The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANXIETY DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sumarnimustapa364, 2021-06-07 07:20:56

ANXIETY DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

ANXIETY DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Dalam

Nama: Sumarni Binti Mustapa

Matrik: S2016850

Kursus: PQI6005 Asas Psikologi
Dan Kaunseling Dalam Pendidikan

Tajuk: Anxiety Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Rendah

Pensyarah:
Dr. Noor Aishah Binti Rosli

Senarai Kandungan

 Perasaan bimbang yang melampau
dan dapat dikenal pasti dengan
tanda-tanda fizikal seperti
ketegangan, berpeluh dan
peningkatan kadar nadi.

Kebimbangan ditakrifkan sebagai
satu perasaan negatif di mana ia
merupakan gabungan perasaan
takut, gentar, seram, runsing,
cemas, risau, bimbang, gelisah,
khuatir dan melibatkan pelbagai
emosi lain (Salasiah, 2010:43).

Menurut Prince dalam Aziz et al.,
(2017:83) kebimbangan tidak
seperti tanda-tanda stres yang
lain kerana kebimbangan
menghasilkan bahan toksik.

 Anxiety atau kebimbangan bukanlah isu baru
terutamanya dalam bidang kaunseling tetapi ia
telah menjadi isu hangat dalam perbualan
masyarakat khusunya ketika musim Covid-19
melanda negara.

 Isu ini turut tidak terkecuali dialami oleh
kanak-kanak atau pelajar sekolah sama ada
peringkat menengah, pengajian tinggi mahupun
peringkat sekolah rendah.

 Hal ini semakin membimbangkan apabila
Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) terpaksa dilanjutkan.

 Perasaan bimbang ini akan memberi perubahan
terhadap psikologi seseorang.

 Misalnya, seseorang akan mengalami perasaan
bimbang atau takut terhadap sesuatu yang
tidak diketahui puncanya.



o Isu anxiety dalam kalangan pelajar
sekolah tidak boleh dipandang
enteng.

o Ibu bapa perlu peka terhadap
perkembangan anak-anak mereka
sama ada ke arah positif atau negatif
termasuklah dari aspek kesihatan,
pencapaian akdemoik dan sebagainya.

o Kelekaan ibu bapa dalam mengenal
pasti tahap kebimbangan dalam diri
anak mereka boleh memberi kesan
sehingga pada satu tahap yang lebih
kritikal.

o Terdapat tiga tahap kebimbangan
iaitu tahap rendah, sederhana dan
tinggi.

 Kebimbangan aras sederhana Tahap
boleh membawa kebaikan Tinggi
kepada seseorang sebagai
pendorong atau motivasi diri. Tahap
Sederhana
 Menurut Salasiah (2010:43),
perasaan bimbang dalam Tahap
kalangan pelajar seperti Rendah
bimbang gagal atau tidak dapat
menjawab dengan baik dalam
peperiksaan akan berusaha
bersungguh-sungguh supaya
lulus dalam peperiksaan
tersebut.

 Kebimbangan tahap tinggi
boleh memudaratkan diri
seseorang.

 Menyebabkan kemurungan,
sedih, tidak menaruh harapan
untuk hidup, tidak mampu
bergembira seperti orang lain
serta sering berasa lesu dan
pesimistik terhadap kebolehan
diri sendiri (Hairunnaja dalam
Salasiah, 2010:43).

 Sebagaimana yang dinyatakan
oleh Ahmad Hazuad & Dini
Rahiah (2014:64), tahap
tekanan yang tinggi membawa
kepada personaliti yang negatif
iaitu mengganggu fungsi hidup
dalam masyarakat. Manakala
personaliti yang positif pula
membawa kepada
kesejahteraan hidup yang
normal.



Masa belajar
yang panjang

Harapan yang
tinggi daripada
ibu bapa dan
guru

Tekanan
daripada rakan
sebaya

Buli

 Persekolahan bermula dari pagi
seawal jam 6 hingga 2 petang
diikuti kelas agama dan pada
sebelah malam pula menghadiri
kelas tuisyen.

 Sudah tentu mereka akan
dibekalkan dengan kerja rumah
yang banyak di samping perlu
menyiapkan kerja yang sedia ada.

 Kegagalan menyiapkan kerja yang
diberikan akan dikenakan denda
seperti ditegur di hadapan kelas
sehingga mendatangkan perasaan
malu dalam diri pelajar.

