The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by krs.sarjana.peraktengah, 2021-11-14 03:23:15

10.istiadat perbarisan KRS

10.istiadat perbarisan KRS

PANDUAN
MENDIRIKAN
PERBARISAN

ABDUL AZIZ BIN BUSTAM

Isi Kandungan

Isi Kandungan.................................................................................................................................. 0
1.0 DEFINISI ............................................................................................................................ 2
2.0 TUJUAN ............................................................................................................................. 2
3.0 KEPERLUAN-KEPERLUAN PERBARISAN .................................................................. 2

3.1. Tarikh,tempat dan masa. ....................................................................................................... 2
3.2. Format Perbarisan. ................................................................................................................ 2
3.3 Kekuatan Perbarisan. ............................................................................................................. 2

3.3.1 Kadet ........................................................................................................................... 3
3.3.2 Pegawai ........................................................................................................................ 3
3.4 Perjawatan perbarisan...................................................................................................... 3
3.5 Kumpulam Pancaragam................................................................................................... 4
3.6 Pembacaan Doa. .............................................................................................................. 4
3.7 Juruacara.......................................................................................................................... 4
3.8 Aturcara. .......................................................................................................................... 4
4.0 PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT / TAMAT LATIHAN / TERIMA SIJIL....... 5
4.1 PERBARISAN HARI KEBANGSAAN DAN SUKAN................................................. 9
4.2 PENGURUSAN PADANG KAWAT............................................................................. 9
4.3 PROTOKOL.................................................................................................................. 10
a. Persiapan Pentas Hormat.................................................................................................... 10
b. Pentas Ucapan. ................................................................................................................... 10
c. Kedudukan Di Pentas Hormat (STAGGER). ..................................................................... 11
d. Panggilan Orang Kenamaan............................................................................................... 11
e. Peraturan Melapur. ........................................................................................................ 11
LAMPIRAN A ............................................................................................................................. 13
LAMPIRAN B ............................................................................................................................. 14
LAMPIRAN C .............................................................................................................................. 15
LAMPIRAN D .............................................................................................................................. 16
LAMPIRAN E.............................................................................................................................. 17

Muka Surat 1 Dari 18

1.0 DEFINISI

Perbarisan merupakan satu bentuk kawat yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota
yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu Kontinjen atau Detasman dalam satu
formasi kawat. Ia diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi
sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima
sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut
pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental. Adakalanya
perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi dan tidak rasmi.

2.0 TUJUAN

Tujuan panduan perbarisan ini adalah untuk memberi garis panduan bagaimana
menlaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas dan prosedur yang sedia ada
harus dipatuhi agar ia lebih kemas, teratur dan seragam.

3.0 KEPERLUAN-KEPERLUAN PERBARISAN

Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan
setelah menerima arahan mengadakan perbarisan. Mesyuarat hendaklah diadakan.
Pada asasnya perbincangan tentang perbarisan tersebut adalah terdiri daripada keperluan-
keperluan berikut :

3.1. Tarikh,tempat dan masa.

Tarikh, tempat dan masa hendaklah ditetapkan supaya persiapan bagi menjayakan
perbarisan dapat dilakukan dengan jayanya. Tarikh yang dipilih hendaklah disesuaikan
dengan jadual-jadual ‘orang penting’ dalam menjayakan perbarisan. Begitu juga masa
hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai. Pemilihan tempat hendaklah ditentukan
berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak diadakan. Faktor kekuatan (bilangan)
anggota harus juga diambil kira.

3.2. Format Perbarisan.

Format perbarisan hendaklah ditentukan dahulu. Ia mestilah meliputi bentuk atau corak
perbarisan yang akan dilaksanakan berpandukan aturcara yang dirancangkan.

3.3 Kekuatan Perbarisan.

Kekuatan sesuatu perbarisan itu tidaklah ditetapkan. Ia bergantung/tertakluk kepada
kesesuaian padang kawat yang boleh menampung peserta dan kehendak perbarisan. Pada
lazimnya jumlah kekuatan pada perbarisan ialah :

Muka Surat 2 Dari 18

3.3.1 Kadet

a) Kontijen Utama/Besar.

