The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alwaniahamad, 2024-03-24 21:11:12

RPI INKLUSIF

RPI INKLUSIF

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU 16109 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN DARUL NAIM PIMK 3132 PENDIDIKAN INKLUSIF Nama : NUR ALWANI BINTI AHAMAD No. K/P : 021121-03-1018 Angka Giliran : 2021082340145 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : PENDIDIKAN ISLAM 3 Nama Pensyarah : En. Mohd Hasaidi Bin Hassan Tarikh Hantar : 17 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:: Tarikh : 17 Mac 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar : Tarikh :


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU. BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama: NUR ALWANI BINTI AHAMAD Angka Giliran: 2021082340145 Kod: PIMK 3132 Nama kursus: PENDIDIKAN INKLUSIF Pensyarah: EN. MOHD HASAIDI BIN HASSAN Tarikh Hantar: 17 MAC 2024 Tarikh Terima (diisi oleh Pensyarah): Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya’ Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 17 MAC 2024 Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa Moderator Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan : Tanda tangan Pelajar: Tarikh:


PENGENALAN DIRI Nama : Nur Alwani Binti Ahamad No. Kad Pengenalan : 021121-03-1018 Kumpulan : PISMP PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 8 Ambilan : Jun 2021 E-mel : [email protected] Nombor Telefon : 019-2205758 ii


PENGHARGAAN Syukur alhamdulillah diucapkan ke atas hadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya saya, Nur Alwani Binti Ahamad dapat menyempurnakan tugasan kerja kursus yang diberikan bagi kod subjek PIMK 3132 dengan jayanya. Dengan peluang yang ada ini,saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Mohd Hasaidi Bin Hassan, selaku Pensyarah kerana meletakkan sepenuh kepercayaan Beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu saya bagi menyiapkan tugasan ini terutama Pensyarah saya,atas budi bicara Beliau dalam memberi tunjuk ajar dan dorongan ketika kerja kursus ini dijalankan. Selain itu,saya juga ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada rakanrakan yang banyak menghulurkan bantuan dan panduan ketika proses kerja kursus dijalankan. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang tidak berhenti mendorong saya untuk terus berusaha. Ucapan ini juga dituju khas kepada pihak-pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya.Segala bantuan yang diberikan amatlah saya menghargai kerana tanpa mereka semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian,terima kasih. iii


HALAMAN PENGAKUAN i PENGENALAN DIRI ii PENGHARGAAN iii ISI KANDUNGAN iv 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI 2.1 PENGUMPULAN MAKLUMAT 2.2 PRASIDANG 2.3 SIDANG PERTAMA 2.4 PELAKSANAAN DAN PEREKODAN RPI 2-4 2 3.0 BORANG RPI 5-6 4.0 RINGKASAN BORANG RPI 4.1 LATAR BELAKANG PELAJAR 4.2 FOKUS PENULISAN RPI 7-8 5.0 BAHAN BANTU RPI 5.1 PENGENALAN BAHAN BANTU RPI 5.2 SEBAB PEMILIHAN BAHAN BANTU RPI 5.3 KEPENTINGAN BAHAN BANTU RPI 5.4SENARAI PERALATAN YANG DIGUNAKAN BAGI MENGHASILKAN BAHAN BANTU RPI 5.5 CARA PENGHASILAN BAHAN BANTU RPI 5.6 LANGKAH PENGGUNAAN BAHAN BANTU RPI 5.7 GAMBAR KESELURUHAN BAHAN BANTU RPI 9-14 6.0 RUMUSAN 15 7.0 RUJUKAN 16 2 3 3 4 7 8 9 9-10 10 11 11 12 13-14 ISI KANDUNGAN


