku rujukan yang terdiri daripada al-Quran dan kitab-kitab
seperti hadis, fiqah, tauhid dan tasawuf adalah dari Mesir dan
negara Arab yang lain.
• Pengajaran dan pembelajaran di sekolah pondok dijalankan
dengan kaedah yang lebih sistematik berbanding dengan
pengajian di surau dan madrasah.
• Waktu pembelajaran berlangsung selepas waktu subuh,
petang dan malam.
• Kaedah pembelajaran yang utama ialah secara hafalan.
• Bagi pengajaran al-Quran, pelajar akan mengeja dan
membaca berulang kali sehingga mereka dapat menghafal
surah-surah dengan lancar.
• Dalam pengajaran fiqah pula, pelajar mengingati hukum yang
berkaitan dengan syariat Islam.
• Seseorang pelajar dianggap telah menamatkan pengajian
apabila sudah empat atau lima kali khatam.
• Organisasi pendidikan adalah berbentuk tidak formal.
SISTEM PENDIDIKAN
VERNAKULAR
• Sekolah vernakular terdiri daripada lima jenis iaitu:
1. sekolah vernakular Melayu
2. sekoalh vernakular Cina
3. sekolah vernakular Tamil
4. sekolah Inggeris
5. sekolah agama/madrasah
• Ketibaan pihak Inggeris telah menghasilkan campur tangan
dalam urusan pentadbiran Negeri-Negeri Tanah Melayu.
• Mereka tidak mahu membazir duit untuk memperkembangan
institusi pendidikan.
• Sekolah-sekolah hanya dibuka untuk anak-anak bangsawan
Melayu sahaja.
• Sekolah-sekolah persendirian Inggeris didirikan oleh
pendakwah Kristian.
• Sekolah Cina pula didirikan oleh masyarakat Cina sendiri.
• Masyarakat India yang tinggal di ladang kurang berminat
untuk mendirikan sekolah.
• Namun, sekolah Tamil didirikan oleh pemilik ladang dengan
harapan pekerja mereka akan tinggal di situ untuk tempoh
yang lebih lama.
• Sekolah agama dan madrasah didirikan oleh masyarakat
Melayu.
• Untuk menjamin keperluan tenaga kerja separuh mahir
seperti pegawai-pegawai pentadbir rendah, pihak Inggeris
telah mendirikan beberapa ‘Free School’ yang mengenakan
pelajarnya membayar yuran tetapi semua bangsa dibenarkan
menuntut di sini.
• Setiap jenis sekolah ini mempunyai orientasi kurikulum,
kaedah pengajaran dan pembelajaran serta organisasi yang
berbeza.
• Pihak Inggeris telah menentukan kaum Melayu, Cina dan
India tidak bergaul.
• Guru-guru untuk setiap jenis sekolah dibawa dari negara
masing-masing.
• Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan guru untuk
mengajar di sekolah Melayu.
• Pelajar perempuan tidak digalakkan untuk ke sekolah.
• Ini menyebabkan kebanyakan sekolah Melayu ditutup kerana
bilangan pelajar yang sedikit dan bilangan guru tidak
mencukupi.
• Untuk mengatasi masalah kekurangan guru, pihak Inggeris
telah menubuhkan dua maktab perguruan, iaitu Maktab
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan Maktab Perguruan
Perempuan Melayu, Melaka.
• Masalah kanak-kanak perempuan tidak ke sekolah dapat
diselesaikan kerana guru-guru terdiri daripada kaum wanita.
• Masyarakat Cina telah menubuhkan dan memajukan sekolah
vernakular Cina bagi memastikan pengekalan warisan
budaya dan bahasa mereka di tempat asing.
• Kurikulum sekolah vernakular Cina berorientasikan pemikiran
orang Cina kerana buku teks dan guru-gurunya dibawa terus
dari Tanah Besar, China.
• Pelajar-pelajar Cina diajar dengan bahan-bahan klasik,
mengira dengan menggunakan sempoa dan menulis tulisan
Cina.
• Kaedah pembelajaran adalah secara hafalan.
• Bilangan pelajar yang berdaftar di sekolah vernakular Tamil
sangat rendah.
• Ini disebabkan oleh kekurangan infrastruktur, buku teks dan
tenaga pengajar.
