3 BUNGA & PENSEL
WARNA
IRMAH RAHIM
3 BUNGA & PENSEL
WARNA
IRMAH RAHIM
PENERBIT BIRO LATIHAN & AKADEMIK
INASIS PROWINS ~ 2022
Ini Caca. Caca Ini pula Nana. Nana Dan ini ialah Lala. Lala
merupakan seorang yang merupakan seorang yang merupakan seorang yang
sangat peramah dengan peramah dengan sahabatnya
pendiam dan pemalu. tetapi pemalu dengan orang
semua orang.
lain.
1
Nana, Caca dan Lala merupakan tiga sahabat yang tinggal dan
bersekolah di tempat yang sama. Mereka mula bersahabat sejak
berumur tujuh tahun iaitu ketika mereka berada di Tahun 2.
Mereka bertiga digelar 3 bunga kerana persahabatan yang
mereka ada.
2
Nana dan sahabatnya selalu melakukan
apa jua aktiviti bersama-sama.
Termasuklah, makan bersama-sama
semasa waktu rehat di sekolah...
bermain bersama-sama dengan rakan
yang lain waktu petang di kampung
halaman...
3
mereka juga akan belajar bersama-sama
dalam menyiapkan kerja sekolah yang
diberikan oleh guru ataupun ketika
peperiksaan sudah hampir di rumah Nana...
mereka juga mengikuti pertandingan
menari bersama-sama di sekolah dan
memenangi tempat yang pertama.
4
Yeah! Tak sabarnya Pada suatu hari, Nana dan ibunya keluar untuk
nak ada barang pergi membeli barangan dapur dan juga sedikit
sekolah baru.
barang persekolahan untuk Nana. Pada hari
tersebut, Nana sangat gembira kerana akan
mendapatkan barang sekolah yang baharu.
5
Nana sangat tertarik dengan pensel warna yang
dilihatnya di dalam kedai tersebut. Nana meminta
kepada ibunya untuk membeli satu pensel warna
yang telah menarik perhatiannya itu. Boleh anak Mama.
Tapi jani dengan
Mama kena rajin
belajar tau?
Mama, nak
pensel warna tu
boleh?
6
Semuanya Ibu Nana pun membelikannya satu set pensel
RM11.20, Puan. warna tersebut yang berharga RM11.20
dengan meminta Nana supaya lebih tekun lagi
belajar di sekolah. Nana sangat gembira
kerana mendapatkan set pensel warna yang
baru. Dia tidak sabar menggunakan pensel
warna tersebut semasa kelas melukis pada esok
hari dan menunjukkan set pensel warna
tersebut kepada sahabatnya.
7
Terima kasih, Mereka pun pulang ke rumah. Nana pulang dengan hati yang sangat
Mama! gembira dan sepanjang malam, dia hanya melihat pensel warnanya
yang baru itu. Dia ingin menggunakan pensel warna tersebut tetapi
dia juga ingin menggunakannya untuk pertama kali ketika kelas
melukis kelak. Nana menahan diri daripada menggunakan pensel
warna nya itu sepanjang malam dengan hati yang sangat teruja.
Sama-sama,
sayang Mama.
8
Keeseokan harinya, Nana berjumpa dengan
sahabatnya, Caca dan Lala di sekolah mereka. Nana
menceritakan tentang set pensil warna yang baru
dibelinya itu kepada Caca dan Lala dengan nada suara
yang sangat teruja.
9
Semasa kelas melukis, Nana pun mengeluarkan set
pensel warnanya yang baru itu yang dia ingin
gunakan untuk wewarna hasil lukisannya nanti.
Kelas Melukis
10
Setelah Nana mengeluarkan pensel warnanya,
rakan-rakan kelas yang lain mula mendatangi meja
Nana untuk meminjam pensel warnanya,
termasuklah Caca dan Lala.
Kelas Melukis
11
Okay kawan-kawan. Nana pun membenarkan rakan sekelasnya termasuk
Korang ambil je warna Caca dan Lala untuk menggunakan pensel warnanya
apa yang korang nak. semasa kelas melukis dn mengingatkan rakannya untuk
Pastikan tak hilang eh. tidak menghilangkan pensel warna yang mereka pinjam.
Kelas Melukis
12
Kawan-kawan jangan Setelah selesai kelas melukis, Nana meminta rakan yang
lupa susun semula pensel meminjam pensel warnanya untuk memulangkan pensel warna
warna saya lepas korang tersebut dan menyusunnya mengikut susunan yang betul. Setelah
dah habis pinjam, hehe. semua rakan kembalikan pensel warnanya, Nana mendapati pensel
yang berwarna merah hilang dan tidak dipulangkan.
Kelas Melukis
13
Nana berasa sedih kerana tiada yang mengaku telah mengambil
pensel warnanya yang hilang. Dia pun mula sedih dan menangis.
Caca dan Lala pun datang untuk menenangkan Nana yang
sedang bersedih. Nana meminta Caca dan Lala untuk
meninggalkan dirinya untuk seketika.
14
Ketika Nana sedang bersendirian sewaktu masa rehat, datang 15
seorang rakannya bernama Lily yang memberitahu bahawa dia
ternampak Lala yang meminjam pensel yang berwarna merah
tersebut. Nana pun terkejut dan terus menuduh Lala mencuri
pensel warnanya tanpa usul periksa.
Lala, betulkah awak Nana, saya tak pegang Betul apa yang dikatakan oleh Lala
yang curi pensel pun pensel warna yang tu. Saya nampak dia ambil warna lain.
warna saya yang Nana tau dari mana Lala yang curi?
hilang? awak maksudkan tu. Jangan macam tu nana, tuduh tanpa
Saya pinjam warna lain usul periksa. Meh saya toong carikan
tadi. pensel warna yang hilang tu.
16
Nana, Caca dan Lala pun kembali ke kelas dan mencari pensel
warna Nana yang hilang. Mereka mencari di semua laci meja di
kelas tersebut. Tak disangka, mereka menjumpai pensel warna
tersebut di laci Lily yang memberitahu Nana bahawa Lala yang
mencuri pensel warna tersebut. Nana sangat terkejut.
17
Saya minta maaf Nana, Caca dan Lala pun berjumpa dengan Lily dan bertanya
dengan awak semua. mengapa dia menfitnah Lala. Lily pun menceritakan perkara
yang sebenar iaitu dia berasa cemburu dengan persahabatan
yang ada di antara Nana, Caca dan Lala. Lily meminta maaf
atas masalah yang disebabkan oleh dirinya.
18
3 bunga pun mengajak Lily untuk pergi ke mana-mana bersama
mereka. Nana, Caca dan Lala mencuba untuk membantu Lily
dan berkawan dengan Lily agar dia tidak merasa kesunyian lagi
di sekolah. Mereka berempat pun menjadi rakan baik, atau
dipanggil sebagai SAHABAT.
19
PENGAJARAN
1.Sebagai sahabat yang baik, kita tidak boleh
menuduh rakan kita tanpa usul periksa.
2.Janganlah kita pernah berasa cemburu atas
kegembiraan orang lain kerana kita juga akan
mendapatkan kebahagiaan sendiri.
3.Kita perlulah sentiasa membantu mereka yang
memerlukan dorongan kita sebagai rakan yang
baik.
3 BUNGA & PENSEL
WARNA
BIRO LATIHAN &
AKADEMIK
PENERBIT INASIS
PROWINS