INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,
MELAKA
KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN
YANG POSITIF ANTARA GURU
DENGAN MURID
KURSUS: PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
KOD KURSUS: EDUP3043
NAMA PENSYARAH: EN. AHMAD SUHAIZAN BIN PANDAK
KEPENTINGAN HUBUNGAN BAIK
KEPADA GURU
Memotivasikan dan menaikkan Melancarkan proses pengajaran Mudah mengawal tingkah laku
semangat guru untuk mengajar dan pembelajaran murid
Aktiviti pengajaran dan Mendorong guru menyediakan Memberi kesan yang positif
pembelajaran menjadi lebih aktiviti-aktiviti yang lebih praktik terhadap keyakinan kendiri guru
seronok dan efektif dan berkesan
Memudahkan pencapaian
objektif pengajaran
KEPENTINGAN HUBUNGAN BAIK
KEPADA MURID
Menarik minat murid untuk Meningkatkan keyakinan
belajar untuk berkomunikasi dengan
guru
Sedia meluahkan masalah Merangsang minat murid
kepada guru untuk melibatkan diri dalam
aktiviti PdP
Membentuk peribadi mulia Meningkatkan pencapaian
yang boleh dicontohi akademik murid
PANTUN GURUKU SAYANG, MURIDKU SAYANG
OLEH: UMMU SAL
Guru penyayang murid disayang,
Baik hatimu hingga kini kukenang;
Dikau mengajar terkenang-kenang,
Dalam peperiksaan jawapan terbayang-bayang.
Guru kreatif murid tak bosan,
Apa diajar didengar difaham;
Pulang ke rumah mengulang kaji pelajaran,
Ibubapa melihat teramat kagum.
Suasana bilik darjah penuh ceria,
Dihias dengan lukisan kreatif;
Murid belajar berlumba-lumba,
Kerana semuanya berminda positif.
Suasana belajar amat menyeronokkan,
Guru kreatif murid positif;
Apa diajar semua difokuskan,
Impak pembelajaran guru kreatif.
Murid diajar beradab sopan,
Saling hormat menghormati asas perpaduan;
Tiada tercicir dalam pembelajaran,
Kerana itu satu kebanggaan.
Guru cemerlang murid terbilang,
Itulah cita-cita Menteri Pendidikan;
Apa diajar takkan hilang,
Kecemerlangan murid jadi tumpuan.
Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.
Murid berdisplin guru gembira,
Sekolah lahirkan murid cemerlang;
Sukanya hati tidak terkira,
Kerana muridku terus gemilang.
Guru Pembina Negara Bangsa,
Murid pencetus ilham guru;
Jasamu guru kuingat setiap masa,
Perpisahan nanti buat kuterharu.
Guruku sayang muridku sayang,
Ku di sini mengajar penuh kasih sayang;
Moga dikau menjadi pelajar cemerlang,
Impaknya nanti Negara terus gemilang.