• Kesedaran masyarakat India terhadap pendidikan adalah
rendah.
• Kerajaan Inggeris juga tidak mempedulikan soal
mempertingkatkan bantuan dan mutu sekolah Tamil.
LAPORAN
CHEESEMAN
• Tujuan laporan ini adalah untuk membina semula dan
mengembangkan sistem pendidikan dan tidak menyentuh
tentang perpaduan kaum.
• Pada masa pemerintahan Jepun (1941-1946), sekolah-
sekolah Melayu dan Tamil diteruskan.
• Bahasa Jepun dijadikan mata pelajaran tambahan.
• Sekolah vernakular lain serta sekolah Inggeris telah
digantikan dengan sekolah Nippon-Go.
• Pengajaran Nippon-Go menekankan lagu-lagu klasik Jepun
dan kebudayaan Jepun dalam kurikulum sekolah rendah.
• Pihak pemerintahan Jepun membubarkan pendidikan
peringkat menengah aliran biasa.
• Pendidikan ini telah digantikan dengan pelajaran vokasional
dan teknik dalam bidang perikanan, perhubungan, sains
samudera, pertanian dan pembinaan.
• Orang dewasa lain diberi peluang mempelajari bahasa Jepun.
• Pada Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu dijajah oleh
Inggeris sekali lagi sehingga pandangan penduduk Tanah
Melayu telah berubah.
• Orang Cina dan India mula menunjukkan bahawa mereka
ingin bermastautin di Tanah Melayu.
• Orang Melayu pula sedar bahawa pendidikan penting untuk
mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan sosial.
• Kaum Melayu meminta kerajaan Inggeris memperbaiki
keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu.
• Laporan ini telah dihasilkan sebagai langkah oleh pihak
Inggeris untuk membina semula sistem pendidikan di Tanah
Melayu selepas pendudukan Jepun.
LAPORAN BARNES
• Pada tahun 1950, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh I. J. Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan
memperbaiki keadaan pendidikan untuk kaum Melayu.
• Laporan Barnes 1951 mengesyorkan seluruh sistem
pendidikan dirombak semula serta mencadangkan perkara
berikut:
a) Matlamat pendidikan ke arah membentuk satu rupa bangsa
berasaskan pelbagai kaum.
b) Semua sekolah vernakular dibubarkan dan digantikan
dengan sekolah kebangsaan.
c) Sekolah kebangsaan ini hanya menggunakan bahasa
Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pada peringkat sekolah rendah.
d) Kanak-kanak berumur 6-12 tahun menerima pendidikan di
sekolah kebangsaan dan diberikan pendidikan secara
percuma.
e) Setelah tamat pendidikan sekolah rendah, murid-murid
yang meneruskan pelajaran ke peringkat menengah akan
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
f) Pembinaan sekolah vokasional yang moden.
g) Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran Sains,
Seni, Perusahaan dan Sains Rumah Tangga.
h) Pentadbiran dana kewangan sekolah kebangsaan perlu
ditanggung oleh Penguasa Pelajaran Setempat dan
kerajaan.
i) Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.
j) Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang
Sijil Persekolahan.
• Laporan Barnes dan usul-usulnya telah mendapat tentangan
yang hebat terutama daripada kaum Cina.
• Mereka berpendapat bahawa laporan ini merupakan usaha
untuk menghapuskan bahasa dan kebudayaan mereka.
LAPORAN FENN-WU
• Ekoran daripada tentangan laporan Barnes, Sir Henry Gurney
telah melantik sebuah jawatankuasa baharu pada tahun
1951.
• Jawatankuasa ini diketuai oleh dua orang penasihat daripada
persatuan bangsa-bangsa bersatu (PBB) iaitu, Dr. W.O. Fenn
dan Dr. Wu The Yau.
• Laporan ini mendapati bahawa:
1. Walaupun bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, namun
orang Cina perlu diberikan peluang untuk membentuk
kebudayaan mereka.
2. Galakan diberi kepada orang Cina untuk menguasai
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
3. Orang Cina digalakkan oleh kerajaan Inggeris untuk
menguasai ketiga-tiga bahasa.
4. Pengajaran bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu hendaklah diperbaiki.
5. Guru terlatih bagi sekolah Cina tidak mencukupi.
6. Bantuan kewangan untuk sekolah Cina perlu ditambah.
7. Buku teks sekolah Cina terutama dari negara China dan
Hong Kong perlu disemak dan dimasukkan unsur-unsur
masyarakat tempatan.