1.0 PENGENALAN Dalam meniti kehidupan pada marcapada, pendidikan telah menjadi teras utama kepada bangsa negara. Tanpa pendidikan, maka sebuah negara tersebut akan dianggap mundur dan tidak menelusuri arus pemodenan kini. Oleh itu, di setiap negara ini wujudnya bahagian perlembagaan pendidikan yang mengurus sistem pendidikan negara kearah yang lebih berkualiti terutama di abad ke-21 kini. Menurut Abdul Ghoni (2018), paradigma yang berlaku dalam pendidikan kini membawa peranan yang besar kepada negara kerana kejayaan transformasi ekonomi negara adalah bergantung kepada kejayaan pelan pendidikan yang bersifat futuristik. Dengan adanya sistem pendidikan yang baik ini, ia mewajibkan setiap individu untuk mendapatkan proses pendidikan yang disediakan demi kepentingan individu, masyarakat dan negara pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu, tidak semua murid-murid ini dilahirkan normal dan sempurna, namun ada yang dilahirkan ini adalah kanak-kanak yang kurang upaya dari segi fizikal, intelek, emosinya iaitu yang tidak mencapai pertubuhan dan penyuburan seperti biasa sehingga mereka tidak dapat memperoleh faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Oleh itu, dalam perlembagaan pendidikan juga, adanya Bahagian Pendidikan khas (BPK) berperanan untuk merancang, mengurus dan mengawal pendidikan bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di peringkat kementerian dan adanya guru pendidikan khas di peringkat sekolah yang mengajarnya. Perbezaan antara murid normal arus perdana dan murid pendidikan khas ini memerlukan kepada proses pembelajaran yang berbeza iaitu dari aspek pendekatan dan strategi. Oleh itu, adanya Rancangan Pengajaran Individu (RPI) bagi murid MBK ini samada murid tersebut ditempatkan di sekolah Pendidikan khas, program Pendidikan khas dan Program Pendidikan inklusif di arus perdana. Program Pendidikan Inklusif adalah suatu program Pendidikan yang dijalankan kepada murid berkeperluan Pendidikan khas dan menjalankan pembelajaaran bersama-sama dengan murid lain dalam keals yang sama di sekolah Kerajaan atau sekolah bantuan Kerajaan (Hazlin Haris & Khairul Farhah Khairuddin ,2021). Maka, dalam penulisan ini, kita akan bincangkan mengenai rancangan pengajaran indivdiu bagi Pendidikan inklusif mata Pelajaran Pendidikan Islam dengan jelas dan terperinci bagi murid berkeperluan khas. 1


2.0 PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI Bagi penyediaan dan pelaksaan RPI ini, ia memerlukan kepada prosedur tertentu yang perlu dilaksanakan oleh guru terhadap individu murid tersebut iaitu Nur Aina Binti Muhamad. Antaranya ialah: 2.1 PENGUMPULAN MAKLUMAT Langkah pertama yang perlu dilaksanakan oleh guru sebelum menjalankan RPI ini ialah dengan membuat pengumpulan maklumat. Individu yang berperanan dalam mengumpul maklumat murid ini ialah guru kelas Aina sendiri. Antaranya ialah, guru kelas perlu mengumpulkan laporan perubatan Aina samada laporan perubatan yang lepas dan yang sedang dijalankan terutama maklumat terapi dan juga perkhidmatan sokongan murid tersebut. Ianya penting untuk diketahui oleh guru kelas sendiri akan keadaan murid dalam bilik darjah demi keselamatan dan faktor kesihatan murid tersebut sepanjang dia menerima proses Pdp di sekolah. Guru kelas berperanan untuk mengambil tahu maklumat-maklumat ini selama tiga minggu pertama dari hari pertama sesi persekolahan. Guru kelas juga boleh menggunakan borang RPI yang lepas sebagai rujukan untuk mendapat maklumat terhadap keadaan Aina ini untuk kegunaan sesi persekolahan tersebut. Guru juga boleh menjalankan ujian diagnostik ke atas Aina seperti pemerhatian, temubual, ujian lisan, dan ujian bertulis untuk menngenalpasti masalah yang terdapat pada Aina. Dengan maklumat-maklumat ini, guru kelas dapat melengkapkan borang RPI berdasarkan keadaan Aina sendiri supaya, guru mata pelajaran yang mengajar Aina dapat ketahui dan merancang aktivti Pdp yang sesuai dengan keadaan Aina. 2.2 PRASIDANG Langkah seterusnya ialah prasidang, yang mana ia bertujuan untuk meneliti dan mencatat hasil perbincangan yang dilaksanakan dalam borang RPI yang lepas oleh Aina tersebut. Penelitian terhadap dokumen ini amat wajar dijalankan supaya guru-guru ini tahu keadaan terkini murid tersebut, dan menjalankan proses Pdp yang sesuai dengannya. Pelaksanaan pra sidang ini adalah tertumpu kepada murid berkeperluan khas yang baharu mendaftar sekolah, dan juga kepada murid yang belum mempunyai RPI atau yang telah mempunyai RPI. Dengan pelaksanaan prasidang ini, guru-guru dan pihak berkepentingan dapat tahu dan mengambil cakana akan individu MBK di kelas arus perdana ini dengan baik. Perbincangan dan pelaksanaan prasidang ini juga melibatkan ahli utama sekolah iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, penyelaras RPI, guru kelas, guru mata pelajaran serta beberapa pihak individu lain yang penting dengan masalah Aina. Semasa prasidang ini dijalankan, borang RPI mestilah disediakan dan dilengkapkan untuk mengesahkan maklumat murid tersebut. 2


