KENEGARAAN MALAYSIA - SADN 1033
SEMANGAT
PATRIOTISME GENERASI
MUDA MENGEKALKAN
KEMERDEKAAN
KELUARGA MALAYSIA
KUMPULAN 2
AHLI
KUMPULAN 2
AMALIA BINTI ELMYRA NUR JANNAH
ZUBIR BINTI IZZAIDDEAN
293432 294282
CHIN JIA KEI NURHANISAH MAISARAH
294088 BINTI JOHARI
294402
HOH SHAN MEI NURFARAH NADIAH
294061 BINTI MOHD ASHRAF
294422
ISI
KANDUNGAN
01-02 PENGENALAN
Penerangan mengenai
konsep patriotisme
03 PENGHAYATAN
PATRIOTISME MASA KINI
Penerangan mengenai
penghayatan patriotisme
generasi muda kini
04-05 KEPENTINGAN
Penerangan mengenai
kepentingan memupuk
semangat patriotisme
06-07 CABARAN
Apakah cabaran dalam
memupuk dan meningkatkan
semangat patriotisme?
08-11 MENGANALISIS
Menganalisis sejauh manakah
semangat patriotisme dalam
generasi muda kini
12 KESIMPULAN
P Patriotisme sangat berkait rapat dengan
E kecintaan terhadap negara. Jika kepercayaan
N dan amalan seseorang itu menunjukkan ciri-ciri
patriotisme, maka individu tersebut dianggap
mempunyai semangat patriotik yang tinggi atau
lebih dikenali sebagai berjiwa patriot.
G Setiap lapisan masyarakat pasti sudah
E mengetahui bahawa patriotisme juga
N merupakan tiang kepada kestabilan dan
A kemajuan negara. Oleh yang demikian,
semangat dalam mencintai watan mestilah
dihayati dan disemai dalam diri semua
golongan, lebih-lebih lagi golongan generasi
muda.
L Hal ini kerana, mereka adalah individu yang
A mendukung hala tuju negara pada masa akan
N datang. Segala pengorbanan serta jerih perih
yang dilalui oleh pejuang dan rakyat suatu
ketika dahulu tidak seharusnya disia-siakan.
Namun begitu, adakah remaja pada era
globalisasi ini benar-benar memahami dan
mengaplikasikan semangat patriotisme dalam
kehidupan mereka?
01
KONSEP
PATRIOTISME
(Nordin Kardi, 2003, as cited in Perkataan patriotisme berasal daripada
Nazri Muslim & Jamsari Alias, bahasa Greek iaitu patriotes yang
2004) menjelaskan bahawa
seseorang itu dianggap patriot bermaksud rakan senegara dan patrice
apabila tindakannya menepati yang bererti tanah air. Maka, patriotisme
ciri-ciri patriotisme yang bermaksud perasaan cinta rakyat yang
berlandaskan kecintaan dan
kesetiaan kepada negara. mendalam
terhadap tanah air iaitu tempat
Antara konsep yang perlu
dititikberatkan dalam diri setiap tumpahnya darah pejuang.
individu adalah berbangga
menjadi warganegara Malaysia Pertama, berbangga menjadi rakyat
dan tidak jemu dalam Malaysia dengan menghormati raja dan
mempertahankan maruah negara. pemimpin negara, mentaati undang-
undang negara serta menyanjungi
Umumnya, istilah patriotisme lambang-lambang negara seperti lagu
amat sinonim dengan motivasi Negaraku, bendera Malaysia dan
dan kenegaraan. Justeru, dalam sebagainya. Selain itu, menunjukkan
konteks generasi muda, beberapa kesetiaan kepada negara dengan
amalan yang ingin diterapkan mengambil cakna akan isu harian yang
dalam diri mereka bagi berlaku dalam negara.
menunjukkan nilai patriotisme
adalah seperti yang berikut. Seterusnya, mempunyai semangat kekitaan
di mana setiap individu hormat-
menghormati dan bertoleransi tanpa
mengira bangsa juga perlu diterapkan
dalam diri generasi muda agar masyarakat
yang bersatu padu dan harmoni dapat
dibentuk. Contoh yang lain adalah seperti
gigih untuk meningkatkan kualiti hidup
diri, keluarga, masyarakat dan negera serta
bersemangat ketika menyambut
kemerdekaan, perayaan dan sebagainya.