8. Dasar Pendidikan Negara hendaklah bermatlamatkan
membentuk kewarganegaraan Melayu.
9. Sekolah-sekolah mesti mempersiapkan kanak-kanak untuk
menempuh semua aspek kehidupan berdasarkan latar
belakang kehidupan masyarakat Melayu.
ORDINAN
PELAJARAN 1952
• Setelah meneliti laporan-laporan di atas, pihak Inggeris
mendapati bahawa cadangan-cadangan yang dikemukakan
adalah tidak sama.
• Kerajaan Inggeris menubuhkan satu jawatankuasa khas
untuk mengkaji laporan-laporan tersebut.
• Jawatankuasa ini mengemukakan cadangan seperti berikut:
1. Mengadakan dua sistem persekolahan , iaitu sekolah yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dan satu lagi menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar.
2. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan
sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.
3. Pelajaran bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris
manakala bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu.
• Laporan ini dibentangkan di Majlis Perundangan
Persekutuan dan telah diluluskan pada bulan September
1951 serta dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran
1952.
• Ordinan ini menetapkan sekolah kebangsaan sebagai
corak sistem persekolahan di Tanah Melayu.
• Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai
sebahagian daripada sistem persekolahan kebangsaan.
• Bahasa Cina dan bahasa Tamil dicadangkan diajar sebagai
bahasa ketiga.
• Namun, cadangan Ordinan Pelajaran 1952 ini tidak dapat
dilaksanakan atas masalah kewangan.
• Oleh itu, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk
mengkaji kaedah cadangan-cadangan tersebut boleh
dilaksanakan.
PENYATA RAZAK
1956
• Laporan ini memberi penekanan kepada perpaduan kaum
dan penghasilan tenaga kerja.
• Tujuan laporan ini diadakan adalah untuk:
1. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
2. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan
mengembangkan sistem pendidikan.
3. Melahirkan perpaduan antara satu kaum sebagai satu
rumpun bangsa Tanah Melayu.
4. Merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah
Melayu.
5. Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang
lebih cekap dan berkesan.
6. Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.
7. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih,
bertoleransi, liberal dan progresif.
• Syor-syor yang disediakan ialah:
1. Dasar pelajaran adalah tanggungjawab Menteri Pelajaran
yang juga bertanggungjawab atas pelajaran menengah dan
latihan guru.
2. Pihak berkuasa Pelajaran Tempatan bertanggungjwab ke
atas pelajaran sekolah rendah dan pelajaran pertukangan.
3. Guru-guru akan menerima latihan yang serupa.
4. Penubuhan Jemaah Nazir-Nazir Sekolah.
5. Penubuhan Lembaga Pengelolo Sekolah di semua
sekolah.
6. Penubuhan skim perkhidmatan yang sama bagi semua
guru.
7. Dua jenis sekolah iaitu, sekolah rendah dan menengah
persendirian serta sekolah rendah dan menengah yang
menerima bantuan.
8. Sekolah rendah terdiri daripada sekolah umum (bahasa
pengantar ialah bahasa Melayu) dan sekolah jenis umum
(bahasa pengantar ialah Mandarin, Tamil dan Inggeris).
9. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi bahasa wajib
di semua sekolah. Jika perlu, bahasa pengantar dalam
bahasa lain boleh digunakan.
10. Hanya satu jenis sekolah menengah ditubuhkan yang
terbuka kepada semua bangsa dan menggunakan sukatan
pelajaran dan kurikulum.
11. Calon dari semua sekolah menengah ditubuhkan
mula mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan
Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu.
12. Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan
dirancang.
13. Penyusunan semula pelajaran teknik.
14. Pengawalan saiz sekolah dan bilik darjah.
15. Semua sekolah diorientasikan supaya bersifat
kemelayuan dan memperkenalkan sukatan pelajaran serta
jadual waktu yang sama bagi semua sekolah.
16. Cadangan di atas telah diterima oleh Majlis
Perundangan Persekutuan dan disahkan oleh Ordinan
Pelajaran Tahun 1957.
RUJUKAN
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin
& Zakiah Noordin. (2016). Falsafah dan pendidikan
di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.