2.3 SIDANG PERTAMA Langkah ketiga yang perlu dijalankan ialah sidang pertama. Sidang ini akan dihadiri oleh ibu bapa murid sendiri iaitu ibu bapa Aina, guru besar, Penolong Kanan Pentadbiran, pelaksana RPI, guru kelas dan guru mata pelajaran yang terlibat. Tujuan pelaksanaan sidang pertama ini adalah untuk membuat perbincangan dan mendapatkan persetujuan ibu bapa murid sendiri iaitu ibu bapa Aina. Tempoh pelaksanaan sidang pertama ini adalah tidak melebihi 3 bulan bermula dari hari pertama Aina masuk ke sekolah. Semasa sidang pertama ini berlangsung, guru kelas akan menjelaskan keadaan Aina dan menyatakan cadangan daripada pihak sekolah terhadap proses Pdp Aina berdasarkan pendekatan yang sesuai dengannya. Perbincangan ini juga adalah berdasarkan cadangan guru melalui ujian diagnostik yang dijalankan sebagai bukti akan masalah yang dihadapi. Dalam sidang ini jugalah, kedua-dua pihak ini menetapkan kemahiran atau masalah yang perlu diberi perhatian dalam menanganinya dalam tempoh pelaksanaan, Guru akan membina RPI dan menetapkan cadangan strategi yang sesuai dengan Aina. Pelaksanaan ini boleh dipilih untuk diadakan secara bersemuka atau dalam talian berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak, namun perkara yang utama adalah syarat persetujuan ini wajib untuk ditandatangi oleh ibu bapa atau penjaga Aina sendiri. 2.4 PELAKSANAAN DAN PEREKODAN RPI Berdasarkan persetujuan daripada pihak ibu bapa Aina ini, maka sesi pelaksanaan dan perekodan RPI akan bermula. Tempoh maksimum pelaksanaan ini adalah selama 3 bulan. RPI yang dilakukan oleh guru mengikut mata pelajaran ini akan dijalankan selama tempoh ini berlangsung untuk melihat prestasi pencapaian. Dalam tempoh ini, intervensi akan dijalankan bersama sumber dan alatan yang diperlukan mengikut kesesuaian masalah yang dihadapi oleh Aina. Pihak berkepentingan dalam proses ini seperti pelaksana RPI dan semua guru mata pelajaran akan berbincang dan membuat penilaian terhadap MBPK tersebut bagi setiap 2 atau 3 minggu untuk menilai keberkesanan dan pencapaian Aina sepanjang PdP berlangsung. Hasil penilaian yang dilakukan dalam tempoh ini perlulah direkodkan dalam borang RPI sebagai bukti pelaksanaan dan penilai dijalankan oleh guru kepada Aina. 3