 Longgokan kerja yang diberikan
menyebabkan pelajar tidak
mempunyai masa yang mencukupi
untuk diri sendiri terutamanya
dari segi pembinaan kemahiran
sosial. Secara tidak langsung
menimbulkan tekanan dalam diri
pelajar.

 Ibu bapa dan guru masing-masing berlumba-
lumba inginkan anak-anak dan pelajar
mereka mendapat semua A dalam
peperiksaan.

 Ibu bapa yang berkemampuan akan berusaha
untuk melakukan apa sahaja bagi
memastikan anak mereka mendapat
keputusan yang cemerlang.

 Sesetengah mereka tidak kisah
mengeluarkan perbelanjaan yang besar
untuk mendapatkan perkhidmatan tuisyen
yang terbaik.

 Apabila ini terjadi,
anaklah yang menjadi
mangsa untuk
memenuhi hasrat dan
cita-cita ibu bapa dan
guru

Anak-anak akan dikerah dan
dipaksa belajar lebih masa
melebihi had kemampuan yang
mereka ada.

Sebagai seorang anak yang masih
tidak mampu untuk melontarkan
pendapat mereka sama ada
bersetuju atau tidak. Mereka
hanya mampu menurut sahaja apa
yang dikatakan terbaik oleh ibu
bapa mereka.

Fenomena inilah yang menjadi
pendorong kepada masalah
anxiety atau perasaan bimbang
dan tertekan dalam kalangan
pelajar.



Ada ketikanya pelajar akan
dipinggirkan disebabkan memiliki
pendapat yang berbeza atau tidak
bersetuju dengan cara dan tingkah
laku mereka.

Situasi ini kerap dihadapi oleh
pelajar SBP misalnya kerana mereka
tinggal berjauhan dengan keluarga
dan terpaksa berdikari berbanding
dengan pelajar sekolah harian biasa.

Disebabkan itu sesetengah pelajar
mengikut telunjuk rakan-rakan
walaupun ia satu kesalahan kerana
enggan dikatakan berbeza.

Sehingga pada satu
tahap, apabila diri
rasa keseorangan dan
tidak dapat diterima
oleh rakan-rakan lain,
mulalah wujud
perasaan bimbang,
takut, gelisah dan
sebagainya dalam diri.

Malah terdapat
banyak kes ponteng
sekolah yang berlaku
kesan daripada
tekanan rakan sebaya.

Isu buli di sekolah semakin seriius dan
ini dibuktikan dengan berlakunya
banyak kes buli yang bukan sahaja
melibatkan pelajar sekolah menengah
malah pelajar sekolah rendah juga
tidak terkecuali.

Perbuatan buli berlaku disebabkan
beberapa perkara seperti masalah
keluarga, pengaruh rakan, pengaruh
media sosial dan perasaan tidak puas
hati.

Mangsa yang dibuli tersebut akan
mengalami tekanan yang melampau,
rasa bimbang untuk datang ke sekolah,
gelisah, takut dan sebagainya.

Dalam konteks ini, pembuli
berkemungkinan mengalami
tekanan yang melampau yang
tidak dapat diluahkan
sehingga memilih untuk
membuli orang lain bagi
mengurangkan tekanan yang
dihadapi.

Manakala bagi mangsa,
sekiranya tidak melakukan
sesuatu untuk mencegah isu
buli akan mengundang padah
sehingga mampu mengalami
anxiety.



 - Pelajar tidak dapat
memberikan tumpuan
ketika proses
Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP)
berlangsung.

 - Hilang minat belajar
dan berlaku perubahan
personaliti seperti
murung sering berasa
lesu tidak dapat
bersaing dan tidak
dapat bergembira
seperti orang lain.



 Tahap kebimbangan yang tinggi dalam
kalangan pelajar boleh menjejaskan
kesihatan mental mereka.

 Kesihatan mental bukanlah penyakit
mental.

 Pelajar yang mempunyai masalah
mental masih boleh meneruskan
kehidupan seperti biasa, namun
berhadapan dengan cabaran emosi
yang tidak stabil seperti rasa sedih,
gelisah, rendah diri dan pada tahap
serius mereka tidak menaruh harapan
untuk hidup.

 Dari segi tingkah laku: merosakkan
harta awam, bercakap bohong,
ponteng, bergaduh dan lain-lain.



 Ibu bapa memainkan peranan penting
dalam usaha untuk mengelakkan
anak-anak mereka berhadapan dengan
masalah kebimbangan.

