The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadsyakir0711, 2021-10-22 03:06:02

152323003-pembentangan-sejarah

152323003-pembentangan-sejarah

Perjanjian Inggeris-Belanda
1824

Pengenalan

• Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali
sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini
ditandatangani untuk mengatasi masalah antara
Inggeris dan Belanda yang mana hubungan
keduanya sentiasa dalam keadaan tegang
disamping adanya kepentingan-kepentingan
mereka sendiri. Termeterainya perjanjian
tersebut merupakan peristiwa paling penting
dalam sejarah Tanah Melayu dan juga
Indonesia.

Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian

• Persaingan perdagangan di Timur
• Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di

Eropah
• Dasar-dasar Raffles di Singapura dan

pertelingkahan mengenai Singapura
• Kemajuan Singapura
• Masalah kewangan Belanda

Syarat-syarat Perjanjian

• Perjanjian Inggeris-Belanda telah

ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London.

Pihak British diwakili oleh George Canning

dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles

W. Wymn.

Syarat-syarat kewilayahan

• Belanda menarik balik bantahannya terhadap
pendudukan British di Singapura. British
bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di
Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang, Lingga
atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat
Singapura. British juga bersetuju tidak akan
membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-
pulau tersebut.

• British menarik semula bantahannya terhadap
pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan lain-
lain kawasan.

• Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah
jajahannya diserahkan kepada British. Belanda
bersetuju tidak akan membuat sebarang
perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut.

• Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada
Belanda. British bersetuju tidak akan membuat
tempat persinggahan atau perjanjian dengan
ketua-ketua di Sumatera.

• Belanda menyerahkan semua lojinya di India
serta hak istimewanya yang ada kepada British.
Belanda juga akan membayar sebanyak £100000
kepada British sebagai penyelesaian hutang-
piutangnya

• .Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan
kepada kuasa-kuasa lain. Jika salah satu kuasa itu
meninggalkannya, wilayah itu mestilah
diserahkan kepada kuasa yang satu lagi.

• Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah
ditukarkan diberi tempoh selama 6 bulan untuk
menguruskan harta mereka sekiranya mereka
hendak berpindah ke negeri-negeri yang
mereka pilih.

• Perpindahan hak-hak kedua-dua pihak
hendaklah mula dijalankan pada 1 Mac 1825.

Syarat-syarat perdagangan

• Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar
mereka menjalankan perniagaan di Kepulauan Timur,
India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-
dua pihak hendaklah mengikuti peraturan-peraturan
perdagangan di tiap-tiap kawasan.

• Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak
lebih daripada bayaran yang dikenakan kepada rakyat
dari negeri yang mempunyai pelabuhan.

• Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak
yang berkuasa tentera dan awam supaya menghormati
kebebasan perdagangan

• Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-
lanun di laut sebelah timur dan jangan
membenarkan lanun-lanun menjual barang-
barang dagangan mereka di kawasan atau daerah
kepunyaan mereka.

• Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak dibenarkan
ditubuhkan di Kepulauan Timur tanpa mendapat
pengesahan terlebih dahulu dari kerajaan mereka
di Eropah.

• British mengakui monopoli Belanda terhadap
perdagangan rempah di Kepulauan Maluku

Kesan-kesan perjanjian

Pembahagian Kepulauan Melayu kepada 2

lingkungan pengaruh

• Kesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah
terbentuknya 2 kawasan pengaruh. Belanda ingin
menguasai kawasan-kawasan meliputi Pulau Jawa,
Sulawesi atau dengan kata lain semua gugusan
Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura;
manakala British menguasai kawasan-kawasan yang
meliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di
Tanah Melayu. Perjanjian ini merupakan satu titik
peralihan dalam perkembangan politik di Kepulauan
Melayu. British dan Belanda kini dapat meluaskan
pengaruh perdagangan dan politik mereka di kawasan
masing-masing tanpa gangguan daripada pihak lain.

Perpecahan Empayar Johor

• Dengan pembahagian 2 kawasan pengaruh itu, secara
tidak langsung telah membawa kepada runtuhnya
Empayar Johor. Kini Singapura dan Tanah Besar Johor
dikuasai oleh British dan Riau-Lingga jatuh ke bawah
pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga menyelesaikan
masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein
menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan
Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan
Riau-Lingga. Bendahara Ali di Pahang juga mengambil
kesempatan untuk cuba membebaskan diri dari
kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah
mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan Empayar
Johor dikatakan runtuh sejak saat ini.

Perhubungan Inggeris-Belanda di

Timur

• Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci
orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan
dalam laporan-laporan pegawai-pegawai Negeri-
negeri Selat dan dalam akhbar-akhbar Singapura.
Persaingan perdagangan terus menjadi sengit.
British menuduh Belanda melanggar syarat-syarat
perjanjian, tetapi, British terpaksa menelan
hakikat ini dan terus memberi bantuan kepada
Belanda dan memastikan bahawa Belanda benar-
benar menjadi sekutu yang dapat mengimbangkan
kekuatan British terutama di Eropah.

Pertelingkahan mengenai Borneo

• Perbalahan antara pihak British dan Belanda di
Kepulauan Melayu tersetus akibat salah faham
terhadap syarat-syarat kewilayahan. Perbalahan
mengenai syarat “sebarang pulau lain ke selatan
Singapura” tercetus apabila Sultan Brunei
menyerahkan Labuan kepada pihak British pada
tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan
terletak di selatan Selat Singapura dan berada di
lingkungan pengaruhnya. Walau bagaimanapun,
masalah ini dapat diselesaikan apabila pihak
British dapat membuktikan kedudukan geografi
Labuan yang sebenarnya.

Pelanunan

• Belanda tidak mematuhi sepenuhnya syarat
yang berkenaan dengan penghapusan lanun di
perairan Kepulauan Melayu. Pihak Belanda
hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan
pelanunan di kawasan perairan di bawah
pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur.
Akibatnya, British terpaksa mengambil
langkah-langkah sendiri untuk menghapuskan
pelanunan dan ini memakan masa serta
menelan banyak perbelanjaan

Tamat


Click to View FlipBook Version