2.5 SIDANG PENILAIAN Langkah terakhir dalam penyediaan dan pelaksanaan RPI ini ialah sidang penilaian. Sidang ini berlangsung selepas satu bulan tamat tempoh maksimum pelaksanaan RPI. Tujuan sidang penilaian ini adalah untuk menilai dan mendapatkan persetujuan ibu bapa Aina samada untuk meneruskan atau menetapkan RPI sedia ada ini. Guru akan memberikan laporan pencapaian kepada ibu bapa Aina untuk RPI seterusnya. Hal ini penting demi kelangsungan proses pembelajaran Aina sendiri sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Dalam sidang ini, ahli yang terlibat adalah pengerusi guru kelas, guru mata pekajaran, ibu bapa Aina, dan pelaksana RPI. Persetujuan ibu bapa ini amat penting kepada MBPK tersebut dalam mendapatkan pengetahuan di sekolah. Walau bagaimanapun, jika ia memerlukan kepada penambahbaikan, maka pelaksana RPI perlu menyediakan borang RPI yang baharu untuk diisi mengikut kesesuaian murid tersebut. Penambahbaikan ini amat memerlukan kepada prosedur pelaksana dan perekodan RPI selama 3 bulan ini dan akan dijalankan sidang penilaian lagi untuk menyatakan sejauh mana keberkesanan RPI ini kepada murid. 4


3.0 BORANG RPI BPKHAS/RPI/SR/2023 BORANG RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN A (Maklumat Diri) 1. Kod Sekolah : 2. Tahun: 3. Nama Sekolah : 4. Program Pendidikan Khas : a) Sekolah Pendidikan Khas : b) Program Pendidikan Khas Integrasi : c) Program Pendidikan Inklusif : 5. Nama Murid : 6. Tarikh Lahir : 7. Umur : 8. Kelas : 9. Kategori : 10. Diagnosis : 11. Pengetahuan Sedia Ada : 12. Keupayaan : 13. Keperluan Perubatan : 14. Keperluan Perkhidmatan: Sokongan 15. Keperluan Alat : Sokongan BAHAGIAN B (Fokus RPI) 16. Kurikulum yang diikuti : 17. Fokus RPI : a) Kefungsian : b) Akademik : 18. Cabaran Utama : 19. Matlamat : Jangka Panjang DBA 1065 SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN (1) / 12.04.2014 Nur Aina Binti Muhamad 4 Orked Masalah Pendengaran 10 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam Tahun 4 Aina mengenal huruf jawi dengan baik 1) Aina boleh menyatakan padanan huruf jawi dengan huruf rumi 1) Aina mengalami kesukaran dalam menyusun perkataan jawi 2) Aina sering mengelamun semasa proses PdP berlangsung 3) Aina mempunyai masalah pendengaran dan perlu berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat Tidak Tidak Tidak 2024 / 1)Aina dapat Menyusun huruf jawi yang tepat berdasarkan perkataan pinjaman Bahasa inggeris 2)Aina dapat belajar dan melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajran (PdP) dengan baik dalam matapelajaran Pendidikan Islam Masalah Pendengaran Konduktif


3.0 BORANG RPI : 20. Matlamat Jangka Pendek 21. Strategi Intervensi (Aktiviti berkenaan aspek kefungsian atau akademik) 22. Pencapaian 23. Tarikh Mula : 24. Tarikh Semak : 25. Keputusan Inventori Minat Kerjaya : Pendidikan Khas (IMKPK) Murid Tahun 6 BAHAGIAN C (Perakuan) 26. Tarikh Sidang Pertama : a) Tandatangan Ibu Bapa/ Penjaga: ………………………………………… ( ) b) Tandatangan Guru: …………………………………………… ( ) c) Disemak Oleh: ………………………………………… ( ) d) Disahkan Oleh: ………………………………………….. ( ) 27. Tarikh Sidang Penilaian : a) Tandatangan Ibu Bapa/ Penjaga: ………………………………………… ( ) b) Tandatangan Guru: ………………………………………… ( ) Murid dapat mengenal dan belajar perkataan pinjaman Bahasa inggeris dengan baik INTERVENSI 1 Guru memberikan murid untuk menggunakan ‘Smart Jawi’ belajar perkataan pinjaman Bahasa inggeris Langkah: 1.Murid memilih gambar yang terdiri daripada perkataan pinjaman Bahasa inggeris 2.Murid memilih huruf jawi dan letakkan berdasarkan padanan perkataan rumi tersebut 4/1/2024 4/3/2024