02
PENGHAYATAN
PATRIOTISME
MASA KINI
Pada era globalisasi ini, sikap negatif semakin
menonjol di negara kita, lebih-lebih lagi dalam kalangan
generasi muda. Perkara ini menyebabkan kelunturan
semangat patriotisme dalam golongan belia. Seperti yang
diberitahu oleh Dr Fadilah Zaini dalam rencana Berita
Harian, perkara yang ditakuti yang berlaku dalam
masyarakat hari ini adalah apabila anak bangsa masa
kini semakin jauh serta melupai erti kemerdekaan
kerana mereka mudah terpengaruh dengan perilaku
negatif sehingga leka menghayati semangat patriotisme.
Semangat patriotisme tidak cukup dengan hanya
mengibarkan bendera kebanggaan kita iaitu jalur
gemilang. Seperti yang dikatakan oleh Profesor Diraja
Ungku Aziz mengatakan dalam Utusan Malaysia
(Profesor Diraja Ungku Aziz, 2005, as cited in Rosyidah
Muhamad, 2015), “mengibarkan jalur gemilang hanyalah
simbolik semata-mata, tidak membuang sampah merata-
rata juga boleh ditakrifkan sebagai patriotisme yang
mana kita sayangkan negara kita.”
Oleh yang demikian, sudah terang lagi bersuluh
bahawa penghayatan patriotisme dalam kalangan
generasi muda perlu diperbaiki daripada pelbagai aspek
bagi memastikan semangat patriotisme dapat
dipertingkatkan sekali gus dapat memajukan negara.
03
KEPENTINGAN
MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME
I. Memupuk perpaduan antara kaum
(Sabri, 2014) Semangat patriotism
e yang merupakan satu elemen
yang mewakili kemerdekaan dan kedaulatan dalam proses
mengekalkan perpaduan antara kaum. Malaysia merupakan sebuah
negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.
Masyarakat yang terdiri daripada berbilang bangsa mempunyai
risiko yang amat tinggi untuk berlaku perselisihan atau pergaduhan
kerana hidup dengan kaum yang berlainan. Oleh itu, semangat
patriotisme amat dialu-alukan untuk dipupuk dalam kalangan
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat mengelakkan
kesalafahaman di antara masyarakat yang berlainan kaum.
Sesungguhnya semangat patriotisme adalah penting untuk
membentuk rakyat yang perpaduan bagi menwujudkan sebuah
negara yang mempunyai suasana yang harmoni dan aman.
II. Pemangkin kepada kemajuan negara
(Sabri, 2014) Semangat patriotisme
merupakan salah satu pemangkin
bagi memajukan sesebuah negara. Hal ini dikatakan demikian kerana
masyarakat akan bekerja dengan lebih keras bagi memajukan negara
kerana mereka cinta akan negara dan berharap membuat perkara
yang baik demi masa hadapan negara. Pembangunan sesebuah
negara dapat dijalankan dengan lancar apabila masyarakat bekerja
dengan bersungguh-sungguh demi membawa kejayaan kepada
negara. Semangat patriotisme akan menwujudkan suasana yang
aman dan harmoni dalam negara dan situasi ini dapat mengalakkan
lebih ramai pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia.
Pelaburan ini dapat memberikan manfaat kepada negara seperti
meningkatkan ekonomi kerana peluang pekerjaan telah meningkat
dan di samping menaikkan taraf hidup rakyat.
04
III. Memelihara sejarah
negara
Negara Malaysia telah bebas dari
penjajahan kuasa asing pada 31
Ogos 1957 dan pelbagai usaha
telah dilakukan oleh tokok-tokoh
terdahulu demi kemerdekaan IV. Mengekalkan tradisi dan
budaya tempatan
Persekutuan Tanah Melayu ini.
