The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by psssebudiceaa115, 2022-02-18 09:35:20

PAMERAN BERTEMA HARI MALAYSIA

PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA



Tarikh Peristiwa:16 September 1963


Pada hari ini dalam tahun 1963, Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
mengisytiharkan pembentukan negara Malaysia.


Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia ini telah
dilakukan di hadapan DYMM Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja

Melayu, Gabenor dari Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah
dan Sarawak.


Pengisytiharan penubuhan Malaysia ini adalah hasil dari
perjanjian yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 di
antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo
Utara, Sarawak dan Singapura. Melalui perjanjian tersebut
tercapai satu persetujuan untuk membentuk sebuah negara
baru yang bersatu yang dinamakan Persekutuan 'Malaysia'.


Dengan penubuhan Malaysia, maka berakhirlah penjajahan

British di Sabah, Sarawak dan Singapura. Sesungguhnya
Persekutuan Malaysia yang diisytiharkan ini, begitu bermakna
buat rakyat yang menginginkan kemerdekaan dan kebebasan
yang berlandaskan hak dan harga diri. Peristiwa
Pengisytiharaan pembentukan Malaysia telah menjadi satu
peristiwa sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan.


Kredit : Sejarah Malaysia









































Sumber rujukan















 https://www.youtube.com/watch?v=ugsXnyOEkm0 (

Fadz Lina)



 Telegram MKN



 Facebook GPSBestari


Click to View FlipBook Version