4.0 RINGKASAN BORANG RPI 4.1 LATAR BELAKANG PELAJAR RPI ini dihasilkan adalah bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid berkeperluan Pendidikan khas yang terlibat dalam Pendidikan inklusif arus perdana. Guru melaksanakan RPI ini adalah kepada murid yang bernama Nur Aina Binti Muhammad. Murid ini merupakan seorang murid berkeperluan Pendidikan khas kategori masalah pendengaran tahap sederhana. Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi halangan baginya untuk mengikuti pembelajaran di kelas arus perdana kerana Aina telah melepasi tahap penilaian yang ditetapkan menggunakan instrumen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Cabaran utama dalam mengajar Aina ini ialah, dia suka mengelamun di dalam kelas. Hal ini kerana masalah utamanya adalah dia mempunyai masalah pendengaran kategori sederhana iaitu dia sukar untuk mendengar bisikan. Guru-guru yang mengajar menggunakan suara mendatar dan perlahan akan menyukarkan proses pembelajaran dan memerlukan kepada penggunaan bahasa insyarat untuk berkomunikasi. Selain itu, murid ini juga mempunyai masalah dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran membaca dan mengeja yang lemah yang mana dia suka untuk menterbalikkan perkataan dan huruf jawi. Kesannya, dia akan sering tertukar dalam mengeja dan memerlukan kepada penggunaan berdasarkan huruf-huruf yang jelas. Seterusnya, berdasarkan pemerhatian dan penelitian guru juga, gaya pembelajaran Aina adalah berdasarkan Visual, iaitu pendekatan pembelajaran yang berkesan adalah berdasarkan penglihatannya seperti dalam bentuk gambar atau carta. Menurut Dunn & Dunn (1992), dan Faridah Mahadi et al., (2021), gaya pembelajaran adalah merujuk kepada cara seseorang individu menumpukan perhatianya untuk memahami dan mengingati seuatu maklumat atau kemahiran Baharu. Berdasarkan keadaan Aina ini, guru berperanan besar untuk menghasilkan RPI yang sesuai supaya proses PdP Aina ini dapat dijalankan dengan berkesan. 7


4.2 FOKUS PENULISAN RPI Fokus penulisan RPI adalah kepada murid yang menyertai Pendidikan inklusif tersebut iaitu Aina yang mempunyai masalah dari aspek akademik. Pelaksanaan RPI kepada Aina ialah dalam menangani masalah yang dihadapi oleh Aina dalam mata Pelajaran Pendidikan Islam iaitu Aina kurang mahir dalam membaca, menulis dan mengeja perkataan pinjaman bahasa inggeris dengan betul serta tertukar huruf jawi. Oleh itu, RPI ini dijalankan bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak lagi berlaku isu keterbalikkan huruf dan nombor dalam mengeja dan menulis perkataan jawi. Hal ini penting untuk diatasi di peringkat awal supaya, ia tidak memberi kesan kepada proses pembelajaran Aina yang seterusnya. Pengawalan di tahap yang mudah ini amat penting supaya proses pembelajaran di tahap yang sukar itu tidak lagi melibatkan sebarang masalah kepada Aina. Walau bagaimanapun, masalah utama yang Aina hadapai iaitu masalah pendengaran tidak lagi boleh diubah, namun ianya boleh dilaksanakan mengunakan pendekatan pembelajaran yang lain seperti penggunaan bahasa isyarat dan bahan bantu RPI yang sesuai. Dengan ini, proses Pdp Aina dapat dijalankan seperti biasa, dan dapat mencapai objektif PdP dengan berkesan. 8