Terdapat segelintir generasi kini Negara Malaysia mempunyai
tidak mempunyai perasaan yang masyarakat majmuk yang terdiri
ingin tahu tentang sejarah negara daripada pelbagai kaum seperti
kita dan hal ini akan kaum Melayu, Cina, India, Siam dan
menyebabkan sejarah negara kita golongan bumiputera yang
semakin dilupakan oleh bermastautin di negeri Sabah dan
warganegara. Setiap Sarawak. Kaum yang berbeza ini
warganegara haruslah tidak dikecualikan mesti
memahami jasa-jasa oleh tokoh- mempunyai tradisi dan budaya yang
tokoh yang telah memerdekakan unik dan tersendiri. Tradisi dan
negara Malaysia. Hal ini budaya tempatan dari aspek
dikatakan demikian kerana jika pemakaian, sukan, muzik, masakan,
tiada pengorbanan pejuang seni bina, seni, dan juga sastera telah
terdahulu pastilah tiada generasi menunjukkan keunikan dan
pada hari ini. Peristiwa sejarah keistimewaan negara kita.
negara tidak seharusnya Keistimewaan ini merupakan salah
dilupakan oleh warganegara satu identiti negara kita yang dapat
kerana ini merupakan asal-usul menarik minat pelabur asing untuk
negara kita terbentuk. mengunjungi negara kita. Sebagai
Masyarakat seharusnya contoh, wau bulan yang merupakan
mempertahankan dan permaianan tradisional orang
memelihara sejarah negara Melayu dan juga dikenali sebagai
dengan menerapkan semangat seni kerana terdapat corak bunga
patriotisme melalui dan daun yang di atasnya. Tradisi
pembelajaran subjek Sejarah dan budaya tempatan negara
sejak kecil. Malaysia dapat dikekalkan selama-
lamanya dengan menerapkan
semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat.
05
CABARAN
DALAM MEMUPUK DAN MENINGKATKAN
SEMANGAT PATRIOTISME
01 KEPENTINGAN DIRI 02 TERPENGARUH DENGAN
SENDIRI
BUDAYA BARAT
Pada masa kini, generasi muda lebih
Semangat patriotisme terhadap
mementingkan diri dan kerjaya negara tidak lagi diberi perhatian
kerana generasi muda kini lebih
mereka tanpa menghiraukan gemar dan terpengaruh dengan
budaya barat. Situasi ini mendorong
kepentingan negara. Bagi mereka, kepada lahirnya masyarakat yang
berfikiran bebas, terpengaruh dengan
mencari kekayaan adalah perkara budaya negatif dan bermacam aktiviti
lagi yang menyebabkan berlaku gejala
yang paling penting dalam hidup. sosial yang serius.
Hal ini menyebabkan semangat dan
penghayatan patriotisme kian
berkurang dalam kalangan generasi
kini kerana mereka tidak lagi
menitikberatkan semangat
patriotisme dalam diri mereka.
06
03 TIADA KEFAHAMAN 04 KURANG PEMUPUKAN
YANG MENDALAM SEMANGAT PATRIOTISME
MENGENAI PATRIOTISME DALAM DIRI
Cabaran generasi muda kini juga Menurut Fadilah Zaini (2022),
meliputi aspek kefahaman dalam generasi muda juga akan
patriotisme merangkumi sekecil-kecil
perkara sehingga perkara yang besar berhadapan cabaran dengan diri
berkenaan nilai patriotisme. Mereka mereka sendiri. Mereka akan
memerlukan kepada sokongan berpendapat adakah ianya sesuatu
daripada ibubapa terutamanya untuk yang memberi manfaat atau
menunjukkan cara dan kaedah dalam sebaliknya. Seperti yang kita ketahui
memiliki sikap patriotisme yang pemupukan semangat patriotisme
mantap. Oleh itu, ibubapa perlu ini bukanlah suatu yang boleh
memainkan peranan yang begitu diterima oleh golongan muda atau
penting dalam pembentukan sikap remaja dengan begitu mudah, namun
dan nilai semangat patriotisme. Ia bagi mereka yang mempunyai
boleh dilakukan dengan pelbagai prinsip sudah pasti akan
kaedah dan kreativiti asalkan ianya menganggap ianya adalah suatu
mampu diikuti dan difahami oleh yang begitu bermanfaat dan
anak-anak. bersama-sama mempertahankan
tanah air tercinta.