 Ibu bapa perlu bijak mengurus masa
bersama anak-anak, melakukan
komunikasi dua hala dengan lebih
kerap dan sentiasa mengambil tahu
tentang pembelajaran mereka.

 Secara tidak langsung, anak-anak
akan berasa dihargai, tidak
keseorangan dan lebih terbuka untuk
memberikan pendapat mereka tanpa
rasa takut.

 Lantaran itu, isu
kebimbangan dan
masalah gangguan
emosi dapat
dikurangkan dalam
kalangan pelajar
sekolah khususnya
ketika proses
Pengajaran dan
Pembelajaran di
Rumah (PdPR)
dilaksanakan akibat
pandemik Covid-19.

 Guru perlu mewujudkan suasana emosi
yang positif.

 Pelajar yang mempunyai emosi yang
tidak stabil sepert rasa sedih, bimbang,
resah dan sebagainya akan mengganggu
pelajar untuk menerima maklumat dan
seterusnya sukar mengeluarkan hasil
pembelajaran yang diperoleh.

 Terdapat pelbagai pendekatan dan
teknik yang boleh diaplikasikan dalam
PdP seperti didik hibur, menyanyi,
berlakon, kerja berkumpulan dan
sebagainya yang boleh membantu
mewujudkan pembelajaran yang
menyeronokkan dan berkesan.

 Di samping itu, guru mestilah

memberikan kerja rumah yang tidak

terlalu banyak dalam satu masa dan

bersesuaian mengikut tahap

pembelajaran yang telah dipelajari.

 Selain itu, memberi bimbingan
kepada pelajar yang mengalami
kesusahan semasa PdP secara
individu atau kumpulan tertentu.

 Tindakan ini akan membantu pelajar
menghadapi tekanan mereka.

 Guru kaunseling berperanan memberikan
perkhidmatan kaunseling kepada pelajar
yang bermasalah seperti masalah disiplin,
tertekan, perasaan bimbang yang
melampau dan lain-lain.

 Pada peringkat ini, pelajar diberikan
konservasi awal bagi mengenal pasti
masalah yang di hadapi, tahap masalah
tersebut dan seterusnya proses pencegahan
dilakukan.

 Guru kaunseling menggunakan pendekatan
sistematik dengan mengadakan pertemuan
antara ibu bapa dan pelajar di samping
kaedah pemusatan klien dilakukan.

 Secara tidak langsung, sesi yang dilakukan
berkesan dan dapat membantu
mengurangkan masalah kebimbangan dalam
kalangan pelajar.

 Anxiety atau perasaan bimbang yang melampau
sering berlaku dalam kalangan pelajar tanpa
mengira had umur.

 Faktor dalaman dan luaran merupakan penyebab
kepada masalah tersebut.

 Semua pihak perlu memainkan peranan penting
dalam membantu mengatasi masalah anxiety dalam
kalangan pelajar khusunya sebelum bertambah
serius.

 Peningkatan isu ini dilihat semakin membimbangkan
dalam situasi negara kini di mana pelaksanaan PdPR
terpaksa diteruskan bagi menggantikan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.



Ahmad Hazuad Salleh & Dini Rahiah. (2014) Kajian Mengenai
Hubungan Antara Kemurungan, Kebimbangan Dan Tekanan
Dengan Tret Personaliti Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. In: I
nternational Counseling Conference and Work, 13-15 Sep 2014,
Medan.

Aizah Rajab, Hamidah Abdul Rahman & Nor Zarina Wan Zakaria. (2017).

Tahap Kebimbangan Guru Sekolah Rendah

Kebangsaan Terhadap Pendidikan Sains dan Matematik. Jurnal

Kemanusiaan, 3(1), 83-94.

Andang Andaiyani Ahmad *Abdul Said Ambotong. (2020). .Pengaruh
Kecerdasan Emosi, Kecerdasan Spiritual dan Persekitaran
Keluarga Terhadap Stres Akademik Murid Sekolah Menengah.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
5(5), 12-23.

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahim & Parilah M. Shah. (2010). Kebimbangan Ujian
dan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Dalam
Konteks Kemahiran Lisan. ASEAN Journal of Teaching and
Laerning In Higher Education, 2(2), 46-58.

Salasiah Hanin Haajah. (2010).Kaedah Mengatasi Kemurungan Dalam
Kaunseling:Analisis Dari Perspektif Al-Ghazali. Jurnal Hadhari,
3(11), 41-57.


Click to View FlipBook Version