5.0 BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) RPI 5.1 PENGENALAN BAHAN BANTU RPI Bagi masalah yang dihadapi oleh Aina tersebut, guru menghasilkan bahan bantu RPI sebagai intervensi untuk meningkatkan kefungsiannya dengan menggunakan ‘Smart Jawi’. Bahan bantu ‘Smart Jawi’ ini dapat menangani masalah yang dihadapi oleh Aina mempunyai masalah pendengaran. Seperti yang kita tahu, bukan ini sahaja masalah yang dihadapi olehnya, namun ia daripada pelbagai faktor seperti suka mengelamun, gaya pembelajaran visual dan kemahiran membaca yang rendah. Oleh itu, dengan adanya bahan bantu ‘Smart Jawi’ ini ia dapat membantu Aina untuk lebih fokus dan memahami apa yang disampaikan oleh guru. Di dalamnya, terdapat beberapa keping gambar dan perkataan pinjaman Bahasa inggeris dan huruf-huruf jawi. Untuk penggunaannya, ia memerlukan kepada padanan huruf jawi yang betul berdasarkan gambar tersebut. Bagi menghasilkannya, guru perlu menyediakan kotak, gambar dan huruf jawi. Bahan ini dapat digunakan oleh murid tanpa bantuan guru kerana, semua arahan yang ringkas dan padat terkandung dalam bahan ini. Malah, ‘Smart Jawi’ ini juga dapat disesuaikan dengan topik pembelajaran lain dan tidak terhad kepada topik ini sahaja dan boleh diubah mengikut kesesuaian topik tersebut. 5.2 SEBAB PEMILIHAN BAHAN BANTU RPI Sebab pemilihan ‘Smart Jawi’ ini adalah kerana kit ini dapat membantu dalam menangani masalah yang dihadapi oleh Aina iaitu mempunyai masalah pendengaran dan beberapa masalah lain. Oleh itu, dengan penggunaan bahan bantu ‘Smart Jawi’ ini, ia boleh membantu Aina dalam mengikuti proses pembelajaran seperti murid lain dalam kelas tersebut. Masalah pendengaran bukanlah suatu halangan untuk Aina belajar bersama murid lain, maka, dengan adanya ‘Smart Jawi’ ini, dia dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru kerana dia dapat membaca arahan penggunaan dengan jelas. Selain itu, apabila Aina menggunakan kit ini, dia akan lebih fokus dalam pelajaran dan tidak lagi mengelamun semasa proses PdP kerana kit yang dihasilkan ini adalah warna-warni. Penggunaan warna yang variasi ini boleh menarik perhatian murid untuk lebih fokus dalam pembelajaran. Ia juga selari dengan gaya pembelajaran Aina yang lebih terarah kepada gaya pembelajaran visual. Maka, penggunaan gambar yang banyak dan huruf-huruf ini dapat membantunya untuk menyerap dan menerima maklumat tersebut dengan mudah. Oleh itu, penggunaan kit ini amat sesuai bagi topik perkataan pinjaman Bahasa inggeris kerana murid boleh berpandukan gambar dan memilih huruf-huruf jawi. Kesannya, murid akan lebih faham dan ingat contoh perkataan tersebut. 9


Seterusnya, kit ini juga membantu Aina dalam meningkatkan kemahiran membacanya, kerana dalam kit ini terdapat gambar dan perkataan serta padanan huruf-huruf jawi. Dengan bimbingan guru, Aina akan mudah faham akan susunan huruf tersebut berdasarkan perkataan tersebut dan isu keterbalikan huruf tidak lagi akan berlaku kepada Aina. Jelasnya, kita dapat memahami akan sebab pemilihan bahan bantu ‘Smart Jawi’ ini kepada Aina sebagai intervensi bagi maslaah yang dihadapinya. 5.3 KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU RPI Antara kepentingan penggunaan kit ‘Smart Jawi’ ini sebagai bahan bantu RPI adalah ia dapat memberikan kefahaman kepada Aina tentang konsep sesuatu perkara semasa belajar. Contohnya, bahan bantu RPI ini adalah berdasarkan tajuk perkataan pinjaman Bahasa Inggeris, maka dengan pennggunaan kit ini, ia dapat membantu Aina dalam memahami perkataan pinjaman Bahasa Inggeris. Arahan penggunaan yang jelas, juga dapat membantu Aina dalam menggunakan kit ini, masalah pendengaran yang dihadapi oleh Aina menjadikannya tidak dapat mendengar apa yang disampaikan oleh guru melainkan melalui bacaan arahan serta berkomunikasi menggunakan Bahasa isyarat. Selain itu, penggunaan bahan bantu ‘Smart Jawi’ ini juga dapat menjadikan proses PdP menjadi lebih menarik dan berkesan. Ini kerana, penggunan kit ini dapat menjadikan Aina lebih menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Penggunaan warna serta bahan yang jelas dan sesuai dengan gaya pembelajaran menjadikan Aina lebih memahami dan seronok untuk belajar. Pemadanan huruf jawi berdasarkan gambar ini dapat membantu Aina untuk lebih mengingati huruf jawi dengan padanan huruf rumi serta mengurangkan masalah penukaran huruf dan perkataan. Dengan kaedah ini, ia dapat merangsang kognitif murid tersebut untuk lebih memahami dan mengingat huruf serta perkataan tersebut. Kesannya, proses PdP dapat dijalankan dengan baik serta mencapai obejktif pembelajaran dengan berkesan. 10


