SMK BUKIT MENDI
28320 TRIANG
PAHANG DARUL MAKMUR
PERAYAAN
DI MALAYSIA :
TAHUN BARU CINA
Sekadar perkongsian budaya
DISUSUN OLEH:
CIKGU MAIZURA HANIM OMAR
GPM SMK BUKIT MENDI
SUMBER : MY GPM (TELEGRAM)
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
https://kalendarkudamalaysia.blogspot.com/2020/07/zodiak-tahun-2021.html
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-
keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara
menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa
pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah
yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib
baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada
malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar
nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang
yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan
warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang
ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina
ialah makan besar. Hidangan yang terdiri daripada ikan
terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan
sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga
menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini.
Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya
berupa jongkong emas Cina. Angpau bagi ahli terdekat
dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan
pertemuan semula. Sampul merah ini sering
mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu
yang mencerminkan tuah dan kehormatan.
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga
sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di
rumah ibu bapa untuk upacara makan besar.
Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang
menjadi tunjang masyarakat harmoni.
Hidangan makan malam tahun baru ini
biasanya adalah tradisi turun temurun
seperti itik panggang, khinzir, tiram
berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang
dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan
berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ ,
yang dipercayai akan memanjangkan umur
seseorang. Bagi yang tua, malam tahun
baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah
jong’sebagai hiburan untuk merapatkan
hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik
tengah malam, mercun dan bunga api akan
dibakar, menandakan sambutan tahun baru
bermula.
Hari pertama adalah hari bagi mengundang
dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan
orang yang meraikannya, terutamanya
penganut agama Buddha, menghindari diri
daripada memakan daging pada hari ini kerana
adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka
akan lanjut usia.
Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru
Cina merupakan masa apabila keluarga Cina
menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga
paling senior dalam seluruh keluarga mereka,
biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian
singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut
tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah
dari rumah.
Hari kedua
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka
tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina Ringkas: 开年
, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang
telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung
mereka.Menurut tradisi, anak perempuan yang
telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang
menziarahi keluarga kandung sendiri.
Hari ketiga
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari
yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara
atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu),
yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk
terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai
untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di
.
rumah sahaja Keluarga yang mengalami kematian
ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak
akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda
penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru
wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
Hari kelima
Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子
, Cina Ringkas: 饺子, jiǎozi) dijadikan sarapan pada
pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan
ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina.
Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada
hari tersebut dan diserikan lagi dengan mercun.
Hari ketujuh
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日,
pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia
setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan
kalendar qamari Cina.
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang,
dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung
salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan
adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di
rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi
jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain
rantau tersebut.
Hari kesembilan
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina
untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān
gōng) di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku
kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari
kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa
syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini
termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk
melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan
beberapa generasi lalu.
Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.
Hari kelima belas
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina
yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina
Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节),
atau Cap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa
Hokkien, versi Cina bagi Hari
Kekasih. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina
Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis dalam sup,
dimakan pada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis
makanan Cina yang diperbuat daripada tepung
pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air
untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan
dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan
bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.
Bergantung kepada amalan setempat, hari yang
sama ini juga dikenali sebagai Perayaan
Tanglung.
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei
‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan
penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan
pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu",
kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam
sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu
merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa
memasang lampu-lampu pada Hari Chap Goh Mei? Pada
tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti
Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya
mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15
hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan
kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu
dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu
dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat
tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas
yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan,
orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi
moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser,
kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam
pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di
merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea,
Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi
oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.
Pemakaian yang melebihkan warna
merah sering dipakai sepanjang
Tahun Baru Cina kerana dipercayai
warna merah akan menakutkan roh
jahat dan nasib malang. Tambahan,
orang yang memakai baju baru dari
kepala hingga kaki pula
melambangkan permulaan baru
pada tahun baru.
Dalam astrologi dari Cina, mempunyai satu (1)zodiak Cina,
ianya mengikut kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua
belas (12) ekor haiwan yang akan mewakili dua belas (12)
jenis keperibadian manusia yang berbeza.
Haiwan itu terdiri daripada Tikus, Lembu, Harimau,
Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam, anjing
& Babi.
Secara tradisional, zodiak ini selalunya akan bermula dengan
bintang (zodiak) binatang iaitu Tikus, dan terdapat juga
banyak cerita mengenai asal usul zodiak ini yang
menjelaskan mengapa tikus boleh memimpin semua zodiak
ini.
Bagi tahun 2021, zodiak tahun ini adalah LEMBU.
Mengikut https://ms.wikipedia.org/wiki/Zodiak_Cina bahawa
mereka yang lahir pada tahun ini mempunyai perwatakan
berikut.
Sifat yang baik bagi yang mempunyai Zodiak LEMBU.
Boleh diharapkan ,tenteram,berperaturan,sabar,rajin, bercita-
cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas, kuat
UCAPAN GONG XI FAT CHAI BUAT SEMUA YANG
BERAGAMA BUDHA, KHASNYA BUAT
CIK TAN NYOK FOONG.
BAHAN INI SEKADAR PERKONGSIAN BUDAYA
SAHAJA. MOHON MAAF SEKIRANYA ADA YANG
MENYENTUH SENSITIVITI BUDAYA DAN AGAMA.
BOLEH TERUS HUBUNGI SAYA SEKIRANYA
TERDAPAT KESILAPAN DAN KESALAHAN
MAKLUMAT.
SELAMAT BERCUTI BUAT ANAK-ANAK DIDIK DAN
SAHABAT HANDAI SMK BUKIT MENDI. JANGAN
LUPA BUAT CALON-CALON SPM 2020, TERUSKAN
PERJUANGAN ANDA BAGI MENGHADAPI SPM.
SEMUA BAHAN ADALAH DARI MR GOOGLE DAN
GROUP TELEGRAM MY GPM.