The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS-DOA-MAJLIS-PELANCARAN-BULAN-KEMERDEKAAN-2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tsumeehxs, 2023-08-13 21:08:08

TEKS-DOA-MAJLIS-PELANCARAN-BULAN-KEMERDEKAAN-2021

TEKS-DOA-MAJLIS-PELANCARAN-BULAN-KEMERDEKAAN-2021

TEKS DOA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2021


يم ْ ر ِح ِن ال َّ حمـ ْ ر سِم ِهللا ال َّ ْ ِ ب وافِ َ ُ دا ي ً م ْ ح َ ن َ ي ْ ِم َ َال ع ْ ِب ال ر دِ ِهلل َ ُ م ْ ح َ ْ ُ ده َ ي َل ْ مِز ا َ ئ ُ َكافِ ُ وي ا َ َ َّن رب َا َ ي ُ مه َ َ ى نِع َك ج ِه ْ و ِل َ جالَ ي ِل َ َ ِغ ْ نب ْ َ ما ي َكَ د ُ م ْ ح َ ْ َ َك ال انِ َك ط ل َ ْ سل ُ يِم ع ِظْ َ و َ يِم ْ ْل َكِر ا ح َ م ا ُ َ سيِ ِدن َ ى َ عل َ م ْ سِل َ و ص ِل َ َ م ه َّ ُ ن ْ ها ِم َ َللَّ ِ ا ا ب َ ين ْ ِج ن ُْ ت ً صالَة َ د ٍ م َّ ِ يع ْ ج ِم َ ج ِم ها َ َ ِ ا ب َ ن َ ي ل ق ِض ْ ْ َ وت ا ِت َ َ ْآلف وا ِل َ وا ه َ ْ ا َ ن ْألَ ر ا ُ ط ِه َ ُ وت جا ِت َ حا َ َ ْ ها ع ال َ َ ي ْ ِ ب ها َ ِ ا ب َ ُن ع َ رف ْ َ وت َا ِت َ سيِ ئ ال َّ ِ يع ْ ج ِم َ ن ْ َ ِم ب ُ وت جا ِت َ َ ر دَ ى ال َّ َ عل ْ َ َك أ د ن َ ْ ِع ا َ ن ُ غ ِل را َ ي خْ َ ْ ال ِ يع ْ ج ِم َ ن ْ َا ِت ِم اي َ ْلغ صى ا َ ْ ق َ ها أ ما ِت ِ َ َ م ل َ ْ د ا َ ع ْ َ وب َا ِة َ حي ل َ ْ ب ِت فِى ا ى َ عل ءاِل ِه َ َ و ن َ َ ي ْ م ِع َ ج ْ َ ِ ِه أ حب . ْ ص َ و َ


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam, ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.


Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini.


Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual. Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang kami perolehi adalah hasil daripada kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami


ب. ُ ي رقِ ْ َا َ ُظ ي ي حِفْ َا َ ط ي َ َا ِس َا ب م ي ه َّ ُ َللَّ ا Sempena Majlis PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEBARU Tahun 2021 yang diadakan pada pagi yang penuh barokah ini, kami pohonkan ihsan daripada-Mu Ya Allah, agar engkau kurniakan kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami daripada segala keburukan dan keaiban,


hindarkanlah kami daripada segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami daripada segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.


Ya Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam,Engkau peliharalah tanah air kami Malaysia yang kami cintai ini. Engkau peliharalah perpaduan di antara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya Allah, kami bersyukur kepadaMu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormat-menghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepadakemakmuran negara kami sehingga ke hari ini.


Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,Kami memohon restu daripada-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini.Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang akan datang.Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang dirintis oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia


ر يَ . ُ َّا ز يَا َجب ُ ي ن يَا َعِز ْ ُ ي ِم ْ م َه م يَا ُ ه َّ ُ ر ِ اَللَّ متَ َكب ا ُ Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga.Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan negara dan bangsa.


“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hambahambaMU yang kerdil ini dari segala musibah. Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang berbahaya dan wabak yang mengancam nyawa. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.


“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaanMU yang berat ini. Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya ALLAH, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMU, ”


“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Syaafi. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak koronavirus walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya, tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya ALLAH.


“Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya ALLAH. Kami bermohon kepadaMU Ya ALLAH Lindungilah kami. Selamatkanlah kami. Sejahterakanlah hidup kami, ”


ا فِى َ ءاتِن ا َ َ َّن رب َ ً َة سن َ ح َا َ ني ْ و د َ ال ُّ ً َة ا سن َ ح ر ِة َ ْآل ِخ َ وفِى ا َ َ قِن س َ ى َ عل ى هللاُ َ صلَّ َ و َ ِر ا َّ ب الن ا َ َ عذ َ َ عل َ و د َ م ى ٍ َّ ح َ م ا ُ َ يِ ِدن م ْ ح ءاِل ِه َ َ ْ وال َ م َ سلَّ َ و ِ ِه َ حب ْ ص َ و ن َ َ ي ْ ِم َ َال ع ْ ِب ال ر دِ ِهلل َ ُ


Click to View FlipBook Version