5.4 SENARAI PERALATAN YANG DIGUNAKAN BAGI MENGHASILKAN BAHAN BANTU RPI 1) Kotak 2) Kertas warna 3) Gambar animasi 4) Gunting 5) Glue 6) Bola Hiasan Warna Warni 7) Selotape 8) Batang Aiskrim Bewarna 9) Span 10) Huruf Jawi 11) Velcrotape 12) Cawan Plastik 5.5 CARA PENGHASILAN BAHAN BANTU RPI 1. Guru mencari gambar-gambar animasi yang sesuai bertepatan dengan perkataan pinjaman bahasa inggeris. 2. Guru mencetak gambar tersebut dan laminate bagi ketahanan gambar tersebut. 3. Guru memotong sebuah kotak supaya terbahagi kepada empat sisi yang sama. 4. Setiap sisi akan dilekatkan dengan span supaya mudah untuk dicucuk. 5. Setiap kepingan gambar tersebut akan ditampal pada batang aiskrim bewarna menggunakan selotape. 6. Guru hasilkan huruf-huruf jawi menggunakan kertas warna dan laminate supaya mudah untuk digunakan. 7. Guru lekatkan velcrotape di setiap bahagian permukaan kotak untuk ditampal dengan huruf jawi tersebut. 8. Guru mengumpulkan gambar-gambar tersebut di bahagian tengah kotak dan huruf-huruf jawi diletakkan dalam cawan. 9. Guru membuat arahan penggunaan kit ‘Smart Jawi’ tersebut secara digital dan hasilkan qr code cara penggunaannya. 10. Kit ‘Smart Jawi’ telah siap. 11


5.6 LANGKAH PENGGUNAAN BAHAN BANTU RPI 1. Pelajar perlu membuka penutup kotak ‘Smart Jawi’ tersebut. 2. Kotak tersebut akan terbuka kepada 4 bahagian 3. Pelajar perlu mengesan kad qr untuk membaca arahan penggunaan bahagian kotak yang atas 4. Pelajar perlu memilih 3 gambar yang diletakkan di tengah kotak dan letakkan setiap satu di span setiap sisi kotak 5. Pelajar perlu membaca perkataan yang terdapat pada gambar 6. Kemudian, pelajar juga perlu memilih huruf-huruf jawi di dalam cawan yang sesuai dengan perkataan tersebut berdasarkan padanan huruf jawi rumi 7. Pelajar perlu menampal hruuf jawi tersebut di bahagian velcrotape di bawah gambar 8. Guru akan menyemak jawapan bersama-sama murid 9. Setelah pelajar selesai pada gambar pertama, pelajar boleh beralih kepada gambar yang kedua dan ketiga untuk selesaikannnya hingga yang terakhir. 10. Ulang langkah di atas dengan mengambil gambar yang lain. 12


5.7 GAMBAR KESELURUHAN BAHAN BANTU RPI 13


14


6.0 RUMUSAN Kesimpulannya, pelaksanaan RPI ini amat penting kepada guru untuk tahu akan cara penghasilannya serta prosedur yang perlu dilakukan. Hal ini kerana, penggunaan RPI ini bukan sahaja terhad kepada murid berkeperluan pendidikan khas sahaja, namun ia juga digunakan kepada murid-murid yang mempunyai prestasi pencapaian yang rendah dalam bilik darjah. Ini kerana, penggunaan RPI ini adalah sebagai intervensi kepada guru bagi membina aktiviti pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan murid bagi memenuhi keperluan pendidikannya. Kesannya, setiap individu dapat melibatkan diri dengan baik semasa proses Pdp berlangsung samada menggunakan pendekatan yang sama atau berbeza dengan murid lain. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, RPI ini penting untuk diketahui cara pelaksanaan dan penggunaannya demi kepentingan pendidikan anak bangsa pada masa akan datang. 15