Pangkat Perjawatan

1. 1 x Mej /Kapt. KRS - Ketua Kontinjen
2. 2 x Lt. /LTM - Pegawai Muda
3. 1 x PW 1 KRS - Pegawai Waren Perbarisan
4. 1 x PW 11 KRS - Penanda kanan
5. 1 x Ssjn KRS - Penanda kiri
6. 1 x Sjn KRS - Penanda kanan/kiri
7. 144 Kadet - Anggota Perbarisan

b) Kontijen Kecil

Pangkat Perjawatan

1. 1 x Kapt./Lt./Lt.Muda KRS - Ketua Kontijen
2. 1 x PW11/Ssjn - Penanda kanan
3. 1 x Sjn KRS - Penanda kiri
4. 36 kadet - Anggota Perbarisan

3.3.2 Pegawai

Perbarisan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Kadet Remaja Sekolah yang
berkursus atau apa-apa upacara majlis hendaklah mengikut keperluan jika melebihi
anggota 36 orang hendaklah dikira sebagai Kontijen besar dan jika kurang 36 anggota
adalah sebagai Kontigen kecil.(Pangkat dan perjawatan adalah mengikut 3.3.1)

3.4 Perjawatan perbarisan.

Perjawatan perbarisan hendaklah dilantik termasuk anggota simpanan. Perlantikan
mereka hendaklah mengambil kira bentuk fizikal, kawat persendirianya cergas
(Personal Drill) suara kuat dan jelas. Perjawatan yang perlu dilantik ialah :

a. Ketua Perbarisan - 1 x Mej. KRS
b. Penolong Ketua Perbarisan - 1 x Mej/Kapt KRS
c. Ajutan Perbarisan - 1 x Kapt KRS
d. Ketua Kontijen - 1 x Mej/kapt KRS
e. Ketua Detasmen - 1 x Kapt/Lt/Ltm KRS
f. PW 1 Perbarisan - 1 x PW 1 KRS
g. Pemandu Kanan - 1 x PW 11 KRS
h. Pemandu kiri - 1 x Ssjn KRS
i. Penanda kiri/kanan - 2 x Sjn KRS

Muka Surat 3 Dari 18

3.5 Kumpulam Pancaragam.

Pancaragam diadakan bagi mengiringi sesuatu perbarisan. Status pancaragam
tertakluk kepada saiz perbarisan.

a. Perbarisan biasa melibatkan Lagu kebangsaan atau Negeri boleh sama ada
mengunakan rakaman muzik atau sebagainya

b. Semua perbarisan berbentuk istiadat atau perbarisan bertaraf pusat hendaklah diiringi
oleh Pancaragan atau Brass Band

c. Kedudukan pancaragam dalam perbarisan adalah 15 langkah di belakang perbarisan
(tertakluk kepada kesesuaian Padang Kawat)

d. Semasa masuk padang, pancaragam akan mendahului perbarisan 10 langkah di
hadapan perbarisan, semasa keluar padang pancaragam akan berada di belakang
perbarisan dan akan melintasi Pentas hormat. Ketua pancaragam akan memberi
hormat (sekiranya Pegawai Tabik hormat masih berada di atas pentas).

e. Dalam keadaan tertentu, kumpulan pancaragam berada dalam keadaan statik dan
masuk/keluar padang kawat secara berasingan.

3.6 Pembacaan Doa.

Seorang pembaca doa mestilah dilantik bagi membaca doa dalam sesuatu perbarisan.
Pembaca doa mestilah dipilih dari mereka yang mempunyai kepakaran serta nada suara
yang jelas, terang dan baik. Ia hendaklah hadir bersama semasa raptai diadakan. Teks
doa hendaklah sesuai dengan keperluan perbarisan, sederhana dan tidak terlalu panjang.
Pembaca doa boleh dilantik di kalangan Kadet atau Pegawai Kadet Remaja Sekolah

3.7 Juruacara.

Juruacara hendaklah dilantik bagi mengacarakan perbarisan. Juruacara mestilah
mempunyai suara yang baik di samping berpengalaman dalam mengacarakan perbarisan-
perbarisan yang lepas. Bagi perbarisan yang besar atau berbentuk istiadat, juruacara
hendaklah seorang pegawai. Juruacara mestilah hadir semasa raptai perbarisan diadakan.
Skrip juruacara mestilah tepat, jelas dan ringkas.

3.8 Aturcara.

Aturcara perbarisan mestilah disediakan apabila sesuatu perbarisan itu akan diadakan.
Aturcara mestilah meliputi masa-masa setiap aktiviti, susunan ketibaan VIP dan pegawai
Tabik Hormat. Berikut adalah contoh aturcara :

Muka Surat 4 Dari 18

Bil Masa Perkara Catatan

1 0800 Perbarisan Berkumpul

2 0820-0835 Ketibaan para Jemputan

3 0835 Perbarisan masuk padang

4 0845 Ketibaan Para Jemputan

5 0850 Ketibaan Pegawai *

6 0855 Ketibaan Pengarah Pendidikan Hormat kehadapan hormat

7 0900 Ketibaan Pegawai Penerima Hormat kehadapan hormat

Tabik Hormat

- Ketua Perbarisan melapor

- Pemeriksaan barisan

- Bacaan Doa

- Ucapan 1

- Ucapan 2

- Ucapan 3

- Anugerah/Sijil

- Jamuan

*Panggilan mengikut Pangkat,Nama & Jawatan
cth; Komandan (KRS) Mohd Yasin B Mohd Yunus

Pegawai KRS Daerah ……

*Urutan ketibaan pegawai yang paling kanan dalam perjawatan adalah pegawai yang
terakhir akan tiba

*Pegawai Istiadat memastikan susunan ketibaan dan mengiringi pegawai penerima tabik
hormat.

* Pegawai penerima tabik hormat tidak lebih daripada tiga orang

4.0 PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT / TAMAT LATIHAN / TERIMA
SIJIL

Upacara ini boleh diadakan khusus untuknya atau boleh dilakukan semasa perbarisan
menyambut harijadi pasukan, tamat kursus, terima sijil dan perbarisan lain yang sesuai.
Perbarisan ini akan diadakan kawalan kehormat, iaitu satu kumpulan/platun akan
melakukan prosedur kawat tertentu seperti hormat ke hadapan hormat, berjalan lalu dan
lain-lain serta menerima tabik hormat daripada pegawai tabik hormat.(Lampiran A)

Bagi unit kecil yang tidak mempunyai kekuatan yang ramai, maka bolehlah dipecahkan
kepada detasmen-detasmen. Sekiranya anggota yang akan menerima

Muka Surat 5 Dari 18

pangkat/Sijil/Cenderahati/Hadiah itu ramai maka satu perbarisan khas hendaklah
diadakan untuknya tanpa penglibatan anggota lain. Maka pada keadaan ini Pegawai
Penerima tabik hormat atau VIP berkenaan akan turun dan menyempurnakan acara pada
tiap-tiap anggota dengan diiringi oleh ketua perbarisan atau pegawai yang berkenaan. 2 x
Pengiring pembawa dulang akan mengikut upacara ini. Berikut adalah aturcara
perbarisan kawalan kehormat bagi sesuatu majlis hendak diadakan :

Bil Hukuman / Tatacara Oleh Tindakan

1 Baris,baris sedia PW II a. Anggota berbaris dalam
tiga barisan di luar padang di
2 Bergerak ke kiri, kiri pusing PW II bawah PW II

3 Dari kanan cepat jalan PW II Penanda kanan luruskan
barisan
4 Baris Henti PW I
a. ejutan ambil kedudukan di
5 Menghadap ke hadapan, kanan PW I atas padang.

pusing. b. PW I serah perbarisan
c. PW I ambil kedudukan di
6 Buka barisan, gerak PW I
belakang perbarisan
7 Kekanan lurus PW I
Pegawai masuk ke dalam
8 Baris, pandang hadapan Penanda baris.
kanan a. Pen Peg. Perbarisan ambil

9 Pegawai, masuk baris Ejutan tempat di atas padang.
b. Ejutan serah perbarisan
10 Baris, senang diri PKP
11 Baris, sedia PKP kepada Pen Peg.
Perbarisan (PKP) dan
ambil tempat 3 langkah di
hadapan nombor 4 Platun.
c. Ketua Kompeni masuk
baris

a. Ketua Perbarisan ambil

Muka Surat 6 Dari 18

PKP tempat di atas padang
b. PKP serah perbarisan

kepada Ketua Perbarisan

12 Baris, senang diri Ketua

Perbarisan

(KP)

Menunggu Penerima Tabik

Hormat

13 Baris sedia Ketua

Perbarisan

14 Hormat, hormat ke hadapan Ketua Ketua Perbarisan dan Ketua
platun memberi hormat
hormat Perbarisan kepada Pegawai penerima
Tabik Hormat.
15 • Nyanyian Lagu

KP Negaraku
• Nyanyian Lagu KRS

16 Pemeriksaan Barisan Ketua Perbarisan terus
melapor kepada Pegawai
Penerima Tabik Hormat
selepas tamat nyanyian lagu
KRS

a. 2 x Pengiring yang berada

di kiri/kanan pentas akan

berjalan dahulu diiringi

oleh Ketua Perbarisan.

b. Selesai pemeriksaan

Ketua Perbarisan mohon

kebenaran menjalankan

17 Kata kata aluan Pengerusi tugas lain.
Majlis
Baris …UP(Ketua Perbarisan)
18 Bacaan Doa atau Drum Rol untuk angkat
tangan dan turun tangan.
19 Ucapan Pengerusi Pengelola
20 Ucapan Penerima Tabik Hormat Diumumkan oleh Juruacara

21 Upacara Pemakaian pangkat / Anggota /

Sijil / Hadiah Pegawai

Muka Surat 7 Dari 18

terlibat a. Diumumkan oleh
Juruacara

a. Skuad.. sedia Anggota
Terkanan
b. Dari depan cepat jalan
Hentak kaki b. Anggota yang menerima
pangkat / Sijil / Hadiah
c. Skuad.. henti berbaris dalam satu
d. Menghadap Ke hadapan, kanan barisan di kiri pentas
diluar padang.
pusing
e. Luruskan barisan c. 2 x Pengiring bawa dulang
f. Hormat, hormat ke hadapan mara ambil tempat 2
langkah di sebelah kanan
hormat orang pertama,
menghadap ke kiri.

d. Peg.Penerima Tabik

Hormat turun dari pentas

untuk menyempurnakan

acara

e. Juruacara akan sebutkan

nama dan pangkat satu

22 Selesai Pemakaian Pangkat persatu

a. Hormat,hormat ke hadapan Setelah selesai upacara ,Peg.
hormat Penerima tabik Hormat naik
ke pentas
b. Bergerak ke kanan, kanan
pusing Pegawai / anggota berkenaan
balik tempat asal di luar
c. Dari kiri cepat jalan padang tetapi tidak bersurai

23 Penerima Tabik Hormat KP
Meninggalkan Majlis

24 Ketua kompeni keluar baris PKP Diumumkan oleh Juruacara

KP mohon kebenaran
menjalankan tugas yang lain

Peg. Penerima Tabik Hormat
beredar meninggalkan majlis

KP serah perbarisan kepada
PKP dan keluar baris.
Ketua Kompeni berjalan
keluar ,berhenti digarisan lalu
lintas, hormat, pusing kanan

Muka Surat 8 Dari 18

25 Pegawai, keluar baris Ejutan dan bersurai.
PKP serah perbarisan kepada
26 Anggota Bersurai PW 1 Ejutan dan keluar baris
PW I
a. Tutup barisan…gerak PW I Semua Pegawai muda
b. Baris Berjalan keluar bergerak berjalan arah ejutan,berhenti
dan hormat bersama-sama dan
ke kiri, kiri pusing keluar baris ditepi padang.
c. Dari kanan cepat jalan
Ejutan serah perbarisan
kepada PW I dan keluar baris

a. Anggota akan disuraikan
di luar padang.

b. Anggota yang menerima
pangkat / Sijil keluar baris
apabila perbarisan keluar
padang.

4.1 PERBARISAN HARI KEBANGSAAN DAN SUKAN

Bagi perbarisan kebangsaan ia adalah mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.
Walaubagaimana pun ia juga mempunyai asas-asas serta prosedur yang harus dipatuhi,
jika ianya dilaksanakan secara Rejimental/istiadat, maka aturcara perbarisan kawalan
kehormat perlulah diadakan. Jika tidak dilakukan secara istiadat ia hanya memadai
mengikut aturcara biasa/bebas yang tidak melibatkan perbarisan kawalan kehormat.
(Lampiran B dan C)

4.2 PENGURUSAN PADANG KAWAT

Apabila sesuatu perbarisan diadakan sama ada di padang kawat atau padang rumput
maka satu padang perbarisan mestilah disiapkan. Keluasan padang mestilah mencukupi
dengan kekuatan perbarisan dan bentuk perbarisan, perkara-perkara berikut hendaklah
disediakan :

Muka Surat 9 Dari 18

a. Bendera padang
b. Garisan Ketua Perbarisan
c. Garisan lalu lintas
d. Tanda-tanda pengenalan(marker) yang berkaitan

1. Ketua Perbarisan
2. Penolong Ketua Perbarisan
3. Ejutan
4. Ketua Detesmen
5. Pemandu kanan/kiri
6. Tempat melapor ketua perbarisan
7. Ketua Pancaragam
8. Lain-lain tanda mengikut keperluan

e. Ukuran padang kawat sebaik-baiknya tidak kurang dari 300 langkah panjang dan 150
langkah lebar.

4.3 PROTOKOL

Protokol adalah merupakan prosedur-prosedur/peraturan tertentu yang mesti dipatuhi
oleh semua anggota yang ada di dalam mana-mana unit beruniform. Prosedur atau
peraturan ini perlu dipatuhi di mana-mana juga anggota berada. Ia adalah bertujuan untuk
membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib, cergas dan taat setia.
Protokol ini adalah melibatkan majlis-majlis tertentu yang melibatkan anggota. Sama ada
dilakukan di dalam dewan atau diluar dewan.

Jika di luar dewan protokol ini dapat dilihat jelas melalui aturcara perbarisan yang
dilangsungkan. Ini meliputi aturcara perbarisan serta persiapan padang perbarisan. Selain
daripada itu terdapat peraturan lain yang perlu dipatuhi. Antaranya :

a. Persiapan Pentas Hormat.

Pentas hormat hendaklah disediakan dengan sewajarnya. Pentas hormat mestilah berada
5 langkah dari tepi padang kawat dan 5 langkah dibelakang garisan lalu lintas. Bagi acara
Rejimental pentas hormat hendaklah di alas dengan permaidani (baldu) merah, manakala
perbarisan yang melibatkan Raja-raja hendaklah di alas dengan permaidani kuning.
Pentas hormat boleh dihias dengan bunga-bunga yang bersesuaian.

b. Pentas Ucapan.

Pentas ucapan berukuran 4 x 4 x 8 hendaklah disediakan. Pentas ini khas untuk ucapan
Pegawai Tabik hormat samada awam atau Pegawai kanan. Bagi perbarisan yang
melibatkan Raja-raja Melayu dan Tuan Yang Terutama/Gabenor, pentas ini tidak

Muka Surat 10 Dari 18

diperlukan. Kedudukan pentas ucapan ini ialah 4 kaki kehadapan dan I kaki kanan tangga
pentas. (Lampiran D)

c. Kedudukan Di Pentas Hormat (STAGGER).

Kedudukan mengikut protokol di atas pentas hormat sentiasa berubah mengikut situasi
dan bentuk perbarisan. Kebiasaannya susunan ini diatur mengikut taraf Pegawai Tabik
hormat. (Lampiraan E)

d. Panggilan Orang Kenamaan.

Pegawai-pegawai kanan yang berpangkat Brigedier Jeneral ke atas, pada lazimnya
menerima gelaran Dato/Datuk/Dato Seri/Tan Sri. Bagi penyelarasan terhadap panggilan
ini dalam sesuatu perbarisan terutama semasa melapur peraturan berikut hendaklah
digunakan.

1. Panglima.

Sebagai bahasa melapur kepada Pegawai Tabik hormat yang berpangkat Brigedier
Jeneral ke atas, di dalam sebarang perbarisan, bahasa menjawab/bercakap adalah
sama.
2. Dato/Datuk/Dato Seri/Tan Sri.

Gelaran khusus ini adalah sebagai panggilan apabila bercakap dengan Menteri
Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan dan semua Pegawai-pegawai kanan
yang menyandang gelaran berkaitan.