05 LEKA DENGAN
LAMBAKAN HIBURAN
Jiwa remaja yang sentiasa
memberontak dan suka kepada
perkara-perkara baru akan
membuatkan mereka untuk lebih
memilih kepada perkara-perkara yang
menyeronokkan terlebih dahulu.
Mereka akan lebih bertumpu kepada
perkara yang membuatkan diri
mereka gembira dan bukan kepada
perkara yang memerlukan kepada
perhatian dan pemikiran. Maka
apabila kita melihat kepada perkara
sebegini, ia menggambarkan masa
depan mereka yang semakin
membimbangkan.
07
MENGANALISIS SEJAUH MANAKAH
SEMANGAT PATRIOTISME DALAM
GENERASI MUDA KINI
Konsep dan semangat patriotisme merupakan komponen utama
bagi membentuk persefahaman dan penyatuan nilai masyarakat
majmuk terutamanya generasi muda yang merupakan tonggak masa
depan negara. Namun, menurut Pensyarah Sejarah dan Pengajian
Umum Universiti Teknologi Malaysia, Dr Fadilah Zaini, generasi muda
pada masa kini yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran
yang meliputi teknologi, sahsiah, pergaulan dan lain-lain telah
mengheret mereka semakin jauh dengan semangat memartabat dan
cinta akan negara.
A) PUNCA SEMANGAT PATRIOTISME SEMAKIN
BERKURANG
1) Kurang tarikan & pendedahan kepada semangat patriotik
Punca yang menyebabkan semangat patriotisme semakin berkurang dalam
kalangan generasi muda kini ialah kurang tarikan dan pendedahan kepada
semangat patriotik. Remaja sentiasa tertarik dengan sesuatu yang unik,
ceria, ringkas dan dekat dengan jiwa mereka. Oleh itu, setiap usaha yang
ingin dilaksanakan perlu dikenalpasti terlebih dahulu ciri-ciri kelompok
penerima dengan mengikut kesesuaian agar ia mampu diterima sebaliknya.
Contohnya, kreativiti dalam pergolahan usaha untuk memperkasakan
semangat patriotisme ini supaya dapat menarik minat remaja untuk belajar
nilai-nilai yang terkandung dan juga dapat mempraktikkan dalam
kehidupan pada masa yang sama.
2) Golongan remaja lebih suka menyertai aktiviti sosial
berbanding dengan aktiviti menyemarakkan semangat
patriotisme
Sebenarnya menyertai aktiviti sosial tidak akan menjadi sesuatu
kesalahan jika remaja-remaja mengetahui menjaga dan mengikut batas-
batas. Akan tetapi hiburan yang melalaikan akan menyebabkan remaja
terbabit dengan aktiviti sosial yang tidak sihat sehingga akhirnya
meruntuhkan akhlak diri. Dengan ini, telah menyebabkan semangat
patriotisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda.
08
B) CARA PENAMBAHBAIKAN SEMANGAT PATRIOTISME
1) Menghidupkan semula PLKN merupakan program
Program Latihan pembinaan sahsiah diri yang
Khidmat Negara (PLKN) bermatlamatkan membina dan
mengukuhkan semangat patriotisme
dalam kalangan generasi muda.
Semasa PLKN, pelbagai latihan akan
disediakan seperti latihan fizikal ala
tentera, modul kenegaraan, modul
pembinaan karektor serta khidmat
komuniti. Dengan ini, PLKN dapat
melahirkan generasi muda yang
mampu berkhidmat dan berkorban
kepada tanah air.