7.0 RUJUKAN Abdul Ghoni Ahmad. (2018). Pendidikan Kita Bertaraf Dunia. Rencana Majalah Pendidikan Feb 2018: Jilid 120. Hazlin Haris & Khairul Farfhah Khairuddin (2021). Pelaksanaan pedagogi inklusif bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 197-210. R. Dunn and K. Dunn, Teaching Unsurtary Students through Their Individual Learning Styles: Practical Approaches For Grades 3-6. United States of America: Allyn and Bacon, 1992. Faridah Mahadi, Mohd Razimi Husin, & Nurulhada Md Hassan (2022). Gaya Pembelajaran: Visual, Auditori dan Kinestetik. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(1), 29-36. 16


BPKHAS/RPI/PS/2023 BORANG RUMUSAN PRASIDANG 1. NAMA MURID : Nur Aina Binti Muhammad 2. KELAS : 4 Orked 3. KEUPAYAAN MURID : Aina boleh mengenal setiap huruf jawi dengan baik serta boleh menyatakan padanan huruf jawi dengan huruf rumi. 4. CABARAN UTAMA: Aina mengalami kesukaran dalam menyusun perkataan serta huruf jawi. Dia sering mengalami masalah keterbalikan dalam meyusun huruf serta perkataan tersebut. Selain itu, Aina juga sering mengelamun semasa proses Pdp berlangsung. Ini menjadikannya sering ketinggalan dalam memahami pembelajaran berbanding murid lain. Hal ini berkait rapat dengan masalah yang Aina hadapi iaitu masalah pendengaran dan memerlukan kepada penggunaan bahasa isyarat untuk berkomunikasi. 5. MATLAMAT: Selepas pelaksanaan intervensi ini, Aina dapat menyusun huruf jawi yang tepat berdasarkan perkataan pinjaman bahasa inggeris. Dia juga dapat menyatakan dengan betul perkataan pinjaman bahasa inggeris dan tidak lagi terbalik dalam menyusun hurud. Seterusnya, diharapkan juga agar Aina dapat belajar dan melibatkan diri dalam proses PdP dengan baik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta tahap pencapaiannya semakin meningkat. 6. CADANGAN STRATEGI: Guru memperkenalkan Bahan Banru RPI ‘Smart Jawi’ kepada Aina untuk dilaksanakan dalam pembelajaran Pendidikan Islam bagi tajuk perkataan pinjaman bahasa inggeris. Penggunaan bahan bantu ini memenuhi keperluan serta dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh Aina dari aspek masalah pendengaran, gaya pembelajaran visual serta kemahiran membaca dan mengeja yang tepat. Dengan ini, masalah yang berkaitan perkataan jawi tidak lagi akan berlaku kepada Aina dan dia dapat belajar dengan baik.


SURAT PERSETUJUAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Alamat Ibu Bapa atau Penjaga ....................................................... ...................................................... ...................................................... Tarikh:.................................. _____________________________________________________________ Kepada, Pengetua/Guru Besar ..................................................... ..................................................... ..................................................... Tuan/Puan, PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 1. Saya ........………………………………..................................................... sebagai ibu/bapa/penjaga sah (No. Kad Pengenalan: .........................................) kepada …..……………………………………....... (No. Kad Pengenalan: ...........................................) dengan ini mengesahkan telah membaca, memahami seluruh kandungan dokumen Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini seterusnya bersetuju untuk melepaskan Kementerian Pendidikan Malaysia daripada sebarang liabiliti atas persetujuan yang saya berikan. Sekian, terima kasih. Yang benar, .................................................... ( ) Nama Penuh: No. Kad Pengenalan: Tarikh:


Click to View FlipBook Version