3. Tuan.

Sebagai bahasa panggilan Pegawai-pegawai Kanan (Brigedier Jeneral Ke atas)
yang belum menyandang gelaran khusus. Sebagai bahasa panggilan kepada semua
pegawai-pegawai, selain daripada Pegawai-pegawai kanan di perenggan 1 dan 2.

e. Peraturan Melapur.

Melapur hendaklah dibuat oleh Ketua Perbarisan (Parade Comd). Lapuran mestilah
merangkumi jenis perbarisan, kekuatan Pegawai/LLP yang terlibat. Melapur dibahagikan
kepada 4 bahagian.

1. Melapur untuk pemeriksaan (Di padang kawat).

“Perbarisan Hari Ulangtahun KRS ke 2 terdiri dari…… Pegawai dan….LLP siap
untuk diperiksa Tuan”.

Muka Surat 11 Dari 18

2. Melapur tidak ada pemeriksaan(Di padang kawat).
“Perbarisan Serah Terima Tugas……..terdiri dari …….Pegawai dan …..LLP siap
dalam perbarisan Tuan”
3. Melapur Semasa dalam Dewan (Kontijensi Cuaca).
“Perbarisan Tamat Krusus Pegawai Tadbir Siri 2/2007 terdiri……Pegawai…..
Jurulatih siap upacara Tuan”
4. Melapur untuk diperkenalkan kepada Ketua-ketua Kumpulan/Pasukan,

kebiasaannya seperti Perbarisan Sukan dan seumpamanya.
“Perbarisan Sukan…………………….siap untuk diperkenalkan kepada Ketua-
ketua kumpulan Tuan”

Muka Surat 12 Dari 18

LAMPIRAN A
SATU KOMPENI DALAM PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT

Penerangan
1. Ketua kompeni berada 6 langkah di hadapan di tengah-tengah Nombor Dua dan tiga

Platun
2. Pen. Ketua Kompeni berada 3 langkah di hadapan anggota yang pertama pada satu

platun.
3. Ejutan berada 3 langkah di hadapan anggota dua akhir pada Nombor empat Platun
4. Ketua platun berada 3 langkah di tengah-tengah hadapan platun masing-masing
5. Seorang PW I berada di 6 langkah di belakang di tengah-tengah Nombor 2 dan 3

platun
6. Sjn Platun berada 3 langkah di tengah Platun masing-masing
7. Jarak-jarak antara Platun 3 langkah.

Muka Surat 13 Dari 18

LAMPIRAN B
KONTIJEN DALAM PERBARISAN HARI KEBANGSAAN

A

D DC B

D DD D

Penerangan

1. A ialah kontijen kawalan kehormat
2. B ialah pembawa bendera Malaysia berukuran besar
3. C ialah pembawa bendera negeri
4. D ialah kontijen yang menyertai perbarisan yang terdiri daripada pelbagai agensi

Muka Surat 14 Dari 18

LAMPIRAN C

PERBARISAN HARI SUKAN

A

BBBB CC C C

Penerangan

1. A ialah kontijen kawalam kehormat
2. B ialah kontijen Persatuan atau Kelab
3. C ialah kontijen Unit Beruniform

Muka Surat 15 Dari 18

LAMPIRAN D

KEDUDUKAN PENTAS HORMAT

PENTAS HORMAT

A
Tangga

Penerangan
1. A adalah Pentas Ucapan
2. Pentas ucapan dari jenis mudah alih berwarna putih
3. Pembesar suara dan ‘Lectern’ hendaklah siap diletakkan dihadapan pentas.

Muka Surat 16 Dari 18

LAMPIRAN E

KEDUDUKAN DI PENTAS HORMAT
MAJLIS PERINGKAT NEGERI

A

ED CB

MAJLIS PERINGKAT KEBANGSAAN

W
BA

JJ J J
C
CC C

Penerangan

1. A 1 ialah Menteri Pendidikan Malaysia
2. A ialah Pengarah Pendidikan Negeri
3. B ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri
4. C ialah Ketua Sektor
5. D ialah Kem Komandan
6. E ialah Ketua Unit Ko Kurikulum
7. J ialah Pengarah Pendidikan Negeri lain

Muka Surat 17 Dari 18


Click to View FlipBook Version