2) Mengadakan Hal ini disebabkan, media massa
kempen melalui
media massa mempunyai pengaruh yang besar
terhadap generasi muda. Oleh itu,
media cetak boleh menyiarkan
pelbagai maklumat tentang
kepentingan semangat patriotisme,
dan bagi media elektronik, boleh
menyiarkan iklan melalui televisyen
yang menunujukkan semangat
patriotisme kepada negara. Dengan
ini, dapat meningkatkan kesedaran
generasi muda terhadap
kepentingan semangat patrotisme.
09
3)Pemimpin Pemimpin memainkan peranan yang
besar dalam menyemai semangat
memainkan peranan patriotisme dalam kalangan generasi
muda di mana mereka seharusnya
yang besar dalam mendorong dan membentuk anak muda
untuk cinta akan negara. Hal ini kerana,
mendorong dan pemimpin merupakan nakhoda yang
sentiasa membawa rakyat menuju ke
membentuk anak arah yang gemilang. Oleh itu, para
pemimpin mestilah sentiasa peka
muda terhadap perkembangan remaja,
termasuklah sahsiah dan kepimpinan
mereka. Setiap badan kerajaan seperti
Jabatan Penerangan perlu mendekati
para remaja untuk bersama-sama
memahami dan menghayati erti
semangat patriotisme.
4) Pihak yang Cara penambahbaikan semangat
berkenaan perlu patriotisme dalam kalangan generasi muda
kreatif dalam kini ialah pihak yang berkenaan perlu
penyampaian ilmu kreatif dalam penyampaian ilmu. Hal ini
disebabkan, generasi muda pada masa kini
telah dipengaruhi oleh budaya barat.
Contohnya, dari segi pemikiran, pemakaian
dan sebagainya. Maka, mereka akan
tertarik apabila cara penyampaian tersebut
dilakukan secara kreatif. Misalnya, pihak
yang bertanggungjawab boleh
menggunakan tiktok sebagai salah satu
platform bagi menyebarkan video-video
patriotik. Dengan ini, remaja tidak akan
berasa janggal untuk didekati ketika proses
penyampaian ilmu ini berjalan.
10
5) Kementerian Pendidikan perlu menambah
baik rangka model pelaksanaan patriotisme
dalam kalangan pelajar
Cara penambahbaikan semangat patriotisme dalam
kalangan generasi muda kini ialah Kementerian
Pendidikan perlu menambah baik rangka model
pelaksanaan patriotisme. Hal ini disebabkan,
rangka model yang telah digubal sebelum itu tidak
berfungsi secara efektif. Maka, rangka model
ditambah baik ini boleh dijadikan sebagai modul
khas dalam subjek yang dipelajari sekali atau dua
kali seminggu. Apabila pendedahan diberikan
secara konsisten, sudah tentu kita akan dapat
melihat perubahan sikap mereka ke arah
memperkasakan semangat patriotisme.
11
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap diri remaja perlulah diberi didikan dan
dipupuk dengan nilai patriotisme agar mereka tahu untuk
memartabatkan nilai ini sepanjang zaman. Hal ini kerana tanah air ini
merupakan tanggungjawab kita bagi menjaga kedaulatannya bersama.
Generasi muda juga perlu sentiasa dibanjiri dengan ilmu dan
pendedahan dengan pelbagai aspek supaya mereka perpandangan jauh
dan berfikir sebelum bertindak atas sesuatu urusan lebih-lebih lagi
yang melibatkan tanah airnya. Justeru itu, dengan adanya pemahaman
dan penghayatan semangat patriotisme yang dapat menyemarakkan
erti kemerdekaan yang sebenarnya dalam diri generasi muda, maka
kemerdekaan Keluarga Malaysia juga dapat terus dipelihara demi
memartabatkan negara bangsa di negara Malaysia.
12
SENARAI
RUJUKAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN